Anda di halaman 1dari 10

III)PANTUN BUDI

PANTUN BUDI SERTA MAKSUD SETIAP RANGKAP


Pantun Budi

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang kurik kundi,


Yang merah saga,
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat,


Bunga seroja di tepi kali,
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu,


Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,


Pandai melompat pandai menari,
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Tingkap papan kayu bersegi,


Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Padang Temu Padang Baiduri,


Tempat raja membangun kota,
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.

(Dipetik daripada Antologi Baik Budi, Indah Bahasa,


Tingkatan 2,
Arah Pendidikan Sdn. Bhd. )
III)I)MAKSUD SETIAP RANGKAP
Maksud Setiap Rangkap

Rangkap 1
Perbuatan dan jasa yang baik akan sentiasan dikenang, juga
menjadi sebutan.

Rangkap 2
Orang yang baik mempunyai budi bahasa yang tinggi.

Rangkap 3
Orang yang tidak tahu berbudi bahasa akan dipandang hina
dalam masyarakat.

Rangkap 4
Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan
daripada budi bahasa.

Rangkap 5
Biarlah kita hidup dalam kemiskinan asalkan kita sentiasa
berbudi bahasa.

Rangkap 6
Orang yang berbudi bahasa akan dipandang mulia, malah
martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.

Rangkap 7
Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama
dengan orang yang sama taraf dengannya.
III)II)TEMA
KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI DALAM KALANGAN MASYARAKAT

III)III)PERSOALAN
A)PERSOALAN KEBAIKAN YANG DILAKUKAN AKAN DIKENANG
SAMPAI BILA-BILA.
B)PERSOALAN SIKAP MANUSIA YANG MENGABAIKAN KEBAIKAN
KEBAIKAN SEMATA-MATA DEMI MENGEJAR KEKAYAAN.
C)PERSOALAN KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM
KEHIDUPAN.
D)PERSOALAN SIKAP MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN
KEKAYAAN BOLEH MENYEBABKAN MEREKA LUPA AKAN NILAI
BERBUDI BAHASA.
E)PERSOALAN KETINGGIAN DARJAT SESUATU BANGSA DINILAI
DARI SEGI BAHASA DAN PERTUTURANNYA.
III)IV)NILAI
A)NILAI BERBUDI BAHASA
B)NILAI MENGENANG JASA
C)NILAI KEBIJAKSANAAN
D)NILAI TOLONG-MENOLONG

III)V)PENGAJARAN
A)KITA MESTILAH MEMPRAKTIKKAN AMALAN BERBUDI BAHASA
AGAR SENTIASA DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT.
B)KITA HENDAKLAH MENGENANG JASA ORANG YANG TELAH
BERBUDI KEPADA KITA.
C) KITA DISARANKAN SUPAYA MENJADI GOLONGAN YANG
BIJAKSANA AGAR DAPAT MEMBANTU UNTUK MEMBANGUNKAN
BANGSA DAN NEGARA.

D)KITA SEWAJARNYA MENANAMKAN SIKAP TOLONG-MENOLONG


DI DALAM DIRI SETIAP INSAN SEJAK KECIL SUPAYA MASA DEPAN
MEREKA AKAN MENJADI CERAH.
III)VI)GAYA BAHASA

A)ASONANSI
PENGULANGAN VOKAL a
TENANG-TENANG AIR DI LAUT
(RANGKAP 1 BARIS 1)

B)ALITERASI
PENGUKANGAN KONSONAN t
HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT
(RANGKAP 1 BARIS 3)

C)ANAFORA
YANG BAIK BUDI,
YANG INDAH BAHASA,
(RANGKAP 2)
BUNGA MELATI BUNGA DI DARAT,
BUNGASEROJA DI TEPI KALI
(RANGKAP 3)
D)SINKOPE
BUDI YANG BAIK RASA NAK JUNJUNG
(RANGKAP 1 BARIS 4)

E)PERIBAHASA
BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA
(RANGKAP 7 BARIS 4)
HINA BESI KERANA KARAT,HINA MANUSIA TIDAK BERBUDI.
(RANGKAP 3)
V) PANTUN KASIH SAYANG
V)I)Maksud rangkap demi rangkap
1) Buah mengkudu kusangka kandis,
Kandis terletak dalam puan;
Gula madu kusangka manis,
Manis lagi senyuman tuan.

(Pembayang;Pemuisi mengatakan senyuman orang yang dikaguminya (tuan) sebagai


lebih manis daripada gula madu)

2 Asap api di Tanjung Tuan,


Kuala Linggi bakaunya rendah;
Harap hati kepada tuan,
Langit tinggi kupandang rendah.

(Pembayang; Pemuisi berharap orang yang dikaguminya sudi menerima dirinya)

3 Anak udang meniti batang,


Berasa dahan terlampai;
Melihat bulan di pagar bintang,
Bagaikan rasa hendak dicapai.

(Pembayang:Hati pemuisi tertawan kepada orang yang dikagumi, lalu berharap


impian mendekatinya menjadi kenyataan)

4 Jalan-jalan sepanjang jalan,


Singgah-menyinggah di pagar orang;
Pura-pura mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.
(Pembayang:
Demi untuk melihat orang yang dikagumi, pemuisi sanggup menggunakan helah)

5 Bila masa dipanggil maut,


Cinta tidak berharga lagi;
Asam di darat ikan di laut,
Sampai masa berjumpa lagi.
(Menyedari kesukaran untuk bertemu orang yang dikagumi, pemuisi berharap akan
tiba detiknya mereka kembali bersama)
V)II)TEMA
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut
kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

V)III)PERSOALAN

a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih saying


dan kebahagian kepada anak-anak.

b) Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu


ketiadaan ibu dan bapa di rumah.

c) Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyarnbut


kepulangan ibu bapa mereka pulang beketia.

d) Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat


rnengeratkan hubungan antara adik-beradik.

e) Pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat


mennembirakan hati anak-anak.
V)IV)NILAI
(a) Kasih sayang.

(b) Bertanggungjawab

(c) Baik hati.

(d) Pemaaf.

(e) Hormat-menghormati.

V)V)

(a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk


mendapatkan kebahagiaan keluarga.

(b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan


anak-anak.

(c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan


ikatan antara anggota keluarga.

(d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling


memaafkan jika berlaku kesilapan sewaktu bergurau
senda.

(e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah


yang telah menjaga kita hingga dewasa.
V)VI)GAYA BAHASA

A)

Anda mungkin juga menyukai