Anda di halaman 1dari 3

SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

PENYUNTINGAN

LATIHAN 1

Petikan di bawah mengandungi dua belas kesalahan bahasa.Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada dua belas kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Tahap kekuatiran pengguna semakin meruncing ikutan senario kenaikan harga barangan dalam
pasaran yang berterusan. Perkembangan ini secara tidak langsung dijadikan tanda bahawa indek inflasi
akan meningkat berbanding dengan tempuh sebelum ini. Secara umumnya, pengguna dapat menerima
hakikat kesan yang dibawakan oleh inflasi dalam sistem kapitalis. Namun demikian, kesan inflasi yang
begitu ketara sukar untuk diasimilasikan oleh pengguna secara mudah.
Situasi akan bertambah buruk jika turunan mata wang negara berlaku dalam keadaan mendadak. Hal
ini dapat menyebabkan perubahan drastik terhadap kos in put pengeluaran di dalam negara,
terutamanya yang terlibat industri dan firma pengeluar yang bergantung tinggi terhadap barangan
perantaraan dan barangan modal yang diimport. Kenaikan harga barangan yang tidak berkawal mungkin
akan berlaku, malah inflasi yang diimport seperti ini mungkin menjadi pengancam yang lebih serious
kepada ekonomi negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada Mendepani Kenaikan Harga
Barang dan Inflasi oleh Zulaini Ismail, Dewan Ekonomi, Julai 2015)
(12 markah)

LATIHAN 2

Petikan di bawah mengandungi sepuluh kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sepuluh kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Budaya penganjuran rumah terbuka berupa amalan yang sangat penting dalam usaha melahirkan
masarakat Malaysia yang harmoni. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita dipunyai pelbagai
kaum dan perayaan. Walau pun rumah terbuka mendatangkan pelbagai manafaat, namun masih ramai
masyarakat Malaysia yang tidak adakan rumah terbuka. Terdapat pelbagai punca rakyat Malaysia tidak
mengadakan rumah terbuka, antaranya termasuklah mempunyai masaalah kewangan. Selain itu, rakyat
Malaysia juga tidak mempunyai masa yang mencukup untuk mengadakan rumah terbuka. Terdapat juga
masyarakat yang tidak suka mengadakan rumah terbuka kerana sikap tidak mahu bercampurgaul
dengan jiran setangga.
(Dipetik dan diubah suai daripada Budaya Penganjuran Rumah Terbuka
oleh Lee Pei Xian,Dewan Siswa ,Julai 2019)
(10 markah)
SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

PERIBAHASA

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.

Suatu ketika dahulu, Borhan nelayan yang miskin. Namun begitu, selepas dia mendapat sebutir
mutiara ketika memukat ikan, kehidupannya berubah. Dia menjadi kaya dan hidup mewah setelah
menjual mutiara itu. Walau bagaimanapun, sikap Borhan turut berubah. Dia yang dahulunya
mengamalkan sikap berjimat cermat kini boros dalam berbelanja. Dia suka menghabiskan wangnya
untuk berfoya-foya sehingga wangnya habis. Isterinya yang sakit tidak dipedulikannya sehingga
meninggal dunia. Tinggallah Borhan seorang diri. Kawan-kawan yang rapat dengannya ketika dia
mempunyai wang yang banyak kini tidak mempedulikannya lagi. Borhan menyesal, terapi perkara sudah
berlaku.
(6 markah)

LATIHAN 2

Petikan di bawah mengandungi tiga peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa itu, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Kehidupan di Kampung Parit Ali sangat harmoni. Masyarakatnya saling membantu antara satu sama
lain bagai aur dengan tebing dalam melakukan sebarang aktiviti seperti kenduri, majlis perayaan dan
gotong-royong membersihkan kawasan kampung. Mereka bersama-sama melakukan apa sahaja
pekerjaan sama ada pekerjaan itu sukar atau pun mudah kerana mereka percaya yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing. Tidak hairanlah masyarakat di Kampung Parit Ali begitu aman dan
sentosa, orang kaya dan miskin bergaul mesra. Bagi mereka pangkat dan kekayaan tidak akan jatuh jika
bergaul dengan orang miskin atau orang biasa kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

(6 markah)

LATIHAN (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)


ASPEK PENYUNTINGAN
Latihan 1
Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Golongan professional dalam bidang penjagaan kesihatan akui bahawa buah kranberi dan beri
biru mempunyai pelbagai khasiat untok tubuh badan manusia..Buah-buahan berkenaan
mampu melawani penyakit kerana mempunyai kandungan bahan kimia tumbuhan dan anti
oksidan yang tinggi tanpa kesan sampingan yang merbahaya.
Latihan 2
Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan.Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Demam dengi berupa penyakit yang berbahaya.Sesiapa yang dijangkiti penyakit ini akan
ditunjukkan tanda-tanda awal seperti demam, seram sejuk, sakit kepala, sakit bahagian
belakang mata, sengal-sengal tulang sendi, dan tiada selera makan.Apabila demam semakin
serious ,darah akan keluar daripada hidung. Kulit pesakit pula akan kelihatan bintek-bintek
merah. Jika lambat mendapatkan rawatan, pesakit mungkin tidak dapat menyelamatkan.

ASPEK PERIBAHASA
Latihan 1
Dalam petikan di bawah terdapat beberapa peribahasa. Kenal pasti peribahasa tersebut,
kemudian berikan maksud.
Kamarul bermati-matian tidak mengaku bahawa dia yang menulis dan menyebarkan berita
palsu tentang pengurusnya di media sosial, sikapnya ibarat lempar batu sembunyi tangan.
Sebaliknya, Anwar pula yang dituduh melakukan perkara itu seperti peribahasa lain orang
makan nangka, lain orang yang kena getahnya. Namun demikian, perbuatan Kamarul itu
terbongkar juga akhirnya dan dia telah dibuang kerja oleh majikannya. Oleh itu, berhati-hatilah
apabila berkata-kata kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Anda mungkin juga menyukai