Anda di halaman 1dari 2

Teknik Menulis Karangan

1. Karangan hendaklah ditulis enam perenggan yang mengandungi :


- Perenggan 1 : Pendahuluan
- Perenggan 2 : Isi 1 + Huraian Karangan
- Perenggan 3 : Isi 2 + Huraian Karangan
- Perenggan 4 : Isi 3 + Huraian Karangan
- Perenggan 5 : Isi 4 + Huraian Karangan
- Perenggan 6 : Penutup
2. Karangan hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
3. Markah karangan = 30 markah
4. Pelajar perlu membaca arahan soalan karangan dan kenal pasti TEMA & KEHENDAK SOALAN

Arahan soalan karangan :


Kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat setiap hari. Huraikan faktor-faktor yang
menyebabkan kemalangan jalan raya.Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180
patah perkataan.

TEMA : kemalangan jalan raya


KEHENDAK SOALAN : faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya

Teknik Menulis Karangan : Pendahuluan


Ayat pengenalan/Ayat Pada era globalisasi ini, kemalangan jalan raya di negara kita semakin
penyata meningkat setiap hari.
Ayat Tema Kemalangan jalan raya sering berlaku di mana-mana sahaja.

Ayat Rangsangan Hal ini telah menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya adalah satu
(berkaitan tema soalan) masalah serius yang sukar diatasi.

Ayat Persoalan Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan


jalan raya?

Ayat lengkap pendahuluan karangan (dalam bentuk perenggan)

Pada era globalisasi ini, kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat setiap hari.
Kemalangan jalan raya sering berlaku di mana-mana sahaja. Hal ini telah menunjukkan bahawa kemalangan
jalan raya adalah satu masalah serius yang sukar diatasi. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang
menyebabkan kemalangan jalan raya?

Teknik Menulis Karangan : Isi


Kehendak Faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu atau
Soalan / Isi penunggang itu sendiri.
Karangan
Ayat Huraian/ Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pengguna jalan raya yang mementingkan
Sebab diri dan tidak sabar ketika berada di jalan raya. Mereka memandu kereta dengan laju
melebihi had laju yang ditetapkan serta tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa
memandu.
Ayat Contoh Sebagai contoh, ada antara mereka yang menggunakan telefon pintar dan leka berbual-
bual semasa memandu sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku.
Ayat Huraian Kesannya, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah membahayakan
/Kesan pengguna jalan raya yang lain.
Ayat Jelaslah bahawa sikap pemandu atau penunggang itu sendiri merupakan faktor yang
Penyimpul menyebabkan kemalangan jalan raya.

Ayat lengkap isi karangan (dalam bentuk perenggan)

Faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu atau penunggang itu
sendiri. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pengguna jalan raya yang mementingkan diri dan tidak
sabar ketika berada di jalan raya. Mereka memandu kereta dengan laju melebihi had laju yang ditetapkan
serta tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa memandu. Sebagai contoh, ada antara mereka yang
menggunakan telefon pintar dan leka berbual-bual semasa memandu sehingga menyebabkan kemalangan
jalan raya berlaku. Kesannya, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah membahayakan
pengguna jalan raya yang lain. Jelaslah bahawa sikap pemandu atau penunggang itu sendiri merupakan
faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya.

*Peribahasa (pelajar juga boleh nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan huraian yang diberi)

Teknik Menulis Karangan : Penutup


Ayat Kesimpulan Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya
berlaku.
Ayat Cadangan Semua pihak perlulah berusaha mengatasi kadar kemalangan jalan raya supaya
keselamatan setiap individu terjamin.
Ayat Harapan Akhir sekali, pengguna jalan raya diseru agar sentiasa berhati-hati semasa memandu
di jalan raya bak kata pepatah, biar lambat asalkan selamat.

Ayat lengkap penutup karangan (dalam bentuk perenggan)

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Semua
pihak perlulah berusaha mengatasi kadar kemalangan jalan raya supaya keselamatan setiap individu
terjamin. Akhir sekali, pengguna jalan raya diseru agar sentiasa berhati-hati semasa memandu di jalan raya
bak kata pepatah, biar lambat asalkan selamat.

Anda mungkin juga menyukai