Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PENGEMBARAAN Pada 19 September 2013 bersamaan hari Khamis, ahli pengakap seramai 32 orang telah melakukan aktiviti

kembara. Aktiviti kembara bermula selepas pemeriksaan pagi iaitu pada pukul 8.30 pagi hingga hampir ke pukul 1.00 tengahari. Sebelum memulakan aktiviti kembara, kesemua ahli pengakap berkumpul dalam sekawan masing-masing. Setelah memastikan kesemua ahli pengakap mencukupi, kami akhirnya memulakan aktiviti kembara dari kem Merang ke kawasan perumahan penduduk di situ. Kami bergerak mengikut sekawan masing-masing iaitu sekawan biru, sekawan merah dan sekawan hijau. Sepanjang perjalanan, kami dikehendaki melihat status sosio-ekonomi penduduk, tumbuhan yang terdapat sepanjang perjalanan, dan pola penempatan penduduk.

Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati pola penempatan penduduk di situ adalah sejajar. Hal ini demikian kerana perumahan komuniti-komuniti di situ berada di tepi-tepi jalan dalam keadaan yang teratur. Saya juga dapat melihat komuniti di situ majoritinya adalah masyarakat melayu dan terdapat satu keluarga masyarakat cina yang merupakan tauke menjual tiket bot. Manakala dari segi status sosioekonomi penduduk, saya mendapati pendudukpenduduk di situ terlibat dengan industri pelancongan dimana terdapat banyak resort untuk pelancong-pelancong luar menginap. Di kawasan itu juga terdapat tapak kem yang digunakan untuk perkhemahan pelajar-pelajar sekolah, universiti dan pihak-pihak lain. Malah terdapat juga jeti ke pulau redang yang diusahakan oleh pengusaha cina untuk membawa pelancong pergi dan pulang dari pulau redang.

Selain itu, terdapat banyak kedai cenderahati dan kedai makan di sepanjang jeti. Ini menunjukkan bahawa penduduk di situ juga terlibat dengan aktiviti perniagaan bagi menyara hidup. Penduduk-penduduk di situ turut terlibat dalam industri perikanan kerana terdapat banyak bot-bot nelayan serta feri di jeti tersebut. hal ini demikian kerana kawasan yang didiami penduduk adalah berhampiran dengan kawasan pantai. Justeru secara tidak langsung penduduk akan terlibat dengan industri perikanan kerana sumber ikan yang mudah diperolehi. Di samping itu, terdapat juga tempat membaiki bot dan welding di sekitar perumahan tersebut. hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat juga penduduk yang terlibat dalam bidang pembuatan. Di sepanjang perjalanan kembara ini juga saya dapat melihat terdapat banyak pokok kelapa dan kawasan paya bakau. Hal ini berkemungkinan kerana kawasan tersebut berada berhampiran dengan pantai dan di kawasan tanah rata. Pendudukpenduduk di situ juga bersikap sangat ramah dan menyambut kedatangan kami dengan selesa. Terdapat seorang penduduk yang menghulurkan buah kepada kami sebagai bekal sewaktu perjalanan. Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian saya sepanjang aktiviti kembara ini, saya mendapati taraf hidup penduduk di situ adalah sederhana. Setelah tamatnya aktiviti kembara, kami seramai 32 orang ahli pengakap diminta berkumpul dan membentangkan hasil pemerhatian kami mengikut sekawan masing-masing. Kami juga melakar peta perjalanan kami untuk ditunjukkan kepada sekawan yang lain. Setelah sesi pembentangan, kami diberi masa selama 10 minit untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti seterusnya iaitu ikhtiar hidup.

LAPORAN IKHTIAR HIDUP Pada 19 September 2013 iaitu hari khamis, kami ahli pengakap seramai 32 orang telah melaksanakan aktiviti ikhtiar hidup selepas tamatnya aktiviti kembara. Aktiviti tersebut bermula tepat jam 1.00 tengahari dimana semua unit termasuk unit pengakap, unit bulan sabit merah dan unit kadet remaja sekolah diminta berkumpul bagi menyaksikan amali sembelihan ayam. Amali sembelihan ini diadakan bertujuan bagi menyediakan kami untuk masa depan seandainya kami ditempatkan di masyarakat yang bukan islam bagi kaum islam. Setelah selesainya amali sembelihan ayam, kami mengambil bahan-bahan yang disediakan untuk melaksanakan aktiviti ikhtiar hidup. Bahan-bahan yang dibekalkan ialah telur, seekor ayam bagi setiap sekawan, ubi dan beras.

Setelah mendapat bahan-bahan, kami sekawan biru mula membahagikan tugas agar aktiviti ini berjalan lancar dan memastikan semua ahli sekawan biru memberi komitmen yang sepatutnya. Pembahagian tugas adalah seperti berikut: Nama Farhanim, Noratika, Hasliza Wahida, Jessica, Winnie Amirul, Din, Aidil Tugas Membersihkan ayam Memasak sup ubi Memasak nasi dan memanggang ayam

Menu utama yang dipilih oleh kami dalam ikhtiar hidup adalah ayam panggang keran menu ini adalah mudah disediakan. Bagi tujuan memasak ini, setiap sekawan dibekalkan dengan buluh. Buluh tersebut akan dipotong dan dijadikan sebagai bekas

untuk memasak nasi dan sup. Pada awalnya, nasi yang dimasak oleh sekawan kami menjadi elok, namun kami menghadapi sedikit masalah apabila buluh yang digunakan untuk memasak nasi bocor dan kami tidak mempunyai lebihan buluh. Namun dengan semangat setia kawan, sekawan lain sudi memberi kami buluh mereka untuk digunakan bagi memasak nasi. Justeru secara tidak langsung ini telah memupuk semangat kerjasama antara ahli pengakap.

Setelah selesai sesi memasak, kami ahli perempuan dalam sekawan biru menghidangkan makanan untuk dimakan bersama-sama dengan ahli yang lain. Kami juga menjemput pensyarah untuk makan bersama-sama. Jadi ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan juga antara pensyarah.

Anda mungkin juga menyukai