Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MINGGU 23 PENGGAL 1
MATA PELAJARAN Bahasa Melayu KELAS 3 Fasih
TARIKH/ HARI 24 Jun 2019/ Isnin MASA 10.10-11.10
TAJUK/TEMA Ihsan terhadap Manusia dan KEMAHIRAN Mendengar dan Bertutur
Haiwan

STANDARD 1.3 Mendengar dan memahami maklumat, fakta, idea dan hujah dalam pelbagai wacana
KANDUNGAN dan memberikan respons.
STANDARD 1.3.2Mendengar dan menganalisis maklumat yang terdapat dalam pelbagai wacana serta
PEMBELAJARAN memberikan respons yang betul, tepat dan bermakna.
OBJEKTIF/HASIL Pada akhir pelajaran, murid dapat:.
PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan sekurang-kurang 3 cara berlaku ihsan sesama manusia dan haiwan.
2.Menghargai orang lain.
3.Membantu warga sekolah yang mengalami masalah atau dalam kesusahan.

AKTIVITI

SET INDUKSI 1. Murid dipertonton dengan video (QR CODE) dan memberhentikan video pada saat ke-
(7 MIN) 41.
2. Murid meramalkan perkara yang akan berlaku bagi setiap perbuatan pemuda itu
menggunakan teknik pop corn.
3. Kemudian guru menyambung video bagi menunjukkan perkara sebenar dan mengaitkan
dengan topik pembelajaran.
PERKEMBANGAN 1. Murid diberikan tugasan kumpulan: Sikap ihsan dapat ditunjukkan kepada sesiapa
(45 MINIT) dan dalam pelbagai cara. Huraikan perbuatan ihsan yang ditunjukkan berdasarkan
situasi gambar yang diberikan ( Orang meminta sedekah, nenek miskin yang menjaga
cucu dan pengemis yang memberi makan kepada kucing.
2. Wakil kumpulan diminta menyatakan pandangan hasil perbincangan kumpulan mereka
.Teknik Bola Beracun digunakan. (Pentaksiran dijalankan).
3. Kemudian setiap kumpulan diminta menyambung perbincangan dalam kumpulan
berdasarkan situasi lain yang diberikan. (Anda mempunyai banyak rakan di sekolah.
Bagaimanapun terdapat rakan yang kurang bernasib baik dari segi latar belakang
ekonomi keluarganya. Sesetengahnya tidak mempunyai wang saku, tambang bas atau
memakai uniform sekolah yang kelihatan lusuh setiap hari. Cadangkan tindakan yang
dapat anda lakukan untuk membantu mereka dan huraikan tindakan anda itu)
jawapan murid dicatat pada kertas sebak
4. Setiap kumpulan memperdengarkan pandangaan masing-masing.(Pentaksiran)
5. Murid-murid lain menilai pandangan setiap kumpulan dan memberikan komen.
(Menggunakan sticky note)
6. Murid diberikan komen dan penerangan lanjut oleh guru mengenai topik pengajaran.

PENUTUP (8 MIN) 1. Murid diingatkan setiap makhluk mempunyai hak mendapat kasih sayang. Tingkah dan
kata yang baik pasti dapat mewujudkan rasa senang dan selamat dalam diri anak yang
mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripada ibu bapa, keluarga, rakan
sekolah dan masyarakat setempat.
2. Murid juga dijelakan Setiap insan bertanggungjawab mendahulukan sikap berbuat baik
untuk mewujudkan rasa sayang dalam diri dan orang lain. Membantu insan yang
memerlukan merupakan sikap ihsan yang mulia tanpa mengharapkan balasan serta
tidak mengira warna kulit mahupun agama
ARAS PEMIKIRAN KEMAHIRAN ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
RENDAH
Memahami Menganalisis
PAK 21 Peta i-think, pop corn, bola NILAI Kasih sayang,
beracun,
ILMU Bahasa, Pendidikan Moral BBM Kertas Sebak. Pen Marker
PENTAKSIRAN Lisan dan Pemerhatian EMK Bahasa, Kreativiti dan inovasi, nilai
BILIK DARJAH murni
PENTAKSIRAN

REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai