Anda di halaman 1dari 1

SP 3.6.

SYARAHAN : AMALAN BERHEMAH DI JALAN RAYA

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Cikgu Md Bakir bin Md Amin, guru besar
Sekolah Kebangsaan Taman Scientex, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Pada
pagi ini saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk, “Amalan Berhemah di Jalan Raya”.

Hadirin yang dihormati,


                Terdapat pelbagai amalan berhemah di jalan raya. Antaranya, janganlah menganggap jalan
raya sebagai tempat berlumba. Kita seharusnya memandu dengan berhati-hati untuk mengelakkan
kemalangan.

                Selain itu, pejalan kaki pula perlu berhati-hati ketika melintas jalan. Mereka hendaklah
memandang ke kanan dan ke kiri semasa ingin melintas jalan. Kesannya, dapat memastikan tiada
kenderaan di atas jalan.

                Seterusnya, penunggang motosikal hendaklah memakai topi keledar dan pakaian yang
cerah. Mereka mestilah mengelakkan menunggang melebihi had laju. Kesannya, dapat mengelakkan
kemalangan berlaku.

                Akhir sekali, pemandu kereta perlulah memandu mengikut had laju yang ditetapkan.
Janganlah bermain telefon pintar ketika memandu. Dengan ini, kita akan lebih selamat dalam
perjalanan.

Hadirin yang budiman,


Kesimpulannya, sebagai pengguna jalan raya, kita mestilah berhati-hati untuk mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya. Hargailah nyawa anda dan orang yang tersayang. Pandu cermat, jiwa
selamat.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai