Anda di halaman 1dari 9

Bahagian A

[10 markah]
Soalan 1 hingga 5
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Air sungai di belakang rumah datuk mengalir dengan __________.

A cepat
B rancak
C deras
D pantas

2. __________ makanan seimbang sungguh penting untuk

menjamin tumbesaran kita.
A Mengambil
B Mengambilkan
C Pengambil
D Pengambilan

3. Ibu membeli se__________ anggur dari pasar pada pagi tadi.

A butir
B biji
C gugus
D tandan

4. Jamal dan rakan sekelasnya melawat ke Zoo Negara. __________

mengambil gambar sebagai kenangan manis.
A Mereka
B Kalian
C Kami
D Kita

5. Komputer riba yang baru dibeli oleh ayah itu ada __________ abang
kerana dia ingin menggunakannya untuk membuat projek sekolah.
A kepada
B pada
C daripada
D untuk
1 UASA Bahasa Melayu Set 1
Soalan 6 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian
jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHAN 1

BAHAN 2
Lina berminat untuk membuat kraf tangan. Ayahnya memberitahu bahawa
sekolah Lina akan mengadakan Program Bimbingan Kraf Tangan pada
bulan hadapan.
“Program ini diadakan untuk memberikan peluang kepada murid-
murid tentang teknik membuat kraf tangan,” kata ayahnya.
“Selain itu, peserta program itu juga berpeluang untuk menang
cabutan bertuah.” ujar ibunya.
“Terima kasih ibu dan ayah. Saya akan mempelajari teknik membuat
kraf tangan dengan sebaiknya. Pada cuti sekolah nanti, saya ingin
meringankan beban ibu bapa dengan menjual kraf tangan yang saya buat,”
kata Lina.

2 UASA Bahasa Melayu Set 1

Kraf tangan daripada surat khabar lama

6. Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas

ialah
A keping
B buah
C naskhah
D batang

7. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk

A memberikan hadiah kepada murid bertuah
B memupuk perasaan cinta terhadap program kraf tangan
C menggalakkan murid meringankan beban ibu bapa
D mendedahkan murid tentang cara membuat kraf tangan

8. Perkataan teknik dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan

dengan perkataan
A cara
B kesan
C sebab
D contoh

9. Perbualan antara Lina dengan ibu bapa mungkin berlaku pada bulan
A Mac
B Mei
C Julai
D April

10. Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2.

A Program ini terbuka kepada semua murid SJKC Indera
Pahlawan.
B Hadiah akan diberikan kepada para pesera.
C Ibu bapa tidak membenarkan Lina menyertai program ini.
D Lina berhasrat untuk mendaftar sebagai peserta program ini.

3 UASA Bahasa Melayu Set 1

Bahagian B
[10 markah]
Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kasim dan kawan-kawannya membantu Cikgu Shah membuat persiapan

menyambut ulang tahun kemerdekaan negara. Mereka dikehendaki
menghias kawasan sekolah dengan bendera Jalur Gemilang.
Cikgu Shah menggantung bendera Jalur Gemilang di antara
bangunan sekolah, Kasim dan kawan-kawannya membantu Cikgu Shah
mengikat bendera-bendera tersebut supaya tidak mudah ditarik oleh murid-
murid.
Cikgu Shah juga mencacakkan tiang-tiang bendera di hadapan
sekolah. Kasim menaikkan bendera tersebut. Bendera Jalur Gemilang
berkibar dengan megahnya apabila ditiup angin. Cara begini dapat
menunjukkan semangat cinta akan negara. Suasana di kawasan sekolah
mereka menjadi lebih meriah.
Akhir sekali, Cikgu Shah menyusun pasu bunga di kawasan-
kawasan yang tertentu. Kasim dan kawan-kawannya mengangkat pasu-
pasu bunga itu dengan berhati-hati. Mereka saling bekerjasama untuk
menceriakan kawasan sekolah.

1. Kasim dan kawan-kawannya membantu Cikgu Shah membuat

_______________________________.
[1 markah]

2. Mengapakah Kasim dan kawan-kawannya membantu Cikgu Shah

mengikat bendera-bendera Jalur Gemilang?
________________________________________________________
________________________________________________________
[2 markah]

4 UASA Bahasa Melayu Set 1

3. Gariskan kata nama yang terdapat dalam ayat berikut.

Cikgu Shah juga mencacakkan tiang-tiang bendera di

hadapan sekolah.
[1 markah]

4. Pilih dan tandakan (✓) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat
yang diberi.

Cikgu Shah menyusun pasu bunga di kawasan-kawasan yang

tertentu.
Pasu bunga disusun oleh Cikgu Shah di kawasan-kawasan
yang tertentu.
Pasu bunga di kawasan-kawasan yang tertentu disusun oleh
Cikgu Shah.
[1 markah]

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah
perkataan.

Kamu dan rakan-rakan sedang beratur di kantin untuk membeli makanan.

Seorang kawan kamu terjatuh. Kakinya luka dan berdarah.

Sebagai seorang rakan, apakah yang akan kamu lakukan?

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
[5 markah]

5 UASA Bahasa Melayu Set 1

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong menceriakan

kawasan sekolah.
Tuliskan pendapat kamu tentang faedah-faedah daripada aktiviti yang
dijalankan.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan.

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

6 UASA Bahasa Melayu Set 1

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam

bentuk karangan berformat atau tidak berformat. Panjangnya karangan
kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

7 UASA Bahasa Melayu Set 1

Bahagian A
1. C
2. D
3. C
4. A
5. B
6. C
7. D
8. A
9. A
10. D
Bahagian B
Soalan 1
1. persiapan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara
2. Kasim dan kawan-kawannya membantu Cikgu Shah mengikat
bendera-bendera Jalur Gemilang supaya tidak mudah ditarik oleh
murid-murid.
3. tiang-tiang bendera / tiang-tiang / bendera / sekolah
4. Pasu bunga disusun oleh Cikgu Shah di kawasan-kawasan yang
tertentu.
Soalan 2
Sebagai seorang rakan, saya akan memapah kawan saya bangun.
Kemudian, saya akan menemani kawan saya ke bilik perubatan. Selain itu,
saya akan berbual-bual dengannya dan menasihatinya agar lebih berhati-
hati.
(29 patah perkataan)
Bahagian C
Gotong-royong menceriakan sekolah dapat menghijaukan kawasan
sekolah. Selain itu, aktiviti ini melahirkan suasana harmoni dan
mengeratkan silaturahim antara murid. Seterusnya, kebersihan sekolah
akan terjamin. Bukan itu sahaja, sekolah akan menjadi lebih kondusif
untuk pembelajaran murid-murid. Di samping itu, warga sekolah akan
berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk membersihkan sekolah.
(50 patah perkataan)

8 UASA Bahasa Melayu Set 1

Bahagian D
Pada hari Sabtu yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga ke
Teluk Kemang. Sepanjang perjalanan ke Teluk Kemang, kami berbual-
bual dengan riangnya.
Selepas setengah jam, kami pun tiba di destinasi. Ayah
membentangkan tikar di bawah sepohon pokok rendang. Kemudian, ibu
meletakkan barang di atasnya. Pada masa yang sama, adik dan saya
memakai pakaian renang lalu bermandi-mandi di laut. Selepas itu, kami
juga membina istana pasir dengan besar hatinya.
Pada pukul 5.00 petang, kami membersihkan kawasan perkelahan
lalu pulang ke rumah dengan berat hatinya.
(80 patah perkataan)

9 UASA Bahasa Melayu Set 1

Anda mungkin juga menyukai