Anda di halaman 1dari 6

W3C

Bahasa Melayu
English
Bahasa
Lain





Info
Awam
Perolehan
Warga
Log Masuk Pelawat
carian...



Telah dibaca sebanyak 19018 kali
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di
mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang
habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-
kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya
memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. Proses pemindahan ini bertujuan untuk
meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian.

Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk Unit Gajah, pusat ini juga merupakan tempat
perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan rawatan. Pusat Konservasi Gajah
Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di
kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain
itu, pusat konservasi ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan
semula dan konservasi gajah.

Pusat ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan bagi konservasi
hidupan liar dan habitatnya. Para pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari berkaitan
penangkapan dan pemindahan gajah liar yang dirakamkan dengan kerjasama krew National
Geographic. Selain itu, program khas boleh disediakan untuk rombongan sekolah. Untuk program
pelawat, sila merujuk kepada Jadual Aktiviti Pelawat di bahagian selanjutnya.

Gajah di Pusat Konservasi
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah yang telah dilatih dan digunakan bagi operasi
pemindahan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan bermasalah di seluruh Semenanjung
Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh kumpulan dan ibu
mereka untuk memastikan anak-anak gajah ini terus hidup.

Gajah Asia
Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang
daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. Melindungi gajah Asia secara
langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan
habitat gajah tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang
menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecil
umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. Walau
bagaimanapun disebabkan oleh pengecilan habitat, gajah kini terpaksa mencari makanan di
kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan
manusia. Pencerobohan ini menyebabkan berlakunya konflik dan kerugian pihak terbabit. Jika
gajah tersebut tidak dipindahkan dengan segera, mereka mungkin akan mati sama ada ditembak
atau diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jadual Aktiviti Pelawat
Pelawat digalakkan menyertai aktiviti di PKGK yang akan bermula dari jam 10.30 pagi.

Masa Aktiviti
10.30 pagi - 12.00 tengahari

MEMERHATI KUMPULAN ANAK GAJAH DI KAWASAN TRAIL
INTERPRETASI:
Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang
dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari
dengan pagar elektrik.
1.00 & 1.30 petang MENONTON TAYANGAN VIDEO
Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari
kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.
2.15 petang GAJAH MANDI DAN DIBERSIHKAN OLEH MAHOUT
Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan
dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh
kakitangan bertugas.
2.45 -3.15 petang PENERANGAN KONSERVASI GAJAH DI PENTAS
INTERPRETASI
Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang
menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas
mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang
dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan.
Aktiviti ini juga diadakan bagi membiasakan gajah dengan orang
ramai untuk menjadikan mereka sebagai gajah yang dapat
membantu program pemindahan gajah liar pada masa hadapan.
Nota: Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah
untuk hiburan.

Selain dari aktiviti di atas, para pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat Pemandu Pelancong
Alam Semulajadi untuk menjelajah trail interpretasi sambil memerhati gajah dalam hutan
semulajadi serta lain-lain flora dan fauna yang menarik di hutan hujan tropika.

Tayangan Video
Pelawat digalakkan menonton filem dokumentari mengenai program pemindahan gajah liar dari
kawasan konflik ke habitat baru.
Masa:
Isnin - Khamis Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am
Tayangan 1 - 1.00 pm
Tayangan 2 - 1.30 pm
Tayangan 3 - 2.00 pm (Hari Jumaat sahaja)
Tayangan 1 - 12.30 pm
Tayangan 2 - 1.00 pm
Tayangan 3 - 1.30 pm

Perjalanan ke PKGK, Kuala Gandah
Pusat ini terletak 15km daripada pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang dan pelawat boleh
memandu dengan selesa ke PKGK di Kuala Gandah. tempat parkir juga disediakan bagi para
pelawat.
Sebelum mengunjungi pusat ini, anda digalakkan menelefon, menghantar surat atau membuat
tempahan melalui sistem E-Tempahan di laman sesawang kami . Ini adalah untuk memudahkan
urusan pendaftaran dan lawatan serta untuk mengetahui sama ada pusat kami boleh menampung
lawatan anda terutamanya jika anda disertai oleh rombongan yang besar.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Semoga anda semua ceria dan gembira di
atas kunjungan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan .
Pendaftaran masuk dan menandatangani surat pelepasan tanggungjawab adalah
diwajibkan. Wakil kumpulan bersama senarai nama dan nombor kad pengenalan adalah memadai.
Pelawat yang telah mendaftar akan diberikan pas masuk berwarna merah. Dalam masa terdekat,
pendaftaran masuk akan menggunakan sistem E-Tempahan, oleh itu bakal pengunjung
digalakkan membuat tempahan awal bagi mengelakkan kesesakkan semasa mendaftar masuk ke
Pusat ini.


Sokongan dan Sumbangan Anda Diperlukan
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN
Semenanjung Malaysia. Berbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk mempertingkatkan
kemudahan sedia ada samaada untuk penyelidikan dan pembangunan atau untuk pelawat ke
pusat ini. Jabatan PERHILITAN berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan pusat ini
sebagai pusat latihan dan konservasi gajah yang terkenal di rantau ini. Apa jua jenis bantuan dan
sokongan amat dihargai.
Jabatan PERHILITAN telah menubuhkan Tabung Amanah Gajah bagi membolehkan sumbangan
ditabungkan. Segala pertanyaan boleh dimajukan kepada kakitangan pusat atau diposkan kepada:

Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391
Faks: 09-279 0398

Waktu Pejabat:
Hari Masa
Isnin - Ahad 8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat 8.00 pagi - 12.30 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang

Peringatan:
Jabatan PERHILITAN ingin menjelaskan bahawa maklumat di laman web selain
dari www.wildlife.gov.my seperti
www.myelephants.org,http://elephantsanctuarymalaysia.blogspot.com, www.viator.com/kl-
elephants dan sebagainya tiada sebarang kaitan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.
Jabatan PERHILITAN adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala pengurusan gajah di
Semenanjung Malaysia dan tidak menerima sebarang kutipan wang daripada orang awam melalui
akaun bank pihak ketiga. Sekiranya terdapat sebarang nombor akaun untuk tujuan derma atau
tabung bantuan gajah yang diwujudkan, ianya adalah atas usaha mereka sendiri tanpa
pembabitan dan pengetahuan Jabatan PERHILITAN.
Muat turun Peta Lokasi
Share this post

Add comment
Name (required)
E-mail (required, but will not display)
Website


1000 symbols left
Notify me of follow-up comments

Refresh

Send
Kemaskini Terakhir: 06 Disember
2013
Bantuan | Hubungi Kami | Peta Laman |Forum | Penafian | Dasar
Keselamatan | Dasar Privasi
Jumlah Pengunjung
:

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung
Malaysia
Km 10 Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Tel : 603-90866800 Faks : 603-90752873
Emel : webmaster@wildlife.gov.my
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox dengan resolusi 1024x768.





Hakcipta Terpelihara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia

Anda mungkin juga menyukai