Anda di halaman 1dari 4

Hari Kantin, Koperasi & Kokurikulum SMKGN 2017

Hari Kantin diadakan bagi memberikan pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid dalam bidang
perniagaan serta dapat mencungkil bakat yang terpendam menerusi aktiviti dan pertandingan yang
dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Pengisian program seperti ini dapat memberikan kesan
yang terbaik khususnya kepada murid-murid yang lemah dalam bidang akademik untuk menonjolkan
dan melibatkan diri secara aktif. Selain itu, hubungan ukhuwah di kalangan guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid dapat disemai dan dipertingkatkan dengan lebih baik.

Pada 29 dan 30 Mac 2017, SMK Guar Nangka telah mengadakan Hari Kantin kali pertama. Hari Kantin
tersebut diadakan di sekitar kawasan sekolah dan diadakan serentak dengan hari Koperasi dan Hari
Kukurikulum sekolah.

Tarikh

29 - 30 Mac 2017

Hari

Rabu - Khamis

Masa

8.30 pagi - 1.00 petang

Tempat

Sekitar Kawasan Sekolah

GALERI BERGAMBAR

Gerai Jualan
Pameran

Anda mungkin juga menyukai