Anda di halaman 1dari 2

UNIT 9: PATUHI PERATURAN JAMINAN KESELAMATAN menulis Sekolah Kebangsaan Kejora telah mengadakan Kempen Kelamatan Jalan Raya.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah pertandingan syarahan dan pameran tentang peraturan dan undang-undang jalan raya.
Alat mengukur had laju kenderaan

Ves pemantul cahaya dan topi keledar

Alat menguji alkohol dan air kencing

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif, guru-guru serta rakan-rakan yang saya kasihi .Pada pagi yang indah ini saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk Pentingnya mematuhi undang-undang jalan raya Hadirin yang dikasihi, Undang-undang jalan raya merupakan akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya.Undang-undang jalan raya digubal bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Lantaran itu sebagai pengguna jalan raya kita seharusnya akur dengan akta yang diwujudkan ini demi keselamatan kita bersama. Kita dapat mengelakkan kemalangan jalan raya sekiranya kita sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan. Sebagai pejalan kaki misalnya, kita mestilah sentiasa berhati-hati dan melintas di tempat yang selamat. Perbuatan melintas tanpa menggunakan jejantas yang disediakan merupakan satu kesalahan jalan raya. Jika kita mematuhi undang-undang tersebut , kita mungkin akan ditimpa kemalangan seperti dilanggar oleh kenderaan yang bertali arus. Kedegilan pengguna dalam mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya menyebabkan kerugian kepada diri pengguna itu sendiri. Selain daripada kehilangan harta, pengguna yang degil juga akan kehilangan nyawa. Sebagai contoh, penunggang yang tidak memakai topi keledar sewaktu menunggang. Keadaan ini boleh menyebabkan bahagian kepala mereka cedera. Selain itu, urusan perjalanan lalu lintas juga lebih lancar dan tidak terganggu jika kita mematuhi undang-undang. Sebagai contoh, seseorang yang mematuhi undang-undang akan sentiasa memandu mengikut had laju yang ditetapkan. Keadaan ini dapat mengelakkan berlakunya kemalangan

GrafikSeorang murid lelaki berumur 11 tahun sedang menyampaikan syarahan

60

yang boleh menyebabkan kesesakan dan sekaligus mengganggu perjalanan lalu lintas. Jika kita mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah , kita bukan sahaja boleh sampai ke destinasi yang kita tujui dengan selamat bahkan pengguna yang lain juga begitu. Bertimbang rasalah semasa menggunakan jalan raya. Justeru itu sebagai pengguna jalan raya, kita seharusnya bertanggungjawab dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dengan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan dengan berkesan. Cegah sebelum parah, hargailah nyawa anda dan orang tersayang, pandulah dengan berhemah. Sekian, terima kasih.

Nahas jalan raya

manusia

kenderaan

persekitaran

kecuaian

Melanggar peraturan

Tidak diselenggara

Tidak ikut piawaian

cuaca

Keadaaan jalan

Aktiviti Menyatakan maklumat yang terdapat dalam teks syarahan. Menulis untuk meyampaikan maklumat berbentuk syarahan berdasarkan kerangka karangan.
Nota guru: Murid membaca dan mengesan maklumat dalam petikan. Murid menulis karangan berbentuk syarahan tentang nahas jalan raya. Nilai murni menjaga keselamatan KB menjana idea

EMK: Strategi P&P:

3.6.2 Menulis untuk meyampaikan maklumat berbentuk syarahan, ucapan dan pidato dengan betul serta menggunakan bahasa yang santun.

61

Anda mungkin juga menyukai