Anda di halaman 1dari 1

Syarahan Langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim serta


hadirin sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari
ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Langkah-langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya”.

Hadirin yang budiman,

Kes kemalangan jalan raya meningkat setiap hari.


Kemalangan ini bukan sahaja mengakibatkan kecederaan
malahan meragut nyawa. Justeru itu, langkah-langkah yang
sewajarnya perlulah diambil.

Langkah utama ialah penguatkuasaan undang-undang.


Tindakan tegas perlu dikenakan untuk memastikan pengguna
jalan raya tidak melanggar peraturan.

Hadirin yang dihormati,

Kempen keselamatan jalan raya perlu dilakukan setiap


masa. Kempen ini penting untuk mendidik masyarakat
supaya berhemah di jalan raya.

Seterusnya, pendidikan keselamatan jalan raya


perlulah dilaksanakan di sekolah. Murid-murid mesti diajar
untuk mematuhi peraturan jalan raya seperti kata pepatah
“melentur buluh biarlah waktu rebung”.

Akhir kata, semua pihak mestilah bekerjasama untuk


mengurangkan kemalangan jalan raya. Oleh itu,
berhemahlah di jalan raya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai