Anda di halaman 1dari 2

Laporan Aktiviti Gotong-Royong Pada 12 Mei 2008 yang lalu,Persatuan Alam Sekitar telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan

kawasan sungai.Aktiviti ini diadakan di kampung Sri Aman dan aktiviti tersebut dimulakan pada pukul 8.17 pagi.Aktiviti ini disertai dengan tiga puluh ahli persatuan dan tiga guru pembimbing. Sebelum memulakan aktiviti tersebut,penerangan diberikan oleh wakil penduduk kampung Sri Aman tentang langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gotong-royong. Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang penduduk kampung.Setiap kumpulan diberikan tugas yang berbeza.Antaranya termasuklah mengumpul sampah,menyapu dan sebagainya. Salah satu daripada kumpulan diberikan tugas mengumpul sampah.Ahli kumpulan memungut sampah sarap lalu dimasukan ke dalam beg plastik hitam.Beg-beg plastik hitam tersebut ditanam agar tidak mencemarkan alam sekitar. Selepas selesai aktiviti gotong-royong,kaum wanita turut sama manyediakan hidangan tengah hari.Semua yang terlibat berehat dan makan tengah hari.Selain itu,satu ucapan juga diberi oleh wakil penduduk Sri Aman atas kerjasama kami untuk membersihkan kawasan sungai. Aktiviti ini tamat pada pukul enam petang.Meskipun keletihan,masing-masing berasa gembira kerana dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.

Disediakan oleh, Helena Setiausaha, Persatuan Alam Sekitar.

17 Mei 2008

Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat kita yang mengutamakan semangat bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Masyarakat di luar bandar masih teguh mengamalkan gotong-royong kerana masyarakat ini amat mementingkan perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela. Struktur anggota masyarakat ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri memudahkan lagi amalan ini dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat tersebut sama-sama menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh ahlinya. Selain itu, hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan di kalangan penduduk luar bandar lebih terjalin erat. Keadaan sebegini mendorong mereka untuk berkumpul dan berbincang dalam menjayakan sesuatu aktiviti gotong-royong. Dengan adanya keharmonian dan kemesraan di kalangan setiap lapisan masyarakat membolehkan mereka dengan tidak segan-silu meminta bantuan dan pertolongan. Hal ini kerana mereka berpegang kepada hakikat bahawa segala-galanya bertolak daripada sifat manusia sebagai makhluk yang lemah. Oleh itu, kita saling bergantung antara satu sama lain. Corak petempatan masyarakat di luar bandar juga menyebabkan amalan gotong-royong masih teguh diamalkan. Corak petempatan kampung tradisional yang berselerak di meratarata tempat dan mempunyai kawasan yang luas membolehkan aktiviti gotong-royong dijalankan dengan mudah. Ini berbeza dengan corak petempatan dan masalah kekurangan tanah di bandar yang tidak menggalakkan aktiviti gotong-royong dijalankan. Masyarakat di bandar lebih berorientasikan pekerjaan berbanding masyarakat di luar bandar. Mereka bekerja dari pagi hingga ke lewat petang dan sesetengahnya pula hingga ke malam. Corak pekerjaan yang sedemikian menyukarkan mereka untuk melibatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Pada hujung minggu pula kebanyakannya menumpukan masa kepada urusan keluarga. Memang tidak dapat dinafikan aktiviti gotong-royong ada dijalankan di bandar, tetapi sambutannya kurang menggalakkan. Mereka lebih gemar mengupah pihak tertentu untuk melakukan kerja yang biasanya dibuat secara bergotongroyong oleh masyarakat luar bandar. Masyarakat di bandar juga lebih bersikap individualistik dan gemar menunjukkan kelebihan masing-masing. Apatah lagi kemewahan dan kesenangan hidup yang dikecapi menyebabkan mereka beranggapan bahawa pertolongan orang lain kurang diperlukan. Mereka berasakan mereka boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Sehubungan itu, persepsi masyarakat di bandar mengenai amalan gotong-royong adalah sebagai perkara remeh. Akibatnya, amalan ini semakin terpinggir. Tahap pembangunan yang kurang pesat di luar bandar berbanding di bandar turut menyebabkan masyarakat di situ lebih memerlukan antara satu sama lain. Mereka menghadapi banyak kepayahan. Lagipun pendapatan mereka tidak sebanyak penghuni bandar. Oleh itu, mereka tidak berkemampuan untuk mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan di hotel atau di dewan tertentu. Mereka juga kurang mampu untuk membuat tempahan makanan yang siap dimasak untuk majlis tersebut. Sebaliknya mereka lebih memerlukan bantuan daripada jiran dan saudara-mara bagi menjayakan sesuatu majlis keramaian itu. Kesimpulannya, amalan gotong-royong di kalangan anggota masyarakat di luar bandar perlu dicontohi oleh penduduk bandar kerana amalan tersebut banyak membawa manfaat bersama. Kesedaran tentang hal ini perlu ditanam di jiwa generasi baru agar tidak luput ditelan zaman.

Anda mungkin juga menyukai