Anda di halaman 1dari 16

Ciri-ciri utama reka bentuk instruksional dan pembangunan instruksional

dengan merujuk khasnya kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran


yang berkesan.

1.0 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI PENGAJARAN

Pendidikan merupakan salah satu bidang yang sentiasa berkembang mengikut


peredaran zaman. Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan menjadi
impian setiap guru. Setiap guru mahu menyampaikan ilmu dengan cara yang paling
mudah difahami oleh pelajarnya. Kaedah pengajaran yang digunakan mestilah tepat dan
sesuai dengan persekitaran dan latar belakang pelajar. Kegagalan untuk merancang teknik
pengajaran akan menyebabkan objektif pembelajaran tidak akan tercapai.
Ramai yang beranggapan penggunaan alat teknologi sebagai alat bantu mengajar
seperti komputer dan guru menggunakan slaid ketika mengajar merupakan kaedah dalam
teknologi pengajaran. Fahaman ini merupakan salah satu fahaman yang mengecilkan
skop dan peranan yang dimainkan oleh teknologi pengajaran. Justeru, kita perlu melihat
domain yang menjadi tunjang kepada konsep teknologi pengajaran. Kita juga perlu akur,
apabila kita berbincang tentang teknologi, kita tidak boleh lari dari berhadapan dengan
perubahan. Hal ini demikian kerana teknologi merupakan sesuatu perkara yang sentiasa
berubah-ubah mengikut kesesuaian semasa. Disebabkan itu jugalah Persatuan
Komunikasi dan Teknologi Pendidikan atau Association for Educational
Communication and Technology (AECT) telah membuat beberapa siri perubahan maksud
teknologi pengajaran agar lebih sesuai dan lebih realistik dengan keadaan semasa.
Apa yang di harapkan, penulisan ini mampu mengubah persepsi masyarakat
khususnya warga pendidik tentang konsep teknologi pengajaran yang bersifat tidak statik
dan sentiasa mengalami perubahan. Sebab kita perlu untuk bersetuju, cabaran dalam
dunia pendidikan semasa sangat mencabar dan kita perlu cepat bertindak untuk mengejar
kemodenan. Mungkin penggunaan kapur pada papan hitam sudah tidak relevan pada
masyarakat abad ke 21 atau mungkin juga kaedah chalk and talk telah menjadi satu
pendekatan yang membosankan kepada para pelajar. Jadi, teknologi pengajaran menjadi
jawapan kepada masalah ini agar kualiti PdP dapat ditingkatkan.

1
Perbincangan dalam penulisan ini akan berfokus kepada teori reka bentuk
pengajaran dan amalan pembangunan pengajaran. Cadangan amalan pembangunan
pengajaran ini akan dilakukan dalam persekitaran sekolah yang mempunyai jaringan
Internet yang baik dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) yang boleh diakses oleh
semua warga sekolah.

2.0 DEFINISI TEKNOLOGI PENGAJARAN, REKA BENTUK PENGAJARAN


DAN PEMBANGUNAN PENGAJARAN.

2.1 Definisi Teknologi


Sebelum kita meneliti fahaman tentang teknologi pengajaran. Kita perlu
faham terlebih dahulu konsep teknologi yang mendasari perkara ini. Secara
umumnya, menurut Borgmann (2006) teknologi dilihat sebagai salah satu
agen yang boleh membentuk dan mengubah budaya. Aplikasi ilmu
matematik, sains dan penerapan elemen seni banyak memberi manfaat kepada
kehidupan. Sebagai contoh, teknologi komunikasi yang memudahkan kita
untuk berinteraksi. Kita boleh berkomunikasi dengan orang yang berada
beribu batu dari kita. Hal ini demikian kerana pembangunan sistem
komunikasi dan jaringan Internet yang diperluas telah mengubah gaya hidup
masyarakat kini.
Begitu juga dalam dunia pendidikan, penubuhan Sekolah Bestari pada
tahun 1999 yang mempraktikkan penggunaan teknologi maklumat telah
membuka mata masyarakat Malaysia kepada penggunaan teknologi dalam
pendidikan (Luaran, t.t.). Hal ini sedikit sebanyak telah mengubah cara hidup
masyarakat setempat lantas teknologi dianggap sebagai agen membentuk atau
mengubah budaya.

2.2 Definisi Pengajaran


Satu lagi perkara yang perlu untuk kita semua faham sebelum
membincangkan perihal teknologi pengajaran adalah konsep pengajaran itu
sendiri. Menurut Gross (2012), pengajaran merupakan satu proses untuk

2
mendapatkan sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.
Hal ini termasuklah pengetahuan, kemahiran, tingkah laku, nilai, dan sumber
rujukan. Proses ini juga akan melibatkan tiga domain utama seperti mana
yang dicadangkan oleh Benjamin Bloom iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor (Wikipedia, t.t.).
Dalam Taksonomi Bloom, Bloom telah menyusun tahap pengajaran
mengikut susunan daripada senang kepada susah, mudah kepada kompleks
dan umum kepada terperinci. Model ini diterima dan diguna pakai oleh
kebanyakan institusi pendidikan di dunia. Domain kognitif merupakan
domain yang berasaskan kepada pengetahuan, pelajar akan menggunakan
daya fikir mereka sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Sementara itu,
domain afektif memerlukan kemahiran tindak balas perasaan kepada sesuatu
perkara, kecenderungan pilihan ditentukan oleh emosi mereka. Dalam domain
psikomotor pula, kemahiran pelajar menggunakan alatan atau bahan dapat
mengukur tahap kecekapan pelajar untuk memanipulasi secara fizikal objek
yang ada seperti penggunaan penukul dalam subjek Kemahiran Hidup.
Jelaslah bahawa konsep pengajaran yang harus difahami bukan sahaja
tentang perihal belajar sesuatu perkara namun pengajaran merupakan satu
proses untuk mendapatkan sesuatu atau mengubah sesuatu dengan mengikut
aturan dan peringkat-peringkat tertentu.

2.3 Definisi Teknologi Pengajaran


Kita sedia maklum bahawa fahaman tentang teknologi sentiasa
berubah-ubah mengikut keperluan semasa. Kita juga sedia maklum proses
pengajaran bukan sahaja melibatkan proses mempelajari sesuatu yang baru,
namun turut melibatkan pengubahsuaian sesuatu yang sedia ada. Apabila kita
berbincang tentang teknologi pengajaran, fahaman kita tidak boleh tertumpu
kepada alat yang digunakan semasa proses PdP itu berlangsung. Hal ini
demikian kerana, konsep teknologi pengajaran yang perlu difahami bersifat
lebih luas dan tidak tertumpu pada satu-satu perkara sahaja. Kita perlu faham

3
dan mendalami setiap domain yang menjadi tunjang kepada teknologi
pengajaran.
Menurut Kurt (Definitions of Instructional Technology, t.t.) terdapat
beberapa versi definisi teknologi pengajaran (instructional technology) yang
memberi gambaran bahawa fahaman terhadap perkara ini sentiasa berubah-
ubah mengikut keadaan semasa sejak dari tahun 1963 lagi. Namun, dalam
penulisan kali ini, definisi daripada Persatuan Komunikasi dan Teknologi
Pendidikan 1994 (AECT) akan digunakan kerana lebih jelas dari segi
fahaman teori dan amalan serta melibatkan 5 domain utama iaitu reka bentuk,
pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian.
Menurut AECT 1994, teknologi pengajaran adalah teori dan amalan
mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta
sumber untuk pembelajaran. Hal ini bermakna teknologi pengajaran menuntut
sesiapa sahaja yang terlibat dalam proses pengajaran perlu mempunyai
pengetahuan (teori) untuk memudahkan setiap tindakan (amalan) yang
dilakukan.
Apa yang dimaksudkan dengan teori adalah perihal konsep, prinsip dan
pandangan yang menyumbang kepada pengetahuan. Amalan pula bermaksud
penggunaan pengetahuan untuk melalukan sesuatu. Jadi, secara rumusannya,
teknologi pengajaran merupakan satu proses yang memerlukan pengetahuan
untuk melalukan sesuatu amalan dalam pembelajaran.

2.4 Definisi Reka Bentuk Pengajaran


Salah satu domain yang terdapat dalam teknologi pengajaran ialah
domain reka bentuk. Reka bentuk merujuk kepada proses menentukan situasi
pembelajaran. Dalam proses ini, komponen seperti pengetahuan, kemahiran
dan tindakan dipertimbang berdasarkan prinsip reka bentuk sistem
pengajaran, reka bentuk mesej, strategi pengajaran dan ciri-ciri pelajar. Hal
ini merupakan satu proses sistematik yang melibatkan elemen guru, pelajar,
media, alat bantu mengajar dan persekitaran pembelajaran.

4
Menurut Marriner (2003), domain reka bentuk melibatkan perancangan
dari semua aspek dalam proses mencari penyelesaian kepada masalah
pembelajaran. Proses ini mempunyai urutan yang sistematik. Terdapat banyak
model reka bentuk pengajaran yang sering digunakan. Model-model ini
merupakan amalan teknologi pengajaran yang dilakukan untuk mencapai
objektif pembelajaran. Meskipun setiap model mempunyai matlamat dan
fokus yang berbeza, namun kesemua model yang dibangunkan tidak
terpesong dari prinsip reka bentuk pengajaran.

2.5 Definisi Pembangunan Pengajaran


Domain pembangunan juga dilihat sebagai salah satu domain yang
terpenting dalam teknologi pengajaran. Pembangunan merujuk kepada proses
menterjemah spesifikasi reka bentuk kepada bentuk fizikal. Hal ini merujuk
kepada penciptaan bahan pengajaran. Seperti reka bentuk pengajaran,
pembangunan pengajaran juga mempertimbangkan pengetahuan, kemahiran
dan tindakan untuk membangunkan bahan pengajaran dan mewujudkan
pengalaman dengan menggunakan teori, penyelidikan dan prinsip teknologi
percetakan, teknologi audiovisual, teknologi berasaskan komputer dan
teknologi bersepadu. Proses mereka bentuk pengajaran tidak akan terhenti
setakat reka bentuk sahaja, kebiasaannya pereka bentuk akan menghasilkan
produk berdasarkan prinsip yang telah disyorkan dalam bentuk fizikal agar
dapat digunakan secara nyata (Marriner, 2003).

5
3.0 DOMAIN REKA BENTUK PENGAJARAN
Semasa mereka bentuk pengajaran, pereka bentuk perlu memiliki
pengetahuan dan asas kepada teori pembelajaran. Secara umumnya, teori
pembelajaran dalam teknologi pengajaran terbahagi kepada tiga teori utama iaitu
behaviorisme, kognitif dan konstruktivisme (Marriner, 2003). Teori pembelajaran
amat penting kepada pereka bentuk pengajaran untuk mereka bentuk sistem
pengajaran, membina kandungan pengajaran, merancang strategi dan mengenal
pasti ciri-ciri pelajar.

3.1 Teori Pembelajaran


3.1.1 Teori Behaviorisme
Ahli psikologi behavioral berpendapat, pembelajaran berlaku
bila mana ada perubahan terhadap tingkah laku. Misalnya, di dalam
kelas, jika pelajar dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru
maka pembelajaran sedang berlangsung.
Teori pembelajaran behavioral memberi pengaruh kepada
teknologi pengajaran apabila teori ini menekankan asas bahawa
pelajar terfokus kepada matlamat yang jelas dan memberi respons
terhadap matlamat itu. Ada 4 perkara penting yang perlu diberi
perhatian dalam teori ini iaitu pelajar (Audience), tingkah laku
pelajar (Behavior), persekitaran pelajar (Condition) dan respons
pelajar (Degree) (Scott, 2011-2017). Marriner (2003) berpendapat,
pelajar akan di pantau dan diberi arahan sehingga mereka mahir
melakukan sesuatu perkara. Misalnya, dalam subjek matematik.
Pelajar perlu membuat latihan berulang kali sehingga pelajar itu
mahir tentang topik yang dipelajarinya.
Kesimpulannya, reka bentuk pengajaran yang mengambil
pendekatan behaviorisme perlu membentuk sistem pengajaran yang
mengutama aspek Stimulus dan respons. Strategi pengajaran yang
dirancang perlu menilai keupayaan pelajar (ciri-ciri pelajar) agar

6
mereka dapat bertindak balas dengan kandungan (mesej) yang
terkandung dalam pengajaran tersebut.
3.1.2 Teori kognitif
Dalam mazhab kognitif, pembelajaran berlangsung apabila
berlaku proses minda yang aktif untuk mendapat, menyimpan,
mengingat dan menggunakan pengetahuan itu semula. Teori ini
menekankan pengulangan dan keseragaman dalam melalukan kerja.
Menurut Marriner (2003), pendekatan kognitif memudahkan
penyusunan semula maklumat di dalam otak dengan membuat
sintesis maklumat baharu dengan maklumat sedia ada. Hal ini
demikian kerana, pembelajaran yang berlangsung melibatkan
persepsi dan pembentukan konsep. Maklumat yang diperoleh akan
disimpan dan diguna semula (recall) apabila dirasakan perlu
(persepsi). Menurut Scott (2011-2017), konsep utama teori ini ialah
skema, pemprosesan maklumat, kesan bermakna, kesan kedudukan
bersiri, kesan latihan, kesan pemindahan, kesan tahap memproses
maklumat, kesan keadaan, kesan mnemonik dan pengelolaan awal.
Konklusinya, teori pembelajaran kognitif lebih menekankan
aspek daya pemikiran pelajar. Guru perlu meneliti kesan-kesan
pemikiran dan daya ingatan pelajar dalam sistem pengajaran yang
direncanakan dan memastikan pelajar terlibat secara aktif. Strategi
pengajaran perlu mengutamakan tahap pemikiran pelajar agar mesej
pengajaran dapat disampaikan dan mencapai objektif pembelajaran.
3.1.3 Teori Konstruktivisme
Dalam fahaman konstruktivisme, pembelajaran berlangsung
apabila pelajar membina pengetahuan atau konsep baharu
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka. Pembelajaran
kostruktivisme memerlukan perhatian guru semasa proses
pembelajaran berlangsung.
Guru perlu menerangkan terlebih dahulu objektif pembelajaran
supaya pelajar tidak terpesong semasa memberikan pandangan

7
mereka. Guru juga perlu sentiasa aktif berinteraksi dengan pelajar
sepanjang proses pembelajaran. Hal ini kerana pendekatan
pembelajaran ini lebih berpusatkan murid (Marriner, 2003).
Rumusannya, dalam konstruktivisme, sistem pengajaran perlu
berpusatkan pelajar dan guru sebagai pemudah cara. Strategi
pengajaran yang dibina perlu memastikan ketersediaan pelajar untuk
menyumbang input dan memastikan kesemua murid memahami
objektif pembelajaran dengan tepat. Guru perlu menggalakkan
pembelajaran melalui penemuan dan menyesuaikan pengajaran
mengikut tahap kefahaman pelajar.

3.2 Strategi Pengajaran


Strategi pengajaran bermaksud cara seseorang guru mengendalikan
aktiviti pembelajaran. Faktor yang perlu diambil kira semasa memilih strategi
pengajaran ialah objektif pengajaran, proses pengajaran, isi kandungan,
persediaan mengajar dan persekitaran bilik darjah.
Antara strategi pengajaran yang boleh amalkan termasuklah strategi
pemusatan guru yang menekankan aspek monopoli guru dan semua aktiviti
dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada guru. Seterusnya strategi
pemusatan pelajar pula memberi fokus kepada pelajar dan guru sebagai
pemudah cara. Selain itu, strategi pemusatan bahan merupakan strategi yang
berguna kepada guru kerana strategi ini menekankan perkembangan afektif,
kognitif dan psikomotor pelajar dan yang terakhir ialah strategi berasaskan
tugasan, strategi ini menekankan aspek teori konstruktivisme.

3.3 Model Reka Bentuk Pengajaran


Dalam Taksonomi Gustafson, terdapat 3 fokus kategori model yang
mempunyai fungsi dan matlamat yang berbeza iaitu model berorientasikan
bilik darjah, model berorientasikan produk dan model berorientasikan sistem
(Gustafson & Branch, 1997).

8
3.3.1 Model ASSURE
Model ASSURE merupakan berorientasikan bilik darjah. Perkataan
ASSURE merupakan akronim kepada;
 Analisis pelajar (Analyse learner),
 Nyatakan objektif (State objective),
 Pilih kaedah, media & bahan (Select method, media &
materials),
 Gunakan bahan (Utilise materials),
 Libatkan pelajar (Require learner perticipation)
 Nilai dan semak (Evaluate and revise).

Semasa memilih media yang hendak digunakan, guru perlu


menganalisa keadaan pelajar. Selepas pelajar dianalisa guru perlu
menetapkan objektif pembelajaran yang menjadi penanda aras
minimum kepada proses pembelajaran. Langkah ketiga melibatkan
proses memilih kaedah, media dan bahan yang akan digunakan
semasa proses pengajaran. Guru perlu bijak menentukan kaedah
penyampaian, media yang digunakan dan bahan yang akan
dibentangkan supaya objektif pembelajaran tercapai. Kemudian guru
perlu memastikan media yang digunakan berada dalam keadaan
baik. Penglibatan pelajar secara aktif sepanjang proses PdP
berlangsung amat penting. Akhir sekali, guru perlu menilai dan
menyemak kembali media yang digunakan dengan mengambil kira
prestasi pelajar, kualiti media dan sikap pelajar (Kurt, ASSURE:
Instructional Design Model, t.t.).

3.3.2 Model ADDIE


Model ADDIE berorientasikan produk. Kebiasaannya, model
ini melibatkan pembinaan bahan untuk tempoh masa jangka panjang
oleh satu pasukan pereka bentuk pengajaran. Menurut Leshin,
Pollock, & Reigeluth (1993) model ADDIE merupakan salah satu

9
model yang menjadi asas kepada model reka bentuk yang lain.
Dalam model ini, terdapat 5 fasa iaitu analisis (Analysis), reka
bentuk (Design), pembangunan (Development), perlaksanaan
(Implementation), dan penilaian (Evaluation).
Dalam model ini, guru perlu mengenal pasti masalah yang
ingin diselesaikan dengan menganalisis keadaan pelajar, persekitaran
pembelajaran dan matlamat pembelajaran. Kemudian menetapkan
rupa bentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi
yang akan digunakan. Selepas proses merancang, kesemua idea itu
dibangunkan mengikut perancangan yang dibuat. Seterusnya, bahan
pengajaran yang disediakan itu digunakan dalam keadaan sebenar.
Akhir sekali, guru perlu membuat penilaian sama ada penilaian
formatif (berperingkat atau akhir bab) atau penilaian sumatif (secara
keseluruhan atau akhir pembelajaran).

3.3.3 Model Dick & Carey


Ketiga, model berorientasikan sistem. Model ini melibatkan
pembinaan bahan untuk jangka panjang dan memberi tumpuan
kepada analisis yang lebih luas tentang persekitaran pengajaran, ciri-
ciri tugas dan keperluan pembangunan.
Menurut Kurt (Dick and Carey Instructional Model, t.t.)
matlamat pengajaran boleh didapati daripada senarai matlamat
pengajaran, guru perlu mengenal pasti keperluan yang berkaitan
dengan sesuatu pengajaran seperti masalah dalam bilik darjah atau
topik akan diajar. Selepas mengenal pasti keperluan, guru perul
menganalisis kemahiran dan prosedur yang boleh dilakukan.
Seterusnya guru perlu mengumpul maklumat asas pelajar supaya
pengajaran mudah untuk direka bentuk. Seterusnya, guru perlu
menetapkan subobjektif dan objektif terminal yang perlu dicapai
untuk mencapai matlamat pengajaran. Setelah semua hal berkaitan
objektif ditetapkan, guru perlu membina item ujian dan membina

10
strategi pengajaran. Bahan-bahan seperti panduan belajar, bahan
media, panduan guru dan panduan ujian juga perlu dibina dan
disediakan. Penilain formatif juga perlu dibuat untuk menilai sistem
yang telah dibina. Kemudian, data daripada penilaian diguna untuk
mengawal kualiti sistem.

11
4.0 DOMAIN PEMBANGUNAN PENGAJARAN
Domain pembangunan pengajaran berkait rapat dengan proses melaksanakan
rancangan yang telah dirancang semasa mereka bentuk pengajaran. Domain ini
tidak bergerak secara berasingan dengan domain reka bentuk, malah guru boleh
melakukan pembangunan pengajaran semasa proses mereka bentuk pengajaran
sedang dijalankan. Penekanan dalam domain ini ialah berkenaan dengan
penyampaian mesej atau bahan pengajaran. Oleh itu, teknologi cetak, audiovisual
dan teknologi berasaskan komputer boleh dibangunkan untuk tujuan pengajaran.

4.1 Pembangunan Teknologi Cetak


Percetakan dalam domain ini tidak terhad kepada pencetakan di atas
kertas semata-mata. Dalam persekitaran sekolah yang mempunyai
kemudahan komputer, teknologi percetakan 3-dimensi (3D) merupakan satu
pembaharuan yang boleh diamalkan. Guru boleh menghasilkan bahan
pengajaran dalam bentuk 3D yang akan memudahkan pelajar untuk mendapat
gambaran dengan lebih jelas. Sebagai contoh, dalam kelas biologi. Para
pelajar boleh menggunakan iPad atau Sketch Pad untuk melakar model DNA.
Kemudian mencetak model tersebut dalam bentuk 3D dan membentangkan
prototaip tersebut di hadapan kelas. Hal ini secara tidak langsung akan
membuatkan proses PdP akan lebih menarik (Instructional Technologists,
2016).

4.2 Pembangunan Teknologi Audiovisual (AV)


Menurut Ivan (2018), teknologi AV akan membantu guru untuk
menyusun pengajaran dengan lebih menarik dan memberikan pengalaman
yang berlainan kepada pelajar. Sebagai contoh, dalam persekitaran sekolah
yang mempunyai jaringan Internet yang baik dan dapat mengakses VLE
dengan mudah, penggunaan video interaktif pada papan putih skrin sentuh
akan menjadikan persekitaran kelas lebih aktif . proses PdP ini akan
menggalakkan persekitaran koloboratif dan memberi peluang kepada pelajar
untuk mengembangkan pengetahuan mereka.

12
4.3 Pembangunan teknologi berasaskan komputer
PdP berbantukan komputer akan menjimatkan masa dan membantu
pelajar untuk meneroka ilmu dengan lebih mudah. Bantuan daripada Internet
melalui World Wide Web dan laman sesawang ilmiah, para pelajar dapat
mengakses maklumat dengan lebih mudah dan cepat. Menerusi perisian yang
ada seperti Microsoft Word, pelajar dapat menjimatkan masa ketika proses
penulisan dan penyuntingan. Selain daripada itu, pelajar dapat mengulang
kaji pelajaran menerusi nota-nota elektronik yang dimuat naik dalam storan
komputer masing-masing. Aktiviti pembentangan juga mudah dilakukan
dengan adanya perisian seperti Microsoft PowerPoint, Prezi dan sebagainya.

4.4 Pembangunan Teknologi Bersepadu


Setiap guru perlu memastikan amalan penggunaan alat elektronik
seperti komputer, telefon pintar, papan putih interaktif dimanfaatkan
sepenuhnya. Dengan bantuan jaringan Internet yang baik dan persekitaran
pembelajaran yang memudahkan akses kepada teknologi, amalan ini dilihat
sebagai salah satu amalan yang penting dalam pembangunan teknologi
bersepadu. Sistem pembelajaran yang dirancang haruslah menitik beratkan
penggunaan media elektronik dan juga media bukan elektronik. Selain
daripada itu, strategik PdP juga perlu selari dengan kemudahan yang ada.

13
5.0 HUBUNGAN ANTARA REKA BENTUK PENGAJARAN DAN
PEMBANGUNAN PENGAJARAN.
Pembangunan pengajaran tidak akan terjadi sekiranya reka bentuk pengajaran
tidak dilakukan pada mulanya. Dalam masa yang sama juga, proses reka bentuk
pengajaran itu sendiri merupakan proses pembangunan. Perhubungan antara kedua-
dua domain ini tidak begitu ketara. Namun, pada asasnya dalam teknologi
pengajaran, tidak kisah model apa yang digunakan untuk mereka bentuk
pengajaran, kita perlu meletakkan satu matlamat dan usaha untuk mencapai
matlamat tersebut merupakan satu pembangunan. Jika dinilai dari sudut terma,
kedu-dua domain ini memainkan peranan yang tersendiri. Hal ini kerana prinsip
yang mendukung domain ini juga berbeza. Apa yang semua warga pendidik
khusunya para guru perlu tahu adalah usaha untuk menjadikan proses PdP kita
berkesan bukan usaha yang mudah.
Kita perlu mereka bentuk pengajaran dengan mengambil kira model dan juga
teori pembelajaran. Dalam setiap peringkat, guru perlu memberi perhatian kepada
perkara-perkara tertentu. Setelah proses analisis selesai. Guru juga perlu merancang
bentuk dan spesifikasi bahan yang akan dibangunkan. Bentuk bahan yang
dibangunkan itu dikatakan sebagai pembangunan pengajaran.

14
6.0 RUMUSAN
Pembelajaran Abad 21 (PAK21) dilihat sebagai dalah satu usaha kerajaan
untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara. Cabaran yang guru hadapi
adalah bagaimana untuk menyediakan bahan pengajaran yang paling sesuai supaya
pelajar akan faham dan dapat belajar dengan selesa.
Teknologi pengajaran merupakan salah satu penyelesaian kepada guru-guru.
Namun, teori dan amalan teknologi pengajaran bukan satu perkara yang mudah dan
boleh dipandang enteng. Para guru perlu mereka bentuk pengajaran mereka
mengikut model yang sedia ada. Model-model ini juga mempunyai fokus seperti
fokus kepada bilik darjah, produk atau sistem. Jadi sebagai guru yang prihatin.
Pemilihan model yang bersesuaian dengan pelajar juga penting.
Selain daripada model reka bentuk, guru juga perlu memahami roh teori
pembelajaran yang mendasari sistem pendidikan kita. Pemilihan untuk merancang
pembelajaran dengan teori tingkah laku, pemikiran atau memberi peluang kepada
pelajar untuk menentukan hala tuju pembelajaran juga dilihat sebagai salah satu
perkara yang signifikan.
Akhirnya, apalah makna teknologi tanpa pengamalan. Pembangunan
pengajaran juga di lihat sebagai salah satu agenda penting semasa guru menentu
stail pengajaran mereka. Kesepaduan teknologi perlu ada supaya kita
memanfaatkan teknologi sebaik mungkin.
Kesimpulannya, nasib dan kecemerlangan para pelajar terletak pada pilihan
guru-guru. Berjaya atau tidak seseorang pelajar itu juga datang dari pilihan guru.
Guru perlu bijak dan sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku supaya
pendidikan kita tidak jauh ketinggalan.
3014 patah perkataan

15
7.0 RUJUKAN

Borgmann, A. (2006). Technology as a Cultural Force: For Alena and Griffin. The
Canadian Journal of Sociology, 31(3), 351-360.
Gross, R. (2012). Psychology: The Science of Mind and Behaviour (Jld. 6). UK: Hachette
Book Group.
Gustafson, K., & Branch, R. (1997). Survey of Instructional Development Models (Jld. 3).
Washington, D.C., US: ERIC Publications.
Instructional Technologists. (2016, Mac 17). 3D Printing in the Classroom. Didapatkan
Julai 19, 2018, daripada Instructional Design 7 Technology Innovation at Rollins:
http://social.rollins.edu/wpsites/idt/2016/03/17/4337/
Ivan. (2018, Februari 8). Audio Visual Technology in the Classroom. Didapatkan Julai
19, 2018, daripada Audiovisual.ie: https://www.audiovisual.ie/audio-visual-
technology-in-the-classroom/
Kurt, S. (t.t.). ASSURE: Instructional Design Model. Didapatkan Julai 19, 2018, daripada
Educational Technology: https://educationaltechnology.net/assure-instructional-
design-model/
Kurt, S. (t.t.). Definitions of Instructional Technology. Didapatkan Julai 19, 2018,
daripada Educational Techology: https://educationaltechnology.net/definitions-of-
instructional-technology/
Kurt, S. (t.t.). Dick and Carey Instructional Model. Didapatkan Julai 19, 2018, daripada
Educational Technology: https://educationaltechnology.net/dick-and-carey-
instructional-model/
Leshin, C., Pollock, J., & Reigeluth, C. (1993). Instructional Design Strategies and
Tactics. Educational Technology Research and Development, 41(1), 97-99.
Luaran, J. (t.t). Perkembangan, Cabaran dan Aplikasi Teknologi Maklumat dalam
Pengajaran dan Pembelajaran di Malaysia. Didapatkan Julai 19, 2018, daripada
i-learn UiTM: http://i-learn.uitm.edu.my/v2/wp-
content/uploads/2013/02/Perkembangan-Cabaran-dan-Aplikasi-Teknologi-
Maklumat-dalam-Pengajaran-dan-Pembelajaran-di-Malaysia.pdf
Marriner, H. (2003). The Field of Instructional Technology and its Domains. Didapatkan
Julai 19, 2018, daripada Electronic Portfolio of Harry R. Marriner:
http://arcmit01.uncw.edu/marrinerh/design.htm
Moore, J., Dickson-Deane, C., & Galyen, K. (2011, March). e-learning, online learning,
and distance learning environments: Are they the same? The Internet and Higher
Education, 14(2), 129-135.
Scott, D. (2011-2017). Foundational Learning Theories. Didapatkan Julai 19, 2018,
daripada Understanding by Design:
http://www.debrajscott.com/project/theories.htm
Wikipedia. (t.t.). Bloom's Taxonomy. Didapatkan Julai 19, 2018, daripada Wikipedia:
https://en.wikipedia.org/wiki/Bloom%27s_taxonomy#cite_ref-10

16

Anda mungkin juga menyukai