Anda di halaman 1dari 2

Latihan 1

1. Adakah Cikgu Zaidi yang akan menjadi guru pengiring kalian sepanjang lawatan itu?
Ya, Cikgu Zaidi yang akan menjadi guru pengiring kami sepanjang lawatan itu.

2. Mengapakah Aina layak dipilih sebagai ketua kelas?


Aina layak dipilih sebagai ketua kelas kerana dia seorang pelajar yang berdisiplin dan
bertanggungjawab.

3. Apakah yang amat merisaukan para suri rumah?


Harga barangan yang semakin meningkat amat merisaukan para suri rumah.

4. Siapakah yang berjaya memenangi pertandingan catur itu?


Peserta hebat dari Selangor telah berjaya memenangi pertandingan catur itu.

5. Siapakah yang membantu nenek berniaga di pasar malam?


Pak Cik Murad, anak bongsu nenek yang membantunya berniaga di pasar malam.

6. Benarkah kakak awak akan melanjutkan pelajaran di Mesir?


Benar. Kakak saya akan melanjutkan pelajaran di Mesir.

7. Siapakah yang bertanggungjawab menyemai minat membaca dalam jiwa anak-anak?


Ibu bapa yang bertanggungjawab menyemai minat membaca dalam jiwa anak-anak.

Latihan 2

1. Awak hendak berjumpa dengan siapa?


Saya hendak berjumpa dengan rakan saya, Marissa.

2. Bilakah dia bertolak dari Ipoh?


Dia bertolak dari Ipoh pada pukul 7.30 pagi.

3. Siapakah yang telah mendapat tempat pertama dalam kelas kamu?


Adli yang telah mendapat tempat pertama dalam kelas saya.

4. Di manakah kamu mengasingkan barang-barang untuk dikitar semula?


Barang-barang untuk dikitar semula saya asingkan di bangsal itu.

5. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sungai?


Kita perlu menjaga kebersihan sungai kerana sungai ialah sumber air yang penting.
6. Apakah yang awak ingin pesan?
Saya ingin pesan secawan kopi dan dua potong pisang goreng.

7. Berapakah jumlah tambang bas pergi dan balik sekolah kamu setiap hari?
Jumlah tambang bas pergi dan balik sekolah saya setiap hari ialah RM3.00.

Latihan 3

1. Bilakah awak berlatih bermain badminton?


Saya berlatih bermain badminton pada setiap petang.

2. Bilakah kemalangan di simpang jalan itu berlaku?


Kemalangan di simpang jalan itu berlaku kira-kira pada pukul tiga pagi tadi.

3. Siapakah yang menjadi juara dalam pertandingan bercerita semalam?


Natasya yang menjadi juara dalam pertandingan bercerita semalam.

4. Siapakah yang menyertai lawatan sambil belajar ke muzium itu?


Ahli-ahli Persatuan Sejarah yang menyertai lawatan sambil belajar ke muzium itu.

5. Kuih talam itu dibuat daripada apa?


Kuih talam itu dibuat daripada tepung gandum dan tepung beras.

6. Di manakah awak membeli permainan ini?


Saya membeli permainan ini di Pasar Raya Tanzir.

7. Bagaimanakah awak masuk ke rumah?


Saya masuk ke rumah menggunakan kunci pendua yang awak beri.

Anda mungkin juga menyukai