Anda di halaman 1dari 1

NASKHAH CALON

1103/3 - BAHASA MELAYU KERTAS 3 (UJIAN BERTUTUR)

BAHAGIAN A : INDIVIDU

Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Pucuk pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Biarpun jauh beribu batu,

Hilang di mata di hati jangan.

Setelah sampai tujuh tahun, maka waktu Temenggung Muar menghadap ke


Johor, dibawanya anak raja itu, dipertemukan dengan Laksamana. Dan
serta sampai Temenggung Muar di Johor kepada Laksamana, maka diambil
Laksamana. Dan selama anak raja itu di Johor, sehari-hari ia bermain di
makam paduka ayahanda di Kota tinggi. Dan segala budak-budak
mengikut pergi.

“Bahasa Jiwa Bangsa” dan “Bahasa Kebangsaan Bahasa Perpaduan” antara slogan
Gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) sekitar tahun 1960-an. Hal ini menunjukkan
bahawa usaha memartabatkan bahasa melayu telah tercetus sejak sekian lama dan hingga
kini masih diteruskan demi mempertahankan keagungan nilainya. Masyarakat wajar
menghayati keindahan bahasa seperti pantun Melayu dan prosa klasik agar warisan
bahasa tidak dipandang sepi. Selain itu, keindahan bahasa ini menunjukkan ketinggian
nilai dan moral dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Pada masa
yang sama, masyarakat hari ini dapat mempelajari adat dan budaya masyarakat lama
agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Justeru, kita haruslah menguasai dan
menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.

Anda mungkin juga menyukai