Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan

Perkembangan teknologi membawa impak


yang sangat besar dalam perkembangan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Terdapat pelbagai tafsiran tentang
pengintegrasian dalam pendidikan.

Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan


boleh diklasifikasikan kepada tiga perspektif.
Perspektif pertama, pengintegrasian teknologi
dalam pendidikan dilihat sebagai hasil
pembelajaran (Hooper & Rieber, 1995).
Perspektif kedua, pengintegrasian teknologi
dalam pendidikan dilihat sebagai pedagogi
(Loveless, DeVoogh, & Bohlin, 2001). Manakala
perspektif ketiga, pengintegrasian teknologi
dalam pendidikan dilihat sebagai proses
penentuan teknologi (Roblyer, 2006).
Objektif kajian:

• mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar


• mengenalpasti tahap pengetahuan
teknologi pelajar
• Mengenalpasti tahap pengetahuan
kandungan kurikulum pelajar
• Mengenalpasti tahap pengetahuan
pedagogi.
Kajian literatur
Gaya Pembelajaran:Claxton dan Ralston
(1978:12) dalam Evelyn C. Davis, Hafsah Nur
dan Sophia A. A. Ruru (1994) menjelaskan,
setiap orang mempunyai gaya pembelajaran
masing-masing yang melibatkan gaya visual,
audio dan kinestetik. Gaya belajar ini
dinamakan gaya pembelajaran individu. Keefe
(1979), dalam Chandrama Acharya (2002),
mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai
gabungan ciri-ciri beberapa faktor kognitif,
efektif dan psikologi yang menjadi indikator-
indikator bagaimatia seseorang membuat
persepsi dan berinteraksi serta memberi
respon dengan alam sekitarnya
Kajian literatur
Kolb (1984), mentafsir gaya pembelajaran
sebagai cara bagaimana pelajar mengamati
dan memproses sesuatu. Sebahagian daripada
mereka memberi respon atau mempelajari
sesuatu dengan cara menggunakan deria dan
perasaan (sensing and feeling), manakala
pelajar-pelajar yang lain belajar dengan cara
berfikir. Maulida Dina ( 2008 ), menyatakan
bahawa gaya pembelajaran merupakan suatu
kombinasi menyerap, mengatur dan mengolah
informasi. Gaya pembelajaran bukan hanya
berupa aspek ketika menghadapi informasi,
melihat, mendengar, menulis dan berkata
tetapi juga aspek pemprosesan informasi
berurutan, analitik, global dan otak kiri- otak
kanan. Aspek lain gaya pembelajaran adalah
ketika merespon sesuatu atas lingkungan
belajar yang diserap secara abstrak dan
konkrit.
Kajian literatur
Gaya Belajar VARK adalah singkatan dari gaya
belajar Visual, Aural, Read/Write dan
Kinestethic seperti dalam rajah dibawah. Gaya
Belajar Visual lebih menitik beratkan kepada
aspek visual seperti gambar, peta pikiran,
memberi warna yang berbeda pada teks. Gaya
belajar Aural lebih menitik beratkan pada
aspek pendengaran, seperti rekaman
pembelajaran, mendengarkan penjelasan dari
orang lain, Gaya belajar Read/ write lebih
meitikberatkan pada aspek baca tulis seperti
membuat rangkuman, handout, daftar istilah.
Gaya belajar Kinestethic lebih menitikberatkan
pada aspek sentuhan fizikal seperti
pembelajaran praktikkal lapangan subjek
(Fleming,& Baume, 2006).
Kajian literatur
Pengetahuan Kandungan Pengetahuan dan
Teknologi ( Technology,Pedagogy and Content
Knowledge ) TPACK :
Kandungan teknologi Pedagogi Pengetahuan (TPCK)
telah diperkenalkan kepada bidang penyelidikan
pendidikan sebagai rangka kerja teori bagi
memahami pengetahuan yang diperlukan pendidik
untuk mengintegrasi teknologi dengan cara yang
berkesan (Mishra & Koehler, 2006). Rekabentuk
Rangka kerja TPCK singkatan dinamakan semula
TPACK (disebut "Tee-pek") bagi maksud membuat
ia lebih mudah untuk mengingati dan untuk
membentuk lebih keseluruhan yang bersepadu
bagi tiga jenis ilmu yang ditujukan: teknologi,
pedagogi, dan kandungan (Thompson & Mishra,
2007-2008). Rangka kerja TPACK yang dibina
berdasarkan “Shulman’s construct of Pedagogical
Content Knowledge (PCK)” dengan memasukan
pengetahuan teknologi yang terletak di dalam
kandungan dan pedagogi pengetahuan
Kajian literatur
TPACK muncul dalam satu bentuk
pengetahuan yang melampaui semua tiga
"teras" komponen (kandungan, pedagogi dan
teknologi).
TPACK adalah asas pengajaran yang berkesan
dengan teknologi, yang memerlukan
pemahaman tentang perwakilan konsep
menggunakan teknologi; teknik pedagogi yang
menggunakan teknologi dengan cara yang
membina untuk mengajar kandungan;
pengetahuan daripada apa yang membuat
konsep sukar atau mudah untuk dipelajari dan
bagaimana teknologi boleh membantu
membetulkan beberapa masalah yang pelajar
hadapi; ilmu pengetahuan dan teori
epistemologi pelajar; dan pengetahuan
bagaimana teknologi boleh digunakan untuk
membina pengetahuan yang sedia ada untuk
membangunkan epistemologi baru atau
mengukuhkan lama.
Kajian literatur
Teknogogi:Kuasa teknologi, seperti yang
digambarkan dalam mekanisme tumpuan
melalui multimedia,komputer dan Internet
mesti melampaui pembentangan fakta dengan
melebihkan tarikan pada , warna, audio, visual,
simulasi dan animasi, tetapi mesti mempunyai
keupayaan untuk berkumpul dalam urus niaga
pembangunan pendidikan itu, memenuhi fungsi
guru, keperluan pelajar, gaya pembelajaran,
teori pembelajaran pelbagai pedagogi dan
pelbagai fungsi teknologi yang berbeza. (Idrus
2005) .
metodologi

Instrumen Kajian ; satu set soal selidik


Diadaptasi dan diubahsuai dari kajian Denise A.
Schmidt et al , (2009). Journal of Research on
Technology in Education 123, ISTE
(International Society for Technology in
Education).
Seramai 28 orang pelajar IPTA mengambil
bahagian dalam penyelidikan ini.Soalselidik ini
terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian
(A) Analisis Pengetahuan Teknologi Pelajar (B)
Analisis Pengetahuan Kandungan Kurikulum
Pelajar dan (C) Analisis Pengetahuan Pedagogi
(D) Analisis TPACT Pelajar.
analisis:
• seksyen Pengetahuan Teknologi, item-item
seperti penyelesaian kendiri masalah
teknikal, mudah mempelajari teknologi
yang baru, gemar mencuba dengan
teknologi sedia ada dan tahu tentang
perbezaan teknologi terkini,
kebanyakkannya diberi respon yang positif
oleh para responden
• Bagi seksyen Pengetahuan Pendagogi pula,
responden tahu menilai prestasi sendiri,
menyesuaikan diri dengan bentuk
pengajaran sedia ada, malah boleh menilai
pengajaran pensyarah dengan pelbagai
cara. Responden juga mampu
mengenalpasti perkara yang difahami ketika
proses pengajaran serta mampu mengawal
dan dan mengekalkan pengurusan
pembelajaran di dalam kelas.
analisis:
• mereka juga bersependapat dalam menilai
pensyarah dalam pelbagai cara, memahami
dengan baik apabila pensyarah
menggabungkan Kurikulum IPT, teknologi
dan pendekatan pengajaran

• Responden juga memilih maklumbalas yang


positif untuk pernyataan seperti
mengetahui pemilihan teknologi yang boleh
meningkatkan kandungan pembelajaran
serta yakin dalam memberi kepimpinan
membantu orang lain dari segi menyelaras
penggunaan kandungan, teknologi dan
pendekatan pembelajaran di kelas
mahupun di peringkat universiti
Analisis:
• Analisis VARK:Secara keseluruhan, tertinggi
direkodkan dalam kajian ini ialah Aural
dengan kiraan 26%, diikuti Kinesthetic
dengan 26%, Visual dengan 25% dan
Read/Write dengan 23%.
• peratusan bagi latar belakang dan
pengalaman pelajar menggunakan Laman
Emodul Pendidikan :71% yang menyatakan
tidak tahu menggunakan Laman Emodul di
Internet. 65.6% tidak mempunyai
pengalaman melayari Laman Emodul
Pendidikan internet sama ada di IPT
ataupun di rumah. 68.8% pelajar
mempunyai inisiatif tersendiri dan minat
untuk mencari bahan pembelajaran
Undang-undang Perniagaan dalam talian di
IPT ataupun di rumah.
Analisis:
• Analisis VARK:Secara keseluruhan, tertinggi
direkodkan dalam kajian ini ialah Aural
dengan kiraan 26%, diikuti Kinesthetic
dengan 26%, Visual dengan 25% dan
Read/Write dengan 23%.
• peratusan bagi latar belakang dan
pengalaman pelajar menggunakan Laman
Emodul Pendidikan :71% yang menyatakan
tidak tahu menggunakan Laman Emodul di
Internet. Malah, 65.6 tidak mempunyai
pengalaman melayari Laman Emodul
Pendidikan internet sama ada di IPT
ataupun di rumah. inisiatif tersendiri dan
minat untuk mencari bahan pembelajaran
Undang-undang Perniagaan dalam talian di
IPT ataupun di rumah dengan peratusan
dicatatkan 68.8%.

Analisis:
• Kemudahan komputer di rumah
:87.5% bagi pelajar yang mempunyai
kemudahan computer di rumah
berbanding yang tiada (12.5%).
pelajar mempunyai kemahiran
(Mahir; 68.8%) untuk melayari
internet serta menggunakan
computer
• Kemahiran pelajar menggunakan
Internet :90.6% pelajar
mempunyai kemahiran para
pelajar mencari bahan internet di
rumah berbanding ,9.4% pelajar
tidak mempunyai kemahiran
mencari bahan internet.
Kesimpulan:
• Teknologi
. memainkan peranan penting
dalam pendidikan masa kini. Analisis
menunjukkan hampir semua pelajar
mempunyai komputer dan rangkaian
internet di rumah , ini membuka ruang
dan peluang kepada pensyarah untuk
mengintegrasikan teknologi dengan
pengajaran dan pembelajaran.Malah
penggunaan teknologi yang sesuai akan
membantu pensyarah dalam menanggani
kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar-
pelajarnya serta dapat menjimatkan masa
dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar
diluar waktu kuliah

Anda mungkin juga menyukai