Anda di halaman 1dari 31

Modul BM SPM 2016

TEKNIK PENULISAN KARANGAN

BINAAN KARANGAN

PENGOLAHAN PENDAHULUAN

Ayat 1 (A1) Pernyataan soalan / tajuk


Ayat 2 (A2) Isu
Ayat 3 (A3) Keseriusan isu
Ayat 4 (A4) Persoalan
Ayat 5 (A5) Kehendak soalan

PENGOLAHAN ISI

Ayat 1 (A1) Isi utama/ pernyataan isi APA


Ayat 2 (A2) Huraian tentang isi tersebut MENGAPA
Ayat 3 (A3) Huraian tentang isi tersebut BAGAIMANA
Ayat 4 (A4) Contoh/ bukti CONTOH
Kesimpulan/ Penegasan KESIMPULAN ISI/
Ayat 5 (A5)
tentang isi tersebut PENEGASAN

PENGOLAHAN KESIMPULAN

Ayat 1 (A1) Kesimpulan tentang tajuk


Ayat 2 (A2) Penegasan tentang isu
Ayat 3 (A3) Saranan/ Cadangan
Ayat 4 (A4) Harapan

1
Modul BM SPM 2016

PENGOLAHAN PENDAHULUAN KARANGAN:

Teknik Penulisan Pendahuluan Contoh:

Tajuk: Kemalangan di jalan raya


Skop: Punca kemalangan di jalan raya
Pernyataan soalan/ Kemalangan jalan raya sering dilaporkan
Ayat 1 (A1)
tajuk dalam media massa.
Kadar kemalangan di jalan raya semakin
Ayat 2 (A2) Isu serius dan bertambah terutamanya pada
musim perayaan.
Banyak pengguna jalan raya telah
terkorban dalam kemalangan di jalan raya
Ayat 3 (A3) Keseriusan isu dan hal ini membimbangkan pengguna-
pengguna jalan raya kerana malang tidak
berbau.
Persoalannya, mengapakah kadar
kemalangan di jalan raya bertambah pada
Ayat 4 (A4) Persoalan
setiap tahun walaupun pelbagai usaha
telah dilakukan untuk menanganinya?
Terdapat berbagai-bagai punca berlakunya,
Ayat 5 (A5) Kehendak soalan peningkatan kadar kemalangan di jalan
raya.

Kemalangan di jalan raya sering dilaporkan dalam media massa (Ayat 1/


Pernyataan Soalan/ tajuk). Kadar kemalangan di jalan raya semakin serius dan
bertambah terutamanya pada musim perayaan (Ayat 2/ Isu). Banyak pengguna jalan
raya telah terkorban dalam kemalangan di jalan raya dan hal ini membimbangkan
pengguna-pengguna jalan raya kerana malang tidak berbau. (Ayat 3/ Keseriusan Isu).
Persoalannya, mengapakah kadar kemalangan di jalan raya bertambah pada setiap
tahun walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menanganinya? (Ayat 4/
Persoalan). Terdapat berbagai-bagai punca berlakunya, peningkatan kadar
kemalangan di jalan raya (Ayat 5/ Kehendak soalan).

2
Modul BM SPM 2016

PENGOLAHAN ISI KARANGAN:

Teknik Penulisan Isi Contoh:


Tajuk: Kemalangan di jalan raya
Skop: Punca kemalangan di jalan raya
Isi : kecuaian pemandu
Salah satu faktor yang menyebabkan
Isi utama/ kemalangan di jalan raya semakin
Ayat 1 (A1)
pernyataan isi meningkat saban tahun kerana kecuaian
pemandu.
Kebanyakan pemandu tidak mengambil
Huraian tentang isi
Ayat 2 (A2) berat akan peraturan dan keselamatan
tersebut
mereka ketika memandu.
Kecuaian mereka sering kali
Huraian tentang isi mengakibatkan kemalangan dan membawa
Ayat 3 (A3)
tersebut padah kepada diri sendiri, keluarga dan
pengguna jalan raya yang lain.
Buktinya, pihak Polis Diraja Malaysia
melaporkan bahawa punca utama
Ayat 4 (A4) Contoh/ bukti berlakunya kemalangan sepanjang Ops
Sikap pada musim perayaan yang lalu
adalah disebabkan kecuaian pemandu.
Kesimpulannya, punca utama peningkatan
Kesimpulan/
kadar kemalangan di jalan raya adalah
Ayat 5 (A5) Penegasan tentang
disebabkan oleh kecuaian pemandu itu
isi tersebut
sendiri.

Salah satu faktor yang menyebabkan kemalangan di jalan raya semakin


meningkat saban tahun kerana kecuaian pemandu (Ayat 1/ Huraian - mengapa).
Kebanyakan pemandu tidak mengambil berat akan peraturan dan keselamatan mereka
ketika memandu (Ayat 2/ Huraian mengapa). Kecuaian mereka sering kali
mengakibatkan kemalangan dan membawa padah kepada diri sendiri, keluarga dan
pengguna jalan raya yang lain (Ayat 3/ Huraian – bagaimana). Buktinya, pihak Polis
Diraja Malaysia melaporkan bahawa punca utama berlakunya kemalangan sepanjang
Ops Sikap pada musim perayaan yang lalu adalah disebabkan kecuaian pemandu (Ayat
4/ Contoh/ bukti). Kesimpulannya, punca utama peningkatan kadar kemalangan di
jalan raya adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri (Ayat 5/ Kesimpulan
/penegasan).

3
Modul BM SPM 2016

PENGOLAHAN KESIMPULAN KARANGAN:

Teknik Penulisan Kesimpulan Contoh:

Tajuk: Kemalangan di jalan raya


Skop: Punca kemalangan di jalan raya
Kesimpulan Kesimpulannya, kemalangan di jalan raya
Ayat 1 (A1)
tentang tajuk berpunca daripada berbagai-bagai faktor.
Faktor tersebut menjadikan jalan raya
Penegasan tentang
Ayat 2 (A2) sebagai “kubur” kepada pengguna-
isu
pengguna jalan raya.
Oleh itu, semua pihak hendaklah sederap
Saranan/ tenaga dan berganding bahu bagai aur
Ayat 3 (A3)
Cadangan dengan tebing bekerjasama dan berusaha
untuk menangani masalah ini.
Melalui usaha pelbagai pihak, diharapkan
negara ini akan melahirkan pemandu yang
Ayat 4 (A4) Harapan
berhemah dan berjaya mencapai “sifar
kemalangan di jalan raya”.

Kesimpulannya, kemalangan di jalan raya berpunca daripada berbagai-bagai


faktor (Ayat 1/ Kesimpulan tentang tajuk). Faktor tersebut menjadikan jalan raya
sebagai “kubur” kepada pengguna-pengguna jalan raya (Ayat 2/ Penegasan tentang
isu). Oleh itu, semua pihak hendaklah sederap tenaga dan berganding bahu bagai aur
dengan tebing, bekerjasama dan berusaha untuk menangani masalah ini (Ayat 3/
Saranan atau Cadangan). Melalui usaha pelbagai pihak, diharapkan negara ini akan
melahirkan pemandu yang berhemah dan berjaya mencapai “sifar kemalangan di jalan
raya” (Ayat 4/ Harapan).

PENGOLAHAN CONTOH: PENDAHULUAN

Contoh 1: Pengolahan Pendahuluan

Tajuk: Buang Bayi


Skop: Punca-punca berlaku kes buang bayi

Belakangan ini rakyat negara ini sering didedahkan dengan berita-berita tentang
pembuangan bayi (Ayat 1/ Pernyataan Soalan/ tajuk). Terdapat berita tentang bayi
yang dibuang ke dalam tong sampah, ke lubang tandas, ke dalam semak, ke dalam
sungai dan ada yang ditinggalkan di dalam surau, masjid dan di depan pintu rumah
orang (Ayat 2/ Isu). Lebih menyayat hati kita apabila mayat bayi masih bertali pusat,
dikerumuni semut, berbalut kertas surat khabar, di dalam beg plastik dan ada yang
dibuang ke dalam longkang. Amat menyedihkan apabila terdapat mayat bayi yang
dibuang ke dalam tong sampah digonggong oleh anjing-anjing liar (Ayat 3/ Keseriusan
Isu). Mengapakah manusia hilang pertimbangan dan sanggup membuang atau
membunuh zuriat sendiri? (Ayat 4/ Persoalan) Budaya siapakah yang mengajarkan
amalan zalim dan tidak bertamadun ini? (Ayat 5/ Kehendak soalan)

4
Modul BM SPM 2016

Contoh 2: Pengolahan Pendahuluan

Tajuk: Budaya Warisan Negara Kita


Skop: Faedah-faedah pengekalan budaya warisan

Budaya warisan merupakan khazanah bangsa yang sangat berharga. (Ayat 1/


Pernyataan Soalan/ tajuk). Menurut Kamus Dewan edisi keempat, budaya bermaksud
tamadun atau peradaban sesuatu bangsa atau masyarakat. Perkataan budaya berasal
daripada dua perkataan iaitu ’budi’ dan ’daya’ yang merangkumi konsep cara berfikir
dan perlakuan. Budaya warisan merupakan satu cara hidup yang diwarisi dari satu
generasi ke satu generasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan
pelbagai budaya yang melibatkan kaum Cina, India dan Melayu. (Ayat 2/ Isu). Pada
masa ini budaya warisan semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda
disebabkan pengaruh kebudayaan moden dan kurangnya pendedahan kebudayaan
dalam kalangan remaja. (Ayat 3/ Keseriusan Isu). Sanggupkah kita melihat generasi
akan datang tidak lagi mengamalkan budaya warisan? (Ayat 4/ Persoalan)
Sebenarnya, terdapat pelbagai faedah mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.
(Ayat 5/ Kehendak soalan)

Contoh 3: Pengolahan Pendahuluan

Tajuk: Badan Beruniform


Skop: Faedah-faedah melibatkan diri dalam badan beruniform

Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum bertujuan melahirkan modal insan


yang berketerampilan sebagai generasi bakal pemimpin untuk memajukan negara pada
masa depan (Ayat 1/ Pernyataan Soalan/ tajuk). Menteri Pendidikan Malaysia sering
menyarankan setiap pelajar mengikuti aktiviti-aktiviti luar iaitu kegiatan kokurikulum
untuk merealisasikan hasrat tersebut. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga
amat menekankan penglibatan pelajar dalam kokurikulum untuk pemilihan ke institusi
pengajian tinggi awam. (Ayat 2/ Isu) Namun, kebanyakan pelajar masih memandang
enteng akan kepentingan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum terutamanya badan-
badan beruniform. (Ayat 3/ Keseriusan Isu). Apakah faedah yang bakal diperoleh
apabila pelajar menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum? (Ayat 4/ Persoalan)
Sebenarnya telah terang lagi bersuluh bahawa terdapat berbagai-bagai faedah apabila
pelajar melibatkan diri dalam badan beruniform. (Ayat 5/ Kehendak soalan)

PENGOLAHAN CONTOH: ISI

Contoh 1: Pengolahan Isi

Tajuk: Buang Bayi


Skop: Punca-punca berlaku kes buang bayi
Isi : Pergaulan bebas

Banyak kajian menunjukkan bahawa punca utama wujudnya masalah ini adalah
pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan (APA). Pergaulan bebas tanpa
batasan dalam kalangan remaja membawa kepada perbuatan terlanjur dan
mengandung anak luar nikah (MENGAPA). Apabila nasi sudah menjadi bubur,
pembuangan bayi atau membunuh bayi dianggap jalan terbaik (BAGAIMANA). Sebagai
contoh, baru-baru ini akhbar tempatan melaporkan bahawa mayat bayi ditemukan di

5
Modul BM SPM 2016

dalam kolam takungan sampah di ibu kota dan hasil siasatan menunjukkan bahawa
ibunya ialah remaja yang dianiaya oleh teman lelakinya (CONTOH). Kita dapat
rumuskan bahawa pergaulan bebas tanpa batasan akan menyebabkan perbuatan hina
ini berterusan dan menjatuhkan imej masyarakat negara ini yang sedang berusaha
membentuk masyarakat penyayang (PENEGASAN/ KESIMPULAN).

Contoh 2: Pengolahan Isi


Tajuk: Amalan Gotong-royong
Skop: Faedah amalan gotong-rotong
Isi : Mewujudkan sikap bekerjasama dan saling membantu

Amalan gotong-royong dapat mewujudkan sikap bekerjasama dan saling membantu


dalam kalangan masyarakat berbilang kaum (APA). Apabila sesuatu aktiviti gotong-
royong dianjurkan semua penduduk kampung atau taman perumahan akan
menggembleng tenaga untuk melaksanakan sesuatu aktiviti (MENGAPA). Mereka
bekerjasama dan menyumbang tenaga tanpa mengira status dan pangkat
(BAGAIMANA). Sesuatu kerja yang berat dan sukar dapat diselesaikan dengan cepat
hasil sumbangan tenaga semua pihak kerana berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Sesuatu majlis kenduri misalnya, dapat dilaksanakan dengan lancar melalui gotong-
royong penduduk kampung atau taman perumahan. Masing-masing telah diagihkan
tugas seperti memotong daging, memasak, menghidang dan sebagainya (CONTOH).
Kesimpulannya, amalan gotong-royong dapat mewujudkan sikap kerjasama dan saling
membantu dalam kalangan rakyat berbilang kaum (PENEGASAN/ KESIMPULAN).

Contoh 3: Pengolahan Isi


Tajuk: Keracunan Makanan
Skop: Langkah-langkah pencegahan
Isi : Aspek kebersihan dalam penyediaan makanan

Pihak pengusaha makanan perlu mementingkan kebersihan dalam aspek


penyediaan makanan (APA). Mereka lebih arif dalam aspek penyediaan makanan dan
pengurusan kantin atau kafeteria di sekolah (MENGAPA). Pihak pengusaha kantin
perlulah memastikan tangan penyedia makanan benar-benar bersih. Tukang masak
juga perlu memakai penutup kepala dan apron di samping memotong kuku mereka agar
bersih (BAGAIMANA). Sayur-sayuran atau bahan-bahan yang hendak dimasak perlulah
dibersihkan dengan air yang secukupnya di samping tidak mendedahkan makanan
kepada lalat atau serangga yang lain (CONTOH/ BUKTI). Sekiranya langkah-langkah
pencegahan diambil oleh pihak pengusaha kantin, sudah tentulah masalah keracunan
makanan dapat dielakkan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati
(PENEGASAN/ KESIMPULAN).

Contoh 4: Pengolahan Isi


Tajuk: Lumba Haram Motosikal
Skop: Langkah-langkah pencegahan
Isi : Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap remaja

Langkah yang paling efektif untuk membasmi lumba haram motosikal adalah
dengan menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap remaja (APA). Remaja tidak
sedar bahawa perbuatan mereka adalah sia-sia dan boleh mengundang padah seumur

6
Modul BM SPM 2016

hidup sekiranya mengalami keilatan kekal akibat kemalangan ketika berlumba haram
(MENGAPA). Remaja perlu disedarkan bahawa mereka merupakan aset yang amat
berharga untuk membangunkan negara (BAGAIMANA). Remaja perlu didedahkan
tentang risiko kemalangan dengan membawa mereka melawat ke hospital untuk
menimbulkan keinsafan (BUKTI/ Contoh). Jelaslah bahawa, kesedaran dan perubahan
sikap remaja boleh mencegah lebih ramai remaja terjebak dalam lumba haram
motosikal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati (PENEGASAN/
KESIMPULAN)

Contoh 5: Pengolahan Isi


Tajuk: Lumba Haram Motosikal
Skop: Langkah-langkah pencegahan
Isi : Peranan ibu dan bapa

Ibu bapa berperanan penting untuk membendung anak remaja terlibat dalam
kegiatan yang tidak bermanfaat ini (APA). Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-
anak dan membentuk sahsiah remaja (MENGAPA). Sebelum membenarkan anak-anak
menunggang motosikal, ibu bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mereka
mematuhi peraturan jalan raya. Ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak
terutamanya pada waktu malam. Mereka juga perlu memastikan anak-anak mereka
tidak bergaul dengan “mat rempit” dan ”samseng jalanan” (BAGAIMANA). Sebagai
contoh, ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak yang suka keluar pada waktu malam
kerana aktiviti berlumba selalunya dijalankan pada tengah malam atau awal pagi
(CONTOH/ BUKTI). Tuntasnya, peranan ibu bapa sangat penting untuk memastikan
remaja tidak terjerumus dalam aktiviti lumba haram motosikal (PENEGASAN/
KESIMPULAN).

Contoh 6: Pengolahan Isi


Tajuk: Hubungan Kekeluargaan
Skop: Faedah makan bersama-sama keluarga
Isi : Mengeratkan hubungan ahli keluarga

Makan bersama-sama dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga (APA).


Keluarga yang sibuk dengan aktiviti harian dan tugasan masing-masing sukar
meluangkan masa untuk makan bersama-sama terutamanya pada waktu siang
(MENGAPA). Oleh itu, sekiranya sesebuah keluarga memastikan semua ahlinya
berkumpul dan makan bersama-sama pada waktu malam maka hubungan dapat
dieratkan (BAGAIMANA). Sekali sekala sesebuah keluarga bolehlah mengadakan
barbeku. Kemesraan akan terjalin apabila ahli keluarga tersebut bekerjasama, berbual-
bual dan bergurau senda ketika memanggang ikan, sotong, udang, ayam dan kambing
kerana ringan sama dijinjing berat sama dipikul (BUKTI/ CONTOH). Konklusinya,
makan bersama-sama dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga
(PENEGASAN/ KESIMPULAN).

7
Modul BM SPM 2016

Contoh 7: Pengolahan Isi


Tajuk: Melapangkan Masa Bersama-sama Keluarga
Skop: Faedah meluangkan masa bersama-sama keluarga
Isi : Hubungan kekeluargaan semakin erat

Hubungan kekeluargaan semakin erat sekiranya mereka dapat meluangkan


masa untuk bercuti (APA). Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan keluarga
pada masa ini sibuk dengan kerjaya dan anak-anak pula sibuk dengan persekolahan
(MENGAPA). Ketika pergi melancong, bercuti atau berkelah mereka dapat bersiar-siar,
berehat dan melepaskan tekanan masing-masing selain dapat menambahkan
kemesraan (BAGAIMANA). Sebagai contoh, ketika melancong atau melawat ke
sesuatu destinasi pelancongan, ahli keluarga dapat bergurau senda dan usik-mengusik.
Hubungan yang keruh sebelum ini akan menjadi jernih dan erat kembali kerana carik-
carik bulu ayam akhirnya bercantum juga (BUKTI/ CONTOH). Intihanya, meluangkan
masa untuk bercuti dapat menambahkan keakraban hubungan kekeluargaan
(PENEGASAN/ KESIMPULAN).

Contoh 8: Pengolahan Isi


Tajuk: Jenayah Ragut
Skop: Langkah menangani jenayah ragut
Isi : Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas

Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan bagi


mengekang/ menangani jenayah ragut (APA). Peragut yang melakukan jenayah ini
perlu diberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya sebagai pengajaran
(MENGAPA). Hukuman berat akan menimbulkan perasaan gerun kepada penjenayah
yang cuba berjinak-jinak dalam jenayah ragut (BAGAIMANA). Sebagai contoh, pesalah
jenayah ragut patut dipenjarakan dan dijatuhi hukuman sebatan mandatori. Melalui
hukuman berat ini penjenayah akan serik untuk mengulangi perbuatannya. Pihak
berkuasa juga perlu sentiasa memantau dan mengawasi kawasan-kawasan yang sering
berlaku kes ragut terutamanya di tempat-tempat yang strategik untuk penjenayah
menjayakan modus operandinya yang licik kerana sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya jatuh ke tanah juga (BUKTI/ CONTOH). Tuntasnya, penguatkuasaan undang-
undang yang lebih tegas berupaya membendung jenayah ragut daripada terus
merajalela (PENEGASAN/ KESIMPULAN).

Contoh 9: Pengolahan Isi


Tajuk: Kempen
Skop: Kepentingan kempen
Isi : Menyedarkan masyarakat tentang sesuatu perkara negatif

Salah satu kepentingan kempen adalah dapat menyedarkan masyarakat tentang


sesuatu perkara yang negatif (APA). Apabila masyarakat tahu akan keburukan sesuatu
maka mereka terhindar daripada perkara tersebut kerana sediakan payung sebelum
hujan dan beringat sebelum kena (MENGAPA). Masyarakat akan lebih berhati-hati dan
sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara (BAGAIMANA). Kempen
Keselamatan di Jalan Raya menyedarkan masyarakat akan bahaya jika tidak berhati-
hati di jalan raya kerana malang tidak berbau. Selain itu, Kempen Antidadah
menyedarkan masyarakat akan bahaya terjerumus dalam penyalahgunaan najis dadah.
Kempen Anticetak Rompak pula dapat menimbulkan kesedaran kepada masyarakat
akan kesan negatif apabila mereka membeli barangan cetak rompak (CONTOH).

8
Modul BM SPM 2016

Jelaslah bahawa kempen-kempen dapat menyedarkan masyarakat di negara ini agar


menjauhi perkara-perkara yang negatif (PENEGASAN/ KESIMPULAN).

Contoh 10: Pengolahan Isi


Tajuk: Sukan
Skop: Langkah untuk meningkatkan mutu sukan
Isi : Mengimport jurulatih dari luar negara

Langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan negara


termasuklah mengimport jurulatih dari luar negara (APA). Khidmat jurulatih luar
negara yang berpengalaman mampu memberi suntikan baharu kepada atlet tempatan di
samping mempelajari teknik dan strategi permainan yang pelbagai (MENGAPA). Hal ini
dikatakan demikian kerana kebanyakan jurulatih tempatan kurang mempunyai teknik,
manakala strategi perlawanan yang digunakan sudah lapuk sehingga mudah dikesan
oleh pihak lawan (BAGAIMANA). Sebagai contoh, format latihan yang dikendalikan oleh
jurulatih asing lebih maju dan saintifik berbanding dengan jurulatih tempatan yang
mengharapkan stamina semata-mata. Jurulatih dari luar negara juga berpengalaman
dalam pertandingan-pertandingan pada peringkat antarabangsa (CONTOH/ BUKTI).
Sememangnya, strategi perlawanan merupakan perkara paling penting untuk
menentukan suatu kejayaan di samping atlet atau pemain mempunyai kekuatan fizikal
dan kecerdasan minda (PENEGASAN/ KESIMPULAN).

KESIMPULAN

PENGOLAHAN CONTOH: KESIMPULAN

Contoh 1: Pengolahan Kesimpulan


Tajuk: Pengabaian warga emas
Skop: Cara-cara menjaga warga emas

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk menjaga warga emas seperti yang
telah dibincangkan di atas (KESIMPULAN/RUMUSAN). Jelaslah bahawa warga emas
merupakan khazanah negara yang sangat berharga, perlu dihargai, dihormati, disayangi
dan diberikan perhatian yang sebaik-baiknya bagai menatang minyak yang penuh
kerana tanpa mereka tiadalah kita (PENEGASAN). Semua pihak haruslah menghargai
pengorbanan warga emas kerana yang tua dihormati yang muda disayangi
(CADANGAN). Tuntasnya, keprihatinan untuk menjaga warga emas dapat mewujudkan
generasi muda yang mengamalkan nilai-nilai kasih sayang agar masyarakat penyayang
dan masyarakat madani dapat direalisasikan (HARAPAN).

Contoh 2: Pengolahan Kesimpulan


Tajuk: Peranan Wanita
Skop: Peranan kaum wanita dalam pembangunan negara
Format: Ceramah

Sebelum mengakhiri ceramah ini, saya yakin bahawa kaum wanita


sememangnya berperanan penting dalam pembangunan negara ke arah menjadikan
negara ini terkenal di seantero dunia dan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain (KESIMPULAN/ RUMUSAN). Oleh itu, kaum
wanita seharusnya sederap bersatu tenaga memainkan peranan masing-masing untuk
merealisasikan matlamat negara maju dalam semua bidang menjelang tahun 2020

9
Modul BM SPM 2016

(CADANGAN). Harapan saya, kaum wanita tidak harus berpeluk tubuh atau menghias
diri dengan emas dan sutera sahaja, tetapi turut memberi sumbangan yang bermakna
agar mampu menjadi srikandi negara (HARAPAN). Akhirnya/ Akhirulkalam/ Penutup
bicara saya sekali lagi menegaskan bahawa wanita memang penting dalam memajukan
negara kerana ”tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia”
(PENEGASAN).

Contoh 3: Pengolahan Kesimpulan


Tajuk: Amalan Nilai-nilai Murni
Skop: Langkah-langkah memupuk nilai-nilai murni

Konklusinya, masyarakat Malaysia perlu mengamalkan nilai murni untuk


membentuk negara yang aman dan harmonis (KESIMPULAN/ RUMUSAN).
Pembentukan masyarakat penyayang amat penting dijelmakan dalam sebuah negara
berbilang budaya dan bersifat heterogen (PENEGASAN). Semua pihak
bertanggungjawab berusaha mempraktik dan memupuk nilai-nilai murni dalam
kehidupan bermasyarakat. Oleh hal yang demikian, pemupukan nilai murni perlu
disematkan dalam jiwa kanak-kanak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya (CADANGAN). Impak usaha sebegini diharapkan negara ini akan berjaya
melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang (HARAPAN).

Contoh 4: Pengolahan Kesimpulan


Tajuk: Aktiviti kokurikulum
Skop: Faedah-faedah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

Kesimpulannya, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat


mendatangkan pelbagai impak yang positif (RUMUSAN/ KESIMPULAN). Penglibatan
generasi muda dalam kegiatan kokurikulum sangat bermanfaat untuk melahirkan
generasi sihat dan berminda kelas pertama kerana pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. (PENEGASAN). Semua pihak haruslah bekerjasama menggalakkan
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum (CADANGAN). Semoga negara kita akan
dapat melahirkan modal insan yang berkualiti dan produktif ke arah melestarikan
keunggulan negara (HARAPAN).

Contoh 5: Pengolahan Kesimpulan


Tajuk: Keracunan Makanan
Skop: Usaha-usaha mengelakkan keracunan makanan

Tuntasnya, pelbagai usaha yang drastik boleh dilaksanakan untuk mengelakkan


keracunan makanan (KESIMPULAN/ RUMUSAN). Semua pihak berperanan penting
dan berusaha menanganinya agar masalah ini dapat dielakkan daripada menghantui
para waris pelajar (PENEGASAN). Amalan sihat dan disiplin dalam penyediaan
makanan pasti dapat menghindari masalah keracunan makanan dan mengelakkan
keracunan adalah tanggungjawab semua. Semua pihak mestilah berganding bahu
kerana muafakat membawa berkat untuk mengelakkan masalah keracunan daripada
berlaku lagi (CADANGAN). Melalui pelbagai ikhtiar, diharapkan negara ini bebas
daripada isu keracunan makanan dan rakyat hidup sejahtera (HARAPAN).

10
Modul BM SPM 2016

Contoh 6: Pengolahan Kesimpulan


Tajuk: Bahasa Melayu
Skop: Langkah-langkah mendaulatkan bahasa Melayu.

Natijahnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk mendaulatkan


bahasa ibunda kita (RUMUSAN/ KESIMPULAN). Persoalannya, sejauh manakah kita
sebagai rakyat Malaysia bersedia untuk menuturkannya kerana hendak seribu daya,
tidak hendak seribu dalih? Ingatlah bahawa bahasa Melayu merupakan warisan
peninggalan nenek moyang kita dan semua pihak harus faham bahawa bahasa akal
budi bangsa dan lenyap bahasa, lenyaplah bangsa (PENEGASAN) Oleh itu, wajarlah
semua pihak berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk terus memartabatkan
bahasa Melayu (CADANGAN). Usaha yang bersungguh-sungguh semua pihak untuk
memartabatkan bahasa Melayu pasti berhasil kerana terbukti bahawa bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa tinggi, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi utama di rantau ini.
“Bahasa Jiwa Bangsa” dan “Cintailah Bahasa Kita” (HARAPAN).

PENANDA WACANA UNTUK KARANGAN

A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN·


 Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu …
 Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan
minda kita telah …
 Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang
2020.
 Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang
bakal menghambat.
 Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan
dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di
sebalik itu, kita acap kali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang
dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
 Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
 Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN·


 Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan
dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama-sama.
 Sebagai memperkukuh penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi
masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama-sama.
 Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan
drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama
di negara kita ini.
 Setelah meneliti dan mengkaji sehingga akar umbi, saya bersetuju dengan
pendapat yang menyatakan ...
 Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,
sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini
boleh dibasmi hingga akar umbi.

11
Modul BM SPM 2016

C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN·


 Kita dapat menyaksikan betapa…·
 Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…·
 Lazimnya, dalam keadaan …·
 Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …·
 Pada hemat saya …/ Pada pandangan saya …·
 Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …·
 Sebagaimana yang kita ketahui/ Sebagaimana yang kita maklumi
 Sejak awal lagi / Kebelakangan ini...
 Selain itu, pada masa ini juga...

D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN·


 Bagi sesetengah orang …
 Begitu juga dengan …/ Begitu juga halnya dengan …·
 Bertitik tolak daripada itu …·
 Bukan itu sahaja …·
 Dalam hal ini …/ Dalam konteks ini ..·
 Pada zaman yang serba canggih ini …·
 Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …·
 Dengan adanya … / Dengan berbuat demikian …/ Dengan perkataan lain ..·
 Disebabkan hal itu/ Disebabkan keistimewaan inilah kita ..·
 Hal ini berlaku disebabkan/ Hal ini penting dalam/ Hal ini serupa dengan/ Hal
yang serupa berlaku apabila...
 Jadi kita perlu/ Jadi kita hendaklah
 Keadaan ini tentunya
 Lantaran itu sehingga kini
 Kesemua ini menyumbang kepada
 Kita mengakui hakikat bahawa·
 Kita sering menonton di kaca televisyen/ Kita sering membaca di dada-dada
akhbar
 Memandangkan keadaan yang sedemikian
 Namun sejak belakangan ini
 Oleh itu, bolehlah dikatakan
 Secara logiknya masa yang
 Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
 Yang paling nyata ialah / Yang perlu kita pastikan ialah

E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK·


 Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
 Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
bahawa
 Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada
tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …

F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH·


 Sebagai contoh,
 Biar kita lihat / Biar kita ambil contoh
 Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
 Sebagai analoginya,
 Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

12
Modul BM SPM 2016

G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN·


 Intihanya,
 Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
 Konklusinya,
 Dengan ini diharapkan
 Mudah-mudahan perkara ini
 Dengan keizinan Tuhan Yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa
 Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni, insya-Allah perkara ini akan …
 Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
 Akhirulkalam, Akhir kalam
 Sebagai penutupan bicara / wacana
 Sebagai penutupan tirai perbincangan

KARANGAN CONTOH:

KARANGAN 1:

Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat.


Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat.

Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke


kanan, ke kiri atau memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah
rumah jiran. Betapa pun kita mengasihi adik-beradik dan saudara-mara, namun
............... yang jauh menyebabkan pergantungan kita terhadap jiran. Jiran ialah
tetangga atau mereka yang tinggal di ............................................................................
Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik,
bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita
dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya .................................................................. dan
hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia,
agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa
.............................................................. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita
dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu
padu ............................................. Walau bagaimanapun, pada era globalisasi yang
dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota
masyarakat ,.................................... Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya
ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang ....................................wajar
diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?

Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh


masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai
yang berharga ini tidak ................................ daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu
bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh ............................
atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak
menyertai aktiviti tersebut bersama-sama. Melalui aktiviti gotong-royong, semua

13
Modul BM SPM 2016

penduduk setempat dapat berkumpul ....................................tentang aktiviti yang akan


dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan
................................. antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu
mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan
melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa .......................................................
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah
membersihkan kawasan taman,.........................................................untuk kenduri-
kendara dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong
memerlukan masyarakat bekerjasama bagai ............................................................ agar
aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap
ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga sedar
akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti. Apabila dewasa kelak, anak-
anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan .....................................
kejiranan. Konklusinya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar
dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.

Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi .......................................atau ‘role model’


yang baik kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat
kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti aur
dengan tebing atau ke bukit sama di daki, ..................................................dan hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk mencapai keberkatan dalam hidup.
Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti mempunyai semangat
.........................................dan .....................................terhadap jiran mereka. Apabila
mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak ..............................
mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu
masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat
meringankan beban yang ................................. oleh jiran. Hal ini demikian kerana,
dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan
masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan bantuan orang lain. Sebagai
misalannya, ketika ketua keluarga ....................., maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan
bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu
keluarganya yang tinggal berjauhan dari mereka, mendapatkan bantuan
............................... ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap ............................ yang
ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut
mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi
........................................ yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau .....................................


majlis-majlis rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini
bukan sahaja dapat mengeratkan ............................................., tetapi juga mampu
mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah
terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama-sama. Dalam majlis tersebut,
masyarakat dapat berkumpul dan .................................. antara satu sama lain dengan
lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk ................................ pendapat tentang
sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh
tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan

14
Modul BM SPM 2016

budaya masing-masing di negara ini. Sebagai contohnya, majlis-majlis rumah terbuka


sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas dan Hari
Deepavali hendaklah dijadikan ............................................. Kehadiran ibu bapa
bersama-sama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat
memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah
dapat menanamkan semangat ....................................................dalam diri anak-anak
dan mengamalkan semangat ......................................... Tegasnya, majlis-majlis rumah
terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat
untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang ........................................

Seterusnya, ibu bapa hendaklah ....................................... budaya ziarah-


menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk ................................dan
meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat,
ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga pada masa-
masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan mengetahui masalah dan
....................................yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh diselesaikan
bersama-sama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan
.................................. walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai
contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita
mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap
sesuatu penyakit atau mendapat ............................ Amalan ini dapat membentuk sifat
kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap mementingkan
..................................dan hidup seperti .................... di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata
memandang, berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang
teguh pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Jadi, melalui lawatan kita,
sekurang-kurangnya kita dapat meringankan ................................ yang dialami oleh jiran
kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan
tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama
seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh ......................................... budaya
kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.

Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri
dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti
Hari Keluarga untuk .................................. hubungan dalam kalangan masyarakat
setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi
pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama-sama dan setiap ahli keluarga
boleh menyertai permainan yang disediakan. Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan
kepada anak-anak tentang kepentingan hidup ................................dalam masyarakat
setempat yang mempunyai satu sistem ....................................... yang teratur.
Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan
sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat
seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan
.............................. Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai
contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir
mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan
berlakunya kejadian-kejadian yang ......................................seperti membunuh, merogol,

15
Modul BM SPM 2016

merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat
aur dengan tebing yang mementingkan semangat .........................................................
atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa
berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam
aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat


kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang
.................................... dan membentuk perpaduan kaum. Walau apa-apapun keadaan
dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu
jiran yang menjadi tempat untuk ................................................. ketika kita dalam
keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan
menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita
perlu ................................. diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya
kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita.
......................... Jiran Sepakat Membawa Berkat perlu terus diamalkan dalam kehidupan
kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya
.......................... ini. Amalkan dengan hati yang ............................., barulah kita
memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat
kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan .......................... Jadi, dalam
setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan
sentiasa ............................ supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan
..............................

KARANGAN 2:

Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.


Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya
masyarakat kita?

Hidup ini ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah
manusia dalam kehidupan. Menjelang era .....................................yang sarat dengan
informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak ke depan dengan tidak
berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung
perlu .........................sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabung ini diharapkan
...............................sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang.
Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam ........................... anak-anak jatuh
pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan
.................................... ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus,
tepung tidak ................................. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan
oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan
....................... berjimat-cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan
amalan ini sebagai budaya .............................. Hal ini dikatakan demikian kerana

16
Modul BM SPM 2016

suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan .............................. bagi
membentuk keperibadian anak-anak. Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang
bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam. Ibu bapa merupakan orang yang
pertama berpeluang untuk ................................... dengan anak-anak. Anak-anak telah
dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini
dengan ...............................yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan
kekosongan minda anak-anak dengan perkara yang positif. Dengan kesempatan ini, ibu
bapa boleh menyemai amalan menabung dalam ................................ anak-anak. Ibu
bapa boleh mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada
wang................................ harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat
dan tidak .................................. semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-
anak tahu akan kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini
dalam kalangan kanak-kanak sebelum kudis menjadi tokak.

Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak
sejak bangku .............................lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan
...........................ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka
amalan yang berunsur .......................... seperti amalan menabung. Anak-anak mudah
dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan ................................ nasihat
ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan
menabung, secara tidak langsung, mudah .................................... dalam hati anak-anak.
Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang
berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai
.................................. air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan
membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mengajar kanak-kanak bukan
tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi?
Kesimpulannya, ibu bapa perlu.................................. amalan sedikit demi sedikit dalam
jiwa anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak
menunjuk-nunjuk. Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana
dan tidak .................... Sebagai contoh, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi
penanda aras paling senang bagi menilai ...............................sesebuah keluarga. Oleh
itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian .................................... di rumah
dan setiap pembelian perlu dibayar.........................tanpa berhutang. Kadangkala,
terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah
yang ................................. supaya mendapat "pengiktirafan" sebagai orang berada
oleh masyarakat sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak
..................................... Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar .......................
asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga,
diharapkan mereka dapat menukar ........................................ tersebut bagi
memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak.

17
Modul BM SPM 2016

“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan
harus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak
menguruskan wang dengan ................................. Mereka harus memberitahu anak-anak
cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan
anak-anak .......................... tabiat menabung. Tindakan membuka akaun bank untuk
anak-anak merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak
ke arah .................................. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih
bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung dengan meminta
mereka membayangkan wang simpanan yang bakal ................................ untuk masa
depan mereka kelak. Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal
tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang
.............................. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan
................................... anak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran
ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar ................................... wang dengan
cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-
anak dan cara ini dapat memudahkan .................................. amalan menabung sudah
terang seperti murai berkicau hari siang.

Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak. Ibu bapa sendiri harus ............................. sikap menabung.
Mereka harus menabung wang dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan sikap
........................ kepada anak-anak bahawa pada setiap bulan, mereka menyimpan
sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa menyimpan wang
akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh tingkah laku ibu
bapa dan mereka akan mengikut jejak ............................ ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa
perlu menunjukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung
juga. Cuba anda bayangkan, bagaimana anak-anak akan rela hati untuk menabung
sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang yang ................... dan tidak pandai
menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya imej yang
diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga mengatakan
bagaimana ...................., begitulah kuihnya.

Jika berkawan dengan tukang ........................., kita akan terkena percikan api;
jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan berbau harum. Kawan
merupakan ‘magnet sakti’ yang boleh mempengaruhi anak-anak yang berusia
...................... Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak berkawan dengan mereka
yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah menyebabkan anak-anak mudah
runtuh akhlak kerana kegembiraan dan ........................... akan mengaburi mata, bak
kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan
peluang anak-anak untuk bercampur dengan golongan tidak ............................ Anak-
anak mudah terjerumus dalam lembah maksiat. Anak-anak hanya tahu menghabiskan
wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk
perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan ............................ dan
diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan
dengan mereka yang kurang bersahsiah.

18
Modul BM SPM 2016

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan
dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita. Pepatah Cina
mengatakan jikalau tiada wang semua kerja tak jadi. Peribahasa Melayu pula
menunjukkan ada padi semua jadi, ada beras semua .................... Gambaran ini
menunjukkan bahawa betapa pentingnya wang dalam zaman ............................... yang
mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung dan
menjadikan amalan ini sebagai satu ................... kehidupan.

KARANGAN 3:

Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda.


Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan untuk memartabatkan permainan
tradisional di negara kita.

Pada zaman pascamerdeka ini, arus ................................. dan globalisasi yang


pesat berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang
....................... dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan
tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh
sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang.
Negara kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek
...................... dan tak lekang dek ........................... Permainan tradisional tersebut
termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, guli,
sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan permainan tersebut kurang
diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional
berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk
mengetengahkannya dalam kalangan khalayak khususnya generasi masa ini.
Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya mainkan dalam usaha
memartabatkan permainan tradisional di negara kita?

Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional


adalah dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja
pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan
............................. Mereka sering menganggap permainan tradisional telah lapuk dan
ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai generasi muda, saya harus sedar bahawa saya
berperanan memartabatkan permainan tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas
kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai ............................... berkaitan dengan
permainan tradisional. Saya akan .......................... maklumat tentang permainan
tradisional agar dapat memahami permainan tradisional yang ada di negara kita dengan
lebih jelas. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat
berkenaan pelbagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak
langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan permainan
tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden yang semakin
.........................dalam kalangan remaja.

Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan
permainan tradisional sebagai ...................... masa lapang. Hal ini boleh dilakukan
dengan rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi
menggantikan permainan moden. Saya boleh meminta ...............................daripada
golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan tradisional tersebut bagi
membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama-sama rakan-rakan.

19
Modul BM SPM 2016

Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat
memupuk semangat ................................dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga
boleh mengelakkan diri saya sebagai remaja daripada ...........................dengan pelbagai
gejala negatif akibat daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik.
Bagi diri saya lebih baik mengisi masa dengan bermain permainan tradisional daripada
melakukan perkara-perkara yang tidak ................................ Jelaslah permainan
tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini.

Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar


sekolah haruslah berani mengesyorkan permainan tradisional kepada guru-guru di
sekolah agar menjadi salah satu aktiviti semasa ............................... kokurikulum. Saya
akan menulis surat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan
permainan tradisional menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal
ini secara tidak langsung akan .................................. permainan tradisional kepada
semua pelajar. Saya juga akan menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan
di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan akademik. Aktiviti
yang boleh dilakukan antaranya adalah pertandingan membuat wau, pertandingan
bermain congkak dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang lebih
.....................................bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja
terhadap permainan tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional
dapat ................................... Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta amat
bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan pelbagai permainan
tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara
................................. Maka para pelajar perlu berani membuat ............................. ke
arah memartabatkan permainan tradisional.

Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu mempunyai semangat
cinta akan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini demikian kerana permainan
tradisional merupakan ........................ masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu
diteruskan serta dipelihara agar dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik
itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur
buluh biarlah ........................ rebungnya. Jika asasnya telah kukuh maka secara
langsung remaja masa ini tidak akan segan silu ................................. dan
memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar
pada awalnya akan menjadi .......................dan biasa jika selalu dilakukan dan
diamalkan. Begitulah juga yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja
seperti saya telah mula menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat
ini, maka sudah pasti permainan tradisional terpelihara ........................... dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya, kecintaan terhadap permainan
tradisional akan memupuk rasa cinta terhadap negara juga.

Kesimpulannya, sebagai remaja saya hendaklah berusaha mempopularkan


permainan tradisional agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat
............................ masyarakat Malaysia umumnya dan generasi muda khususnya.
Maka, golongan muda perlu berganding bahu bagai .................... dengan tebing dan
meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus
dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai ........................... dan aktiviti. Kedua-
dua golongan boleh saling bekerjasama sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini
perlu dipelihara dan dikekalkan di negara ini dengan menggunakan pelbagai
pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

20
Modul BM SPM 2016

KARANGAN 4:

Ibu bapa merupakan insan yang berperanan penting untuk menggalakkan anak-
anak menggunakan barangan buatan Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak
untuk menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia.

Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah menjadi negara
maju menjelang 2020, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan
mengeluarkan pelbagai barangan serta ......................... sendiri. Mungkin sudah tiba
masanya bagi rakyat kita agar tidak lagi ......................................... barangan luar.
Barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi
................................., malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih
baik. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang tidak mengetahui atau menyedari
kelebihan dan ........................ sebenar barangan buatan negara kita, lebih-lebih lagi
orang muda-muda yang kononnya mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih
kebendaan. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan penggunaan
barangan buatan Malaysia?

Peranan perdana yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah mereka
perlulah menjadi ............................ / “role model” kerana anak-anak akan sentiasa
mengikuti jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Pepatah ada mengatakan bahawa
bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa merupakan insan yang paling dikagumi
kerana ibu bapalah orang yang terdekat dengan anak-anak. Anak-anak diibaratkan
seperti ............................... permata yang belum digilap, ibu bapa yang akan mencanai
dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan bersinar. Walau
bagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap seperti ......................... mengajar anaknya
berjalan dengan betul kerana ini akan menyebabkan anak-anak hilang rasa kagum dan
kepercayaan kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah membeli kereta buatan
Malaysia seperti Proton atau Perodua, barangan elektrik seperti Panasonic, Philips dan
Pensonic. Tegasnya, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka
dengan menyokong barangan buatan Malaysia yang ............................... ini.

Selain itu, ibu bapa perlulah memupuk perasaan cinta akan negara kepada
anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini
terjadi demikian kerana semangat ................................. patut diterapkan ke dalam
sanubari remaja supaya mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai
tanggungjawab mereka. Ibu bapa juga boleh menanam minat anak-anak terhadap
barangan Malaysia melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini akan dapat menyuntik nilai
..........................negara, taat setia kepada raja dan negara, dan sanggup .......................
untuk negara kepada generasi muda kita. Ibu bapa patut menyeru anak-anak untuk
mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk
membeli barangan negara mereka sendiri. Sebagai misalannya, dalam filem atau drama
Korea, semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti .........................
Samsung dan LG. Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir yang merupakan
Perdana Menteri Malaysia yang keempat melalui Dasar Pandang Ke Timur, kita

21
Modul BM SPM 2016

digalakkan mencontohi sifat baik negara lain yang baik untuk ................................ taraf
kehidupan negara ke alaf baharu. Jika anak-anak telah diterapkan semangat cinta akan
negara dan ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan ..............................
hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan
golongan pengguna yang banyak berbelanja. Golongan remaja juga merupakan
harapan negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana ........................ harapan bangsa,
........................ tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia,
produk Malaysia pasti akan laris ..............................

Di samping itu, peranan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ialah mereka
membawa anak-anak ke pameran barangan buatan Malaysia. Ibu bapa bolehlah
membawa anak-anak ke Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara.
Karnival sebegini telah ditetapkan hanya barangan Malaysia yang mempunyai
.......................... potongan harga yang istimewa. Sebagai contohnya, kraf tangan dan
batik merupakan barangan yang menggambarkan budaya masyarakat Malaysia. Ibu
bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan pelbagai barangan tempatan yang terdiri
daripada pelbagai bentuk dan keunikannya yang ............................... Apabila anak-anak
meminta sesuatu barang, ibu bapa haruslah membeli barangan buatan Malaysia.
Terdapat juga pameran yang mengadakan pelbagai jenis ............................ Dalam
konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan-
pertandingan seperti menulis esei, melukis poster dan menjawab soalan-soalan kuiz
yang berkaitan. Hal ini secara tidak langsung dapat mencelikkan .............................
anak-anak supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga
berminat untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak
cinta. Tegasnya, ibu bapa perlulah membeli barangan buatan Malaysia untuk
didedahkan kepada anak-anak .............................. baharu ini.

Seterusnya, ibu bapa perlulah menerangkan kebaikan pembelian barangan


buatan Malaysia kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat memahami faedah-
faedahnya, menyokong dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ibu bapa
haruslah memberitahu anak-anak tentang .............................produk-produk Malaysia
yang kini bukan sahaja kualitinya .................................... dengan produk-produk luar
negara, malah harganya juga cukup murah untuk dimiliki seseorang. Ibu bapa juga
boleh menunjukkan kempen-kempen yang telah diadakan seperti Kempen Belilah
Barangan Malaysia kepada anak-anak untuk memastikan anak-anak sedar dan
mengetahui secara mendalam barangan keluaran Malaysia. Sikap prejudis, memandang
rendah barangan tempatan dari sudut pemikiran juga seharusnya ..............................
jauh-jauh oleh ibu bapa dan juga tidak harus diwujudkan pada anak-anak mereka,
tetapi, sebaliknya, membinakan semangat Malaysia ............................... dari serba-
serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan tempatan. Jelasnya, ibu bapa
berperanan penting untuk menerangkan manfaat-manfaat barangan buatan Malaysia
kepada anak-anak supaya mereka sedar dan ............................ memilih benda yang
baik dan mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa yang


merupakan insan terdekat kepada generasi muda kini mestilah memainkan peranannya

22
Modul BM SPM 2016

yang amat penting dalam menggalakkan anak-anak menyokong, membeli dan


............................. barangan buatan Malaysia. Harapan kerajaan Malaysia supaya
negara kita bukan sahaja mengimport barangan luar negara malah juga mengeksport
barangan buatan Malaysia dapat ............................ Sedarlah bahawa barangan
Malaysia tidak sekadar lebih murah daripada barang buatan import negara malah
mempunyai kualiti dan ....................... yang baik. Walalau bagaimanapun, usaha
daripada ibu bapa semata-mata adalah tidak mencukupi. Rakyat Malaysia patut
menghayati tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia Menjana Transformasi menyemarakkan
semangat seisi negara agar ........................... sebagai satu bangsa yang ingin
memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Tegasnya,
negara kita, tanggungjawab kita merupakan azimat yang tersemat agar kita
......................... dengan barangan Malaysia yang bermutu tinggi.

KARANGAN 5:

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan


satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan
sumbangan berkesan kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu
golongan ini?

Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat
keadaan fizikal atau ........................... sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit
tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini menghalang mereka daripada melakukan
aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang
Kelainan Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan
utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara .....................
Walaupun banyak kekurangan yang ada, masyarakat kurang upaya ini tidak harus
dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi ........................kepada negara. Oleh
sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan
dengan .............................

Usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran


golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan
dengan sebaiknya. Hal ini .................kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU
tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak
untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) haruslah
diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti
..................... lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak
...................... Namun begitu kita harus melayan mereka secara .................. dalam
keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat
duduk di dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan
penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang,

23
Modul BM SPM 2016

simpati, belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan
............... hati.

Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga
berperanan penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media
massa perlu menyiarkan .................. dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap
....................... masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali
..................kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini,
perasaan masyarakat pasti akan .................... dan secara tidak langsung wujud
perasaan simpati dan terpanggil untuk ............... bantuan. Dana dan tabung khas
disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan
kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan mendapat
simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka.

Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi
peluang kepada mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai
bidang. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) diberikan peluang mengikuti latihan
......................... seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek,
keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan
Pemulihan Orang Cacat (JARO) dan institusi-institusi lain. Di pusat-pusat latihan itu,
OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat .................. dan
boleh bekerja, sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap dalam
bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
orang lain membantu negara dan tidak lagi .........................orang lain bahkan mampu
menyara hidup sendiri dan keluarga.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan


memberikan bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit, makanan dan
minuman, pakaian, tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas.
Peruntukan kewangan daripada kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan
Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat
........................ beban OKU malah dapat menggembirakan hati mereka dalam
......................... kehidupan di dunia ini. Bantuan ................... juga diperlukan oleh
golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata
golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau ....................... Sehubungan
dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU
yang berminat melalui permohonan dan ............................. daripada persatuan masing-
masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan
golongan ini meningkatkan ..................... mereka tanpa bergantung kepada pertolongan
daripada orang lain.

Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung


pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu
diperluas kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai
anak-anak ini berpeluang .................anak-anak mereka. Sehubungan dengan itu,
kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang
setanding dengan pelajar yang ..............Malah pihak kerajaan juga mestilah

24
Modul BM SPM 2016

menyediakan tempat atau kouta pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan
meningkatkan ............pelajar OKU lagi untuk mengubah ....................hidup mereka ke
arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.

Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk
berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberikan peluang ini kerana
golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk
............................... syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang
bekerja sebagai ............................... pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani kerana
sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Selain itu,
.............. murni Pasar Raya Besar Carrefour yang telah menyasarkan 5 peratus
daripada pekerjanya ialah OKU haruslah diberi ...................... kerana mereka memberi
peluang kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi .....................
kehidupan keluarga mereka.

Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua


untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Bagi
merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat
mestilah berganding bahu ................................ matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak
bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan ......................
pada era ............................... negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah
muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam
usaha membantu golongan OKU.

KARANGAN 6:

PELANCONGAN
Industri pelancongan membawa sumber pendapatan negara. Huraikan usaha-usaha
yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan negara.

Tahun 2016 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh kerajaan
memandangkan industri pelancongan berpotensi untuk dimajukan di negara kita. Sektor
pelancongan juga perlu dimantapkan kerana sektor ini mampu memantapkan ekonomi
negara kita. Banyak tempat menarik yang terdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh
pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di Cameron Highland, Genting
Highland, bandar raya Melaka, Desaru dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha boleh
dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak
kerajaan sendiri mahupun agensi yang berkaitan.

Usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan antaranya adalah


menambah kemudahan pengangkutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang
menarik di negara kita. Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang
lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka sukai. Sebagai
contoh, kerajaan telah membina kemudahan lebuh raya baharu ke Cameron Highlands
agar pusat pelancongan ini mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke
Malaysia juga perlu ditambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah
kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini, para
pelancong akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia.

25
Modul BM SPM 2016

Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan seperti


hotel dan chalet perlu ditingkatkan. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan
memperbanyak pembinaan hotel bertaraf lima bintang yang mengenakan kadar bayaran
berpatutan dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Sebagai contoh,
usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan
murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah
pelancong menginap di hotel tersebut. Jelas bahawa, sekiranya usaha seperti ini
dilaksanakan secara berterusan, jumlah pelancong asing yang akan kembali semula ke
Malaysia akan bertambah di samping menggalakkan kedatangan pelancong baharu.

Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih banyak promosi
untuk menjelaskan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita. Promosi tentang
destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh di
laksanakan dengan giat sama ada di dalam mahupun di luar negara. Sebagai
contohnya, Kementerian Pelancongan telah mengadakan promosi kebudayaan bagi
menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab Saudi. Usaha
mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi
maklumat seperti Internet bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan di negara
ini. Penggunaan Internet dapat memastikan semua pelancong memperoleh maklumat
berguna mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia.
Tuntasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan
disebarkan secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong.

Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong
asing ialah aspek kebersihan dan prasarana. Kawasan pelancongan mestilah sentiasa
bersih dan diselenggarakan dengan baik. Petugas-petugas di kawasan pelancongan
perlu ditambah bagi memastikan kebersihan sentiasa terkawal. Begitu juga halnya
dengan prasarana bagi membolehkan pelancong membeli-belah dengan selesa.
Sebagai contoh, kemudahan seperti bank, insurans serta pusat beli-belah perlu dibina di
kawasan pelancongan. Aspek kebersihan sangat penting kerana pengabaian
kebersihan akan menimbulkan pelbagai persepsi buruk pelancong asing terhadap rakyat
negara ini. Sesungguhnya, langkah-langkah untuk menitikberatkan aspek kebersihan
dan prasarana terbaik mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus
menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati.

Selain usaha tersebut, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat
negara ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat
Malaysia. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan
tetamu kita itu. Umpamanya, pemandu teksi yang dianggap “duta pelancongan negara”
haruslah bersikap ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan
atas kehadiran pelancong asing bagi mengaut keuntungan mudah. Rakyat perlulah
menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana “bahasa menunjukkan
bangsa”. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan
pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik agar kunjungan mereka ke
Malaysia sentiasa menjadi kenangan manis sepanjang hidup mereka.

Memandangkan persaingan dalam industri pelancongan semakin sengit, agensi-


agensi pelancongan perlu bersikap lebih kreatif bagi menerokai bidang pelancongan
baru. Konsep pelancongan perlu diperluas dengan memperkenalkan pelbagai jenis
pelancongan seperti “ekopelancongan”, pelancongan alam sekitar, pelancongan
pendidikan, pelancongan perubatan dan sebagainya. Hal ini sesuai dengan pepatah
Melayu, tak kenal maka tak cinta. Jika pelancongan versi baharu ini tidak dicuba di

26
Modul BM SPM 2016

negara kita, kita tidak akan mengetahui potensi yang dapat diperoleh daripada industri
pelancongan tersebut. Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti sukan seperti Le Tour
De Langkawi serta persidangan antarabangsa seperti Persidangan APEC yang
diadakan di Kuala Lumpur, mampu menarik jumlah pelancong berkunjung ke Malaysia.

Tuntasnya, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, sekiranya


usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat
sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan dunia menjadi nyata? Segala
tindakan yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan kerjasama daripada
semua pihak. Semoga melalui keprihatinan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan
negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk
dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka. .

KARANGAN 7:

Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di


negara kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri
pelancongan tersebut.

Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban


tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong
dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi
tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri
pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi
baharu yang menguntungkan. Oleh itu, banyak syarikat besar yang tumbuh “bak
cendawan selepas hujan” dan agensi kerajaan giat melaksanakan usaha bagi menarik
pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai factor yang
menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong.

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik


tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita.
Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang
mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan
ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping
melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan
tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang
berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat
menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan
kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Tuntasnya, kewujudan kawasan
rekreasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar negara.

Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan


oleh keadaan cuaca yang panas sepanjang tahun. Corak cuaca seperti ini amat
digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti
negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai pelancong Barat yang mengambil
kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik
terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh
keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di
kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti
berkayak, berperahu layar atau bermandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut
berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

27
Modul BM SPM 2016

Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut


disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Antara pulau yang
menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau Redang, Pulau
Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi
memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para pelancong.
Para pelancong juga akan dapat merasai “syurga dunia” dengan melakukan aktiviti
skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai
satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati
keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan
itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat
menarik lebih ramai pelancong yang sekali gus dapat menjanakan kemajuan industri
pelancongan negara.

Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh
wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah
negara yang memiliki masyarakat majmuk, maka pelbagai budaya menarik terdapat di
sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan
kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan
tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain
itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh
para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti sate,
ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei,
idali dan roti canai. Sememangnya, keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah
berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan


pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai
contohnya, Kementerian Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan
kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai
usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan
sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua
negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama,
kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai
pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional
Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga turut
memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti “ekopelancongan”, “agrotourism”,
pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang
berterusan ini, maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.

Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baharu yang berpotensi untuk


menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, peranan kerajaan dan agensi
pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat
diperlukan. Semoga melalui keprihatinan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan
negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk
dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.

28
Modul BM SPM 2016

KARANGAN 8:

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI JENAYAH

Kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini membimbangkan orang ramai.
Sebagai seorang pegawai polis anda telah ditugaskan memberi ceramah tentang
langkah-langkah untuk menangani jenayah di negara ini kepada penduduk bandar raya
Alor Setar. Tuliskan ceramah tersebut selengkapnya.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada tuan-tuan dan
puan-puan yang sudi hadir pada petang ini. Saya Inspektor Harun daripada Pejabat
Kontinjen Polis Diraja Malaysia Alor Setar, Kedah merakamkan ucapan berbanyak-
banyak terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir untuk mendengar
ceramah bertajuk “Langkah-langkah Menangani Jenayah di negara ini”.

Kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini membimbangkan orang


ramai. Saban hari media massa melaporkan kejadian jenayah. Ramai rakyat negara ini
menjadi mangsa penjenayah yang tidak berperikemanusiaan dan biasanya bertindak
ganas hingga mengakibatkan mangsa kehilangan nyawa dan menderita sepanjang
hidup. Tuntasnya, gejala jenayah ini sememangnya perlu dibanteras dengan segera
agar tidak berleluasa dan seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil
untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Usaha yang paling utama dan efisien ialah cara komunikasi dan pergaulan antara
ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal
mendidik anak agar tidak terjerumus ke kancah sosial seperti jenayah. “Melentur buluh
biarlah dari rebungnya” merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap
ibu bapa dalam mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu
memberi pendidikan yang berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari
perkara tersebut sama ada salah atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi
bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk mengambil tindakan yang sememangnya
amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai pendirian yang tersendiri.
Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik
anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab kepada
pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada
anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung
dan tempat mengadu masalah.

Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah
yang merupakan isu terpenting di negara ini adalah dengan mewujudkan konsep bandar
dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk
dibincangkan. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep
bandar dan pekan selamat termasuklah pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu
seperti RELA, Rukun Tetangga, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya dalam usaha
memastikan kawasan tersebur bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut
dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-
kurangnya dapat menakutkan si penjenayah daripada melakukan akiviti mereka dan
seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Bantuan daripada alat-alat
teknologi pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan

29
Modul BM SPM 2016

pekan selamat. Kamera-kamera litar tertutup perlu dipasang sebagai langkah berjaga-
jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan
tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik
rasa was-was kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan
tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan selamat jelas sekali merupakan
usaha yang efektif bagi mencegah jenayah.

Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)


kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk
membanteras kes jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah
membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-
nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini,
seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-
unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang
kepada pembangunan negara. Sebagai contoh, remaja yang terdidik dengan
keperibadian tinggi mempunyai skil sahsiah yang tinggi dan sentiasa berusaha
membangunkan potensi diri ke arah perkara yang positif dan terhindar daripada gejala
sosial kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Kesimpulannya, kes-kes jenayah
boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh
dipelajari oleh para remaja.

Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan
peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah
jenayah yang sedang kita bincangkan? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan
untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat
mencegah jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah
jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu,
mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi
gelap, pengedaran dadah, perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka memiliki satu
pekerjaan yang tetap, sekurang-kurangnya mereka sudah memiliki penggantungan
untuk menampung hidup selain melalui cara yang diharamkan agama mahupun negara.
Secara tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencegah jenayah
di Malaysia adalah dengan memperkasakan bidang ekonomi bagi meningkatkan
peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap


sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan
kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini
kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa
takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kenpem kesedaran yang
diadakan di sekolah. Sebagai contoh, kempen pencegahan jenayah yang sesuai
diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti
jenayah dan mewajibkan undangan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ceramah
mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen
kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang
sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

30
Modul BM SPM 2016

Para hadirin sekalian,

Penubuhan kelab bersifat antijenayah di sekolah merupakan antara inisiatif untuk


menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas
hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab
seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan
menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan
sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah dapat didefinisikan sebagai pertubuhan yang
mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini
bersesuaian dengan pepatah, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Kegiatan-
kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme,
vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus selepas penubuhan kelab-kelab
bersifat antijenayah di sekolah. Oleh hal yang demikian, kelab-kelab bersifat antijenayah
haruslah lebih giat dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini.

Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi membendung


jenayah sosial di negara ini. Jelaslah bahawa jenayah membawa padah. Semua pihak
haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif ini tidak
berlarutan dan bertambah serius lagi. Saya yakin dengan langkah-langkah yang telah
diutarakan sebentar tadi, jenayah di negara ini dapat dibendung. Hanya setakat ini
sahaja penyampaian ceramah saya ini. Harapan saya ceramah yang telah disampaikan
ini dapat menyedarkan hadirin bahawa semua pihak perlu bekerjasama bagai aur
dengan tebing dan berperanan untuk mencegah jenayah. Sekian, terima kasih.

31

Anda mungkin juga menyukai