Anda di halaman 1dari 22

Maksud

– Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam


melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah
SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi
kesulitan yang dihadapi.
– Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa
kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu.
– Contohnya orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam
keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring.
Sumber asal kaedah : Al-Quran
– Sebagaimana firman Allah :

‫َّللاُ ِب ُك ُم ْاليُ ْس َر َو ََل يُ ِريدُ ِب ُك ُم ْالعُ ْس َر‬


‫يُ ِريدُ ه‬
Terjemahan : Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan , dan ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran .
Surah Al-Baqarah: 185
‫ت ِم َن‬ ٍ ‫اس َوبَ ِينَا‬ ِ ِ‫ه‬ ‫ن‬ ‫ل‬‫ل‬ ‫ًى‬ ‫د‬ ُ
‫ه‬ ُ
‫آن‬ ‫ر‬ ُ ْ
ْ ِ ِ ِ ‫يأ‬
‫ق‬‫ال‬ ‫ه‬ ‫ي‬ ‫ف‬ ‫ل‬ َ ‫نز‬ ُ ‫ه‬
َ ‫ان ال‬
‫ذ‬
ِ َ ‫ض‬
َ ‫ش ْه ُر َر َم‬ َ
ً ‫ان َم ِريضا‬ َ ‫ص ْمهُ َو َمن َك‬ ‫ي‬
ُ َ َ ْْ
‫ل‬ َ ‫ف‬ ‫ر‬ ‫ه‬ ‫ه‬
‫ش‬ ‫ال‬ ‫م‬
ُ ُ
‫ك‬ ‫ن‬ ‫م‬
ِ َ ‫د‬ ‫ه‬
ِ ‫ش‬
َ ‫ن‬ ‫م‬ َ
َ ِ‫ف‬ ‫ان‬َ ‫ق‬‫ر‬ْ ُ ‫ف‬ ْ
‫ال‬ ‫و‬
َ ‫ى‬ َ ‫د‬ ‫ه‬
ُ ْ
‫ال‬
‫سفَ ٍر فَ ِعدهة ٌ ِم ْن أَيه ٍام أُخ ََر يُ ِريدُ َّللاُ ِب ُك ُم ْاليُ ْس َر َوَلَ يُ ِريدُ ِب ُك ُم‬ َ ‫ى‬ َ ‫ل‬ ‫ع‬
َ ‫و‬ ْ َ ‫أ‬
‫علَى َما َهدَا ُك ْم َولَعَله ُك ْم‬ َ َ‫ْالعُ ْس َر َو ِلت ُ ْك ِملُواْ ْال ِعدهة َ َو ِلت ُ َك ِب ُرواْ َّللا‬
َ ‫ْش ُك ُر‬danَ ‫ ت‬menjadi keterangan-keterangan yang
‫ون‬
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-
Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh
itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya),
maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka
(bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu
cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Sumber asal kaedah: Hadis

– Hadis daripada Anas Bin Malik :

‫يَ ِس ُروا َوَلَ تُعَ ِس ُروا‬


Maksudnya: Permudahkanlah dan janganlah menyukarkan
(HR. Bukhari)
Tujuan Masyaqqah
 Maksud tujuan al-Masyaqqah )‫ (المشقة‬- Kesukaran dan kesusahan

– Kesusahan yang terkeluar daripada garisan kesusahan biasa


Contoh: orang sakit boleh meninggalkan puasa, kerana dengan berpuasa tentu membawa
kemudaratan kepada badan dan jiwanya.

– Masyaqqah/ kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebab untuk mendapat
keringanan/ rukhsah (kesusahan yang tidak membawa kemudaratan)
Contoh: Berpuasa pada musim panas tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau
mengambil rukhsah.
Sebab-sebab Rukhsah
– Musafir yang diharuskan )‫ع‬ ُ ‫سفَ َر ال َم‬
ُ ‫شرو‬ َّ ‫( ال‬. Orang bermusafir boleh mengambil rukhsah. Antaranya
ialah:
i. Qasar sembahyang
ii. Menyapu khuf lebih daripada sehari semalam
iii. Berbuka puasa
iv. Jama’/ himpunkan antara dua sembahyang

– Sakit )‫رض‬
ُ ‫(ال َم‬. Keadaan sakit dan orang yang berpenyakit menjadi sebab hukum rukhsah serta banyak
sekali bentuknya.
i. Orang yang penyakit tertentu dibolehkan bertayammum. Iaitu sekiranya menggunakan air
memudaratkan. Atas nasihat doktor.
ii. Disebabkan sakit sesorang itu diharuskan meninggalkan sembahyang jumaat.
Sebab-sebab Rukhsah
– Terpaksa atau dipaksa )‫كر ُه‬
َ ‫اإل‬
ِ ( . Orang yang diugut/ dipaksa dengan kekerasan dan kejam serta ia tidak
mampu melawan dan tidak mampu membantah. Contohnya:
i. Mengancam nyawa dan harta bendanya.
ii. Orang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian, tetapi hatinya mesti tetap beriman.

– Lupa )‫ (النَّسيَان‬. Keadaan lupa atau seseorang yang melakukan sesuatu secara terlupa diberi keringanan
dan kemaafan terhadap apa yang dilakukaknnya. Contohnya:
i. Seseorang yang makan secara terlupa ketika berpuasa tidak batal puasanya.

– Kejahilan )‫ (ال َجه ُل‬. Keadaan jahil dan kejahilan dikira sebagai salah satu keuzuran yang membawa
keringanan. Contohnya: Seseorang yang bercakap ketika solat kerana ia bodoh.
– Kesukaran serta ‘Umum al-Balwa )‫ – ) العسر وعموم البلوى‬perkara kesukaran umum yang tidak
dapat dihindarkan – terdesak dalam kesulitan – perkara yang tidak dapat dielakkan
.Contohnya:
i. Orang yang berpenyakit seperti keluar kencing atau istihadhah, dimaafkan sembahyang
dalam keadaan tersebut.
ii. Tidak wajib menggantikan sembahyang bagi wanita yang berhaid, kerana ia berlaku secara
berulang-ulang.

– Kekurangan )‫(النقص‬. Contohnya:


i. Taklif syarak atau tanggungjawab terhadap kaum wanita lebih ringan berbanding kaum
lelaki
ii. Kanak-kanak tidak dibebankan dengan taklif
Jenis-jenis keringanan syarak
– ‫( تخفيف إسقاط‬keringanan dengan menggugurkan kewajipan) – Cnth: Solat Jumaat
– ‫ ( تخفيف تنقيص‬Keringanan dengan mengurangkan bebanan) – Cnth: Qasar Solat Zohor atau Asar
menjadi 2

– ‫ ( تخفيف أبدال‬Keringanan dengan gantian) – Cnth:Tukar puasa orang tua yg uzur dengan membayar
fidyah

– ‫( تخفيف تقديم‬Keringanan dengan mendahulukan)- Cnth: solat Jama’ taqdim


– ‫ ( تخفيف تأخير‬Keringanan dengan mengakhirkan)- Cnth: Solat Jama’ Takhir
– ‫( تخفيف ترخيص‬Keringanan mendapat rukhsah)- Harus makan bangkai kerana terdesak.
– ‫( تخفيف تغيير‬Keringanan mengubah) – Menukar kedudukan & cara mendirikan solat ketika takut dan
menghadapi musuh.
Bahagian Rukhsah
 Rukhsah Wajib – Cnth: Makan bangkai untuk elakkan kebuluran yang menyebabkan
kematian
 Ruksah Sunat- Cnth: Jama’ dan Qasar
 Rukhsah Harus – Cnth: Muamalah jual salam ( tempahan)
 Rukhsah yang lebih utama meninggalkannya/ sepatutnya tidak dilakukan – Cnth:
membatalkan puasa bagi orang bermusafir yang tidak mengalami kesukaran
 Rukhsah Makruh- Cnth: Qasar solat bagi mereka yang musafir kurang daripada 3
marhalah.
Kaedah
Pecahan
َ ‫األمر ِإت ه‬
‫س َع‬ ُ َ ‫ض‬
‫اق‬ َ ‫ ِإذَا‬.1
– Maksudnya: Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.
– Contoh :
1. Apabila seseorang wanita kehilangan walinya ketika dalam bermusafir, lalu ia
menyerahkan wali untuk urusan dalam musafirnya itu kepada seseorang lelaki. Konteks
tersebut harus hukumnya.
2. Berkaitan dengan bekas yang diperbuat daripada tanah liat yang mana bahan bakarnya
adalah daripada benda-benda najis. Harus berwudhuk dengan bekas tersebut.
3. Lalat yang hinggap di atas najis, kemudian hinggap pula pada pakaian seseorang.
Sekiranya ketika ia terbang sebelum hinggap pada pakaian itu kakinya menjadi kering, ia
jelas tidak menyebabkan pakaian itu tidak menjadi najis. Namun jika sebaliknya, Imam Al-
Syafii menyatakan kaedah tersebut .
َ ‫األمر‬
‫ضاق‬ ُ َ ‫ ِإذَ إت ه‬.2
‫س َع‬
– Maksudnya: Apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukum menjadi sempit

– Contoh:
1. Melakukan gerakan yang sedikit ketika sedang mendirikan solat diharuskan.
Namun begitu tidak boleh melakukan gerakan yang besar dan berulang-ulang
seandainyatidak ada desakan atau keperluan berbuat begitu.
2. Seseorang yang dalam keadaan lapang seharusnya melakukan solat di awal
waktu serta dengan menepati segala rukun dan syaratnya dengan sempurna.
‫ورات‬
َ ُ
‫ظ‬ ‫المح‬ ‫ح‬
ُ ‫ي‬ ‫ب‬ ُ
ِ ‫ورات ت‬ ‫ ال ه‬.3
َ ‫ض ُر‬
– Maksudnya: Kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan.
– Contoh:
1. Harus memakan bangkai atau benda haram ketika sangat lapar untuk meyelamat jiwa
daripada mati kebuluran
2. Diharuskan menggali semula mayat yang ditanam kerana belum dimandikan atau
untuk membetulkan arah kiblatnya. Jika diketahui kedudukan kedudukan sebelumnya
tidak mengikut arah kiblat atau belum dimandikan.
3. Harus mengambil harta benda orang yang berhutang yang enggan membayar hutang
‫ات تُقَده ُر ِبقَدَ ِر َها‬
ُ ‫ور‬ ‫ ال ه‬.4
َ ‫ض ُر‬
– Maksudnya: Keadaan darurat ditentukan menurut kadarnya.
– Contoh:
1. Doktor diharuskan melihat aurat pesakit lelaki dan wanita untuk merawat, namun pada
anggota atau bahagian sakit sahaja, tidak lebih daripada itu.
2. Orang gila atau sakit jiwa dan terpaksa dikhwinkan atas nasihat doktor dan orang yang
berpengalaman tentang penyakit tersebut agar penyakitnya sembuh, seharusnya
dikahwinkan dengan seorang isteri sahaja. Kerana seorang isteri sudah memadai untuk
memenuhi darurat tersebut.
َ َ‫ذر ب‬
‫ط َل ِبزَ َو ِل ِه‬ ٍ ُ‫ َما َجازَ ِلع‬.5

– Maksudnya: Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab hilangnya
uzur tersebut.
– Contoh:
1. Tayammum menjadi batal dengan sebab didapati atau ada air sebelum
mendirikan sembahyang.
2. Ketika menjelang Ramadhan seseorang jatuh sakit, ia harus berbuka kerana
keuzuran sakitnya itu. Namun setelah ia sembuh, wajib berpuasa.
‫عا همة َكانَت‬ ‫ة‬
َ َ ‫ور‬‫ر‬ُ ‫ض‬
‫ه‬ ‫ال‬ َ ‫ة‬َ ‫ل‬‫نز‬ ‫م‬ ُ
‫ل‬ َ ُ
ِ َ ِ ‫ ال َحا َجة‬.6
‫نز‬ ‫ت‬
ً ‫صة‬
‫أو خَا ه‬
– Maksudnya: Keperluan atau hajat diletakkan pada kedudukan darurat, samaada
umum atau khusus.
– Contoh:
1. Keperluan yang bersifat umum. Antaranya diharuskan sewaan, upahan, jual
salam dan pindahan hutang atau hiwalah. Biarpun itu semua menyalahi al-qiyas,
namun diharuskan disebabkan ada keperluan yang meluas dan keperluan itu
apabila ia bersifat umum, hukumnya akan berlaku seperti ketika keadaan
darurat.
2. Sesorang lelaki diharuskan memakai pakaian sutera disebabkan ada penyakit
kulit dan lainnya, namun dalam keadaan biasa diharamkan.
‫َير‬ ِ ُ‫رار َلَي‬
ِ ‫بط ُل َح هق الغ‬ ُ ‫ضط‬ ِ :7
ِ ‫اإل‬
– Maksudnya: Keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain.

– Contoh:
1. Sekiranya tempoh sewaan tanah pertanian telah tamat, namun tanamannya masih belum
dituai disebabkan belum masak. Sewaan dikira berterusan sampai ia dapat dituai, dengan
kadar tambahan sewaan sepatutnya. Hal itu kerana desakan dan tekanan penyewa untuk
mengekalkan tanamannya hingga masak dan dapat dituai tetap tidak membatalkan hak milik
tuan tanah.
2. Apabila tempoh sewa atau upah menyusu bayi daripada ibu susu telah tamat, sedangkan
bayi tersebut telah dapat menyesuaikan dirinya dengan susunya. Selain itu, bayi tersebut
masih belum dapat makan atau menerima makanan lain. Ibu susu itu boleh dipaksa supaya
terus menyusui bayi tersebut, demi menjaga kepentingan bayi. Ibu susu tersebut hendaklah
dibayar upah dengan kadar yang setimpal.
‫اج َحة‬ ‫ ال ُحك ُم يَتبَ ُع ال َمصلَ َحةَ ه‬.8
ِ ‫الر‬

– Maksudnya: Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.


– Contoh:
1. Keizinan berjihad dan memerangi musuh. Pada zahirnya menyebabkan
kematian dan kerosakan, namun natijahnya adalah amat baik dan jelas.
Iaitu mempertahankan diri, agama dan menyebarkan agama Islam. Hasil
jihad, Islam tersebar ke pelusuk dunia.
2. Haramnya minum arak dan berjudi.
‫ُور م َع ِعلهتِ ِه‬
ُ ‫ ال ُحك ُم يَد‬.9

– Maksudnya: Hukum itu berkisar bersama illahnya atau sebabnya.


– Contoh:
1. Diharamkan arak disebabkan illahnya yang memabukkan. Apabila
illahnya hilang atau tidak ada lagi, waktu itu ia tidak diharamkan.
Contohnya: arak tersebut bertukar menjadi cuka.
2. Jus anggur atau nira itu apabila ia bertukar menjadi arak hilanglah
kesuciannya.
‫نزلَةَ المعدُوم‬
ِ ‫ يُن َِز ُل المج ُهول َم‬.10

– Maksudnya: Kedudukan perkara yang tidak diketahui itu sama dengan kedudukan apa yang
tidak ada.
– Contoh:
1. Barang temuan atau harta yang ditemui tercicir selepas tempoh haul atau masanya, ia menjadi
milik orang lain yang menemuinya atas dasar asalnya tidak diketahui pemilik. Apa-apa yang
tidak dimiliki daripada barangan temuan pula, hendaklah disedekahkan bagi pihak pemilik,
menurut pandangan yang tepat.
2. Seseorang yang menemui barang tercicir, apabila pemiliknya datang dan mendakwa, ia
hendaklah menyerahkannya. Seandainya tidak ada pemilik, ia adalah daripada harta Allah yang
dikurniakan kepada orang yang ia kehendaki.

Anda mungkin juga menyukai