Anda di halaman 1dari 1

NASKHAH CALON

1103/3 - BAHASA MELAYU KERTAS 3 (UJIAN BERTUTUR)

BAHAGIAN A : INDIVIDU

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

S en
a m
an

ialah pergerakan badan yang dilakukan


berulang-kali secara terancang dan
berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan kecergasan fizikal. Aktiviti
senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Oleh itu, individu
yang menjalani aktiviti senaman hendaklah menentukan intensiti senaman yang sesuai
dengan tahap kemampuan badan. Contoh senaman adalah seperti berlari, berenang,
berjoging, berbasikal, dan lompat tali. Terdapat banyak faedah bersenam antaranya ialah
menurunkan berat badan, membina kekuatan otot, dan meningkatkan daya tahan
kardiovaskular. Selain itu, aktiviti senaman juga dapat mengurangkan stres dan membantu
seseorang mendapatkan tidur yang lebih nyenyak. Walau bagaimanapun, tidak semua
masyarakat bergiat aktif dalam aktiviti senaman. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak
kekangan yang menyebabkan masyarakat mengabaikan aktiviti ini. Oleh itu, semua pihak
wajar mengambil inisiatif agar aktiviti senaman dapat dijadikan amalan.

Anda mungkin juga menyukai