Anda di halaman 1dari 34

TPACK

Tujuh Komponen TPACK

Pengetahuan Pedagogi (PK) – “pengetahuan yang mendalam Guru tentang proses dan amalan atau
kaedah pengajaran dan pembelajaran. Ini merangkumi, antara lain, tujuan pendidikan keseluruhan,
nilai dan matlamat. Ini bentuk generik pengetahuan terpakai untuk memahami bagaimana pelajar
belajar, kemahiran pengurusan bilik darjah umum, persediaan mengajar, dan penilaian pelajar.
“(Koehler & Mishra, 2009).

Pengetahuan Teknologi (TK) – Pengetahuan tentang cara-cara tertentu untuk berfikir tentang, dan
bekerja dengan teknologi, alat dan sumber. dan bekerja dengan teknologi boleh digunakan untuk
semua alat teknologi dan sumber. Ini termasuk teknologi maklumat pemahaman yang cukup luas
untuk memohon secara produktif di tempat kerja dan dalam kehidupan sehari-hari, dapat mengenali
apabila teknologi maklumat boleh membantu atau menghalang pencapaian matlamat, dan dapat
terus menyesuaikan diri dengan perubahan dalam teknologi maklumat (Koehler & Mishra, 2009).

Pedagogi Pengetahuan Kandungan (PCK) – “Selaras dengan dan sama dengan idea Shulman
pengetahuan pedagogi yang terpakai kepada pengajaran kandungan tertentu. Tengah ke konsep
Shulman terhadap PCK adalah tanggapan transformasi hal perkara untuk mengajar. Secara
khususnya, menurut Shulman (1986), perubahan ini berlaku kerana guru menafsirkan hal perkara,
mendapati pelbagai cara untuk mewakilinya, dan menyesuaikan diri dan menyesuaikan bahan-bahan
pengajaran untuk konsep alternatif dan pengetahuan sedia ada murid. PCK meliputi perniagaan
teras pengajaran, pembelajaran, kurikulum, penilaian dan laporan, seperti syarat-syarat yang
menggalakkan pembelajaran dan pautan antara kurikulum, pentaksiran, dan pedagogi “(Koehler &
Mishra, 2009).

Teknologi Pengetahuan Kandungan (TCK) – “Pemahaman tentang cara bagaimana teknologi dan
pengaruh kandungan dan mengekang satu sama lain. Guru-guru perlu menguasai lebih daripada hal
perkara mereka mengajar; mereka juga perlu mempunyai pemahaman yang mendalam tentang cara
bagaimana hal perkara (atau jenis representasi yang boleh dibina) boleh diubah oleh penggunaan
teknologi tertentu. Guru perlu memahami teknologi tertentu yang paling sesuai untuk menangani
pembelajaran hal perkara yang domain mereka dan bagaimana telunjuk kandungan atau mungkin
juga perubahan teknologi atau naib juga sebaliknya “(Koehler & Mishra, 2009).

Teknologi Pedagogi Pengetahuan (TPK) – “Pemahaman tentang proses pengajaran dan pembelajaran
boleh berubah apabila teknologi tertentu yang digunakan dalam cara yang tertentu. Ini termasuk
mengetahui affordances pedagogi dan kekangan pelbagai alat teknologi kerana ia berkaitan dengan
disciplinarily dan sesuai dengan perkembangan reka bentuk pedagogi dan strategi “(Koehler &
Mishra, 2009).

Teknologi Pedagogi Kandungan Pengetahuan (TPACK) – “Di sebalik pengajaran benar-benar


bermakna dan amat mahir dengan teknologi, TPACK adalah berbeza daripada pengetahuan
mengenai ketiga-tiga konsep secara individu. Sebaliknya, TPACK adalah asas kepada pengajaran yang
berkesan dengan teknologi, memerlukan pemahaman konsep menggunakan teknologi; teknik
pedagogi yang menggunakan teknologi dengan cara yang membina untuk mengajar kandungan;
mengetahui apa yang menyebabkan konsep sukar atau mudah untuk belajar dan bagaimana
teknologi boleh membantu membetulkan masalah yang dihadapi oleh pelajar; ilmu pengetahuan
terdahulu dan teori epistemologi pelajar; dan pengetahuan tentang bagaimana teknologi boleh
digunakan untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada untuk membangunkan
epistemologi baru atau mengukuhkan yang lama “(Koehler & Mishra, 2009)
Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian Media Pengajaran. (Model Assure)

Pengenalan:

Media pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya. Ia dapat digunakan dengan
bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi yang canggih. Walau bagaimanapun
keberkesanan pengajaran bukan semata-mata bergantung kepada penggunaan multimedia. Malah
mengikut seorang pengkaji, Clark, R.E (1983), mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi
sebagai untuk menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung
pencapaian pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa pembelajaran lebih
dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media
dan bukannya dipengaruhi oleh media tertentu sahaja.

Huraian di atas membawa pengertian bahawa sesuatu media pengajaran sama ada dihasilkan
atau yang tersedia ada harus dipilih dengan teliti dan dirancang pengajarannya. Tujuannya ialah
supaya dapat memenuhi fungsi sesuatu topik dan strategi pembelajaran untuk membatu guru dalam
proses penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajarnya.

Apakah maksud istilah-istilah berikut?

Perancangan

Pemilihan

Penghasilan

Penilaian

Pemilihan Multimedia

Pemilihan media pengajaran mempunyai hubungan yang rapat daalam proses merancang sesuatu
topik atau aktiviti pengajaran untuk menentukan keberkesanannya. Aspek ini diperjelaskan oleh Dick
& Reiser (1985), yang telah mencadangkan satu model reka bentuk pengajaran.

Beberapa model lain yang menyentuh aspek pemilihan media pengajaran ajaran seperti Model
ASSURE (Heinich & rakan-rakan, 1996), Model Anderson (1976), Branson, Ryner, Cox, Furman, King,
dan Hannum (1979) telah menunjukkan persamaan faktor yang perlu diberi perhatian dalam
pemilihan media dalam proses pengajaran. Berikut merupakan penjelasan terhadap Model ASSURE.
Assure

Jadual 1: Model ASSURE (Heinich dan rakan-rakan, 1996) dalam menentukan ketepatan dan langkah
persediaan dalam pemilihan media.

A – Analisis Pelajar (Analyze learners)

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita merancang
pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namm, untuk mengenal pasti keperluan setiap
pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Justeru, garis panduan berikut
dapat digunakan untuk menganalisis pelajar agar kita dapat memilih strategi, bahan sumber, dan
media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran-pembelajaran. Pelajar dapat dianalisis
berdasarkan aspek-aspek berikut:

Ciri-ciri umum pelajar.

Pengetahuan/pengalaman sedia ada.

Gaya belajar.

Ciri-ciri umum:-

Termasuk peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, taraf sosioekonomi,
tempat tinggal, budaya serta stail pelajar (learning style) sebelum sesuatu media itu dipilih dan
digunakan.

Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran dapat disesuaikan dengan jenis pelajar
yang dikenal pasti. Misalnya, peringkat umur yang muda terutama pada tahap pertama sekolah
rendah, bahan yang mengandungi gambar adalah lebih sesuai untuk digunakan dalam latihan
mengenali objek. Gambar ini pula perlulah dalam bentuk gambar kaku. Ada kajian yang dibuat dalam
model Briggs & Wager mengatakan gambar kaku dapat dipergiatkan pembelajaran bagi mereka yang
kurang asas pembacaan.

Pengetahuan/Pengalaman sedia ada:-

Pelajar juga perlu dianalisis dari segi tahap kemasukan (entry characteristic). Ini termasuklah tahap
pengetahuan sedia ada, tahap kemahiran belajar dan sikap. Pelajar yang menghadapi masalah dalam
memahami sesuatu konsep dalam metematik atau geografi mungkin memerlukan pendekatan
pembelajaran yang mempunyai stimulasi atau memerlukan animasi. Dalam hal ini penggunaan
multimedia yang mempunyai pergerakan dan animasi adalah diperlukan. Manakala bahan relia atau
lawatan ke tempat yang tertentu adalah lebih berkesan sekiranya pembelajaran itu memerlukan
seseorang pelajar itu menggunakan keseluruhan deria seperti melihat tempat, atau memegang
objek.
Gaya pembelajaran pelajar:-

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran ialah trait psikologi
berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan bertindak balas secara emosi
dengan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling
sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya
pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif.
Antara gaya pembelajatan tersebut termasuk Model Dunn dan Dunn, Model Honey dan Mumford.
Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk
persepsi, merupakan faktor motivasi, dan tingkah laku pelajar. Perancangan penyampaian
pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan pembelajaran lebih lancar dan
efektif.

S – Menyatakan Objektif (State Objectives)

Pernyataan objektif pretasi (performance objectives) dalam merancang sesuatu pengajaran adalah
amat penting dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin digunakan. Objektif ialah suatu
pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh
pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut. Objektif juga penting untuk menentukan corak dan
jenis penilaian yang akan dibuat pada akhir pelajaran. Gagne (1985) bersetuju bahawa objektif perlu
menerangkan bukan sahaja pretasi yang sebenar untuk diperhatikan tetapi pretasi yang
dicadangkan. Objektif mesti spesifik. Contohnya, “murid dapat menyebut nama haiwan setelah
mendengar bunyi suara haiwan berkenaan.”

Dick & Carey (1985) serta Kemp (1985) juga bersetuju bahawa melalui objektif pretasi, seseorang
guru dapat mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi pengajaran dan
membentuk kriteria untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar apabila tamat sesuatu pengajaran. Ia
bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran
pembelajaran. Obektif perlu dibentuk dengan jelas dan mempunyai hubungan rapat antara situasi
ujian dengan pencapaian pelajar-pelajar demi untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan
(Moldstad, 1979; Stubbs, 1991). Gagne, Briggs & Wager (1992) menglasifikasikan objektif kepada
objektif kognitif (berkaitan dengan intelek), objektif afektif (berkaitan dengan perasaan dan sikap) ,
objektif psikomotor (berkaitan dengan kemahiran fizikal) dan objektif interpersonal. Pengkelasan ini
memudahkan seseorang guru membuat penilaian sesudah pengajaran nanti.

Mengapakah guru perlu menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran? Pernyataan bojektif dapat


membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu, guru dapat
menentukan langkah aktiviti pengajaran-pembelajaran. Penentuan objektif juga akan membolehkan
guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang meransangkan. Pernyataan objektif yang
eksplisit juga dapat membantu guru membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran. Guru
tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa pernyataan objektif yang jelas. Akhir kata,
pernyataan objektif berperanan sebagai kontrak perjanjian antara guru dengan pelajar. Bagi guru, ini
yang akan saya ajar. Bagi pelajar ini yang mesti saya belajar.

Terdapat empat aspek dalam menulis pernyataan objektif.

Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?

Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)?

Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)?

Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai)?

Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?

Siapa yang terlibat untuk mencapa objektif pengajaran pembelajaran perlu dikenal pasti dan
ditetapkan. Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran bukan pengajaran. Kumpulan sasaran yang
dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti
pembelajaran sama ada secara mental (berfikir/menaja idea) ataupun fizikal (latihan kemahiran).
Contoh penulisan “siapa yang hendak capai” —“pada akhir pengajaran-pembelajaran, pelajar
dapat…..”

Bentuk tingkah laku baharu.

Jadual

“apakah yang hendak dicapai” merujuk kepada tingkah laku baharu yang hendak dibina atau
dibentuk dalam diri pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran-pembelajaran
hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar
dan berasaskan situasi sebenar. Pemilihan istilah yang menunjukkan tingkah laku adalah penting.
Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah menyatakan, menulis esei, menjawab soalan lisan,
mewarnakan, memetik, merumus, dan menyelesaikan masalah.

Situasi atau prasyarat perlakuan

Apakah syarat perlakuan? Bagaimanakah tingkah laku itu hendak dibuat? Dalam situasi yang
bagaimanakah tingkah laku itu dibuat? Pernyataan objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah
termasuk syarat bagaimana tingkah laku baharu itu dapat diperhatikan. Pernyataan syarat
pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran-
pembelajaran dan media yang sesuai. Contohnya, merumus dan memetik isi-isi penting setelah
membaca petikan yang diberi.

Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan


Apakah tahap pencapaian minimum atau standard pencapaian bagi menunjukkan bahawa sudah
berlaku perubahan tingkah laku kepada diri pelajar? Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada
darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya.
Pernyataan pengukuran tahap pencapaian ini membolehkan guru menyediakan tindakan susulan
bagi membantu pelajar yang belum memcapai objektif pengajaran-pembelajaran dalam bentuk
aktiviti pemulihan dan sebaliknya pengukuhan dan pengayaan bagi yang sudah menguasai
pembelajaran. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Kriteria
kualitatif sukar didefinisikan. Penulisan kriteria kuantitatif boleh dalam bentuk peratusan, nilai angka
atau skor mentah. Contohnya, sekurang-kurangnya tujuh daripada sepuluh dengan tepat dan betul.

Cuba analisis objektif pengajaran-pembelajaran berikut. Kenal pasti ciri-ciri penulisan objektif yang
baik.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.

Melabel nama-nama negeri yang diketuai sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurangnya 7
daripada 9 buah negeri dengan betul.

Menyelesaikan teka silang kata mengenai kesultanan melayu dengan ketepatan minimun 80% dalam
kumpulan berempat.

Contoh penulisan objektif

Contoh 1: Diberi faktor-faktor pertanian bagi bebarapa jenis penanaman, pelajar akan dapat
membuat klasifikasi faktor-faktor pertanian tersebut secara menulis dengan betul mengikut jenisnya
dalam kertas lembaran kerja dalam masa 10 minit tanpa merujuk.

Bagi topik pertanian dalam mata pelajaran geografi, misalnya guru boleh membentuk objektif
seperti yang diberi contoh di atas. Dari segi pemilihan media ia hanyalah memerlukan lembaran
kerja, tetapi penyampaian pengajarannya mungkin menggunakan pelbagai strategi sama ada secara
lisan, menonton klip video, atau melihat paparan grafik atau teks di komputer. Di sini pembentukan
objektif telah memberi panduan kepada guru jenis media yang akan digunakan untuk penyampaian
pembelajaran serta bentuk penilaian.

Contoh 2:

Contoh 2 bertajuk planet-planet dalam sistem suria dalam topik bumi dan alam semesta bagi mata
pelajaran Sains Tahun 6. Di sini diperlihatkan bahawa penetapan objektif dapat menentukan
pemilihan media yang akan digunakan. Di sini bahan yang dipilih ialah bahan multimedia berasaskan
komputer, manakala mod penyampaian termasuk penilaiannya adalah berbantukan komputer.
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and materials)

Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media dan
bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut:

Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners)

Bentuk objektif (the nature of the objectives)

Pendekatan pengajaran ( the instructional approach)

Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation)

Setiap bahan yang dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan keperluan objektif. Ini bukan
bermakna bahan tersebut tidak boleh digunakan sebagai media pengajaran. Ia boleh diubahsuai
atau direka bentuk agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar, pendekatan yang akan digunakan
termasuklah teknik penyampaian serta kekangan yang mungkin dihadapi sama ada dari aspek
perkakasan dan perisiannya.

Dalam situasi ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan semasa membuat pilihan agar pemilihan itu
tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah.

Persoalan

Adakah aras perbendaharaan kata dan struktur ayat sesuai dengan tahap pelajar?

Adakah bahan bacaannya sesuai untuk pelajar?

Adakah segala ilustrasi sesuai dengan pengalaman pelajar?

Jika bahan perlu dimanipulasikan adakah pelajar memiliki cirri-ciri kemahiran tertentu?

Adakah maklumat dalam bahan sesuai dengan aras mentality pelajar?

Adakah aspek teknikal mengganggu proses pembelajaran?

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah, dan bahan
sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut merangkumi
tiga langkah berikut:

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.

Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.

Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.


Penentuan Kaedah

Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling baik? Jawapannya tidak ada sebarang kaedah yang
mengatasi kaedah lain. Sesuai dengan latar belakang pelajar yang pelbagai, gabungan beberapa
teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan. Penentuan kaedah hendaklah diasaskan
kepada cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar serta
objektifpembelajaran yang hendak dicapai. Kaedah simulasi dan tunjuk cara mungkin sesuai untuk
menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca yang mantap.
Pelajar yang memilih gaya pembelajaran kinestetik lebih mudah dapat belajar melalui aktiviti
konteksual, kajian lapangan, kaedah bermain, simulasi, lakonan dan seumpamanya.

Pemilihan Format Media

Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format media
termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik, dan tayangan computer
multimedia. Untuk memilih format media, guru hendaklah menagabil kira beberapa criteria.
Antaranya, bentuk audiens (kumpulan pelajar: kelas/ kumpulan/ individu), keupayaan pelajar,
domain objektif serta bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.

Pemilihan Bahan Sumber

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus
pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria pemilihan
melibatkan tiga langkah berikut, iaitu memilih bahan sumber sedia ada, mengubai suai bahan
sumber sedia ada, dan mereka bentuk bahan sumber baharu.

Menurut McAlpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999), untuk memilih bahan sumber
yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:

Adakah bahan ini menepati kurikulum?

Adakah isi sumber ini tepat dan terkini?

Adakah laras bahasanya jelas dan mudah difahami?

Adakah bahan ini menarik dan memotivasikan?

Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?

Adakah bahan ini ada kualiti?

Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?


Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?

Adakah ada panduan pengguna? Manual pelajar? Bank ujian?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati criteria dan objektif pengajaran-pembelajaran
dapat menjimat masa dan biaya. Namun, jika bahan sumber sedia ada tidak sepenuhnya menepati
criteria dan objektif pembelajaran, guru perlu mengubah suai bahan tersebut secara kreatif.
Contohnya, menggunakan bahagian-bahagian yang sesuai sahaja, memotong aspek-aspek atau
bahagian-bahagian yang tidak relevan dan sebagainya. sekiranya tidak ada bahan sumber yang
sesuai, guru boleh menyediakan bahn sumber sendiri. Ini pasti memerlukan masa, biaya dan
kreativiti yang tinggi.

U- Mengguna media dan bahan(Utilize media dan materials)

Langkah seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber pengajaran-pembelajaran


dimanfaatkan oleh guru dan pelajar? Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan guru kepada
strategi berpusatkan pelajar tutut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh pelajar lebih
utama berbanding media penyampaian guru. Bagi memastika kejayaan penggunaan media dan
bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.

Guru hendaklah mengkaji/ menyemak/ menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum
menggunakkannya di dalam kelas. Ini akan dapat membantu guru memastikan bahan tersebut
benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran-pembelajaran, tidak mengandungi
unsur-unsur sensitive, berada dalam keadaan baik dan sebagainya. dengan itu, guru dapat
merancang penggunaannya semasa pengajaran-pembelajaran.

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.

Setelah menjalankan pratonton contohnya, guru hendaklah merancang langkah penggunaannya


dalam pengajaran-pembelajaran. Dalam penyediaan ini, guru perlu mengumpulkan dan
menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan pelajar. Guru juga hendaklah
boleh meramal masalah yang mungkin timbul dan bersedia dengan bahan tambahan atau pelan
alternative penggunaannya.

Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.

Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber agar
mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga patut memastikan alatan dan media dalam keadaan
baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah yang dipilih juga hendaklah
dipastikan. Contohnya, susun atur kerusi dalam bulatan kecil untuk perbincangan kumpulan.
Persoalan berikut membantu para guru mengenal pasti infrastruktur baik dari segi kedudukan kelas,
perkakasan dan perisian dan jenis aktiviti yang hendak dijalankan supaya sesuai dengan bjektif
pembelajaran.

Persoalan

Adakah media ini perlu menggunakan perkakasan atau perisian tertentu?

Bagaimanakah kedudukan susunan bilik darjah supaya sesuai dengan media yang hendak
disampaikan?

Di manakah kedudukan anda serta kedudukan media supaya mudah dilihat oleh pelajar serta mudah
digunakan oleh anda sendiri?

Bagaimanakah anda dapat mengawal bilik darjah dengan penggunaan media tersebut?

Adakah pencahayaan di bilik darjah sesuai dengan media sekirannya bahan tersebut perlu ditayang?

Adakah aspek teknikal seperti bekalan elektrik, punat dan kabel penyambung elektrik dapat
digunakan sekiranya media tersebut memerlukan perkakasan yang dijalankan dengan kuasa
elektrik?

Di manakah media tersebut akan disimpan selepas penggunaan?

4 Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.

Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan


pengalaman yang meransangkan. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan
rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut Ausubel, pelajar boleh disediakan untuk
menerima maklumat baharu dengan membuka minda mereka dengan advance organizer, iaitu
memberikan gambaran menyeluruh berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya,
wajar bagi guru memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran serta kepentingan menguasai isi
pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat dimotivasikan untuk belajar. Pelajar juga patut tahu tentang
aspek yang diberi fokus untuk penilaian pembelajaran.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah Berjaya memilih kaedah dan teknik
penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian
agar dia dapat menjadi pengajar yang baik. Semasa penyampaian isi pelajaran, guru boleh
menggunakan slaid, projector overhed, gambar foto dan sebagainya untuk menarik tumpuan
perhatian pelajar kepada penyampaiannya. Dalam perkembangan pembelajaran, fokus
pembelajaran hendaklah diberi keutamaan. Strategi berpusatkan pelajar boleh digunakan untuk
melibatkan pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran. Guru berperanan sebagai pengurus
dan fasilitator. Antara kaedah dan teknik yang sesuai ialah simulasi, lakonan, perbincangan, kajian
lapangan, bengkel dan pembentangan dan sebagainya. apabila pelajar terlibat secara langsung,
pembelajaran menjadi lebih berkesan.

R- Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)


Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan
menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik
teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum
hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai
bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan.

Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran. Lataran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar
menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan
bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Jika aktiviti-aktiviti berkenaan menyediakan maklum balas secara langsung juga melalui guru,
keterlibatan dan minat pelajar dalam aktiviti akan berterusan.

Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan
penglibatan pelajar dalam proses belajar. Gambar, foto, slaid, gambar bersiri, video contohnya dapat
mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga aktiviti penyelesaiaan masalah.

Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons pelajar berinteraksi serta
mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara invidu atau secara kumpulan. Ia juga
harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang dilaksanakan.

Respons mungkin bermula daripada yang mudah seperti membaca apa yang terpapar atau membuat
huraian, menjawab soalan hinggalah ke peringkat yang cangih seperti soalan yang berbentuk
interaktif atau bahan yang bercirikan hypermedia pada bahan multimedia yang dipaparkan melalui
computer.

Persoalan berikut harus difikirkan apabila media pengajaran digunakan dalam penyampaian.

Persoalan

Adakah penyertaan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kumpulan?

Apakah bentuk respons yang diperlukan sama ada lisan, tulisan, lakaran dan sebagainya?

Adakah pelajar memerlukan alat tulis, atau menggunakan papan kekunci bagi computer atau
member maklum balas?

Adakah pelajar memerlukan kemahiran tertentu untuk member respons?

Apakah bentuk halangan yang mungkin dialami oleh pelajar apabila member respons dan apakah
cara mengatasinya?
Apakah bentuk ganjaran yang perlu disediakan hasil daripada penyertaan yang dibuat oleh pelajar?

Apakah aktiviti susulan hasil daripada penyertaan pelajar?

E- Menilai dan menyemak semula (Evaluate and revise)

Komponen yang akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula perancangan.
Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.
Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran untuk memastikan
pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Penilaian semasa
proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar.
Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh
diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa atau mengambil
tindakan alternative lain. Penilaian ini membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian
objektif pengajaran-pembelajaran.

Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran
terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk kepada
ujian. Penilaian informal dbuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti
kumpulan, pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh dibuat sepanjang
proses pengajaran-pembelajaran. Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya member maklum
balas tentang pencapaiaan objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media dan
bahan sumber.

Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran-pembelajaran melalui amalan
refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan pengajaran untuk melihat setakat
mana perancangan dan pelaksaan pengajaran untuk melihat setakat mana perancangannya berjaya.
Melalui proses refleksi, guru perlu melihat semula perancangan, pengajaranm tindak balas pelajar
terhadap aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya. Soalan-soalan berikut perlu
ditanya:

Apakah perasaan saya? Seronok? Puas hati?

Adakah objektif tercapai? Objektif yang bermasalah?

Apakah kekuatan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran? Kaedah? Aktiviti


pembelajaran? Latihan?

Apakah kelemahan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran?

Apakah punca kekuatan atau kelemahan tersebut?

Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi kelemahan dan/ atau menjadikan perancangan
lebih baik?

Apakah bentuk tindakan susulan seterusnya?


Penilaian adalah satu proses yang berterusan serta bersepadu. Berterusan bermaksud ia dinilaikan
bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua peringkat. Manakala bersepadu bermaksud ia
bukan sahaja dinilaikan pada aspek teknikal tetapi dinilaikan pada aspek strategi penyusunan
pengajaran oleh guru termasuk penetapan objektif, pelbagai bentuk respons pelajar sama ada
melalui diskusi, latihan, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kuiz, kemahiran yang ditunjukkan
atau apa saja bentuk ujian formatif hasil daripada penggunaan media yang dipilih dalam sistem
penyampaian sesuatu topik pembelajaran.

Berdasarkan penilaian yang dibuat maka guru akan dapat membuat penyesuaian sekirannya perlu
pada mana-mana kelemahan agar media tersebut akan lebih mantap digunakan pada masa yang
lain. Penilaian pengajaran atau refleksi ini akan membuahkan idea untuk penambahbaikan atau
tindakan pembetulan yang sesuai. Guru dapat menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas
pelajar untuk merancang pengajaran yang lebih efektif. Guru juga boleh menyediakan senarai semak
tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk membuat penilaian pengajarannya.
Dengan itu, guru dapat mengambil tindakan membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif
atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.

Rumusan:

Models ASSURE yang mengandungi lima komponen tadi dapat membantu guru membuat satu
persediaan dalam pemilihan dan penggunaan media. Model ini adalah asas bagi pemilihan semua
jenis media pengajaran.

A Analyze Learners · Ciri-ciri umum

· Kebolehan awal

· Gaya pembelajaran

S State Objectives · Matlamat pembelajaran

· Syarat Pencapaian

· Tahap pencapaian minimum

S Select Media, Methods and Materials · Pemilihan sumber sedia ada

· Modifikasi sumber sedia ada

· Membina sumber baru


U Utilise · Membuat preview

· Menyediakan persekitaran

· Menyediakan peluang pembelajaran

R Require Learner Participation · Aktiviti di dalam kelas dan selepas P & P dijalankan
supaya pelajar dapat memproses pengetahuan tersebut.

E Evaluate and Revise · Sebelum, semasa & selepas instruksi

· Penilaian ke atas pelajar & medium

Pada akhir pelajaran, dipaparkan planet-planet di skrin komputer, murid-murid secara kumpulan
boleh mengenal pasti planet-planet tersebut dengan cara menyesuaikan nama-nama planet
mengikut urutan dalam masa 10 minit tanpa merujuk.

Media Visual

MEDIA PENGAJARAN
Pengenalan

Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, peranan
teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan fungsi domain
tersebut.

Tajuk ini juga membincangkan hubungkait konsep-konsep di atas.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

Mengaitkan peranan teori pembelajaran dalam teknologi pengajaran.

Mengenal pasti domain teknologi pengajaran.

Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi pengajaran

Konsep dan Definisi Media Pengajaran

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan
daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta
perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran.

Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah
satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang serta
teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia
adalah satu proses pengalaman yang total.

Percival & Elington (1984) Percival & Ellington (1984) telah mengkategorikan media dalam dua
bentuk:

Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan. – perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, filem,
slaid, gambar, perakam, slide dan kombinasi di antaranya.

Pelbagai Saluran Komunikasi Massa. – surat khabar, radio dan televisyen Media dalam pengajaran
merujuk kepada alaatn atau teknik yang berupaya menyalurkan mesej pengirim kepada penerima
mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima.

Media dalam pengajaran berperanan sebagai penghubung antara guru dan pelajar dan pelajar
dengan pelajar. Ia juga menyampaikan isi kandungan dengan berkesan serta menyeronokkan dan
bermakna. Hal ini demikian dengan penglibatan pelbagai deria.
Jenis Dan Klafikasi Media Pengajaran

Pengkelasan Media Pengajaran

Bil Media Visual Contoh

1 Media Tayang Kaku Tranparensi, slaid & mikrofilem

2 Media Tayang Bergerak Pita video, cakera padat digital & filem

3 Bahan Grafik Lukisan, poster, kartun, carta & graf

4 Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan & poskad

5 Bahan Pameran 3D Model, boneka, diorama & puppet

6 Papan Pameran Papan kapur, papan putih, papan flanel & papan buletin

7 Media Audio Pita kaset, cakera padat & computer

8 Media Cetak Modul, buku teks, akhbar, majalah & risalah

Fungsi Media dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.1 Memperjelaskan Penyampaian Mesej.

Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit
maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan. Dengan teknologi
komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik.

2,2 Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh;

Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau
video.

Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed
photography.

Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau pun
lisan.

Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll. v. Konsep
yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

2,3 Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat mengatasi sikap pasif
pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang
realiti. Pelajar boleh belajar kendiri.
Pengajaran Bersama Pengajar

Ini adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu pengajar melaksanakan
pengajarannya secara langsung (live). Keberkesanan media dalam konteks ini bergantung kepada
bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut tidak kira sama ada media itu dipilih daripada
sesuatu koleksi atau disediakan oleh beliau sendiri.

Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar

Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada kerana pengajar tidak
ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Pelajar
dibimbing oleh pereka media tersebut seperti mana penulis membimbing anda mempelajari modul
ini dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri. Media yang digunakan dalam situasi
ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara
mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk
menggantikan tugas guru. Sebaliknya, dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap
dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.

Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar
kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar
juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada
pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami
kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam
memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus
boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara
berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu
konsep atau prinsip.

Pengajaran Tematik (Thematic)

Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan oleh guru. Ia bermula
dengan “perkongsian pengalaman” yang diperolehi mungkin daripada tayangan video, lawatan ke
muzium atau mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan “perkongsian kepakaran” di mana
pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data dan maklumat, menganalisis data tersebut dan
akhirnya menggariskan kesimpulan. Suatu laporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi
oleh semua murid di dalam kelas. Tema yang biasa dilaksanakan adalah seperti sejarah sukan
Olimpik, sejarah tempatan, industri tempatan dan sebagainya.
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di Malaysia. Ia kini berkembang
luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidang ilmu kepada semua
orang. Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensi
membolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya. Ruangan berbual,
papan buletin dan listserv turut menyokong komunikasi pembelajaran jenis ini.

Pendidikan bagi Pelajar Istimewa

Media memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Pelajar pekak
misalnya memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza daripada pelajar normal. Teknologi masa
kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan mereka yang kurang
berupaya/kecacatan.

Audio

Penghasilan Penerbitan Bahan Audio


Media audio berupaya untuk memberi sumbangan unik terhadap proses pengajarandan
pembelajaran sepertipembelajaran kendiri bagi murid-murid yang kurangkeupayaan membaca,
pembelajaran bahasa asing,bercerita untuk memerangsangimaginasi, muzik untuk aktiviti fizikal dan
sebagainya. Alat-alat seperti radio kasetdan CD seharusnya adalah sesuatu yang biasa digunakan
dalam bilik darjahdisebabkanpenggunaannya yang mudah. Walau bagaimanapun penggunaan
mediaaudio yang berkesanmemerlukan kefahaman tentang proses pendengaran sertapemilihan
bahan berdasarkan objektif pengajaran.

Mendengar adalah merupakan suatu proses komunikasi. Terdapat dua aspekpenting yang perlu anda
fahami mengenai proses pendengaran iaitu mendengar(hearing) dan mendengar dengan memberi
perhatian (listening). Prosesmendengar atau “hearing” hanyalah satu proses fisiologi sementara
mendengardengan memberi perhatian adalah merupakan proses psikologi. Bolehkah
andamembezakan di antara ke dua-duanya?Contohnya begini. Anda sedang berbual-bual dengan
teman wanita anda dalamsebuah restoran.Semasa perbualan itu, anda mendengar (hear) bunyi
kenderaan diluar, bunyi pelanggan bercakap-cakap, suara kanak-kanak ketawa dan sebagainya,namun
bunyi-bunyi itu tidak anda perduli atau berikan perhatian. Sebaliknya andamendengar dengan
memberi perhatian yang serius (listen) terhadap apa yang temanwanita anda cakapkan. Sekarang
bolehkan anda membezakan di antara mendengardengan mendengardengan memberi perhatian? Di
dalam bilik darjah keadaanserupa boleh berlaku. Bolehkah andaterangkan mengapa keadaan ini
berlaku? Ya,ini ada kaitan dengan proses komunikasi

Keberkesanan proses mendengar di kalangan murid-murid bergantung padabeberapa perkara.

Pertama, tahap perbendaharaan kata atau kemahiran bahasayang dimiliki oleh mereka. Ini bermakna
bahawakandungan mesej dalam bahanaudio hendaklah dalam lingkungan keupayaan kemahiran
berbahasa murid.

Kedua, sejauh manakah murid-murid dapat mendengar dengan jelas sesuatu bahan

audio seperti bahana atau kelantangan (volume) audio dan kejelasan sebutan.

Bahana yang rendah sukar didengari oleh murid-murid sementara sebutan yang

kurang jelas akan menyukarkan murid-murid untuk memahami mesej yang hendak

disampaikan.

Ketiga, sejauh manakah nada sesuatu bunyi itu berbentuk sekata atau monotonous.Nada yang
sekatasepanjang masa akan menyebabkabkan pendengar atau muridmenjadi lali sehingga ia tidak
memberi perhatian tentang apa yang didengarinya.Oleh itu adalah penting sesuatu bahan audio itu
mempunyai nadayang tidak sekata.
Keempat, sejauh mana seseorang pendengar atau murid-murid itu secara fizikalnyaberupaya untuk
mendengar. Murid-murid yang mengalami selsema atau kurang sihatberkemungkinan kurang
berupayaanuntuk memberi perhatian tentang apa yangdidengarnya.

Setelah membaca perenggan-perenggan di atas anda seharusnya dapat membuatkesimpulan bahawa


terdapat dua elemen penting dalam menentukan keberkesananproses mendengar. Pertama ialah
penyampai mesej (guru) dan kedua ialahpenerima mesej (murid). Guru yang dapat
mempersembahkan atau menyampaikanmesejnya dengan berkesan kepada murid-murid yang
bersedia untuk mendengarmesej akanmenghasilkan proses mendengar yang berkesan. Sebaliknya
bahanaudio yang tidak dirancang, dihasil dan digunakan dengan baik oleh guru akanmenyebabkan
proses mendengar kurang berkesan.

Penghasilan Bahan Audio Pendidikan

Sekarang anda hendak menghasilkan suatu bahan audio. Terdapat beberapa formatpenerbitan
bahan audio yang boleh dihasilkan sendiri oleh anda. Di antara formatformattersebut ialah;

• Lakonan

• Temubual

• Simulasi

• Dokumentasi

• Demonstrasi

• Penerangan

• Diskusi

Sekarang katakanlah anda hendak menerbitkan sebuah lakonan. Terdapat beberapalangkah yang
perlu diambil perhatian sebelum anda memulakan kerja. Dengan katalain anda perlu merancang.
Langkah-langkahberikut penting untuk anda fikirkansebelum anda memulakan kerja.

1. Tetapkan matlamat

Anda perlu menentukan tujuan anda menerbitkan bahan audio tersebut.Siapakah kumpulan sasaran
atau tahap murid? Bagaimana tentangkebolehan berbahasa murid, minat dan motivasi mereka?
Adakah bahanyang akan anda hasilkan sejajarkan dengan sukatan pelajaran? Adakahbahan audio
yang akan andahasilkan ini sesuai dengan objektif pengajaran?

Persoalan-persoalan tersebut perlu diberi perhatian sebelum anda membuat

keputusan.
2. Mengumpul bahan

Kumpulkan bahan-bahan dan sumber-sumber yang diperlukan. Fakta yanghendak dimasukkan


hendaklah betul serta mencukupi dan kaya denganmaklumat yang diperlukan dalam sukatan
pelajaran. Selain daripada itu andajuga perlu mengumpul kesan-kesan bunyi, muzik serta lagu-lagu
tertentuyang mungkin diperlukan.

3. Pemilihan bahan

Bahan yang anda kumpulkan kemungkinan terlalu banyak. Anda perlumemilih bahan yang
bersesuaian sahaja.

4. Menulis skrip

Di sinilah anda menulis atau mengarang kandungan bahan audio anda.

5. Menyediakan peralatan

Anda perlu menyediakan peralatan yang diperlukan dalam penerbitan bahanaudio. Di antara
peralatan asas ialah alat perakam, mikrofon, pengadunsuara, kaset atau pita audio dan kabel-babel
yang sesuai. Selain daripada ituanda perlu memastikan bahawa alatan-alatan tersebut dipasang
denganbetul.

6. Membuat rakaman

Di peringkat inilah anda akan membuat rakaman suara, memasukkan kesankesan

bunyi serta muzik-muzik latar.

7. Prebiu

Setelah rakaman siap, anda perlu mendengar hasil rakaman tersebut dan

kemudian membuat beberapa pembetulan sekiranya perlu.

8. Penggunaan bahan audio

Di peringkat ini anda akan menggunakan bahan yang telah dihasilkan itu didalam bilik darjah.

Format Audio
Sekarang cuba kita tinjau format-format audio yang biasa digunakan dalampengajaran. Anda perlu
mengetahui tentang format audio kerana ini melibatkanperalatan yang akan digunakan. Di antara
format-format audio adalah seperti berikut;

Kaset audio

Saiz format audio ini ialah 2.5” X 4” X 0.5”. Kelebaran pitanya ialah 1 per 8 inci.Format ini paling
banyak terdapat di pasaran dan menggunakan alat pemain kaset.Pengguna boleh merakam dan
memadam. Ianya mudah digunakan serta berupayauntuk mengelak dariterpadam. Tape ini berupaya
merakam dalam tempoh masatertentu seperti C-60 (boleh merakam selama 60 minit dengan
menggunakan keduaduabelah bahagian), C-90 (45 minit bagi setiap bahagian) dan C-120 (60 minit
bagisetiap bahagian)

Kaset mikro

Saiz keseluruhan format audio ini adalah lebih kecil berbanding format kaset audio.

Walaupun saiz pitanya adalah sama iaitu 1 per 8 inci, namun ia perlu menggunakan

alat pemain kaset yang kecil. Seperti kaset audio, pengguna boleh merakam dan

memadam kandungannya dengan mudah.

Fonograf atau piring hitam

Format ini berbentuk bulat dan leper. Terdapat tiga saiz yang diukur dalam diameteriaitu; 7, 10 dan
12 inci.Pengguna tidak boleh membuat rakaman. Format inimemerlukan alat pemain fonograf.
Walaupun format ini mudah digunakan, ianyatidak lagi porpular dan sukar di dapati dalam pasaran
hari ini.

Cakera padat atau CD

Format ini berbentuk bulat dan leper serta bersaiz 4.72 inci dalam diameter. Ianyamempunyai kualiti
bunyi yang tinggi. Walau bagaimanapun pengguna tidak bolehmembuat rakaman atau
memadamnya dengan mudah.Format ini memerlukan alatpemain CD

Alat-Alat Rakaman Audio

Untuk menerbitkan bahan audio anda memerlukan beberapa bahan dan peralatan asas seperti
berikut;

• Alat perakam

• Mikrofon

• Pita audio atau kaset audio


• Kabel

Rajah: Perakam audio

Perakam Audio

Perakam audio yang mudah ialah pemain kaset yang biasa terdapat dalam pasaran. Walau
bagaimanapun tidak semua pemain kaset boleh merakam audio. Cara mudahuntuk mengenali
pemain kaset yang boleh membuat rakaman ialah dengan kehadiran butang rakaman atau record
(biasanya butang ini berwarna merah).

Rajah: : Mini compo

Biasanya alat ini mempunyai mikrofon terbina dalam. Mini compo juga boleh digunakan sebagai
perakam audio sekiranya ia mempunyai butang rakaman.

Penggunaan Bahan Audio

Mikrofon

Kualiti bunyi banyak bergantung pada pemilihan pnggunaan mikrofon. Mikrofon yang baik akan
menghasilkan rakaman yang jelas. Maklumat berikut akan memberi pengetahuan kepada anda
tentang pemilihan mikrofon yang sesuai bagi kerja-kerja rakaman mengikut situasi tertentu.

Mikrofon boleh dikelasifikasikan mengikut jenis penggunaan dan bentuk penerimaan bunyi dan
mekanismanya.

Jenis Mikrofon Mengikut Penggunaan

• Mikrofon Mini

Mikrofon mini boleh dibahagikan kepada dua iatu jenis tie pin dan neck hanging. Tie

pin lebih kecil saiznya dan biasanya disematkan pada tali leher atau kolar baju. Jenis

neck hanging pula biasanya digantung pada leher


• Mikrofon Tanpa Wayar

Mikrofon ini memerlukan alat penerima (receiver). Tidak terdapat sebarang wayar di antara
mikrofon dengan alat penerima tersebut. Isyarat dihantar secara gelombang dari mikrofon ke alat
penerima melalui antena. Mikrofon ini biasanya digunakan oleh pengguna yang bergerak aktif.

Jenis Mikrofon Mengikut Bentuk Penerimaan Bunyi

Mikrofon Semua Hala (Omni-Direction)

Mikrofon jenis ini menerima bunyi dari semua arah. Mikrofon ini biasanya digunakan untuk
perbincangan kumpulan atau temubual.

Mikrofon Dua Hala (Bi-Direction)

Mikrofon ini menerima bunyi dari bahagian depan dan belakang sahaja. Mikrofon ini sesuai dalam
keadaan soal jawab atau temubual antara dua orang.

Mikrofon Satu Hala (Uni-Directional)

Mikrofon jenis ini menerima bunyi yang datang dari satu hala sahaja. Ianya kurang peka dengan
bunyi yang datang dari lain-lain hala. Oleh itu mikrofon ini sesuai bagi seorang penyampai atau suatu
situasi di mana bunyi-bunyi asing berada dalam aras paling minimum.

Mikrofon Shortgun

Mikrofon ini adalah mikrofon satu hala yang berupaya untuk menerima bunyi dari sudut yang sempit
dalam jarak yang agak jauh. Mikrofon ini sesuai digunakan sekiranya anda tidak berupaya untuk
menghampiri sesuatu punca bunyi seperti bunyi burung, acara sukan atau bunyi-bunyi haiwan.

Jenis Mikrofon Mengikut Mekanisme

Fungsi mikrofon adalah untuk menukar gelombang akustik ke dalam bentuk getaran mekanikal.
Getaran mekanikal itu kemudiannya ditukarkan ke dalam bentuk arus elektrik. Terdapat 4 jenis
mekanisme mikrofon. Berikut adalah jenis dan ciri-ciri dan penggunaannya

Pita Audio

Pita audio boleh terdapat dalam beberapa bentuk. Bentuk atau format yang paling popular ialah
kaset. Kandungan pita audio boleh terpadam sekiranya anda menekan butang rakaman pada
perakam kaset.
Pengadun Suara

Bagaimana sekiranya anda hendak merakam suara narator dan dalam masa yang sama terdapat
kesan bunyi dan muzik latar? Secara mudahnya, anda hanya memerlukan tiga pemain kaset. Satu
untuk merakam dan dua lagi untuk memainkan kesan bunyi dan muzik latar. Cara ini masih boleh
digunakan untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun hasilnya
tidaklah sebaik penggunaan alat pengadun suara (audio mixer) seperti mana yang dalam ilustrasi di
bawah. Pengadun suara adalah alat yang mempunyai banyak saluran input yang boleh dilaras
bahananya dan satu output. Alat ini biasa terdapat di studio-studio

Sekarang katakanlah anda telah bersedia dengan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk
membuat rakaman. Sebelum anda membuat rakaman anda tentulah sudah mempunyai idea. Idea
anda hendaklah distrukturkan dalam bentuk skrip. Skrip hendaklah disediakan terlebih dahulu.
Jangan mulakan rakaman sekiranya skrip anda tidak mantap. Cara terbaik ialah dengan membuat
latihan membaca skrip. Apabila anda telah bersedia barulah mulakan kerja-kerja rakaman. Ini akan
menjimatkan masa dan mutu rakaman akan lebih baik. Anda terpaksa mengulang rakaman sekiranya
terdapat kesilapan semasa kerja-kerja rakaman dibuat. Berikut adalah contoh sebuah skrip audio.

Penggunaan Video

Penerbitan Video PendidikanModul Penyuntingan Audio Vidwo


Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan jenis-jenis kamera video, bahagian-bahagian serta fungsi komponen kamera
videa. Jenis-jenis syot yang terlibat dalam penerbitan video juga akan diojelaskan. Demi
menghasilkan video yang menarik, beberapa teknik pergerakan kamera akan diperkenalkan. Anda
juga akan diterngkan seluruh proses penerbitan video. Ini akan diikuti penggunaan video klip
tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya anda akan buat penilaian terhadap
penggunaan klip video tersebut.

Hasil Pembelajaran

Mengenalpasti jenis-jenis kamera.

Mengenalpasti komponen-komponen kamera video.

Membezakan jenis-jenis syot yang berlainan.

Mengaplikasikan jenis-jenis pergerakan kamera video yang berlainan.

Merancang dan melaksanakan rakaman video.

Menyunting video.

Menggunakan media video dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengenalan

Video memainkan peranan yang penting dalam meransangkan pengajaran dan pembelajaran. Media
yang mempunyai elemen-elemen multimedia ini sudah pasti dapat meningkatkan prestasi
pengajaran guru sekiranya digunakan dengan baiknya.

Tajuk ini menjelaskan format dan peralatan video untuk perancangan , penghasilan dan penggunaan
video sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Perisian-perisian berkaitan dengan video
juga diterangkan.

Kepentingan Video Dalam Pengajaran

Apakah video?

Adakah video penting dalam pengajaran dan pembelajaran?

Bagaimana video dihasilkan?


Video merupakah salah satu daripada media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan
sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton.

Dalam proses pengajarnan dan pembelajaran , video mempunyai beberapa keistimewaan.

Keupayaan menunjukkan imej yang bergerak seperti merakan seekor haiwan binatang sedang
berlari.

Media dapat mempercepatkan dan melambatkan pergerakan . Contoh pergerakan haiwan binatang
yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh
dibekukan.

Video berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa
berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah.

Video berupaya merakam mesej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang.
Contohnya pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh penonton.

Jenis-Jenis Kamera Video

Secara amnya kamera video boleh dibahagikan kepada dua iaitu

Kamera video analog

Kamera video digital

Kamera Video Analog

Kamera video analog merakamkan imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Cara
penyimpanan video hasilan jenis ini adalah dalam bentuk kaset video yang terdapat dalam pelbagai
bentuk seperti format VHS, VHS-C, Hi * dan U-matic. Video jenis analog ini hanya boleh dimainkan
pada pemain video yang sesuai dengannya,

Kamera Video Digital

Kamera jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk ditital.Biasanya kamera video
digital ini menggunakan kaset video yang berada dalam dalam format DVC (Digital Video Cassette).
Kamera video jenis ini boleh disambung ke komputer dengan menggunakan kabel Fire Wire.
Penyunting video yang dihasilkan boleh dibuat dengan menggunakan suntingan yang sesuai.
Bahagian-bahagian yang terdapat dalam sebuah kamera video

Lensa: membawa cahaya kepada sensor dan juga untuk memberi fokus kepada imej.

Butang Zoom: Butang yang diguna untuk merakam imej dekat objek tanpa bergerak dan
menghampiri secara fizikal.

Butang white balance: butang untuk mengawal keseimbangan warna imej.

Gelang Fokus: diguna untuk melakukan fokus secara manual.

Sensor Dedahan (Esposure) : Mengesan seluruh medan rakaman dan menala bukaan lensa sesuai
dengan intensiti cahaya yang diberlukan.

Shutter : menentukan cahaya yang masuk ke kamera video.

Alat Rakam Suara: Mikrofon dan sistem suara yang dibina untuk merakam bunyi.

Jenis-Jenis Syot

Terdapat pelbagai jenis syot yang boleh diadakan semasa merakam video. Jenis-jenis syot yang
berlainan menentukan tujuan dan fungsinya dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh BCU (Big
Close Up) memaparkan objek secara mikro, CU (Close Up) memaparkan objek secara dekat, MS (Mid
shot) memaparkan sebahagian daripada objek, LS (Long shot) memaparkan keseluruhan objek dan
VLS (Very Long Shot) memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya.

Untuk mendapatkan syot yang tertentu ia dapat dilakukan melalui butang zoom yang terdapat pada
kamera ataupun melalui pergerakan kamera video.

Beberapa jenis syot yang biasa terlibat dalam video adalah seperti berikut:

Big Close; memaparkan objek secara mikro


Close Up; memaparkan objek secara dekat.

Medium shot: Memaparkan kedua0dua sebjek dan latar belakang.

Waist shot: memaparkan objek setakat pinggang.

Long Shot: Memaparkan keseluruhan objek.

Very Long Shot: memaparkan objek dan kedudukan di pesekitarannya.

Over the shoulder ahot: memaparkan subjek dari belakang bahu orang lain.

Pegerakan Kamera Video

Terdapat pelbagai jenis pergerakan kamera video dalam menghasilkan video. Jenis-jenis pergerakan
kamera video boleh disimpulkan seperti berikut:

Panning (Panning right/Panning left): Pergerakan kamera video ke kiri atau ke kanan.

Tilting ( Tilt Up/Tilt Down): Pergerakan kamera ke atas atau ke bawah.

Dolly (Dollt In/Dolly Out) : Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kiamera yang dipasang pada
tripot ditolak (dolly in). Pergerakan dolly melibatkan pergerakan kamera yang dipasang pada tripot
diundur (dolly out)

Trucking: Sama dengan dolly atau tracking.

Alat Penghasilan Video

Video boleh dirakam melalui kamera video digital yang menggunakan mini kaset DV (DV cassette)
atau analog yang menggunakan pita video format VHS. Pita video VHS boleh dimainkan semula pada
pemain video (video player) tetapi memerlukan peralatan khas iaitu kad perakam video (video
capture card) pada komputer untuk ditukarkan ke bentuk klip video digital. Sedangkan kamera video
digital yang menggunakan mini kaset DV boleh terus dirakam ke cakera nkeras pada komputer
melalui penyambungan kabel USB dengan menggunakan perisian tertentu.

Perisian Untuk Penghasilan Video

Pelbagai perisian boleh digunakan untuk tujuan merakam dan menyunting video dan yang mudah
seperti Windows Movie Maker yang tersedia ada pada sistem operasi windows atau perisian yang
lebih canggih seperti Adobe Premier, Ulead Media Studio, Ulead Video Studio , Penicles, Edius,Let's
Edit, Vegas, Avid dan sebagainya. Setiap perisian mempunyai keistimewaan masing-masing terutama
untuk menghasilkan pelbagai bentuk kesan khas (special effect), audio dan video yang mampu
memberi penarikan kepada penonton.
Bahan video juga boleh diambil sebahagian daripada video-CD (fail format.dat) atau DVD (fail
format. vob) melalui perisian seperti VCD Cutter atau Chopper VP dan disimpan semula dalam
format .mpeg (mpeg1) atau .wmv (Windows media video) agar ia sesuai (compatible) apabila disisip
(insert) pada kebanyakan perisian. Penyesuaian format fail boleh dilakukan melalui perisian seperti
Any File Converter, Total Video Converter atau seumpamanya dengannya.

Bahan audio dan video boleh juga dimuatturun daripada pelbagai sumber laman web tertentu
seperti yang terdapat pada youtube. Walaubagaimanapun penggunaanya tertakluk kepada tyerma
dan syarat dalam panduan penggunaan bahan Hak Cipta ISila rujuk Fair use guidelines for
educational multimedia- www.libraries,psu.edu/mtss/fairuse/guidline.doc.html)

Bahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke cakera keras atau
disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian tertentu seperti Windows Movie Maker, DVD
Movie Maker (terdapat pada Windows Vista0, Ulead Movie Factory, Roxio Creater DE, Nero Burner
atau mana-mana perisian yang seumpamanya dengannya.

Perlu dingat penerbitan video haruslah bersifat informatif, mudah difahami, ringkas, menarik, dalam
jangka masa yang bersesuaian dengan tujuan pengajaran.

Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran

Menetapkan tujuan dan objektif.

Menjalankan penyelidikan.

Memilih bahan (fakta) yang sesuai.

Mengenalpasti, mengumpul dan memilih bahan grafik dan bahan audio yang sesuai.

Menulis skrip melalui format papan cerita (story board).

Membuat persediaan untuk penggambaran.

Menyedia bahan dan peralatan.

Memulakan penggambaran.

Memulakan proses menukar video dari DV ke bentuk klip.

Membuat rakaman audio.

Menyunting dan mengadun audio dan video.

Membuat preview hasil rakaman.


Mengubahsuai/menyunting.

Menukar dormat yang sesuai untuk tujuan penyimpanan (storage).

Menggunakan dalam pengajaran.

Memberi maklum balas dan membuat penilaian.

Tugasan

Video berupaya membawa masuk ke dalam bilik darjah peristiwa sebenar yang berlaku di luar bilik
darjah. Berdasarkan satu tajuk pengajaran sediakansatu klip video bagi tujuan tersebut. Gunakan
video itu dalam pengajaran anda untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran .

Panduan Menghasilkan Video Untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Peringkat Analisis

Sebelum anda menyediakan audio, antara yang oerlu dilakukan ialah perkara-perkara berikut:

Analisis Pelajar

Apakah latar belakang pelajar?

Apakah tahap engetahuan pelajar tentang topik yang akan diajar?

Apakah gaya pembelajaran pelajar?

Analisis Kandungan

Apakah skop pembelajaran seperti yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran?

Apakah objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran?

Apakah teknik dan kaedah pengajaran yang akan digunakan?

Peringkat Rekabentuk

Rekabentuk Bahan

Video yang disediakan mestilah mengikuti skrip yang disediakan.

Tempuh masa video ialah antara 10 hingga 15 minit.

Pastikan gambar dan suara dalam video adalah jelas.


Rekabentuk Pedagogi

Pastikan video yang disediakan dapat memberangsangkan pelajar.

Aktiviti yang dicadangkan untuk menggunakan video dalam pengajaran dan pembelajaran mestilah
seimbang dengan masa yang digunakan untuk menyediakan bahan media tersebut.

Peringkat Pembangunan

Kenalpasti tajuk pengajaran yang sesuai diintegrasikan video.

Kenalpasti matlamat video yang akan disediakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sediakan skrip berkenaan.

Anda boleh menggunakan klip video yang sedia ada ataupun merakam video itu sendiri.

Sekiranya menggunakan video yang sedia ada, anda perlu menyuntingnya supaya sesuai dengan
tujuanpengajaran anda.

Untuk video yang dirakam sendiri, anda juga perlu edit sekiranya perlu.

Pastikan anda mengikuti langkah-langkah perancangan penerbitan bahan video untuk pengajaran.

Peringkat Pelaksanaan

Cadangkan bagaimana video yang disediakan tersebut akan digunakan dalam peringkat-peringkat
pengajaran dan pembelajaran tertentu.

Laksanakan cadangan anda dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Peringkat Penilaian

Cuba buat penilaian terhadap penggunaan video yang disediakan dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan soalan-soalan berikut?

Adakah bahan video yang disediakan benar-benar memberi impak terhadap proses pembelajaran?

Adakah masa yang digunakan untuk menyediakan video tersebut sesuai dengan masa yang
digunakan?

Apakag aspek bahan audio yang dihasilkan tersebut perlu diperbaiki/

Apakah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sesuai untuk
mengintegrasikan audio yang dihasilkan?
Refleksi

Apakah model Rekabentuk pengajaran yang telah digunapakai dalam proses menghabiskan tugasan
anda?

Terangkan proses penghasilan media audio tersebut secara ringkas .

Adakah anda menghadapi masalah semasa menyempurnakan tugasan terssbut?

Apakah tindakan yang anda boleh ambil pada masa depan supaya masalah tersebut tidak wujud?

Anda mungkin juga menyukai