Anda di halaman 1dari 19

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|1

UNIT PELAJARAN 1 PENGENALAN KURSUS, KONSEP DEFINISI DAN DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Mengenal pasti konsep asas dan definisi teknologi instruksional. 2. Menjelaskan lima domain domain teknologi instruksional. 3. Menjelaskan domain penggunaan dalam teknologi instruksional 4. Menerangkan sumbangan teknologi instruksional kepada proses

pengajaran dan pembelajaran

PENGENALAN Perkataan seperti masyarakat bermaklumat, zaman maklumat, dan literasi maklumat adalah terma-terma yang sudah menjadi biasa dalam masyarakat kini. Penggunaan teknologi maklumat semakin meningkat serta juga desakan dan permintaan untuk program bagi program literasi maklumat juga bertambah. Negara kita telah menyedari tentang kepentingan perkembangan ini dan telah mula bergerak ke arah penggunaan literasi maklumat dalam pengajara dan pembelajaran di sekolah-sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Kita dapat lihat kaedah pendidikan dan amalannya sudah semakin berpusatkan maklumat. Kurikulum sekolah sudah menuntut betapa pentingnya penguasaan pengetahuan dan kemahiran literasi ICT, terutama kepada semua pelajar sekolah . Kini pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam kurikulum sekolah. Sekolah-sekolah telah dibekalkan oleh kementerian pelajaran dengan peralatan seperti unit komputer, bahan perisian lain seperti CD pembelajaran dan sebagainya supaya pengajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya guru yang ada di sekolah tidak menguasai kemahiran ICT dan pengetahuan berkaitan. Begitu juga dalam dunia pendidikan khas, untuk menjadi guru-guru pendidikan khas yang berkesan kebolehan dalam menggunakan literasi maklumat adalah sangat penting. Murid /pelajar pendidkan khas secara keseluruhannya adalah

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|2

golongan yang ketara mempunyai masalah dalam pembelajaran. Agak sukar bagi mereka menerima pengajaran seperti yang berlaku di arus perdana. Penggunaan pendekatan pengajaran dan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menjadikan sesuatu akltiviti itu lebih menarik dan mudah difahami. Pengetahuan dalam literasi maklumat dapat memudahkan guru untuk mengakses pelbagai maklumat yang kaya di sekeliling mereka. Usaha yang dilakukan ini boleh membantu dan menyokong pembelajaran yang berkesan. Sudah tentu jika guru berkebolehan menggunakan literasi maklumat dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pasti ia akan memberikan pengalaman pembelajaran baru yang menarik dan memudahkan murid/pelajar pendidikan khas memahami matapelajaran yang diajar. Mampukah anda menyahut cabaran ini?

ISI KANDUNGAN Pembelajaran Berkesan Kejayaan penyepaduan ICT dalam kurikulum bergantung kuat di bahu para guru bagaimana mereka manfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk mengakses pelbagai maklumat yang kaya di sekeliling mereka, baik untuk diri mereka sendiri atau kepada pelajar mereka . Semua usaha ini adalah untuk menyokong ke arah pembelajaran berkesan. Jika guru pandai menggunakan kemudahan ICT sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau hal-hal yang berkaitan dengan kerja mereka, tentu sekali ini akan memberi pengalaman pembelajaran baru dan mengubah paradigma pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Peranan teknologi instruksional akan berterusan berkembang kerana ia akan terus digunakan oleh guru-guru yang berinovatif akan terus berusaha untuk mengambil kesempatan daripada teknologi yang ada di dalam bilik darjah bagi meningkatkan peluang pembelajaran kepada murid/pelajar mereka. Kesan yang positif juga pasti berlaku, terutama persekitaran pembelajaran maya kerana mendapat faedah daripada pelbagai bentuk teknologi instruksional.

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|3

Konsep Teknologi Instruksional JK Galbriath dalam buku The New Industrial State telah memberikan dua ciri utama pada setiap teknologi. Ia adalah: pengaplikasin secara sistematik pengetahuan saintifik kepada tugasan praktikal dan pembahagian tugas-tugas Subseksyen. praktikal kepada bahagian-bahagian dan

Mana-mana perkara yang memenuhi kedua-dua ciri-ciri norma ini layak dipanggil teknologi instruksional. Teknologi Instruksional pada hari ini, telah diterima secara meluas sebagai pengaplikasian pendekatan sistem dalam bentuk sistem pembelajaran dan sebagai kaedah atau pendekatan yang digabungkan dengan media dan bahan yang sesuai serta diperlukan bagi tujuan menambahbaikan pengajaran dan pembelajaran- proses penilaian. Teknologi instruksional bukanlah teknologi dalam pendidikan atau teknologi pendidikan, tetapi kedua-duanya dan meliputi maksud yang luas yang merangkumi pengajaran pembelajaran keseluruhannya. Teknologi instruksional juga dapat memainkan peranan membentuk personaliti pelajar dalam konteks yang bermakna.

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|4

Ciri-Ciri Teknologi Instruksional Teknologi instruksional yang mantap dan berkesan mempunyai ciri-ciri tertentu untuk memudahkan pengenalpastian. Bentuk ciri-cirinya dapat dikenalpasti melalui sifat sifat seperti berikut:

dapat membantu untuk mencapai objektif kognitif. Boleh mengatasi masalah kekurangan guru yang berkesan membolehkan pelajar belajar mengikut keupayaan masing-masing dapat mengawal masalah perbezaan individu. dapat menganalisa isi kandungan pembelajaran lebih mendalam

Huraikan dengan lanjut mengenai ciri-ciri teknologi instruksional. Apakah Teknologi Instruksional? Teknologi instruksional melibatkan penggunaan pelbagai alat pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Pada waktu dahulu, penggunan teknologi agak terhad seperti penggunaan transparensi dan projektor overhed, jalur filem dan projektor, dan slaid. Tetapi pada hari ini, alat teknologi di dalam kelas mungkin termasuk pelbagai jenis barangan, dari kalkulator dan persembahan PowerPoint, komputer riba dan lain-lain alat elektronik. Dalam persekitaran maya atau e-pembelajaran, teknologi instruksional merangkumi kursus-kursus berasaskan komputer, pangkalan data dalam talian(online databases), pengajaran dan pembelajaran secara langsung (synchronous) atau tidak langsung (asynchronous ) . Pembelajaran synchronous memerlukan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti seperti perbincangan secara langsung, sesi sembang, atau kuliah sebenar. Bahan pembelajaran asynchronous boleh didapati dalam talian , dan termasuk perkara-perkara seperti tugasan, sumber, discussion boards , dan syarahan /ceramah atau persembahan yang telah dirakam terlebih dahulu.

Definisi teknologi Instruksional Definisi teknologi

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|5

Mengikut Galbraith (1967) technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks. Teknologi adalah pengaplikasian yang bersistematik bertujuan untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai bahan instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum agar dapat membantu atau menambahbaik pelajar belajar dan guru mengajar. Penekanan diberi kepada penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Saetler (1968,1990) pula mendefinisikan teknologi sebagai proses dan produk bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Definisi teknologi instruksional Sukar untuk mendapat definisi yang dapat menjelaskan dengan tepat bidang ini. Mengikut pakar sejarah teknologi pendidikan Paul Saettler (1990) mengatakan bahawa rujukan terawal teknologi pendidikan seolah-olah telah dibuat oleh seorang radio perintis WW Charters pada tahun 1948, dan teknologi instruksional pertama kali telah digunakan oleh pakar audiovisual James Finn pada tahun 1963. Pada perinkat awal, terma definisi lebih memberi tumpuan kepada alat-alat dan bahan-bahan. Saettler mencatatkan bahawa Suruhanjaya berkaitan Teknologi instruksional pada 1970 mentakrifkan sebagai "media yang lahir daripada revolusi komunikasi yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran ..." (ms 6) dan "cara yang sistematik merekabentuk, menjalankan, dan menilai jumlah proses pembelajaran dan pengajaran ... "(ms 6).

Walaupun pendidik hari ini cenderung untuk menganggap teknologi pendidikan atau pengajaran sebagai peralatan terutamanya peralatan elektronik, Saettler (1990) mengingatkan kita bahawa definisi yang terhad ini akan perlu berubah dari masa ke masa kerana perubahan sumber. Pada masa dahulu teknologi pendidikan merujuk kepada penggnaan radio dan television, tapi sekarang fokus sudah berubah, tumpuan mungkin di Internet, mungkin pada masa hadapan pula pada fokus yang lain pula.

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|6

Menurut Seels & Richie, melalui bukunya "Pengajaran teknologi: definisi dan domain bidang " yang diterbitkan oleh AECT (Association for Educational Communications and Technology) ( 1994, ms 1) telah mendefinisikan teknologi instruksional sebagai teori dan amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan, dan proses penilaian dan sumber untuk pembelajaran. Sejak penubuhannya pada tahun 1923, Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) ini telah menjadi peneraju dalam bidang Teknologi instruksional. Sebagai sebuah organisasi yang terkemuka, AECT telah memberi definisi dan memperbaharui definisi dari masa ke semasa sebagai respon kepada perubahan yang berlaku dalam pertumbuhan teknologi. Pada Januari 2008, AECT telah mengeluarkan satu perakuan atau definisi yang baru berkaitan dengan teknologi pendidikan/instruksional yang mentakrifkan sebagai kajian dan amalan etika bagi memudahkan pembelajaran dan meningkatkan pencapaian dengan mengadakan, menggunakan dan menguruskan proses dan sumber teknologi yang sesuai.( Januszewski & Molenda, 2008, p.2). Berdasarkan definisi yang merangkumi teori terdahulu dan terkini teknologi instruksional harus memberi fokus kepada stimulasi visual dan auditori dan juga perlu memasukkan amalanamalan yang adil dan sesuai kepada pelajar. Ia perlu mengambil dari pelbagai sumber dan kajian supaya dapat disampaikan lebih baik kepada pelajar. Teknologi instruksional bukanlah apa yang anda boleh dilakukan kepada peralatan yang canggih dan peranti jumud (fangled devices). Ia adalah berkenaan dengan bentuk pengajaran yang telah dirancang begitu teliti, telah diuji, dinilai dan di buat penilaian semula berdasarkan keperluan pelajar. Ia adalah mengenai pemilihan media yang menyokong pengajaran, bukan sekadar perancangan pengajaran yang hanya bertujuan untuk menggunakan peralatan teknologi tertentu.

Apakah yang anda fahamkan tentang teknologi instruksional?

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|7

DIFINISI YANG LAIN

Teknologi instruksional ialah penggunaan pelbagai pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran pelajar.

alat

http://www.u-46.org/it/DefinitionofInstructionalTechnology.htm

Proses menggunakan teknologi (contohnya, multimedia, komputer, audiovisual bantuan) sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran. Penggunaan teknologi untuk pengajaran dioptimumkan apabila guru/instruktur mempunyai kefahaman asas tentang pelbagai teknologi dan amalan terbaik pengajaran. Juga dirujuk sebagai "teknologi pendidikan."

http://www.utexas.edu/academic/diia/assessment/iar/glossary.php#i

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|8

LIMA DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi instruksional mencakupi lima domain utama. Lima domain yang dimaksudkan ialah:

Reka bentuk Pengembangan/Pembinaan Penggunaan Pengurusan Penilaian


PEMBANGUNAN
Teknologi Teknologi Teknologi Teknologi percetakan audiovisual berasaskan bersepadu komputer

PENGURUSAN
Pengurusan Pengurusan Pengurusan penyampaian Pengurusan projek sumber sistem maklumat

PENGGUNAAN TEORI AMALAN


Penggunaan media Difusi dan inovasi Perlaksanaan Polisi dan peraturan

PENILAIAN
Analisis masalah Pengukuran rujukan kriteria Penilaian formatif Penilaian sumatif

REKA BENTUK
Reka bentuk sistem pengajaran Reka bentuk mesej Strategi pengajaran Ciri -ciri pelajar

Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi instruksional. Teknologi instruksional didefinisikan sebagai teori dan amalan reka bentuk, pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber untuk pembelajaran.

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|9

1.

Domain reka bentuk

Domain yang pertama dalam teknologi instruksional adalah domain reka bentuk. Reka bentuk adalah proses untuk menentukan komponen sistem instruksional, ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Dalam domain reka bentuk terdapat empat bidang utama iaitu: Reka bentuk sistem instruksional o merupakan satu tatacara yang teratur atau sistematik untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai bahan instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum agar dapat membantu atau menambahbaik pelajar belajar dan guru mengajar. Reka bentuk mesej o iaitu reka bentuk mesej melibatkan perancangan untuk menentukan cara dan format media yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Strategi instruksional o strategi instruksional melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran Ciri-ciri pelajar o menganlisis ciri-ciri pelajar seperti menentukan kemahiran, pengetahuan, sikap yang sedia ada yang memberi kesan terhadap proses pembelajaran.

2.

Domain pengembangan

Domain yang kedua dalam teknologi instruksional ialah domain pengembangan atau pembinaan. Domain ini melibatkan proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk untuk menghasil bahan instruksional. Bahan instruksional terdiri dari bahan cetak, bahan pandang dengar, bahan berasaskan komputer dan bahan multimedia. 3. Domain penggunaan

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|10

Domain ketiga dalam teknologi instruksional ialah domain penggunaan. Penggunaan adalah tindakan menggunakan kaedah dan model instruksional, bahan dan perkakasan media dan persekitaran untuk meningkatkan suasana pembelajaran.

4.

Domain Pengurusan

Domain keempat iaitu domain pengurusan melibatkan kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan pusat sumber/teknologi pendidikan untuk membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan tersusun dan berkesan. 5. Domain Penilaian Domain kelima dalam teknologi instruksional ialah domain penilaian. Penilaian adalah proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran atau program pendidikan seperti penilaian pencapaian pelajar, penilaian penggunaan media, penilaian reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran dan penilaian program atau projek media pendidikan. Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu penilaian analisis masalah pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif. Teknologi instruksional bukan sahaja memberi tumpuan kepada produk atau penggunaan alat pandang dengar sahaja tetapi meliputi proses reka bentuk pengajaran dan bukan pengajaran untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan prestasi dalam tempat kerja, Reiser dan Dempsey (2002) telah mengemukakan definisi berikut: Instructional design and technology encompasses the analysis of learning and performance problems, and the design development, implementation, evaluation and management of instructional and non-instructional processes and resources intended to improve learning and performance in a variety of settings, particularly, educational institutions and work place (p. 12) Definisi 2002 telah menampilkan beberapa konsep baru yang tidak terdapat dalam definisi lama teknologi instruksional. Konsep baru seperti teknologi prestasi dan penyelesaian masalah seperti suasana tempat kerja dan

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|11

sebagainya untuk meningkatkan prestasi kerja telah mempengaruhi proses reka bentuk instruksional konvensional. Ini bererti untuk meningkatkan prestasi kerja bukan hanya bergantung kepada intervensi reka bentuk instruksional tetapi faktor bukan instruksional seperti suasana tempat kerja dan lain-lain faktor manusia juga dipertimbangkan. Tetapi apa yang lebih penting mengikut Reiser (2002), definisi baru menggunakan istilah reka bentuk instruksional dan teknologi untuk menggantikan istilah teknologi instruksional yang dikaitkan dengan alat atau media seperti komputer, projektor overhed, television, video, CD-ROM dan lain-lain jenis peralatan dan perisian yang dikaitkan dengan media instruksional. KEPENTINGAN DOMAIN Mengikut Seels dan Richey, 1994, domain menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi instruksional. Dalam erti lain ia sangat penting kerana ia menjadi teras kepada pengajaran itu sendiri. Mengikut Snelbecker, 1974 pula jika kurikulum memberi tumpuan kepada apa yang hendak diajar, domain dapat memberi panduan bagaimana hendak mengajar untuk meningkatkan suasana pembelajaran. Menurut Yusof, 2002 hal. 260, domain dapat menghasilkan pengajaran/latihan dan bahan pengajaran yang sistematik dan berkesan. Ini disebabkan bahan pengajaran yang direkabentuk telah melalui proses penilaian sebelum diguna dan diurus. Dalam bidang latihan industri pula mengikut beliau , dapat meningkatkan prestasi pekerja dan produktiviti. Seterusnya beliau menyatakan dalam bidang ketenteraan, dapat meningkatkan kemahiran anggota tentera menggunakan teknologi canggih. (Yusup, 2002, hal. 260).

Jelaskan lima domain yang terdapat dalam teknologi instruksional.

Model ADDIE dan ASSURE

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|12

Model ADDIE adalah proses generik yang digunakan secara tradisional oleh pereka dan pemaju latihan byinstructional . Lima fasa yang dimaksudkan ialah Analysis Design Develop (Analisis) (Rekabentuk) (Membina)

Implement ( Melaksana) dan Evaluation ( Menilai) Kesemua ini melambangkan garis panduan yang fleksibel untuk membina latihan yang berkesan dan alat sokongan prestasi. Model ADDIE adalah model Reka bentuk Sistem Pengajaran (ISD). Kebanyakan reka bentuk semasa model pengajaran adalah variasi proses ADDIE; model lain termasuk Dick & Carey dan model Kemp ISD. Modelmodel ini biasanya menerima idea secara berterusan atau maklum balas ketika bahan pengajaran masih lagi sedang dibina. Model ini dapat menjimatkan masa dan wang dengan menyelesaikan masalah semasa ianya masih mudah untuk diatasi. Model ADDIE mula dibangunkan oleh Florida State University bagi program latihan interservice tentera. Model yang mengandungi lima fasa (Analisis, Reka bentuk, Membangun, Melaksanakan, Penilaian dan Kawalan).Model ADDIE memastikan setiap langkah dilalui sebelumberpindah ke fasa seterusnya. Selama bertahun-tahun, langkah-langkah ini telah disemak semula dan akhirnya model itu sendiri menjadi lebih dinamik dan interaktif daripada heirarki asal, sehingga vers yang paling popular muncul dalam pertengahan tahun 80-an, seperti yang difahami masa ini.

Ualangkaji

ANALISIS

Ulangkaji

IMPLEMENTAS I

PENILAIAN

MEREKA BENTUK

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|13

Ualangkaji

PERKEMBANGA

Ualangkaji

Fasa Analysis

Dalam fasa analisis, masalah pengajaran dijelaskan, matlamat pengajaran dan objektif yang ditetapkan, dan persekitaran pembelajaran dan pengetahuan sedia ada dan kemahiran belajar dikenal pasti. Berikut adalah beberapa soalan yang ditangani semasa fasa analisis: Siapakah pelajar dan apakah ciri-ciri mereka? Apakah hasil tingkah laku baru yang diingini? Apakah jenis kekangan pembelajaran yang wujud? Apakah pilihan alternative penyampaian? Apakah pertimbangan pedagogi? Apakah Teori Pembelajaran Dewasa yang dipertimbangkan? Apakah tempoh masa untuk menyiapkan projek? 1. Fasa Reka Bentuk Fasa reka bentuk berurusan dengan objektif pembelajaran, instrument penilaian, latihan, isi kandungan, analisis mata pelajaran, rancangan pengajaran dan pemilihan media.Fasa perlu sistematik dan khusus. Sistematik bermakna kaedah yang lojik, pengenal pastian yang tersusun, membina dan menilai satu set strategi yang dirancang yang disasarkan untuk mencapai matlamat projek. Spesifik bermaksud setiap elemen reka bentuk rancangan instruksional perlu dilaksanakan dengan member perhatian kepada butir-butir. Ini adalah langkah-langkah yang terlibat dalam fasa reka bentuk : Dokumenkan strategi projek pengajaran visual dan reka bentuk teknikal

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|14

Aplikasikan strategi pengajaran mengikut hasil tingkah laku yang diinginkan oleh domain (kognitif, afektif dan psikomotor). Reka bentuk user interface dan pengalaman penguna Bina prototype Aplikasi reka bentu visual (graphic design)

2.

Fasa Perkembangan Dalam fasa pembangunan pereka bentuk pengajaran mencipta dan memasang aset kandungan yang telah blueprinted dalam fasa reka bentuk. Dalam fasa ini, story board dan grafik direkabentuk. Jika Elearning terlibat, pengaturcara akan membangunkan dan / atau mengintegrasikan teknologi. Penguji melaksanakan prosedur mengawal silap (debugging). Projek itu dikaji dan disemak semula mengikut maklum balas yang diterima.

3.

Fasa Pelaksanaan Semasa fasa pelaksanaan, prosedur untuk melatih fasilitator dan pelajar telah dibina. Latihan fasilitator meliputi kurikulum kursus, hasil pembelajaran, kaedah penyampaian, dan prosedur ujian. Penyediaan pelajar termasuk melatih mereka dengan alat baru (perisian atau perkakasan) dan pendaftaran pelajar. Pelaksanaan juga menjadi penilaiankepada reka bentuk. Ini juga merupakan fasa di mana pengurus projek memastikan bahawa buku-buku,bahan peralatan untuk edaran, alat, CD-ROM dan perisian terletak di tempatnya, serta aplikasi pembelajaran atau laman web berfungsi.

4.

Fasa Penilaian Fasa penilaian terdiri daripada dua bahagian: penilaian formatif dan summative.Penilaian formatif ada pada setiap peringkat proses ADDIE Penilaian sumatif terdiri daripada ujian yang direka untuk domain tertentu berkaitan kriteria item yang dirujuk dan menyediakan peluang untuk mendapatkan maklum balas dari pengguna yang telah dikenal pasti.

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|15

Model reka bentuk instruksional ASSURE (Heinich, Russell dan Smaldino, 1966) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media yang sistematik. Model ASSURE bermaksud mempastikan atau to assure pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah:

Analyse learner (Analisis pelajar) State learning objectives (nyatakan objektif pembelajaran) Select media and method (pilih media dan kaedah) Utilise media and method (gunakan media dan kaedah) Require learner response ( memerlukan respon pelajar) Evaluate (penilaian bahan, kaedah dan seluruh proses pengajaran).

PERANAN TEKNOLOGI PENGAJARAN 1. Mengubah peringkat membuat keputusan Walaupun pendekatan pengajaran masih terarah guru tetapi keputusan menggunakan media dikongsi bersama guru dan media. Guru mengintegrasikan media dalam kurikulum dan proses instruksional. Penggunaan media dirancang secara sistematik. Model ASSURE (Heinrich, Molenda dan Russell, 1982) adalah contoh penggunaan media dalam bilik darjah. 2. Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran Ia boleh mempengaruhi sistem pendidikan atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem pendidikan konvensional(bersemuka) kepada sistem pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya pos dan telesidang; sistem kelas terbuka menggunakan sistem pengajaran individu dan pengajaran peribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan belajar sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan bahan internet. 3. Mengubah pengalaman pembelajaran Penggunaan teknologi instruksional/pendidikan terutama teknologi komunikasi dan maklumat mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah dan diinstitut pengajian tinggi. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat kepada pelajar

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|16

dan berasaskan pengetahuan maklumat. Guru mengurus aktiviti pembelajaran dengan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untuk pembelajaran.

SUMBANGAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Ternyata banyak yang telah disumbang oleh teknologi instruksional kepada proses pengajaran. Dengan pengaplikasian teknologi instruksional, isi kandungan topik dapat dipilih dengan lebih berhati-hati dan di urus tadbir. Penyampaian pengajaran juga dapat disampaikan dengan lebih seragam. Sesiapa yang menyampaikannya tidak menjadi masalah kerana maklumat pengajaran telah ditetap dan disediakan. Melalui teknologi instruksional persedian pengajaran dapat disediakan dengan rapi, pengajaran pasti akan lebih menarik ditambah dengan bantuan bahan ICT. Pembelajaran akan menjadi lebih interaktif dan dapat dilakukan di mana jua. Masa untuk diperlukan untuk pengajaran dapat dikurangkan dengan itu tidak membosankan pelajar untuk mengikutinya. Selain itu penggunaan teknologi instruksional juga dapat meningkatkan kualiti pembelajaran. Ini kerana mudah untuk mendapatkan akses kepada maklumat yang diperlukan. Malahan pengajaran boleh dilakukan dimana-mana dan boleh memilih masa yang sesuai. Keperluan individu pelajar juga dapat dipenuhi secara berkesan. Akhir sekali dengan penggunaan teknologi instruksional peranan guru atau pun instruktur dapat dilihat berubah dengan ketara menjadi kepada yang lebih baik lagi.

RUMUSAN
1. Pendidikan masa kini sudah menjadi semakin berpusatkan maklumat. 2. Pengetahuan tentang ICT dan penggunaannya dapat membantu guru

menyampaikan pengajaran lebih berkesan.


3. Teknologi

instruksional melibatkan penggunaan pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran.

pelbagai

alat

4. Terdapat pelbagai definisi teknologi instruksional sejak mula ia wujud

sekitar tahun 1948. Definisi baru yang dikeluarkan oleh AECT mentakrifkan sebagai kajian dan amalan etika bagi memudahkan

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|17

pembelajaran dan meningkatkan pencapaian dengan menggunakan dan menguruskan proses dan sumber teknologi yang sesuai.
5. Ada lima domain utama dalam dalam teknologi instruksional iaitu; a)

reka bentuk, b) pengembangan atau pembinaan, d) penggunaan, e) pengurusan dan penilaian

KATA KUNCI

1. Teknologi instruksional 2. Persekitaran maya 3. Ledakan maklumat 4. Domain 5. Model ASSURE 6. Teknologi pendidikan

SEMAK KENDIRI
1.

Terangkan apakah yang anda faham tentang teknologi instruksional.

2. Tulis nota ringkas tentang model ASSURE. 3. Bincangkan persamaan dan perbezaan antara definisi

teknologi instruksional yang ada.


4. Huraikan kesan penggunaan teknologi instruksional kepada

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


5. Ramai pendidik percaya penggunaan teknologi interaktif

berasaskan computer adalah penting untuk meningkatkan pembelajaran bilik darjah. Mereka menegaskan bahawa teknologi canggih asasnya akan mengubah proses dan struktur pembelajaran. Bincangkan.

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|18

RUJUKAN

Anglin, G. J. (1995). Instructional technology: Past, present, and future.Englewood: Colorado: Libraries Unlimited Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, AudiovisualCommunication Review, 8(1), 9-10. Galbraith, J. (1967). The new industrial state. Boston: Houghton Mifflin. Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional technologies (7th ed.). New York: Harper Collins. Reiser, R., & Dempsey, V. (2002) Trends and issues in instructional design andtechnology. Columbus, Ohio: Merril and Prentice Hall. Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.).Upper Saddle River, N. J.: Merril Prentice Hall. Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, Colorado: Libraries Unlimited Smaldino, S.E., Russell, J., Heinich, R., & Molenda, M., (2004). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). Englewood Cliffs, N.J.:Prentice Hall. Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field, Washington DC; AECT Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti. Molenda, Michael (May/June 2003). "In Search of the Elusive ADDIE Model".Performance improvement 42 (5): 3437. Amended version available atthe author's web site at Indiana University (Bloomington).

Kemahiran Asas Literasi Maklumat|19

Anda mungkin juga menyukai