Anda di halaman 1dari 2

Karangan jenis ceramah/syarahan

bm-smktsni.blogspot.my | Tuesday, October 27, 2009

Syarahan : Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama

Salam sejahtera diucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berbahagia Tuan Pengetua, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan yang saya
kasihi. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi
peluang untuk memberi syarahan sempena hari perasmian minggu keselamatan
jalan raya. Tajuk syarahan saya ialah Keselamatan di Jalan Raya Tanggungjawab
Bersama.

Hadirin yang dihormati sekalian,


(Isi 1 : Keadaan jalan raya pada masa kini)
Tahap keselamatan di jalan raya pada masa kini amat membimbangkan. Banyak
kemalangan berlaku terutamanya ketika musim perayaan, cuti sekolah dan jalan-
jalan yang merbahaya seperti selekoh dan jalan-jalan yang rosak.

(Isi 2 : Tanggungjawab menjaga keselamatan diri dan penumpang)


Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih prihatin dengan keselamatan diri dan
penumpang. Ciri-ciri keselamatan di dalam pemanduan seperti memakai tali
pinggang keledar dan memakai topi keledar bagi penunggang motosikal
seharusnya tidak dipandang remeh. Ini dapat mengurangkan tahap kecederaan
yang serius apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Hadirin yang dihormati sekalian,


(Isi 3 : Tidak memandu dalam keadaan yang membahayakan diri dan pengguna
jalan raya yang lain)
Pengguna jalan raya juga diharap tidak memandu dalam keadaan yang
membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Kebanyakkan kemalangan
berpunca daripada pemandu yang mengantuk, mabuk, memandu dalam
keadaan yang terburu-buru serta lalai terutamanya apabila menggunakan
telefon bimbit ketika memandu atau mengunggang motosikal. Pemandu
seharusnya merancang perjalanan dan menguruskan masa dengan baik agar
tidak memadu dengan terburu-buru.

(Isi 4 : Mematuhi peraturan jalan raya)


Pengguna jalan raya juga perlu mematuhi pertaturan jalan raya terutamanya
mematuhi giliran lampu isyarat dan had kelajuan yang ditetapkan. Pengguna
yang melanggar peraturan ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri dan
pemandu yang lain, malah membahayakan pejalan kaki di sekitar mereka.
Pejalan kaki juga harus sentiasa berwaspada dengan menggunakan kemudahan
yang sesuai untuk melintas. Pejalan kaki juga harus memilih arah yang
bertentangan dengan laluan kenderaan. Cara ini lebih selamat kerana pejalan
kaki dapat melihat kenderaan yang sedang bergerak di hadapan mereka
berbanding berjalan membelakangi arus kenderaan.

Hadirin yang dihormati sekalian,


(Isi 5 :Peranan kerajaan dan pihak berkuasa)
Kerajaan juga perlu lebih bertangunggjawab dalam menangani isu keselamatan
jalan raya terutamanya menjalankan tindakan segera sekiranya terdapat jalan-
jalan yang rosak atau berlubang yang menjadi punca kemalangan berlaku. Pihak
berkuasa juga perlu menjalankan tugas dengan lebih cekap bagi memastikan
pengguna jalan raya tidak melanggar peraturan dalam usaha mengurangkan
kes-kes kemalangan di jalan raya.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Jelas di sini bahawa pengguna jalan raya samada pemandu atau penunggang
kenderaan, pejalan kaki, malah pihak berkuasa dan pihak kerajaan mempunyai
peranan dalam isu keselamatan di jalan raya. Sebelum mengakhiri syarahan
saya pada hari ini, saya menyeru agar semua pihak bekerjasama dalam
menjalankan tanggungjawab masing-masing demi menjaga keselamatan ketika
menggunakan jalan raya.
Sekian, terima kasih.

Oleh : Pn Jijin

Anda mungkin juga menyukai