Anda di halaman 1dari 5

BAHASA MELAYU UJIAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

Soalan 1 hingga Soalan 5


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap hari
kerana mengadu pening kepala. Sementara itu, satu perempat daripada kakitangan firma yang
besar-besar tidak datang bekerja disebabkan oleh sakit kepala. Gejala ini menjadi punca yang
mengganggu kebanyakan manusia setiap hari. Pening kepala dikatakan gejala kerana ia
sebenarnya bukan sejenis penyakit tertentu.
Banyak faktor yang menyebabkan pening kepala. Para doktor mendapati sukar untuk
menentukan sebab-sebab pening kepala yang dihadapi oleh seseorang itu pada satu-satu
ketika. Ini kerana ia memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Beberapa pengelasan
dibuat untuk mengumpulkan sebab-sebab berlakunya pening kepala dengan pelbagai cara dan
dijadikan panduan bagi mengetahui cara-cara mengkajinya.
Pakar-pakar perubatan telah mengumpulkan 203 sebab berlakunya sakit pening kepala di
bawah tiga kelas : mekanikal, sebab-sebab bisa dan racun, dan sebab berfungsi.
Pening kepala yang mekanikal berhubung dengan keadaan yang ada sangkut-paut dengan
kepala itu sendiri. Misalnya, apabila rongga dahi menjadi sebu, perubahan tekanan udara akan
menimbulkan pening kepala. Apabila selaput hidung bengkak, rongga itu menjadi sebu dan
menimbulkan pening kepala.
Bagi sesetengah orang jarang-jarang diserang pening kepala manakala sesetengahnya pula
sering diserang sakit ini. Pening kepala yang berlaku sekali-sekala mungkin dapat dikesan dan
ditentukan berhubung dengan tindakan yang berlaku sekali-sekala, misalnya terlalu banyak
menghisap rokok, minum minuman keras, dan memakan ubat serta dadah. Bahan-bahan
beracun yang terkumpul mungkin menukar tekanan di dalam tengkorak dan dengan demikian
mengakibatkan pening kepala.
Tekanan darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan pening kepala. Jika tekanan darah itu
turun semasa rehat, maka pening kepala itu akan hilang pada waktu itu. Bengkak yan tumbuh
dalam tengkorak, apabila cukup besar akan menjadi punca pening kepala yang berkekalan.
Menjaga kesihatan badan kita secara keseluruhannya iaitu dengan bersenam, menjaga
makan dan minum serta membuang air besar dan kecil, biasanya dapat mengurangkan pening
kepala yang berkekalan. Jika seseorang itu tidak pernah mendapat sakit kepala dan tiba-tiba
mula diserang pening kepala yang berterusan, maka ia perlu mendapat pemeriksaan doktor.
Jika doktor dapat mengesan hubungan pening kepala dengan faktor-faktor mental dan
fizikal serta dapat mengawal faktor itu, besar kemungkinan sakit pening kepala dapat dicegah.
1. Mengapakah penyakit pening kepala dikatakan satu gejala?
A. Kerana separuh daripada orang yang datang berjumpa doktor setiap hari mengadu mereka
menghidap pening kepala
B. Kerana satu perempat daripada kakitangan firma tidak datang bekerja akibat pening kepala
C. Kerana pening kepala bukan sejenis penyakit yang mengganggu kebanyakan manusia
D. Kerana pening kepala mengganggu hampir semua orang sama ada orang awam atau
kakitangan firma
2. Mengapakah para doktor mendapati sukar untuk
yang dihidapi
oleh seseorang pada sesuatu ketika?

menentukan sebab-sebab pening kepala

A. Kerana memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu perubatan
B. Kerana doktor terpaksa membuat pengelasan untuk mengumpulkan sebab-sebab pening
kepala
C. Kerana para doktor susah hendak mencari sebab yang mengakibatkan pening kepala
D. Kerana sakit pening kepala dapat dikumpulkan kepada tiga kelas, antaranya sebab
mekanikal
3. Bilakah seseorang itu diserang pening kepala yang berpanjangan?
A. Apabila mengidap penyakit darah tinggi
B. Apabila tumbuh bengkak pada tengkorak
C. Jika salah makan atau mengambil ubat

D. Apabila seseorang itu banyak makan ubat

4. Apakah kebiasaan yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada
tekanan pening kepala?
A.
B.
C.
D.

Menjaga makan dan minum


Selalu buang air besar dan kecil
Menjaga kesihatan badan
Mengamalkan senaman setiap hari

5. Berikut ialah maklumat yang tidak benar tentang sakit pening kepala?
A.
B.
C.
D.

Terdapat 203 sebab berlakunya sakit pening kepala


Tekanan pada rongga dahi boleh mengakibatkan pening kepala
Pening kepala boleh disebabkan oleh tekanan darah
Hanya doktor pakar sahaja yang boleh mengesan sebab pening kepala

Soalan 6 hingga Soalan 10


Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
10 Jun 1997
Aku terpilih menyertai program anak angkat anjuran Kelab Belia di bandar tempat
tinggalku. Aku diterima sebagai anak angkat kepada Haji Daud dan Hajah Zainab dari Kampung
Ulu Jempul. Rumah mereka sederhana besarnya. Aku diperkenalkan kepada anak-anaknya.
Anak ketiga, Salwa, calon SPM. Adiknya bernama Najib, bakal menghadapi PMR dan adik
bongsunya Fadila, 12 tahun.
Mereka mencium tanganku ketika bersalaman. Aku rasa amat terharu. Adikku Nadira dan
Najwa tidak pernah berbuat begitu kepadaku walaupun aku kakak sulung mereka.
11 Jun 1997
Gerimis Subuh menjadikan hawa amat dingin di pedalaman ini. Kalau di rumah sendiri aku
masih dibuai mimpi. Di sini aku sembahyang Subuh secara berjemaah. Haji Daud sebagai
imam dan makmum semua ahli keluarganya. Air mataku menitik. Aku, dalam usia 22 tahun
belum pernah berjemaah bersama ayah dan ibuku.
12 Jun 1997
Pagi ini hujan lebat. Seharusnya kami menyertai projek gotong-royong. Semua orang
berkurung di dalam rumah. Haji Daud menceritakan sejarah dirinya. Rupa-rupanya dialah
peneroka kampung itu. Dia meninggalkan kehidupan sebagai nelayan dan mengadu
untung sebagai petani pula di kampung itu.
Dia tidak bersekolah tinggi tetapi menyedari pentingnya ilmu. Dia bekerja siang malam
untuk menyekolahkan anak-anaknya. Kini dua orang daripada anaknya telah berjaya. Lokman,
anak sulungnya menjadi doktor di Hospital Kuala Lumpur dan Juriah, adik Lokman menjadi guru
di Pahang. Mereka lepasan universiti.
21 Jun 1997
Hari kelima aku di sini. Hubunganku dengan keluarga Haji Daud, terutamanya dengan
anak-anaknya bertambah rapat. Salwa, Najib dan Fadila sudah pandai bergurau. Ini berbeza
dengan adik-adikku yang tinggal di rumah batu dua tingkat di bandar. Kami seperti enau di
belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Di sini hatiku tenteram. Keluargaku terlalu mengejar harta-benda sehingga meracun
kemesraan dalam keluarga.
6.

Berikut ialah maklumat yang benar tentang diri aku kecuali


A
B
C
D

menetap di bandar
datang dari keluarga yang kaya
berusia 22 tahun
mempunyai tiga orang adik

7.

Berapa orangkah anak Haji Daud?


A
B
C
D

8.

Apakah yang dilakukan oleh aku pada waktu subuh jika dia berada di rumahnya sendiri?
A
B
C
D

9.

Sembahyang Subuh
Masih enak tidur
Masih berselimut
Masih dalam bilik
Mengadu untung dalam petikan di atas bermaksud

A
B
C
D
10.

3 orang
5 orang
6 orang
7 orang

Haji Daud mencuba nasib di kampung itu


Haji Daud dan isterinya membuka kampung itu
Haji Daud mengadu kehidupannya kepada penulis
Haji Daud mencari rezeki di kampung itu
Pada pendapat anda, mengapakah aku berasa tidak bahagia ketika bersama keluarganya?

A Kerana adik-adiknya tidak menghormati dirinya


B Kerana mereka tidak pernah sembahyang
berjemaah
C Kerana ahli keluarganya saling mementingkan hal
diri
D Kerana ayah dan adiknya sibuk mengejar harta
Benda
SOALAN 11 HINGGA SOALAN 15
Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Hadi

Hadi

: Selamat pagi.

En. Ali

: Selamat pagi, sila duduk.

: Terima kasih. Jika tidak keberatan bolehkah


saya menemu ramah Encik Ali?
En. Ali

: Boleh, apa salahnya.

Hadi
: Sebelum melanjutkan pertanyaan, saya ucapkan
tahniah atas kejayaan Encik Ali mendapat
tempat pertama dalam pertandingan perisian
komputer. Kejayaan tersebut telah menaikkan
nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
En. Ali : Terima kasih. Saya tidak menduga kejayaan
saya itu telah mendapat liputan yang meluas oleh akhbar di Malaysia.
Hadi

: Hal ini demikian kerana inilah kali pertama


anak Malaysia berjaya dalam pertandingan
perisian komputer yang dianjurkan oleh Micro
Software Inc yang terkenal itu. Saya
difahamkan Encik Ali ialah pelajar tahun akhir
dalam bidang perisian komputer di Universiti
London. Sebelum itu di manakah Encik Ali
belajar?

En. Ali : Selepas SPM saya terus mendapat tempat di


ITM, Shah Alam. Saya belajar sehingga
mendapat diploma dalam bidang komputer.
Selepas itu baharulah saya melanjutkan pelajaran
di luar negara.
Hadi

: Berbalik kepada perisian yang direka cipta


Encik Ali, apakah nama perisian itu dan tujuan
perisian itu?

En. Ali

: Perisian itu namanya Solve 2000 dan ia direka


untuk mengatasi masalah pepijat tahun 2000.
Pada tahun itu semua komputer dan alat-alat
seperti pemain VCD dan mesin basuh tidak
dapat bekerja lagi kerana tidak dapat
membaca. Hal ini berlaku kerana kebanyakan
komputer telah disetkan tarikh sehingga tahun
1999 sahaja.

Hadi

: Setahu saya sudah terdapat banyak perisian di


pasaran untuk mengatasi masalah pepijat
tahun 2000 itu, jadi apakah kelebihan perisian
yang direka oleh Encik Ali ini?

En. Ali

: Kebanyakan perisian itu mahal harganya sedangkan perisian ciptaan saya ini murah dan
mudah digunakan. Perisian ini juga berupaya
mengenali komputer yang menghadapi
masalah pepijat tahun 2000 dan mengubah
tarikhnya supaya komputer dapat berfungsi.
Walau bagaimanapun perisian ini hanya untuk
komputer sahaja bukan alat-alat elektrik yang
lain.

Hadi

: Bolehkah Encik Ali menerangkan kesan


pepijat tahun 2000 itu terhadap kehidupan
kita?

En. Ali

: Sekarang ini kita banyak bergantung kepada


komputer. Misalnya kita boleh mengambil
wang di bank dengan menggunakan kad
sahaja. Kita menggunakan pelbagai perisian
untuk menulis, membuat graf, membina data,
melukis dan sebagainya. Kita juga boleh
menghantar surat elektronik atau berhubung
dengan kawan menggunakan komputer. Semua
hal itu dilakukan dengan menggunakan
perisian-perisian tertentu. Seperti yang saya
katakan tadi, kebanyakan perisian itu boleh
membaca hingga tahun 1999 sahaja, jadi pada
1 Januari 2000 komputer tidak dapat lagi
berbuat demikian kerana tarikh sudah berubah.
Inilah yang dikatakan pepijat tahun 2000 itu.
Jadi, apabila komputer tidak dapat berfungsi
tentulah banyak kesan buruknya.

Hadi

: Sebelum saya berundur, pertanyaan saya yang


akhir ialah adakah semua alat elektrik
menghadapi masalah pepijat tahun 2000 ini?

En. Ali

: Oh, tidak! Hanya alat elektrik yang boleh kita

jangkakan masa ia akan berfungsi akan


terlibat. Misalnya mesin perakam pita video,
apabila kita hendak merakamkan sesuatu
program dari televisyen kita tentukan waktu
dan tarikh mesin itu befungsi. Alat seperti ini
dan keluaran yang lama akan menghadapi
masalah pepijat tahun 2000.
Hadi

: Maksudnya, komputer dan perisian keluaran


lama akan menghadapi masalah yang sama?

En. Ali

: Ya, begitulah.

Hadi

: Saya berundur dulu dan lagi sekali tahniah dan


terima kasih.

En. Ali

: Sama-sama.

11.

Siapakah Hadi?
A
B
C
D

12.

Perkataan liputan dalam petikan di atas bermaksud


A
B
C
D

13.

Penemu ramah
Pemberita
Pelajar universiti
Pelajar ITM

laporan
perbincangan
perbahasan
sanjungan
Berikut ialah maklumat yang salah tentang diri Encik Ali?

A Beliau bekas pelajar ITM


B Beliau kini belajar dalam negeri dalam bidang
komputer
C Beliau telah mereka cipta perisian Solve 2000
D Beliau telah mengangkat nama Malaysia di mata
dunia
14.

Mengapakah komputer keluaran lama tidak dapat berfungsi pada 1 Januari 2000?
A Kerana komputer itu dijangka rosak secara tibatiba
B Kerana komputer itu tidak dapat membaca pada
tarikh berkenaan
C Kerana komputer itu dapat membaca selepas tarikh
1999
D Kerana komputer itu tidak dipasang perisian
rekaan Encik Ali

15.

Masalah pepijat tahun 2000 akan berlaku kepada


A komputer dan alat-alat elektrik keluaran lama
B komputer, perisian lama serta beberapa alat
elektrik
C perisian dan komputer yang baru dikeluarkan
sahaja
D semua jenis komputer dan mesin perakam video

Anda mungkin juga menyukai