Anda di halaman 1dari 6

MODUL BAHASA MELAYU (PJJ) TAHUN 6(2020) SET 1

Nama: Kelas:

BM011 (PEMAHAMAN BAHAGIAN B)


Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam dialog yang diberi.

kerana yang dan seraya jika


setelah sejak untuk lantaran agar
sebab akan manakala maka

Zahid : Selamat pagi, cikgu.


Cikgu Zaki : Selamat pagi. Ada apa Zahid? Tergesa-gesa nampaknya.
Zahid : Cikgu, saya begitu teruja hendak menjadi seorang astronaut
__________________ menyertai lawatan sambil belajar tempoh hari.
Cikgu Zaki : Apakah yang membuatkan kamu begitu teruja?
Zahid : Saya tertarik apabila melihat pakaian astronaut _______________
dipamerkan di situ. Apakah tugas astronaut, cikgu?
Cikgu Zaki : Astronaut membuat kajian tentang cakerawala ___________ menulis
laporan tentangnya. Kajian cakerawala itu dapat dimanfaatkan oleh
manusia. Astronaut akan ke angkasa lepas __________________
membuat kajian.
Zahid : Wah, menariknya cikgu! Saya berjanji akan belajar dengan tekun
____________________ cita-cita saya tercapai. Terima kasih, cikgu.
Cikgu Zaki : Sama-sama, Zahid. Semoga kamu berjaya.

[5 markah]

Soalan 22

(a) Padankan ayat yang diberi dengan jenis ragam ayatnya. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

(i) Minta adik pulangkan buku itu. Ayat penyata

(ii) Saya tinggal di Pasir Gudang, Johor. Ayat tanya

Ayat perintah
(iii) Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
(larangan)

1
#panitiaBMSTaSc
SET 1
MODUL BAHASA MELAYU (PJJ) TAHUN 6(2020) SET 1

Ayat perintah
(iv) Usah koyakkan majalah itu.
(permintaan)

(v) Aduh, sakitnya kepalaku ini! Ayat seruan

[3 markah]

(b) Tulis ayat sama maksud yang sesuai dengan ayat yang diberikan.

"Jika ingin berjaya dalam pelajaran, kalian hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata
Cikgu Azihan kepada kami.

[2 markah]

(c) Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah.

Ali menuduh Zakiran mencuri wangnya. Namun, dia hanya membuat tuduhan tanpa usul
periksa dan agak-agak sahaja. Ali hanya ___________________________________ .
[2 markah]
Soalan 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

Nurzana binti Amin,


No 1, Jalan Permai 7,
Taman Permai Jaya,
81700 Pasir Gudang,
Johor.

12 Jun 2020.

Menemui sahabatku, Athirah yang berada di Klang, Selangor. Semoga berada dalam keadaan
sihat dan sejahtera.

Saudari,

2
#panitiaBMSTaSc
SET 1
MODUL BAHASA MELAYU (PJJ) TAHUN 6(2020) SET 1

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan saudari dalam
pertandingan syarahan peringkat kebangsaan baru-baru ini. Saya terbaca berita kejayaan
saudari dalam akhbar Berita Harian. Saya berasa bangga dan gembira atas kejayaan saudari
itu.

Untuk pengetahuan saudari, saya juga menonton rakaman pertandingan syarahan itu
yang disiarkan di internet. Saya sungguh kagum akan kefasihan dan keyakinan diri saudari
menyampaikan syarahan. Saya juga tidak melihat wajah saudari gusar ketika menyampaikan
hujah.

Memandangkan saudari telah memenangi pertandingan syarahan, saya ingin meminta


bantuan saudari dalam memberikan tip kepada saya cara untuk menyampaikan syarahan
dengan bersahaja tanpa rasa gugup dan takut. Hal ini demikian kerana saya akan mewakili
kelas dalam pertandingan syarahan di sekolah saya pada hujung bulan hadapan. Namun, saya
berasa gementar kerana tidak mempunyai pengalaman dalam pertandingan syarahan.

Saya berharap saudari sudi berkongsi tip tersebut dan membalas surat saya dengan
secepat mungkin. Semoga kita berjumpa lagi dalam surat akan datang. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Norzana
a) Surat ini ditulis oleh ___________________________________________

[1 markah]

b) Apakah tujuan utama penulis menulis surat kepada rakannya?

[2 markah]

c) Pada pendapat kamu, apakah tip yang akan diberikan kepada penulis?

3
#panitiaBMSTaSc
SET 1
MODUL BAHASA MELAYU (PJJ) TAHUN 6(2020) SET 1

[3 markah]

Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

Pada 20 Oktober 1953, lahirlah seorang anak lelaki yang dinamai Awang. Beliau dilahirkan
di Kampung Parit Bilal, Rambah, Pontian, Johor dan dibesarkan di Kampung Teluk Kerang,
Pontian Johor.
Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan memperoleh ijazah Sarjana Muda Persuratan
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977, ijazah Sarjana Sastera dalam
bidang liguistik daripada Universiti Malaya pada tahun 1984 dan ijazah Doktor Falsafah
dalam bidang Falsafah Pendidikan Bahasa daripada universiti yang sama.
Datuk Dr.Haji Awang bin Sariyan telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1 Februari 2012. Sebelum itu beliau pernah menjadi
Pengarah Jabatan Bahasa di DBP. Seterusnya, beliau merantau ke luar Negara demi
memartabatkan bahasa Melayu.
(sumber: buku teks Bahasa Melayu Tahun 6)
a) Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan dilahirkan pada ________________
____________________________.
[1 markah]

b) Apakah kelulusan akademik tertinggi yang diperolehi oleh Datuk Dr. Haji Awang bin
Sariyan?

[2 markah]

c) Berikan pendapat kamu tentang cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu
seseorang?

4
#panitiaBMSTaSc
SET 1
MODUL BAHASA MELAYU (PJJ) TAHUN 6(2020) SET 1

[3 markah]
Soalan 25
Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Wahai kawan aku ingin berpesan,


Ambillah ini sebagai panduan,
Jagalah diri serta kebersihan,
Kita ceria sepanjang zaman.
Bersihkan diri setiap masa,
Nasihat ini bukan memaksa,
Diri kita akan terasa,
Jiwa segar aman sentosa.

Jangan suka membuang sampah,


Perbuatan ini hendaklah ditegah,
Jauhkan diri menagih dadah,
Dirimu tidak termengah-mengah.

a) Tandakan ( _/ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pusi di atas.

Abaikan menjaga kebersihan


Elakkan diri menagih dadah
[1 markah]

b) Apakah yang berlaku jika kita menjaga diri serta kebersihan?

[2 markah]

Jangan suka membuang sampah,


Perbuatan ini hendaklah ditegah,

c) Terangkan maksud puisi di atas dan berikan sebabnya.

5
#panitiaBMSTaSc
SET 1
MODUL BAHASA MELAYU (PJJ) TAHUN 6(2020) SET 1

[3 markah]

BAHAGIAN B TAMAT

6
#panitiaBMSTaSc
SET 1

Anda mungkin juga menyukai