Anda di halaman 1dari 18

BAHASA MELAYSIA TAHUN 5 ( PEMAHAMAN ) UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 2 Nama: _____________________________ Arahan Am: Tiap-tiap soalan diikuti oleh

empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca rencana di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Tugas sebagai penjaga haiwan di zoo bukannya mudah seperti yang disangka. Apatah lagi jika haiwan tersebut ialah haiwan-haiwan liar seperti harimau, buaya, dan gajah. Setiap hari, mereka perlu memberi makanan dan minuman kepada haiwan-haiwan ini. Aspek kebersihan juga amat dipentingkan. Mereka perlu memastikan agar kandang sentiasa bersih. Tujuannya untuk mengelakkan haiwan-haiwan tersebut dijangkiti penyakit.

Doktor haiwan yang khas ditempatkan untuk memeriksa kesihatan haiwan-haiwan ini. Rawatan perlu segera diberikan untuk mengelakkan maut. Tugas ini memang berbahaya jika terpaksa merawat binatang yang buas. Walaupun begitu, tanggungjawab perlu diutamakan. Risiko penjaga haiwan dicederakan menjadi bertambah tinggi jika haiwan tersebut marah. Namun, mereka sudah menganggap tugas ini sebagai rutin harian dan seperti menjaga anak mereka sendiri. Mungkin orang ramai tidak sedar, tanpa penjaga haiwan ini, binatang-binatang di zoo mungkin tidak dapat hidup dengan sihat dan selesa. Penjaga haiwan sentiasa memastikan agar anak angkat mereka ini sentiasa sihat dan cergas

untuk tatapan umum. Oleh sebab itu haiwan-haiwan ini perlu dijaga dan dibelahi dengan penuh kasih sayang. 4. Perkataan anak angkat dalam petikan merujuk kepada A haiwan yang dijaga oleh penjaga haiwan. B anak angkat penjaga haiwan tersebut. C haiwan yang akan dirawat oleh doktor haiwan. D haiwan yang liar dan berbahaya. 5. Semua pernyataan di bawah adalah tidak benar tentang rencana, kecuali A anak penjaga haiwan tinggal di zoo. B semua haiwan dilayan dengan kasar oleh penjaga haiwan. C penjaga haiwan memastikan haiwan hidup dengan selesa. D haiwan yang lambat dirawat tidak akan mati. 1. Mengapakah kandang haiwan di zoo perlu dibersihkan? A Supaya haiwan itu dapat hidup selesa B Supaya haiwan itu tidak dijangkiti penyakit C Supaya haiwan itu tidak cepat mati D Supaya haiwan itu tidak marah 2. Bilakah penjaga haiwan mungkin boleh dicederakan oleh haiwan tersebut? A Ketika sedang memberi makanan dan minuman B Ketika sedang memberi rawatan kepada haiwan yang sakit

C Jika haiwan itu sudah hampir mati D Jika haiwan itu menjadi marah

3. Berikut ialah tugas-tugas penjaga haiwan, kecuali A memberi makanan dan minuman. B membantu memeriksa kesihatan haiwan. C membersihkan kandang. D menangkap haiwan di hutan. Soalan 6 hingga Soalan 10 Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bas yang dinanti pun sampai. Ramai penumpang yang turun dan baik bas itu di perhentian ini. Nana tidak juga muncul. Aku risau dan agak bimbang dengan keselamatan Nana. Aku tahu, pasti ada yang menghalang perjalanan Nana ke sini. Nana bukanlah jenis yang tidak menepati janji. Nana akan mengotakan apa yang dikatakannya. Pagi tadi, Nana berjanji dengan aku untuk pergi ke perpustakaan bersamasama. Mungkin Nana terlepas bas. Tidak mengapalah, aku akan menunggu sebuah bas lagi. Jika Nana tidak juga muncul, aku akan pulang sahaja. Ketika menanti aku terkenang saat-saat manis bersama Nana. Dia memang sahabat yang menyenangkan. Nana baik hati, bijak, sopan tapi agak pemalu. Nana tidak aktif dalam bidang sukan disebabkan penyakit asmanya. Namun begitu, Nana selalu turun ke padang untuk memberi sokongan kepada aku dan teman-teman yang lain. Lamunan aku terhenti kerana deruman bas yang membingitkan telinga. Kali ini sudah dua buah bas berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang di sini. Aku mula tidak sedap hati. Pasti ada yang tidak kena dengan Nana. Aku

terus mencapai beg lalu beredar dari situ. Aku mempercepatkan langkah menuju ke rumah. Hasrat untuk ke perpustakaan aku batalkan. Bila sampai di rumah nanti, aku akan minta ibu membawa aku ke rumah Nana. Hati aku benar-benar mengatakan ada yang tidak baik berlaku ke atas diri Nana. Page 1 of 5 SJK(c) Chung Hua Miri website: www.chmiri.com email: chmiri@hotmail.com6. Mengapakah penulis berada di perhentian bas tersebut? A Menunggu bas untuk ke perpustakaan B Membeli tiket bas untuk ke perpustakaan C Menunggu teman untuk ke perpustakaan D Membeli surat khabar dan gula-gula sebelum ke perpustakaan

7. Bagaimanakah perasaan penulis ketika berada di situ? A Gembira C Sedih B Marah D Bimbang

8. Berdasarkan cerita di atas, penulis menggambarkan Nana ialah seorang teman yang A sungguh membosankan B pandai, baik, menepati janji dan pemalu C suka belajar dan tidak tahu malu

D pandai dan memungkiri janji 9. Mengapakah Nana tidak dapat bersukan seperti pelajar-pelajar yang lain? A Disebabkan penyakitnya B Kerana dia selalu tidak membawa pakaian sukan C Kerana dia tidak suka bersukan D Kerana teman-teman sekelas amat sayang akannya 10. Perkataan membingitkan di dalam cerita di atas bermaksud A lengang B menyepikan C senyap D memekakkan Soalan 11 hingga Soalan 15 Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. No. 21, Jalan Kenanga, Kampung Cempaka, 81300 Skudai, Johor. 18 Mac 2003. Menemui sahabatku Linda yang berada di Melaka dengan selamatnya. Sahabatku, Bagaimanakah keadaan saudari sekarang? Didoakan semoga saudari berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja.

Saya minta maaf kerana lambat mengirim surat kepada saudari. Saya sibuk membantu keluarga berkemas. Banyak barang yang belum sempat kami kemaskan. Di sini kami menyewa sebuah rumah batu satu tingkat. Rumah ini besar. Halamannya pula luas dan lapang. Penduduk-penduduk di kampung ini sangat mesra. Saya mempunyai ramai kawan di sini. Di kampung ini juga terdapat kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan. Oleh itu, kami tidak menghadapi sebarang masalah. Jarak kampung saya dari bandar lebih kurang lima kilometer. Jika saudari berkesempatan ke sini, saya akan membawa saudari melawat ke persekitaran kampung ini. Setakat ini sahaja untuk kali ini. Semoga saudari dapat membalas surat saya. Saya rindu akan semua kawan di sana. Yang benar, Kamala 11. Di manakah Kamala tinggal sebelum berpindah ke Johor? A Kampung Cempaka C Melaka B Jalan Kenanga D Johor 12. Mengapakah Kamala lewat mengirim surat? A Penat berpindah B Sibuk dengan sekolah baru C Melawat persekitaran kampong D Sibuk membantu keluarganya berkemas 13. Bagaimanakah keadaan rumah Kamala? A Besar C Lapang

B Dua tingkat D Luas 14. Kenapakah Kamala mempunyai ramai kawan? A Penduduk kampung itu sangat mesra B Penduduk kampung itu mementingkan diri sendiri C Penduduk kampung itu sombong D Kamala jiran baru 15. Berapakah jarak Kampung Cempaka dari bandar? A Empat kilometer C Enam kilometer B Lima kilometer D Tujuh kilometer Page 2 of 5 SJK(c) Chung Hua Miri website: www.chmiri.com email: chmiri@hotmail.comSoalan 16 hingga Soalan 20 Baca laporan di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Kegiatan Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam, Sesi 2004 Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam telah membentuk ahli jawatankuasanya yang baru pada bulan Januari 2004. Cikgu Razali dan Cikgu Chan menjadi guru penasihat kelab ini. Sejumlah 75 orang murid yang telah menyertai kelab ini. Sepanjang sesi persekolahan 2004, kelab telah merancang beberapa aktiviti untuk dilaksanakan. Pada 16 Mac 2004, kelab ini telah menganjurkan Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah. Tujuan kuiz ini

diadakan adalah untuk melihat sejauh mana murid-murid memperoleh maklumat tentang keselamatan di jalan raya. Sambutan daripada murid-murid yang bukan ahli kelab juga amat menggalakkan. Pada 2 Mei 2004, kelab telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Petaling Jaya, Selangor. 30 orang ahli dan dua orang guru penasihat turut menyertai lawatan tersebut. Di sana kami mendengar ceramah tentang undang-undang jalan raya yang disampaikan oleh pengawai JPJ. Selepas itu, kami dibawa melawat ke tapak Ujian Pemanduan untuk menyaksikan proses ujian memandu dijalankan. Pada awal bulan Jun 2004, kempen berbasikal secara berhemah pula diadakan selama dua minggu. Kempen ini bertujuan melatih murid-murid agar berhati-hati semasa berbasikal sewaktu berulang-alik ke sekolah. Sepanjang kempen berlangsung, murid-murid diberi ceramah serta diajar teknik menjaga keselamatan semasa berbasikal di jalan raya. Semua aktiviti yang dijalankan telah mencapai matlamatnya. Semoga hasrat ahli-ahli kelab untuk mempelbagaikan aktiviti pada tahun hadapan akan tercapai. Laporan disediakan oleh, Chin Kim Len (CHIN KIM LEN) Setiausaha, Kelab Keselamatan Jalan Raya. 16. Berapa orangkah yang menyertai lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan? A 30 orang C 32 orang B 32 orang D 36 orang 17. Kata berhemah dalam laporan bermaksud 12 JULAI 2004

A lemah lembut C berdikit-dikit B berbudi pekerti D beransur-ansur 18. Kempen berbasikal secara berhemah itu mungkin sekali diadakan dari A 1 Jun hingga 14 Jun B 11 Jun hingga 26 Jun C 14 Jun hingga 30 Jun D 15 Jun hingga 30 Jun

19. Urutan rangka aktiviti yang betul ialah A Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah kempen berbasikal Lawatan ke JPJ B Lawatan ke JPJ kempen berbasikal Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah C Mesyuarat kelab Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah kempen berbasikal D Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah Lawatan ke JPJ kempen berbasikal 20. Pilih pernyataan yang tidak benar. A Ahli kelab berjumlah 77 orang. B Aktiviti yang diadakan di kawasan sekolah ialah Kuiz Keselamatan Jalan Raya. C Cikgu Razali dan Cikgu Chan ialah guru penasihat kelab. D Aktiviti terakhir kelab pada tahun 2004 ialah

kempen berbasikal. Page 3 of 5 SJK(c) Chung Hua Miri website: www.chmiri.com email: chmiri@hotmail.comSoalan 21 hingga Soalan 35 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan kata yang paling sesuai. 21. _________ diminta memakai tali pinggang keledar, kata pramugari itu kepada para penumpang. A Engkau B Anda C Tuan D Kami 22. Ampunlah _________ Tuanku, kata pemuda itu kepada Raja. A beta B hamba C tuanku D patik 23. Hadiah yang dibawa __________ Lisa itu adalah _________ Cikgu Ram. A dari pada B daripada kepada C ke di

D oleh untuk 24. Sabrina telah menunjukkan bakatnya dalam penulisan ___________ di peringkat sekolah rendah lagi. A hingga B sejak C pada D dengan 25. Badang ialah seorang pahlawan yang _________ dan berani. A gagah B pantas C garang D berkuasa 26. Harry mendermakan wang kepada orang miskin itu dengan hati yang _____________. A gembira B ikhlas C sabar D jelas 27. ___________ kamu pergi ke kedai, tolong belikan saya pensel. A Apabila B Sekiranya C Apatah

D Walaupun 28. Kakak tidak mahu diganggu _________ dia membuat kerja. A sambil B tatkala C walaupun D malahan 29. Walau apa pun yang terjadi kita mesti cari ________ yang telah merosakkan tanaman kita ini, kata Peter kepada kawan-kawannya. A siapa B bagaimana C mana D bila 30. Murid-murid mestilah menggunakan __________ yang betul ketika membina ayat, kata Cikgu Elaine. A tatasusila B tatabahasa C tatatertib D tatanegara 31. Persatuan Bahasa Melayu akan ________________ pertandingan mendeklamasikan sajak. A menubuhkan B menyediakan C memulakan

D menganjurkan 32. Saya memerlukan ___________buluh dan ________ kertas untuk membuat wau. A sebatang sehelai B serumpun . Sebidang C seutas sekeping D sesikat seurat 33. __________ garam ditambah ke dalam sup ekor itu kerana terlalu tawar rasanya. A segugus B setitik C sebutir D secubit 34. Walaupun Pak Halim telah tua, tetapi dia dapat membuat kerja dengan cepat seperti _____________. A batu api B cakar ayam C lipas kudung D ringan tulang 35. Julian terpaksa _____________ kerana terlupa membawa wang untuk membeli makanan. A ikat perut B minta diri C angkat kaki

D makan hati 36. Budak itu ________ dalam perjalanan pulang dari Bukit Fraser. A muntah-muntah B panas-panas C sedap-sedap D barang-barang 37. Pendengaran budak itu terjejas kerana ___________ telinganya rosak. A tetikus B tetupai C sesiku D gegendang 38. Mereka sedang _____________ barang-barang ke dalam dewan. A membangun B membuang C membaiki D mengangkat 39. Rumah papan itu telah datuk ___________ lebih sepuluh tahun. A diami B patuhi C hormati D bajai

Soalan 40 Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul. 40. A Barangkali Ramasamy bangun lewat sebab itu dia belum tiba lagi. B Barangkali, Ramasamy bangun lewat, sebab Itu dia belum tiba lagi. C Barangkali, Ramasamy bangun lewat, sebab itu dia belum tiba lagi. D Barangkali Ramasamy bangun lewat, sebab itu dia belum tiba lagi. Page 4 of 5 SJK(c) Chung Hua Miri website: www.chmiri.com email: chmiri@hotmail.comSoalan 41 Pilih perkataan lawan bagi perkataan yang bergaris. 41. Air sungai Miri kelihatan keruh akibat pencemaran yang berlaku. A kotor B jernih C cemar D berlumpur Soalan 42 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 42. Ketibaan Perdana Menter disambut dengan paluan

rebana ubi. A sorakan B jemputan C lamunan D pukulan Soalan 43 dan Soalan 44 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 43. Novel remaja itu telah ditulis oleh seorang penulis yang terkenal. A Remaja novel itu menulis seorang penulis terkenal. B Remaja novel itu bila dibaca oleh seorang penulis terkenal. C Seorang penulis yang terkenal telah menulis novel remaja itu. D Seorang penulis novel remaja telah terlalu terkenal. 44. Hamin melukis gambar Muzium Negara. A Gambar Muzium Negara Hanim lukis. B Gambar Muzium Negara dilukis oleh Hanim. C Melukis gambar Muzium Negara oleh Hanim. D Gambar Muzium Negara Hanim melukis. Soalan 45 Pilih jawapan bagi Ayat Tanya yang bergaris. 45. Ke manakah mangsa-mangsa banjir itu

dipindahkan? A Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan semalam. B Perpindahan mangsa banjir itu telah diuruskan oleh Ketua Kampung. C Bekalan makanan telah diberikan kepada mangsa banjir. D Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan ke balai raya. Soalan 46 Pilih ayat tanya yang betul bagi Jawapan yang bergaris. 46. Akibat kemalasannya, Yee Hung gagal dalam peperiksaan. A Kenapakah Yee Hung malas? B Apakah yang menyebabkan Yee Hung gagal dalam peperiksaan? C Bilakah Yee Hung gagal? D Bagaimanakah Yee Hung gagal? Soalan 47 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 47. I Penjual nasi lemak itu baru saja lalu. II Perkara lalu jangan diungkit lagi. III Tie Ling berdiri lalu menyanyi. IV Dia tidak lalu makan kerana demam. A I dan II sahaja

B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV Soalan 48 Susun ayat-ayat di bawah mengikut urutan yang betul. I Dia menyiang ikan di dapur.

II Ikan digaul dengan garam dan kumyit. III Selepas itu, ikan digoreng di dalam kuali. IV Emak pergi ke pasar membeli ikan. A I, II, III dan IV B II, IV, III dan I C III, IV, I dan II D IV, I, II dab III Soalan 49 dan Soalan 50 Pilih ayat yang betul. 49. A Kain songket ini untuk bagi makcik saya. B Hulu keris itu bersadurkan perak. C Dia mempunyai sebuah cita-cita yang bersih. D Gordon menjatuhi hukuman gantung kepada pengedar dadah itu. 50. A Dia tidak anak saya. B Beg itu diperbuat dari kain. C Sawah padi itu bagi anak-anaknya. D Rumah banglo dua tingkat itu untuk ibu.

Anda mungkin juga menyukai