Anda di halaman 1dari 11

Pusat-pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Antara 10 pusat-pusat utama pemuliharaan hidupan liar di Malaysia termasuklah 1.

Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungai Batu Pahat, Perlis.

Tujuan penubuhan Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungai Batu Pahat, Perlis adalah untuk menjadikan ia sebagai projek kedua dalam usaha pemuliharaan burung Kuang selepas Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungkai, Perak. Bilangan spesis Kuang yang terdapat di pusat ini adalah sebanyak 5 spesis yang terdiri daripada Merak Pongsu (Polyplectron malacense), Merak Hijau (Pavo muticus), Merah Mata (Lophura erythropthalma), Kuang

Raya (Argusianus argus) dan Pegar (Lophura ignita).

Semua burung Kuang ini ditempatkan dalam sebuah sangkar besar yang terdiri daripada 22 sangkar kecil berasingan mengikut spesis masing-masing. Setiap spesis dipelihara secara berpasangan bagi menjayakan program pembiakan. Selain daripada Napuh (Tragulus napu), Pelanduk (Tragulus javanicus) dan Kijang (Muntiacus muntjac) juga dipelihara di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungai Batu Pahat ini.

Semua Pelanduk dan Napuh dipelihara dan dibiak dalam sangkar pembiakan, manakala Kijang pula ditempatkan dalam sangkar pembiakan yang berasingan. Keluasan keseluruhan kawasan untuk projek ini adalah sebanyak 27 hektar tetapi hanya 3 hektar atau 9 % sahaja daripada keseluruhan kawasan dibangunkan untuk program pembiakan hidupan liar di kawasan tersebut. Kini, bilangan hidupan liar yang terdapat di PPHL (Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar) ini adalah sebanyak 57 ekor Pelanduk, 34 ekor Napuh dan 5 ekor Kijang.

2. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungkai, Perak.

Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungkai adalah di bawah tadbir Jabatan Perhilitan. Pusat ini telah ditubuhkan pada tahun 1971 untuk menempatkan binatang-binatang perlindungan seperti rusa, seladang dan burung-burung kawalan seperti merak, kuang, enggang, mata merah dan sebagainya . Pusat ini terletak lebih kurang 15km dari Pekan Sungkai. Rusa dalam pusat ini adalah berasal dari hutan Malaysia. Bilangannya berkurangan adalah akibat kemusnahan hutan dan aktiviti perburuan yang berlaku secara berleluasa. Untuk mengelakkan kepupusan maka pusat pemuliharaan ini telah membiak dan memulihara rusa-rusa tersebut sebelum dilepaskan semula ke hutan. Rusa-rusa tersebut dikenali sebagai Rusa Sambar Malaya. Selain daripada rusa, pemuliharaan seladang turut diambil perhatian. Seladang merupakan spesis lembu yang terbesar di dunia, tetapi seladang di Malaysia adalah kecil sedikit daripada seladang di negara lain di Asia. Seladang memang berbadan gagah, bengis dan suka hidup dalam kumpulannya tersendiri.

3. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Bota Kanan, Perak. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Bota Kanan merupakan pusat Tuntung yang terbesar dengan bilangan Tuntung sebanyak 1356 ekor. Selain daripada menjadi kawasan pemuliharaan spesis Tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi para penyelidik dari dalam dan luar negara, terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesis hidupan liar ini. Telur-telur Tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah antara 75 hari hingga 100 hari. Terdapat 10 buah kolam pembiakan Tuntung. Setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing, bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini adalah berusia 37 tahun.

4. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Bangas, Johor. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Bangas, Johor ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan menjalankan program pemuliharaan terhadap spesis Kijang. 2 spesis Kijang yang terdapat di pusat ini adalah Kijang Semenanjung (Muntiacus muntjac) dan Kijang dari Borneo (Muntiacus atherodes). Pusat ini bermula dan beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari tahun 2003 dengan lima ekor Kijang daripada baka berlainan iaitu baka Semenanjung dan Borneo. Baka Semenanjung diperolehi dari Zoo Taiping, manakala baka Borneo diperolehi dari Jabatan PERHILITAN Perlis. Kelahiran pertama, iaitu dua ekor anak Kijang di pusat pemuliharaan ini ialah pada bulan April dan Mei 2004. Sehingga kini, pusat ini terdapat sebanyak 21 ekor Kijang.

5. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Bukit Pinang, Kedah. Selain daripada PPHL Bota Kanan, Perak, sebuah lagi Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar bagi spesis Tuntung terdapat di Bukit Pinang, Kota Setar, Kedah. Pusat ini ditubuhkan pada tahun 1981 dan memelihara 2 spesis Tuntung, iaitu Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis). Kedua-dua spesis ini tidak mempunyai perbezaan yang banyak, kecuali pada cengkerang dan bahagian kepalanya. Walau bagaimanapun, bilangan Tuntung Sungai adalah lebih banyak dipelihara dalam pusat ini. Sehingga kini, bilangan Tuntung yang terdapat di pusat ini adalah sebanyak 530 ekor. Kejadian banjir yang berlaku pada akhir bulan Disember tahun 2005 telah menyebabkan 172 ekor Tuntung dalam kolam-kolam pembiakan terlepas ke sungai yang berhampiran. Sebagaimana pembiakan Tuntung di Bota Kanan, telur-telur Tuntung diperolehi daripada peraih-peraih berlesen pada setiap kali musim bertelur. Semua telur ini akan dieram di dalam pasir secara semula jadi sepanjang tempoh 75 hari hingga 100 hari sebelum menetas. Anak-anak Tuntung yang baru menetas akan dikutip dan dipelihara dalam kolam khas yang berasingan daripada Tuntung dewasa. Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur

borneoensis) merupakan spesis reptilia yang dipelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Pemuliharaan Bukit Pinang. Spesis Tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir sungai yang merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesis ini.

6. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor.

Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungai Dusun ini ditubuhkan pada bulan April tahun 2000 dengan kos pembinaan sebanyak RM3,600,000.00. Tujuan asal pembinaan ialah bagi projek pemuliharaan Badak Sumatera yang merupakan salah satu spesis yang diancam kepupusan di negara ini. Pada tahun 2004, pusat pemuliharaan ini tidak lagi menjalankan pemuliharaan Badak Sumatera, tetapi tumpuan adalah terhadap projek pemuliharaan Badak Cipan (Tapirus indicus). Sebagai permulaan tiga ekor Badak Cipan telah ditempatkan dalam kandang-kandang yang sedia ada. Dalam bulan Mac tahun 2005, seekor anak Badak Cipan jantan telah dilahirkan. Pada Mei dan Jun tahun 2007, sepasang kembar anak Badak Cipan telah dilahirkan dalam bulan yang berasingan, daripada ibu yang sama di pusat ini. Ini merupakan rekod dunia pertama yang bersejarah di PPHL Sungai Dusun. Ini adalah disebabkan mereka adalah anak kembar pertama spesis ini yang dilahirkan di dalam kurungan. Sehingga kini, selain daripada Badak Cipan, spesis hidupan lain seperti Buaya Julung-julung (Tomistoma schlegelii), Landak Raya (Hystrix

brachyura) dan Kongkang (Nycticebus coucang) juga dipelihara dan terlibat dalam program pemuliharaan ex-situ di sini.

7. Zoo Melaka

Zoo Melaka seluas 54 ekar dan terletak di Ayer Keroh, Melaka. Zoo ini merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di Melaka dan telah ditubuhkan pada tahun 1963 di bawah Kerajaan Negeri Melaka, tetapi pengurusannya telah diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1979. Di samping itu, Zoo Melaka telah dibuka kepada orang awam dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Ogos 1987.

Tarikan utama spesis-spesis hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti seladang, harimau belang, tapir dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau.

Untuk mencapai matlamatnya, empat fungsi utama Zoo Melaka adalah seperti berikut:

1. Pembiakan Dalam Kurungan

Zoo Melaka berfungsi sebagai pusat pembiakan ex-situ yang utama bagi PERHILITAN. Di dalam program ini, spesis tempatan yang terancam dicari untuk dibiak di dalam zoo. Spesis yang berjaya dibiakkan termasuklah harimau, harimau kumbang, tapir, kambing gurun, kijang, rusa dan lain-lain.

2. Penyelidikan

Kerja-kerja penyelidikan tertumpu pada kajian perubatan dan tingkah laku. Zoo Melaka juga membantu pegawai-pegawai penyelidik PERHILITAN dan institut-institut pengajian tinggi dalam aspek-aspek berkenaan.

3. Rekreasi

Zoo Melaka membekalkan peluang rekreasi kepada kebanyakan orang. Promosi giat dijalankan untuk menarik lebih ramai pelawat dan ini akan menambahkan lagi hasil kerajaan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan negara.

4. Pendidikan

Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan hidupan liar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, pertunjukan video, bahan-bahan terbitan dan papan tanda pada setiap pelusuk zoo.

8. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Bukit Paloh, Terengganu.

Pusat Pemuliharaan Bukit Paloh, Terengganu juga merupakan pusat Tuntung di bawah Jabatan Perhilitan. Tuntung Sungai (Batagur baska) merupakan spesis Tuntung yang dipelihara dalam kolam-kolam pembiakan di pusat ini.

Telur-telur Tuntung yang diperoleh daripada peraih-peraih berlesen pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat tersebut. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hari hingga 100 hari.

Terdapat 8 buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing, bermula daripada umur sehari penetasan hingga umur dewasa.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 1037 ekor Tuntung yang dipelihara.

9. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan.

Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Gua Musang ini terletak di sebuah kawasan dataran yang dikelilingi oleh hutan-hutan serta bukit-bukit batu kapur. Spesis pertama yang diperkenalkan di kawasan projek ini ialah Rusa

Sambar (Cervus unicolor) dan Rusa Timor.

Pada tahun 2003, 3 ekor Seladang (Bos gaurus hubbacki) dipindah masuk ke pusat ini dari Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang sebagai permulaan program pembiakan Seladang di kawasan tersebut.

Sehingga akhir tahun 2006, bilangan Rusa Sambar yang terdapat dalam pusat pemuliharaan ini adalah sebanyak 58 ekor, dan 5 ekor Seladang serta sepasang Kijang Semenanjung (Muntiacus muntjac).

10. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang.

Pusat ditubuhkan

Pemuliharaan dalam tahun

Hidupan 1976

Liar

Jenderak

Selatan,

Pahang ini spesis

dan

menjalankan

pembiakan

Seladang (Bos gaurus hubbacki) yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Dua buah lagi pusat pemuliharaan spesis ini ialah di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungkai, Perak dan Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan. Kemusnahan habitat semula jadi akibat pembukaan beberapa kawasan hutan di Semenanjung Malaysia untuk pembangunan dan pertanian serta pemburuan haram merupakan antara faktor yang mengancam populasi.

Dari tahun 1982 hingga tahun 2004, Jabatan telah menangkap 4 ekor Seladang jantan dan 2 ekor Seladang betina dari habitat liar sebagai perintis program pembiakan spesis ini. Keenam-enam ekor Seladang ini diperolehi melalui operasi tangkapan baka Seladang yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia bagi menangkap Seladang-seladang yang terancam akibat pembukaan kawasan hutan yang tidak terurus.

Kelahiran pertama anak Seladang dalam kurungan pada 12 April 1985 menandakan kejayaan bagi program pemuliharaan spesis hidupan liar ini. Dari tahun ke setahun, bilangan ini bertambah dan penambahan bilangan spesis ini menarik perhatian masyarakat untuk melihat hidupan liar ini dengan lebih dekat lagi.

Sehingga kini, bilangan Seladang telah mencapai 33 ekor kesemuanya. Seladang-seladang ini dipelihara secara berkumpulan termasuk ibu dan anak, berpasangan atau individu mengikut keperluan.

Selain itu, Jabatan Perhilitan juga telah mengadakan program kerjasama dengan pihak MARDI dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (Aplikasi Bioteknologi di dalam Pemuliharaan dan Pembiakan Hidupan Liar yang Bernilai Komersil) pada 3 Oktober 2005. Program ini melibatkan program pembiakan spesis Seladang di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Jenderak, Pahang. Ini secara langsung akan menumpu pada penambahan bilangan Seladang dalam kurungan dengan kaedah-kaedah aplikasi pembiakan biotek terkini.

Anda mungkin juga menyukai