Anda di halaman 1dari 8

TAJUK 1:

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan konsep media dan media pengajaran.


2. Merumuskan fungsi media pengajaran.
3. Menyatakan pengkelasan media pengajaran.
4. Menganalisis faktor dan cara permilihan media pengajaran.
5. Menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.

Subtajuk:

 Konsep Media Pengajaran


 Jenis-jenis dan klasifikasi media
 Fungsi media dalam pengajaran dan pembelajaran

KONSEP MEDIA PENGAJARAN

 Apakah media pengajaran?


 Bagaimana media boleh meningkatkan keberkesanan proses P&P?
 Bagaimana media boleh diklasifikasikan?
 Apakah fungsi media pengajaran?
 Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih media pengajaran?
 Apakah langkah-langkah yang perlu di dalam menyediakan bahan media pengajaran?

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya
dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi
pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Media atau medium bermakna
saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara.
Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada
penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto,
bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang
dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga
dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya
terjadinya proses pembelajaran.
JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA

Media boleh dibezakan melalui:


a. Bentuk fizikal atau format
b. Atribut atau ciri

Media pengajaran terbahagai kepada dua:


a. Media Cetak
b. Media bukan cetak

Pengkelasan Media
1. Media Tayang Kaku contoh: transparensi, slaid dan mikrofilem
2. Media Tayang Bergerak contoh: pita video, cakera padat digital dan filem
3. Bahan Grafik contoh: lukisan, poster, kartun, carta dan graf
4. Gambar kaku gambar contoh: foto, kad imbasan dan poskad
5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi contoh: model, boneka, diorama dan pupet
6. Papan Paparan/Pameran contoh: papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan
buletin
7. Media Audio contoh: pita kaset, cakera padat dan komputer
8. Media Cetak contoh: modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah
FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Antara fungsi media pengajaran ialah:

(a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej


Anggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej seringkali
menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Adalah lebih berkesan jika
perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era
teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik seperti
melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera


(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi,
filem atau video.
(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-
speed photography.
(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem,
gambar foto mahupun secara lisan.
(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam
bentuk model, gambar rajah, dll.
(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi


Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi
sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan
kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan
dan keselesaan masing-masing.

(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik
yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan
guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana
kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama.
Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa
merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk
persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

Langkah-langkah membina media pengajaran haruslah mengandungi aspek


berikut;

Analisis
o Keperluan
o Kandungan Topik
o Pelajar -Hasilan pembelajaran
o Objektif.

Pemilihan Bahan
o Jenis Media
o Ciri Media
o Kesesuaian

Reka bentuk
o Media
o Proses pengintegrasian dalam P&P
o Rancangkan penglibatan pelajar.

Pembinaan
o Pengguaan perkakasan, peralatan dan perisian
o Penerbitan.

Pelaksanaan
o Penggunaan dalam P&P

Penilaian
o Semak perancangan anda.
o Maklumbalas sebelum pelaksanaan
o Maklumbalas semasa pelaksanaan
o Maklumbalas selepas pelaksanaan
REFLEKSI

1. Apakah yang kita faham tentang media pengajaran?


2. Apakah perbezaan antara “teknologi pengajaran” berbanding dengan “media
pengajaran” ?
3. Apakah perbezaan antara media pengajaran dengan sumber pengajaran?

LATIHAN LANJUTAN

1. Anda telah melalui pelbagai pengalaman sebagai pelajar di sekolah. Berdasarkan


pengalaman anda buat penilaian dan refleksi tentang perbezaan pembelajaran
melalui penggunaan pelbagai media dengan pembelajaran tanpa penggunaan
media.
2. Bagaimana media mampu membantu masyarakat menjadi masyarakat yang
berpendidikan.
3. Apakah perbezaan antara media dengan media dalam pengajaran?
Kerangka TPACK secara umum

Secara umum kerangka TPACK adalah terdiri daripada 7 komponen iaitu;


CK - Content Knowledge atau Pengetahuan Kandungan
PK - Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi
TK - Technological Knowledge atau Pengetahuan Teknologi
PCK - Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan
TCK - Technological Content Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Kandungan
TPK - Technological Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Pedagogi

TPACK - Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge - CK)


CK merupakan pengetahuan pengajar terhadap kandungan yang akan disampaikan kepada
pelajar. Sehubungan dengan itu, pengajar perlu menguasai kandungan seperti konsep,
teori, idea-idea, rangka kerja, keterangan dan bukti serta amalan-amalan yang diperlukan ke
arah membangunkan pengetahuan itu (Koehler & Mishra, 2009). Dalam konteks kajian ini,
CK merujuk kepada kandungan pengaturcaraan komputer.

Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical Knowledge – PK)


PK merupakan pengetahuan tentang jenis-jenis pedagogi yang boleh digunakan sebagai
menyokong pengajaran berkesan. Menurut Koehler dan Mishra (2008), PK merangkumi
pengetahuan tentang proses serta amalan yang digunakan dalam pengajaran. Selain itu,
pengajar perlu membuat kajian terhadap teori-teori pedagogi secara khusus agar mereka
tidak lesu dalam memperkasa kaedah pengajaran bagi menghasilkan suasana P&P yang
berkualiti (Archambault & Barnett, 2010). Dalam konteks kajian ini, pengajar perlu
mengetahui teknik dan kaedah yang harus digunakan dalam pengajaran pengaturcaraan
komputer.

Pengetahuan Teknologi (Technology Knowledge - TK)


Domain TK meliputi pengetahuan terhadap jenis-jenis alatan, perkakasan atau perisian
termasuk boleh mengendalikannya dengan baik sehingga membantu atau memudah cara
pekerjaan seorang pengajar (Koehler, 2011). Hal ini merangkumi apa sahaja pengetahuan
seorang pengajar terhadap teknologi yang biasa digunakan dalam pengajaran sama ada
teknologi berbentuk analog (mikroskop, papan putih, video dan lain-lain) mahupun digital
(telefon pintar, internet, persidangan video dan lain-lain).

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge - PCK)


CK apabila diintegrasikan dengan PK menjadikan PCK iaitu pengetahuan teras pengajaran
yang meliputi kurikulum, penilaian dan pedagogi (Koehler & Mishra, 2009). PCK masih
mengambil kira konsep yang diperkenalkan oleh Shulman (1986) di mana ia merangkumi
pengajaran, pembelajaran, kurikulum, pentaksiran, dan laporan yang melatari cara
penyampaian pengajaran kepada para pelajar. Shulman turut menyatakan bahawa guru
yang mengajar tanpa mengetahui aspek-aspek seperti kurikulum dan pentaksiran tidak
mampu memenuhi keperluan pembelajaran oleh para pelajar.

Pengetahuan Teknologi Kandungan (Technological Content Knowledge - TCK)


CK apabila diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain TCK. Domain TCK merupakan
pengetahuan terhadap teknologi tertentu yang paling sesuai untuk menangani hal
pembelajaran dan bagaimana ia membantu kandungan yang sesuai apabila berlaku
perubahan pada teknologi tersebut (Koehler & Mishra, 2009). Sehubungan dengan
itu, Koehler dan Mishra (2008) menyatakan bahawa CK dan TK telah lama mempunyai
hubungan konsep dalam bidang sains tulen dan sains sosial. Sebagai contoh, seorang
doktor bedah misalnya tidak mungkin boleh mengajar para pelajarnya untuk melakukan
pembedahan tanpa menggunakan teknologi seperti stetoskop dan alat pengimbas. Begitu
juga dengan bidang astronomi dan pengukuran di mana teknologi adalah penting untuk
diketahui terlebih dahulu oleh pengajar seperti teleskop dan barometer sebelum pengajaran
dilakukan. Pada masa kini, kemajuan teknologi beralih dari teknologi analog kepada
teknologi digital yang lebih canggih dan pengetahuan seorang pengajar terhadap teknologi
digital yang sesuai digunakan dengan kandungan pengajaran akan menjadikan pengajaran
itu lebih berkesan (Nelson, Christopher & Mims, 2009).

Pengetahuan Teknologi Pedagogi (Technological Pedagogical Knowledge - TPK)


PK apabila diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain TPK. Domain TPK merupakan
pengetahuan tentang bagaimana P&P boleh berubah apabila teknologi tertentu digunakan
dengan kaedah tertentu (Koehler & Mishra, 2009). Hal ini meliputi pengetahuan pedagogi
dan kekangan pelbagai alat teknologi yang berkaitan dengan disiplin reka bentuk pedagogi
dan strategi pengajaran. Bagi menjelaskan TPK, Koehler dan Mishra (2008) menyatakan
bahawa seorang pengajar mestilah mengetahui bagaimana P&P perlu dilaksanakan
mengikut kesesuaian teknologi masa kini yang menyokong proses dan amalan pengajaran
semasa. Dalam konteks kajian ini, pendidikan pengaturcaraan komputer menghadapi
cabaran yang hebat kerana perubahan teknologi berkaitan amalan pembangunan aplikasi
dan bahasa pengaturcaraan komputer yang berlaku terlalu cepat.

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (Technological Pedagogical Content


Knowledge –TPACK)

TPACK adalah pengintegrasian pengetahuan teknologi dalam pengajaran yang dilakukan


mengikut disiplin ilmu pengetahuan pengajar di mana ia perlu difahami secara mendalam
dari sudut CK, PK, TK, PCK, TCK dan TPK (Koehler, 2011). Menurut Koehler dan Mishra
(2008), integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam pengajaran akan
menghasilkan P&P yang efektif dan sempurna bagi seorang guru atau pengajar. Justeru,
hasil dapatan daripada kajian ini akan digunakan sebagai panduan pembinaan modul P&P
pengaturcaraan komputer untuk kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai