Anda di halaman 1dari 1

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah Taala, selawat dan salam ke atas junjungan besar

Nabi Muhammad SAW.


Allah huma Ya Allah
Pada pagi yang penuh berkat ini,, sempena program ...................................... kami menadah
tangan dan bersyukur ke hadratmu di atas nikmat limpah kurniamu yang tidak terhingga ke
atas kami sehingga kami dapat melaksanakan tugas-tugas kami dan dipohonkan jadikan
program ini program yang Engkau berkati.
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit
lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang
sangat luas bagi mengembangkan potensi diri kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah program kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu.
Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan, kecerdasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan
semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai