Anda di halaman 1dari 14

DR.

ABDUL GHANI BIN JALIL


GURU BAHASA MELAYU
SMK BUKIT PAYONG
HP 12.4 - Menyusun isi dan menggunakan penanda
wacana untuk menghasilkan perenggan yang koheren

SP 3.2.1 - Menulis untuk membuat justifikasi


berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan
menggunakan ayat yang gramatis.
PETIKAN RUMUSAN
[30 MARKAH]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-lan
meningkatkan keselamatan jalan raya dan kesan-kesan kemalangan jalan raya kepada
negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Secara umumnya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya
berlaku pada masa ini. Faktor yang utama ialah kecuaian manusia itu sendiri. Sikap ya
terlalu memandang ringan isu keselamatan diri mengakibatkan kemalangan jalan ray
Selain itu, keganasan jalan raya juga sering menyebabkan kemalangan. Sebagai contoh, pa
9 April 2003 di Gelang Patah seorang pemuda telah diserang dengan pisau seni luki
kerana beliau nyaris melanggar orang yang berkenaan. Pemandu yang memandu seca
terburu-buru kerana mempunyai sikap ingin menunjuk-nunjuk kehebatan memandu jug
menjadi punca berlakunya kemalangan.
Oleh itu, semua pihak perlulah meningkatkan keselamatan jalan raya di negara kita.
Terdapat beberapa cara yang efektif untuk meningkatkan keselamatan jalan raya
Keselamatan jalan raya boleh ditingkatkan dengan pihak kerajaan memasang lebih
banyak kamera pengesan had laju di jalan yang sering berlakunya kemalangan. Denga
cara ini, para pemandu di Malaysia akan lebih berhati-hati di jalan raya. Dalam pada i
pengguna jalan raya perlulah mematuhi had laju yang telah ditetapkan di sesuatu
kawasan itu. Hal ini penting bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan ra
yang lain terjamin. Selain itu, para pengguna jalan raya perlulah memastika
kenderaan mereka dapat berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik sebelum
memulakan perjalanan. Sebagai contoh, mereka perlu memastikan lampu kenderaa
berfungsi agar tidak berlaku sebarang masalah semasa dalam perjalanan. Langkah yan
mudah dipraktikkan ini dapat menjamin keselamatan pengguna, bak kata peribahas
Melayu, sediakan payung sebelum hujan.
Seterusnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) perlulah membuat
lebih banyak rondaan di semua jalan untuk mengenal pasti
jalan yang mengalami kerosakan dan kawasan yang berisiko ting
Dengan berbuat demikian, jalan yang rosak dapat dibaiki denga
kadar segera sekali gus dapat mempertingkatkan keselamatan jala
raya serta mengurangkan risiko kemalangan. JKR juga perl
meletakkan lebih banyak papan tanda khas di kawasan
berbahaya, seperti gaung dan curam. Hal ini penting memastikan
pengguna sedar tentang peringatan yang diberi.
Para pengguna juga perlu memandu di jalan raya secara berhemah dan
mengelakkan memandu dengan tergesa-gesa. Sesungguhnya keselamatan ketika
berada di atas jalan raya tidak boleh sama sekali diambil ringan kerana perkara ini
melibatkan nyawa. Jangan bersikap sudah terhantuk baru tengadah. Kemalangan jalan
raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Walau bagaimanapun,
kemalangan jalan raya boleh dielakkan dengan wujudnya kerjasama daripada pelbagai
pihak ibarat aur dengan tebing. Setiap pihak bertanggungjawab melaksanakan usaha-
usaha tersebut dengan bersungguh-sungguh.
Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Lebuh Raya Berdarah, Bagaimanakah
Mengatasinya’
oleh Nur Dinie Md Isa,
Dewan Siswa, Mei 2015
Soalan bahagian rumusan ini di uji dalam Kertas 2.
Panjangnya rumusan: Tidak melebihi 120 patah perkataan dan mempunyai empat
perenggan.

Perenggan pertama : Perenggan pendahuluan


Perenggan kedua: Perenggan isi tersurat : 6 Isi
Perenggan ketiga: Perenggan isi tersirat: 2 isi
Perenggan keempat: Perenggan kesimpulan
Proses Pertama: Proses Menghasilkan Perenggan Pendahuluan.
Baca arahan soalan,
Rujuk Tugasan pertama soalan.
Tukarkan kata kunci dalam tugasan pertama soalan (Perkataan pertama selepas
tentang) dengan perkataan yang sinonim.
Contoh:Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningka
keselamatan jalan raya dan kesan-kesan kemalangan jalan raya kepada negara. Panjangnya rumusa
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Manakala, untuk Tugasan Kedua, salin tugasan bulat-bulat.
Mulakan perenggan pendahuluan dengan:
Rumusan ini membincangkan usaha-usaha/kaedah-kaedah/cara-cara/pendekatan-
pendekatan meningkatkan keselamatan jalan raya dan kesan-kesan kemalangan jalan
raya kepada negara.
Tugasan yang lain:-
 Faktor / punca / sebab
 Langkah-langkah / usaha-usaha / cara-car
tindakan / kaedah tindakan-
/ strategi
 Kekangan /masalah-masalah / halangan
 Faedah / kebaikan / kelebihan / manfaat / kepentingan
 Peranan / fungsi / tanggungjawab / tugas
 Kesan / akibat / impak / implikasi
PANDUAN MENULIS ISI TERSURAT
PERENGGAN KETERANGAN
Perenggan Isi Tersurat
• Rujuk Tugasan 1 - kekalkan. Cari isi-isi dalam petikan (6 – 8 isi).

• Gabungkan isi-isi tersurat dengan meletakkan subjek / pihak di depan


ayat.

PERENGGAN 2 • Untuk mengesan pasti isi-isi tersurat, kenal pasti perkataan-perkataan dalam petikan yang
(ISI TERSURAT) ada kaitan dengan arahan soalan tugasan 1. Contohnya:
• Punca – sebab/disebabkan/menyebabkan/penyebab/punca/berpunca/faktor/kerana
• Kesan/Kebaikan – Dapat/telah/mampu/akan/boleh.
mendatangkan/menjadikan/menyebabkan/membolehkan.
• Langkah – Hendaklah, perlu, mesti/ harus/ wajar/ boleh/ sepatutnya.

• Penanda wacana – Selain itu, di samping itu, oleh itu sehubungan dengan itu, seterusnya,
juga, pula
CONTOH PERENGGAN ISI TERSURAT
YANG LENGKAP
Langkah-langkah meningkatkan keselamatan jalan raya ialah pihak kerajaan
memasang lebih banyak kamera pengesan had laju. Selain itu, pengguna jalan raya
perlulah mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Para pengguna jalan raya perlulah
memastikan kenderaan mereka dapat berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik.
Jabatan Kerja Raya (JKR) perlulah membuat lebih banyak rondaan di semua jalan. Di
samping itu, JKR juga perlu meletakkan lebih banyak papan tanda khas di kawasan
berbahaya dan para pengguna juga perlu memandu di jalan raya secara berhemah.
Pesanan buat murid semua, penggunaan penanda wacana dalam perenggan isi
tersurat memadai “dua sahaja”. Murid-murid tidak perlu menggunakan
penanda wacana pada setiap permulaan isi tersurat. Memadailah dengan
menggunakan dua penanda wacana sahaja. Contohnya“selain itu” dan “di
samping itu”.
PANDUAN MENULIS ISI TERSIRAT
PERENGGAN KETERANGAN

Perenggan Isi Tersirat


 Rujuk Tugasan 2 - Isi-isi tersirat tiada dalam petikan, fikir sendiri dan kaitkan dengan isi
PERENGGAN 3 tersurat. Cukup 2 isi.
(ISI TERSIRAT)  Tugasan kedua merupakan tugasan yang berbentuk [KBAT] iaitu, kemahiran berfikir
aras tinggi.

Contoh: Kesan-kesan kemalangan jalan raya kepada negara ialah kehilangan tenaga kerja.
Menanggung kos membaik pulih kerosakan jalan raya.

Pesanan untuk semua, dalam perenggan isi tersirat tidak perlu


menggunakan penanda wacana.
PANDUAN MENULIS PERENGGAN KESIMPULAN
PERENGGAN KETERANGAN
Perenggan Kesimpulannya
PERENGGAN 4  Masukkan 5 elemen untuk menghasilkan kesimpulan yang lengkap dalam
(KESIMPULAN) satu ayat sahaja. 5 elemen yang dimaksudkan :

1. Pihak yang terlibat Pelbagai pihak


(Siapa?)
2. Kata bantu ditambah Hendaklah / mestilah / perlulah +
dengan (+) cadangan prihatin
3. Tema Dengan isu kemalangan jalan raya
(ambil daripada soalan)
4. Kata hubung pancangan Agar / supaya
5. Harapan daripada Pengguna berasa selamat berada di jalan raya.
cadangan Contoh perenggan kesimpulan.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlulah prihatin dengan isu kemalangan jalan
raya agar pengguna berasa selamat berada di jalan raya.
SEKIAN. TERIMA KASIH.
Ingat “Dalam Kehidupan Tidak Ada Kegagalan” Hanya
Keputusan dan Carilah Solusi.

Anda mungkin juga menyukai