Anda di halaman 1dari 29

Analisis Kesalahan Tatabahasa

Perkara yang diterangkan mesti mendahului penerang


contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka
gulai dan menyuruh saya merasanya.
(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa
nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
Salah

Betul

Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik

Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya

Kata jamak
Salah

betul

mereka-mereka
semua kereta-kereta
para-para pelajar
empat orang abang-abang

mereka
semua kereta
para pelajar
empat orang abang

kata penguat
Salah

betul

sangat tinggi sekali


sungguh jauh sekali
paling indah sekali
amat menakutkan sekali

sangat tinggi
sungguh jauh
paling indah
amat menakutkan

kata adjektif dan imbuhan ter tanpa penguat.


Salah

betul

Sani mendapat markah yang tertinggi sekali.


Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam
pertandingan itu.

Sani mendapat markah yang tertinggi .


Hassan ialah peserta yang termuda dalam
pertandingan itu.

kata hubung
Salah

betul
Sally sedang membaca bila saya tiba di
rumahnya.
Badannya besar kecuali kakinya kecil.

Sally sedang membaca apabila saya tiba di


rumahnya.
Badannya besar tetapi kakinya kecil.

Kata bilangan
Salah

betul

Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti


semasa Minggu Penyayang.
Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah remaja suka membuang masa di pasar

Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai


aktiviti semasa Minggu Penyayang.
Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai
pendapatan.

raya.

Setengah- setengah remaja suka membuang masa


di pasar raya.

7. Kata Sendi
i - Dari
Salah

betul

Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan


lalu.
Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguhsungguh.

Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.


Dari hari ini, saya akan belajar bersungguhsungguh.

ii - Daripada
Salah

betul

Tilam itu dibuat dari getah asli.


Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama. Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di
asrama.
iii - Pada
Salah

betul

Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.


Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan
awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia dengan
negara.

Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari


Kebangsaan.
Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan
awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.

iv - Di
Salah

betul

Saya dilahirkan diSarawak.


Ayah awak bekerja dimana ?

Saya dilahirkan di Sarawak.


Ayah awak bekerja di mana ?

Penjodoh bilangan
Salah

betul

Setiap orang pelajar.


Sesetengah orang rakyat.
Seluruh buah negeri.
Semua ekor binatang.

Setiap pelajar.
Sesetengah rakyat.
Seluruh negeri.
Semua binatang.

Kata ganti diri


Salah

betul

Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai
polis.
polis.
Kau tinggal di mana ? tanya Siva kepada
Cikgu tinggal di mana ? tanya Siva kepada
gurunya.
gurunya.
Kata adjektif
Salah

betul

Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar


lazat.
Pemandangan di pantai yang nian indah itu
mempesonakannya.

Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat


benar..
Pemandangan di pantai yang indah nian itu
mempesonakannya.

kata kerja transitif

Salah

betul

Ibu sedang jahit baju kurung.


Ayah selalu cuci keretanya.

Ibu sedang menjahit baju kurung.


Ayah selalu mecuci keretanya.

Ayat pasif
Salah

betul

Cerpen itu telah dikarang oleh saya.


Latihan itu mesti dibuat oleh kau.

Cerpen itu telah saya karang..


Latihan itu mesti kaubuat.

Kata tanya
Salah

betul

Kamu berasal dari manakah ?


Apa nama pengawas itu ?
Bila ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama siapa ?

Kamu berasal dari mana ?


Siapakah nama pengawas itu ?
Bilakah ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama apa ?

Ejaan
Salah

betul

Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital.


Kucing itu tidur dibawah meja.
Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang
baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya
kepada anaknya yang bongsu.

Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.


Kucing itu tidur di bawah meja.
Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya
kepada anaknya yang bongsu.

Kata Ganti Diri


1.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
*Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru,
menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya:
*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
4.
Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamu-kamu,
*anda-anda, *mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
*Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:
*Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)
6.
Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan
dengan kerabat diraja saja.
Kata Bilangan

1.
Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung
benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
2.
Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata
bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan
sewenangwenangnya. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)
*Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul)
(b)
*Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
*Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
(c)
*Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul)
(d)
`Berbagai usul dikemukakan­nya. (salah)
Berbagai-bagai usul dikemukakannya.(betul
3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi para-para. Lihatlah
contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
*Para-para peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan
sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan
yang berikut:
(a)
*Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
(b)
*Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
3 Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan
kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian,
setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:
(a)
*para orang pelajar (salah)
Para pelajar (betul)
(b)
*segala ekor binatang (salah)
segala binatang (betul)
(c)
*sekalian orang peserta (salah)
sekalian peserta (betul)
(d)
*seluruh buah negari (salah)
seluruh negeri (betul)
(e)
*semua orang gadis (salah)
semua gadis (betul)
4 Kata Sendi
1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk
menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak
transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
(a)
*Ravi suka durian. (salah)
Ravi suka akan durian. (betul)
(b)
*Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
(c)
*Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)

(d)
*Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru.
(betul)
(e)
*Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)
(b)
Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan)
Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)
(d)
Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)
(e)
Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)
(f)
Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)
(g)
Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)
h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)
(i)
Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)
j)Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)
k)Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)
l)Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara­
saudara berikan. (bukan * diatas)
5 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna
yang penuh.
2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang,
berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan
awalannya. Contohnya:
(a)
*Dia kata kepada saya. (salah)
Dia berkata kepada saya. (betul)
(b)
*Jangan lompat. (salah)
Jangan melompat. (betul
(c)
*Dia senyum kepada saya. (salah)
Dia tersenyum kepada saya. (betul)
6 Kata Kerja Transitif
1.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa
kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
2.
Objeknya mestilah frasa nama.
3.
Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber...kan, semua
kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya:
(a) *Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku (betul
(b) *Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)
4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i berbagaibagai maknanya dan
mesti digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang
berikut:
(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)
(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)
Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)

7 Kata Tanya
1.
Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2.
Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa,
mana, mengapa, dan siapa.
3.
Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan
siapa.
4.
Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau
binatang saja.
5.
Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.
6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)
*Nama kucing ini siapa? (salah)
Nama kucing ini apa? (betul)
(b)
*Apa nama anak saudara ini?
(salah)
Siapa nama anak saudara ini? (betul)
8 Kata Hubung
1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak
memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.
2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.

Kata dan Keterangannya

Contoh Kesalahan dan Pembetulan

Adakah dan Apakah


i. Kata adakah digunakan untuk mendapat
jawapan ya atau tidak.
ii. Kata apakah digunakan untuk mendapat
jawapan tentang nama binatang,benda,
keterangan tentang sesuatu, dan untuk
menanyakansesuatu yang tidak
khusus.
iii. Kesalahan dalam penggunaan kata
berlaku apabila kata apakah digunakan
pada tempat adakah.

Salah
(a) *Apakah benar ceritamu itu?
(b) *Apakah Ali datang semalam?
(c) *Apakah kamu bermimpi?
Betul
(a) Adakah benar ceritamu itu?
(b) Adakah Ali datang semalam?
(c) Adakah kamu bermimpi?

Banyak dan Ramai


i. Kata banyak mempunyai hubungan
dengan jumlah atau bilangan sama ada
manusia, benda, atau binatang.
ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan
dengan keadaan Huh-rendah,
riang, gembira, meriah, serba
gist, sibuk, tidak sunyi, dan penduduk yang banyak. Jadi, kata
ramai menunjukkan suasana atau
keadaan.
iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata banyak diganti dengan
kata ramai.

Salah
(a)* Ramai orang yang Nadir dalam majlis itu.
(b) *Tidak ramai orang yang suka akan ikan air tawar
(c) *Sudirman mempunyai peminat yang ramai.
Betul
(a) Banyak orang yang Nadir dalam majlis itu.
(b) Tidak banyak orang yang suka akan ikan air tawar.
(c) Sudirman mempunyai peminat yang banyak.

Boleh dan Dapat


i. Kata boleh lebih sesuai digunakan
dalam hubungan dengan keizinan.
ii Kata dapat pula lebih sesuai

Salah
(a) *Adik saya sudah boleh menungang basikal.
(b) *Dia tidak boleh Nadir kerana deman.
(c) *Saya tidak boleh berlari kencang kerana badan saya gemu

digunakan dalam hubungan dengan


keupayaan atau kemampuan.
iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata dapat diganti dengan
kata boleh.

Betul
(a) Adik saya sudah dapat menunggang basikal.
(b) Dia tidak dapat Nadir kerana demam.
(c) Saya tidak dapat berlari kencang kerana badan saya gemuk

Bukan dan Tidak


i. Kata bukan dan tidak tergolong
dalam kelas kata nafi untuk
membentuk ayat nafi.
ii. Kata bukan tidak boleh digunakan
apabila frasa adjektif atau frasa
kerja menjadi predikat ayat.
iii. Kata tidak pula tidak boleh digunakan apabila frasa nama menjadi
predikat ayat.

Salah
(a) *Beg ini bukan berat.
(b) "Adik bukan tidur di bilik.
(c) *Dia bukan menulis surat.
Betul
(a) Beg ini tidak berat.
(b) Adik tidak tidur di bilik.
(c) Dia tidak menulis surat.

Golong dan Gulung


i. Kata golong boleh diberi imbuhan
menjadi menggolongkan, tergolong,
golongan, dan penggolongan. Tiaptiap kata ini berbeza maknanya.
ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan
menjadi bergulung, mengulung, tergulung, dan gulungan.
iii. Kata golong dan gulung ini sering
salah digunakan dan salah dieja
kerana seakan-akan sama bentuknya.

Salah
(a) *Gulungan petani memerlukan bantuan.
(b) *Mereka tergulung dalam kumpulan orang baik-baik.
(c) "Beliau menggulungkan mereka sebagai penentang.
(d) *Kakak sedang menggolong tikar.
Betul
(a) Golongan petani memerlukan bantuan.
(b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang baik-baik.
(c) Beliau menggolongkan mereka sebagai penentang.
(d) Kakak sedang menggulung tikar.

Menonton dan Menuntun


i. Kata menonton bererti melihat
sesuatu pertunjukan. Selain itu,
ada pula kata mempertontonkan,
tontonan, dan penonton. Setiap kata
ini berbeza maknanya.
ii. Kata menuntun pula bererti memimpin. Selain itu, ada juga kata lain
seperti bertuntun, tuntunan, dan penuntun.
Setiap kata ini pun berbeza maknanya.
iii. Penggunaan kata menonton sering dieja
salah sebagai menuntun kerana bentuknya
seakan-akan sama.

Salah
(a) *Kami menuntun televisyen sehingga larut malam.
(b) *Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama.
(c)*Filem Mandarin semakin kerap menjadi tuntunan kita.
(d)*Para penuntun bersorak apabila Anbalagan berjaya
menjaringkan bola.
Betul
(a) Kami menonton televisyen sehingga larut malam.
(b) Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama.
(c) Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita.
(d) Para penonton bersorak apabila Anbalagan berjaya
menjaringkan bola.

Pedalaman dan Pendalaman


i. Kedua-dua kata ini berasal daripada
kata yang sama (dalam) tetapi
berbeza maknanya.
ii. Pedalaman bererti kawasan yang
terpencil atau daerah yang jauh
dari perhubungan dan kemudahan.
iii. Pendalaman pula bererti usaha
mendalami atau mendalamkan.
iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam
ayat berlaku kerana ketidakpastian
tentang ejaannya.

Salah
(a) *Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air.
(b) *Pedalaman dasar Sungai Kelang di lakukan untuk
mengelakkan berlakunya banjir.
Betul
(a) Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air.
(b) Pendalaman dasar Sungai Kelang dilakukan untuk
mengelakkan berlakunya banjir.

Pendapat dan Pendapatan


i. Kedua-dua kata ini pun berasal
daripada kata yang sama (dapat)
tetapiberbeza maknanya.
ii. Pendapat bererti buah fikiran atau
pandangan.
iii. Pendapatan pula bererti hasil pencarian yang biasanya dihubungkan
dengan gaji atau upah.
iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku
apabila kata pendapatan digunakan
pada tempat pendapat.

Salah
(a) *Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini
dijalankan?
(b) "Pada pendapatan saya,penswastaan banyak membawa
kebaikan.
Betul
(a) Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan
(b) Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa
kebaikan.

Tembok dan Tembuk


i. Tembok bererti dinding atau
halangan yang dibuat daripada
batu. Kata ini boleh dibentuk
menjadi kata kerja menembok yang
bererti mendinding.
ii. Tembuk pula bererti tembus atau
berlubang. Kata ini pun boleh dibentuk menjadi kata kerja menembuk
yang bererti membuat lubang.
iii. Kesalahan penggunaan kata ini
dalam ayat berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaannya.

Salah
(a) * Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
(b) *Tapak kasut ini sudah tembok.
(c) *Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektrik.
Betul
(a) Tembok Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
(b) Tapak kasut ini sudah tembuk.
(c) Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik.

(a)
Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)
(b)
Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)
(c)
Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)
(d)
Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)
(e)
Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila)
(f)
Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan
"agar)
(g)
Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)
(h)
Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)
(i)
Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)
(j)
Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan *
baik...ataupun)
9 Penggunaan Kata yang Tidak Tepat
1. Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya tetapi
berlainan maknanya.
2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika
menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini.
3.
Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan
salah dalam ayat.
Bentuk Jamak
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan
melalui:
(a)
pengulangan kata nama seperti burung-burung, guru-guru, kawan-kawan, dan
sebagainya.

(b)
penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah kereta,
semua pelajar, para pemudi, dan sebagainya.
(c)
Pengulangan kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi, dan
sebagainya.
(d)
pengulangan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.
2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang.
Misalnya:
(a)
*dua buah kereta-kereta (salah)
dua buah kereta (betul
(b)
*semua pelajar-pelajar(salah)
semua pelajar (betul
(c)
"para pemudi-pemudi (salah)
para pemudi (betul)
3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang. Misalnya:
*Rakyat-rakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah)
Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul
(b)
4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama
tidak perlu diulang. Misalnya:
Lukisan-lukisan itu cantik-cantik belaka. (salah)
Lukisan itu cantik-cantik belaka. (betul)
(b)
*Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. (salah)
Bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. (betul)
11 Hukum DM
1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk membentuk frasa nama
dalam ayat.
2. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenang-wenang.
Misalnya:
(a)
*"lainlain hal(salah)
halhal lain (betul)
(b)
*Malik kedai runcit (salah)
kedai runcit Malik (betul)
(c)
`goreng pisang (salah)
pisang goreng (betul)
(d)
`cili sos (salah)
sos cili (betul)
(e)
*mini estet(salah)
estet mini (betul)
12 Frasa Adjektif
1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.
2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat.
Contohnya: sangat besar atau besar sekali.
3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif sekaligus.
Misalnya:
(a)
"Ubat itu sangat pahit betul.
(salah)
Ubat itu sangat pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul)
Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah)
Soalan inilah yang paling sukar. (atau)
Soalan inilah yang sukar sekali. (betul)

4. Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai penerang,


kata penguat tidak diperlukan. Misalnya:
(a)
*Asmah mendapat markah
yang paling terbaik. (salah)
Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul)
(b)
*Stadium inilah yang terbesar
sekali di dunia. (salah)
Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul)
5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasz
sendi apabila diperluas. Misalnya:
(a)
*Saya gemar lagulagu Melayu asli. (salah)
Saya gemar akan lagulagu Melayu asli. (betul)
(b) *Kami benci sikapnya itu. (salah)
Kami benci akan sikapnya itu.(betul)
13 Frasa Kerja Tak Transitif
1.
Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat
tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja talk transitif sebagai kata
kerja utamanya.
2.
Kata kerja talk transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi
kerana akhiran kan pada apitan ber...kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat
mewakili kata sendi dengan, atau pada, atau tentang.
Misalnya:
(a)
*berdasarkan pada keterangan ini (salah)
berdasarkan keterangan ini (betul)
(b)
*bertanyakan khabar (betul bertanyakan tentang khabar (salah)
3.
Frasa kerja talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:
(a)
*Ingatkah kamu janji janjimu? (salah)
Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul)
(b)
*Kami ingin bertemu Pengetua esok. (salah)
Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul)
14 Frasa Kerja Transitif
1.
Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta
frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
2.
Antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain tidak
boleh disisipkan.
Misalnya:
(a)
*Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
Kami membincangkan masalah itu. (betul)
(b)
*Dia membeli banyak buah.(salah)
Dia banyak membeli buah. (betul)
(c) *Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah)
Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul)
Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul)
15 Frasa Kerja Pasif
Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut bentuk terikat.
Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata
kerja pasif itu. Misalnya:
(a)
*Surat itu saga akan balas.(salah)
Surat itu akan saga balas.

10

(b)
*Orang itu kita patut Bantu.(salah)
Orang itu patut kita Bantu. (betul)
(c) *Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah)
Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul)
3.
Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh
disamakan.
Misalnya:
(a)
*Buku itu dibaca oleh saya.(salah)
Buku itu saya baca. (betul)
(b)
* Mejameja itu disusun oleh kami. (salah)
Mejaineja itu kami susun. (betul)
(c)
*Nota itu ditulis oleh kamu? (salah)
Nota itu kamu tulis? (betul
Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja
pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua. Misalnya:
(a)
*Dinding itu dia conteng. (salah)
binding itu diconteng olehnya. (betul)
(b)
Drama itu mereka persembahkan. (salah)
Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul)
Ayat Tergantung
1.
Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.
2.
Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan ayat.
3.
Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti
yang berikut.
*Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya) Negaranegara di
seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjeknya Negaranegara)
4.
Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti
yang berikut.
(a)
*Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya)
Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)
(b)
*Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya)
Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dart sim) atau
Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah)
Beberapa contoh "ayat tergantung" yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang
berikut.
(a)
*Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada
subjeknya) Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul.
(Subjeknya: Keterangan im)
(b)
*Bagi setiap orang mesti mematuhi undangundang. (tidak ada subjeknya)
Setiap orang mesti mematuhi undangundang. (subjeknya: setiap orang)
*Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya) Seluruh kawasan sudah dinaiki
air. (subjeknya: Seluruh kawasan)

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

11

1. Kesalahan dari Segi Kata


Kata Ganti Diri
1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.
2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak
dan binatang. Contoh:

3.

Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )


Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )

Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )


Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )

Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.

Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )


Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )

Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )

Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )

4. Kata kami bererti saya dengan dia. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan.
Kita bererti anda dengan saya atau anda dengan kami. Orang yang diajak bercakap
disertakan.

5.

6.

Kami mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
Kita mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( betul )

Kita akan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )

Kami akan ke rumah awak, kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )

Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.

Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )


Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )

Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )

Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )

Kata mereka tidak boleh diulang.

7.

Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )


Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )

Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.

12

Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )


Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )

Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )

Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )

Kata Bilangan
1.

Terdapat 6 jenis kata bilangan:

Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.


Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan
sebagainya.

Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.

Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.

Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.

Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.

2. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak


boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
3.

Kata para tidak boleh diulang.

Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )


Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )

4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan
dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.

dua setengah meter ( salah )


dua suku jam ( salah )

tiga setengah ringgit ( salah )

13

dua meter setengah ( betul )

dua jam suku ( betul )

tiga ringgit setengah ( betul )

Penjodoh Bilangan
1.
2.

Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.


Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH

BETUL

setiap orang murid

setiap murid

semua orang pekerja

semua pekerja

seluruh buah kampung

seluruh kampung

segala ekor binatang

segala binatang

sekalian orang peserta

sekalian peserta

para orang guru

para guru

3.

Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH

BETUL

beberapa buah usul

beberapa usul

kedua-dua bentuk sifat

kedua-dua sifat

setiap buah sumbangan

setiap sumbangan

semua buah pendapat

semua pendapat

segala butir cadangan

segala cadangan

tiap-tiap bentuk kenangan

tiap-tiap kenangan

pelbagai bentuk teguran

pelbagai teguran

Kata Sendi
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada;
ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,

14

perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan


keanggotaan.
SALAH

BETUL

Devi datang daripada Batu Kurau.

Devi datang dari Batu Kurau.

Saya menunggu Yatie daripada pukul


dua.

Saya menunggu Yatie dari pukul dua.

Ely terima surat dari Elyas


Saya mendapat pengetahuan yang
banyak dari buku yang saya baca.

Ely menerima surat daripada Elyas.


Saya mendapat pengetahuan yang
banyak daripada buku yang saya baca.

Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat


Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari daripada sutera.
sutera.
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya
seekor yang hidup.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor
yang hidup
3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang,
binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata
kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )

15

c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )


- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Kata Kerja
1. Ada dua jenis kata kerja:
a. kata kerja transitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:

kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )


kata kerja yang berapitan men..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)

kata kerja yang berawalan mengi ( membanjiri, menghadiahi dsb.)

kata kerja yang berawalan rangkap memper . ( memperdaya, memperoleh)

kata kerja yang berapitan memper.kan ( memperhatikan, mempergunakan).

Kata kerja yang berapitan memper.i ( mempelajari, mempersentai dsb.)

3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan
mena. buang sampah ( salah )
membuang sampah ( betul )
b. goring ikan ( salah )
menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan menkan dan meni berbagai-bagai maknanya dan
mesti digunakan dengan berhati-hati.
Contoh:

SALAH
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum
bunga.

BETUL
Hafizuddin memberi Seha sekuntum
bunga.

Hanim mengambilkan segelas air untuk


Ishak.

Hanim mengambilkan Ishak segelas air.

Baginda mengurniakan beliau bintang


kebesaran.

Baginda mengurniai beliau bintang


kebesaran.
Hakim menjatuhi pencuri sebulan

Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan

16

penjara.

penjara.

Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Sampah sarap mengotori Taman Tasik
Taiping.
Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin
belajar.
5.

Yatie menasihati saya agar rajin belajar.

Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:

Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.


Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)

Kata kerja yang berapitan beran ( berdekatan, berguguran )

Kata kerja yang berapitan berkan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)

Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)

Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)

6. Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan
awalannya. Contoh:
-

tanya kepada Hamidah ( salah )


bertanya kepada Hamidah ( betul )

- jangan lompat ( salah )


jangan melompat ( betul )
-

senyum kepada Kartina ( salah )


tersenyum kepada Kartina ( betul )

Kata Hubung
1.

Ada 3 jenis kata hubung iaitu:

Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.

Kata hubung berpasangan seperti baikataupun, baikmahupun. Bukan saja.tetapi


juga dan sebaginya.

2. Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan
kata-kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.

17

Budak itu cantik kecuali sombong.


Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak
peduli.
3. Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata
tanya.
Contoh:

Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )


Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )

Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat


1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan
perbuatan.
SALAH

BETUL

Apakah benar kata-katamu itu?

Adakah benar kata-katamu itu?

Apakah dia menangis?

Adakah dia menangis?

Apakah aku bersalah?

Adakah aku bersalah?

2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH

BETUL

Syimir sudah boleh menunggang kuda.

Syimir sudah dapat menunggang kuda.

Mazni tidak boleh pergi kerana demam.

Mazni tidak dapat pergi kerana demam.

Kami tidak boleh datang kerana hujan.

Kami tidak dapat datang kerana hujan.

18

3.

bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.

Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.
SALAH

BETUL

Cincin ini bukan cantik.

Cincin ini tidak cantik.

Kami bukan membaca buku.

Kami tidak membaca buku.

Basikal ini bukan mahal.

Basikal ini tidak mahal.

Saya bukan duduk di situ.

Saya tidak duduk di situ.

4. pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata
pendalaman bererti usaha mendalamkan.
SALAH

BETUL

Kawasan pendalaman itu akan


dimajukan.

Kawasan pedalaman itu akan


dimajukan.

Beberapa kawasan pendalaman


Sarawak sukar dihubungi.

Beberapa kawasan pedalaman Sarawak


sukar dihubungi.

Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan Pendalam Sungai Air Hitam akan
dijalankan.
dijalankan.
Kesalahan Dari Segi Frasa
Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:

pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.

Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.

Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.

Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai
kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:

dua biji telur

19

semua murid

para pendidik

pelbagai acara

segala haiwan

sekalian penduduk

seluruh kawasan

3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama
tidak perlu diulang. Contoh:

Lukisan itu cantik-cantik belaka.

Pakaian di situ mahal-mahal harganya.

Ayam di situ gemuk-gemuk.

Pemuda di sini gagah-gagah belaka.

Gadis di sini cantik-cantik.

Kuih itu sedap-sedap rasanya.

Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.

Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.

4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa
nama dalam ayat:

D beerti unsur yang diterangkan

M beerti unsur yang menerangkan


Contoh:
SALAH

BETUL

lain-lain hal

hal-hal lain

Nani Kedai Roti

Kedai Roti Nani

goreng cempedak

cempedak goring

20

Maggi mi

mi Maggi

tomato sos

sos tomato

mini bas

bas mini

mini taman

taman mini

5. Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif
sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat,
dan paling.
Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh
bertugas sebagai predikat.
Contoh:
SALAH

BETUL

Bangunan itu tertinggi.

Bangunan itu paling tinggi.

Nani terpandai.

Nani paling pandai.

Orang itu terkuat.

Orang itu paling kuat

Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak
diperlukan.
Contoh: Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )
Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus.
Contoh:
SALAH

BETUL

Buah langsat ini sangat manis sekali. Buah langsat ini manis sekali.

21

Budak itulah yang paling nakal sekali. Budak itulah yang paling nakal.
Sungguh indah nian pemandangan di Sungguh indah pemandangan di situ.
situ.

Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:
SALAH

BETUL

Budak itu tidak suka durian.

Budak itu tidak suka akan durian.

Nora sangat takut anjing.

Nora sangat takut akan anjing.

Nani sangat gemar filem Hindustan.

Nani sangat gemar akan filem Hindustan.

Mereka tidak perlu pertolongan kami. Mereka tidak perlu akan pertolongan
kami.
Saya benci sikapnya itu.
Saya benci akan sikapnya itu.

6. Frasa Kerja Intransitif


Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa
objek.
Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata
kerja intransitif sebagai kata utamanya.
Kata kerja intransitif yang berapitan ber.kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat
membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH

BETUL

berlandaskan pada undang-undang

berlandaskan undang-undang

berbantalkan dengan lengan

berbantalkan lengan

berpandukan pada kamus

berpandukan kamus

beratapkan dengan langit

beratapkan langit

bertilamkan dengan rumput

bertilamkan rumput

Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu
diperluas. Contoh:
SALAH

BETUL

22

Kamu mesti ingat janji-janjimu

Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.

Kakak tidak mahu tidur sini.

Kakak tidak mahu tidur di sini.

Beliau akan datang kampung ini.

Beliau akan datang ke kampung ini.

Nani ingin berjumpa cikgu.

Nani ingin berjumpa dengan cikgu.

Saya ingin bertemu gadis itu.

Saya ingin bertemu dengan gadis itu.

Kami ternampak Cikgu Nora di


perhentian bas Pudu Raya.

Kami ternampak akan Cikgu Nora di


perhentian bas Pudu Raya.

Frasa Kerja Transitif

Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta
frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain
tidak boleh disisipkan.

SALAH
Beliau turut menyentuh tentang
perkata itu.
Nora tidak mengetahui akan hal itu.

BETUL
Beliau turut menyentuh perkara itu.
Nora tidak mengetahui hal itu.
Kami membincangkan masalah itu.

Kami membincangkan tentang


masalah itu.
Mereka melebarkan lagi jalan itu.

Mereka melebarkan jalan itu lagi.


Nani menceritakan pengalamannya
semasa menuntut di luar negara.

Nani menceritakan tentang


pengalamannya semasa menuntut di Cerpen ini mengisahkan perjuangan
luar negara.
menentang penjajah.
Cerpen ini mengisahkan tentang
perjuangan menentang penjajah.
Frasa Kerja Pasif
1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif.
2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :

frasa kerja pasif diri pertama

23

frasa kerja pasif diri kedua

frasa kerja pasif diri ketiga

3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang
tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya
dan sebagainya.
4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak
berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan
sebagainya.
5. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan
di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh
digugurkan.

6. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja
pasif diri ketiga.
SALAH

BETUL

diambil olehku

kuambil

dibuang oleh kami

kami buang

disimpan oleh kita

kita simpan

dihantar oleh saya

saya hantar

dilaksanakan oleh patik

patik laksanakan

diburu oleh hamba

hamba buru

7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja
pasif diri ketiga.
SALAH

BETUL

ditanya oleh anda

anda Tanya

diberikan oleh engkau

engkau berikan

dibeli oleh kamu

kamu beli

24

dikirim oleh awak

awak kirim

diperintahkan oleh tuanku

tuanku perintahkan

dibersihkan oleh kalian

kalian bersihkan

8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja
pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.
SALAH

BETUL

beliau tulis

ditulis oleh beliau

dia kumpulkan

dikumpulkan olehnya

mereka kutip

dikutip oleh mereka

baginda rasmikan

dirasmikan oleh baginda

ia bersihkan

dibersihkan olehnya

8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua
dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.
SALAH

BETUL

kami akan atasi

akan kami atasi

kita perlu tolong

perlu kita tolong

saya sudah kirim

sudah saya kirim

hamba akan khabarkan

akan hamba khabarkan

patik belum laksanakan

belum patik laksanakan

anda mesti edarkan

mesti anda edarkan

engkau telah baca

telah engkau baca

kamu akan baiki

akan kamu baiki

awak mesti siapkan

mesti awak siapkan

kalian harus bereskan

harus kalian bereskan

25

KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT

1. Ayat Gabungan
Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang
dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang
membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:
SALAH
Mereka akan melancong ke Pulau
Tioman atau Pulau Langkawi?

BETUL
Mereka akan melancong ke Pulau
Tioman atau ke Pulau Langkawi?

Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal
di Relang atau Jelai.
di Relang atau di Jelai.
Baik yang kaya atau miskin datang ke Baik yang kaya atau yang miskin datang
rumahnya.
ke rumahnya.
Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan.
Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk
Jangankan membeli kereta, motosikal Hazwan.
pun saya tak mampu.
Jangankan membeli kereta, membeli
motosikal pun saya tak mampu.
2. Ayat Pancangan
Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya
dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskin
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.

26

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang
dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:
SALAH

BETUL

Rumah itu di atas bukit tidak ada


penghuninya.

Rumah di atas bukit itu tidak ada


penghuninya.

Bangunan itu yang tinggi Menara


Maybank.

Bangunan yang tinggi itu Menara


Maybank.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata
hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:
SALAH
Kami berdoa kamu berjaya.

BETUL
Kami berdoa agar kamu berjaya.

Semua orang tahu dia anak Pak Hamid. Semua orang tahu bahawa dia anak
Pak Hamid.
3. Ayat tergantung

Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.

Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang.
Contoh:
Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan.
Contoh:
Siapakah / gadis itu.
Itulah / teman saya.
Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ayat
tergantung
Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung,
kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.
SALAH

BETUL

Di seluruh negara mengalami banjir.

Seluruh negara mengalami banjir.

Kerana hal itu akan dibincangkan.

Hal itu akan dibincangkan.

Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.

Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.

27

Banyak pelajar lulus dengan baik.

Banyak pelajar yang lulus dengan baik.

Ada pihak membangkang cadangan itu.

Ada pihak yang membangkang cadangan itu.

Dia yang datang kelmarin

Dia datang kelmarin.

Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan

Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan


rancangan.

Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.


Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah perlu kita lakukan sekarang?
Siapa kata saya berbohong?
Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih.
Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia
bersalah.

Sebagai kesan kemelesetan ekonomi,


pengangguran meningkat.
Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri
Besar.
Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?
Siapakah yang mengatakan bahawa saya
berbohong?
Peserta-pesert ayng lulus saja yang akan dipilih.

Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api


Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia
sudah itu tumpas.
bersalah.
Yang manakah betul?

Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api


itu sudah tumpas.
Yang manakah yang betul?

4.

Ayat yang Tidak Betul Susunannya

Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk
ayat.
Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak
baku.
Contoh:
Ini hari Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.

28

29

Anda mungkin juga menyukai