Anda di halaman 1dari 26

TEKS PENGACARA

PERTANDINGAN TEATER KEMERDEKAAN


PERINGKAT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI
NEGERI KEDAH 2018
(12 SEPTEMBER 2018)
MASA CUE PENGUMUMAN CATATAN
8.30 TAKLIMAT AWAL Assalamulaikum warahmatullah dan salam sejahtera.
mala (NABILA) Mohon perhatian tuan-tuan dan puan-puan yang
m budiman. Sebelum majlis dimulakan, suka saya
memaklumkan beberapa perkara penting.

1. Tuan/puan tidak digalakkan keluar masuk dewan


terlalu kerap bagi mengelakkan gangguan terhadap
persembahan.
2. Sila matikan atau letakkan telefon bimbit anda dalam
status mode senyap semasa persembahan sedang
berjalan.
3. Mohon bangun semasa pengumuman ketibaan VIP
4. Terus berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku dan
Lagu Negeri Kedah
5. Mengawal pergerakan anak-anak kecil serta tidak
membuat bising bagi mengelakkan gangguan
persembahan.
6. Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai. Terima kasih.
8.30 KETIBAAN VIP Mengumumkan Ketibaan
PAGI (SHARRAN) Yang Berhormat Tuan Mohd Asmirul Anuar bin Aris,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah Darul Aman
Diiringi Yang Berusaha Puan Hajah Nor Azian binti Mohd
Darus, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
kampus Darulaman dan,
En. Muhamad Rafiq bin Abdul Rahman,
Penolong Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

9.05 LAGU NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN NEGERI KEDAH


(SHARRAN) Para hadirin dipersilakan duduk

9.08 ALUAN MC INDAH BERBALAM DI AWAN PETANG


(SHARRAN) BERARAK MEGAH DI TANJUNG BIDARA
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

BISMILLAH…/ SALAM SEJAHTERA


ALHAMADULILLAH
1. Yang Berhormat,
Tuan Mohd Asmirul Anuar bin Aris
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan,
Pelancongan, Kebudayaan dan Pembangunan
Usahawan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Seri
Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman.

2. Yang Berusaha,
Pn. Hajah Nor Azian binti Mohd. Darus,

Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman;

3. Yang Berusaha
En. Muhamad Rafiq bin Abdul Rahman
Penolong Perancang Bahasa,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Mewakili Yang Berbahagia Dato’ Ketua
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

4. Yang Berusaha
En. Abdul Wahab bin Hamzah
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah
Utara
Merangkap Ketua Hakim Pertandingan Teater
Kemerdekaan IPT Negeri Kedah pada malam ini.
5. Barisan panel Hakim Pertandingan
6. Dif-dif jemputan
7. Wakil Rektor UITM Kedah
8. Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu,
9. Wakil-wakil Pengarah :

Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,


Jitra
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,Kulim
Institut latihan Perindustrian(ILP), Jitra
10. Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit,
11. Para Pensyarah,
12. Para pelajar yang dikasihi sekalian
13.Seterusnya, tuan-tuan dan puan-puan para
hadirin yang dimuliakan,
Saya bagi pihak penganjur, mengalu-alukan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman dan
mengucapkan SELAMAT DATANG KE
PERTANDINGAN TEATER KEMERDEKAAN
PERINGKAT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI
NEGERI KEDAH 2018.

9.11 BACAAN DOA TEPI BERANGAN RUMPUNAN BULUH


(NABILA) BULUH MERIMBUN SUBUR TERAMAT
DIANGKAT TANGAN JEMARI SEPULUH
DOA DIPOHON MENDAPAT BERKAT.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Bagi


menambah keberkatan Allah swt dalam program pada
malam ini, majlis berbesar hati menjemput
Saudara…………………………………………………. Untuk
mempimpin bacaan doa. Dipersilakan
BACAAN DOA
Amin, amin ya robbal alamin
Terima kasih saudara……………………………………………….. atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Semoga Allah memakbulkan doa kita bersama sebentar


tadi.

9.15 UCAPAN YANG Terbang di awan burung jentayu,


BERHORMAT Kerana penat gugur ke bumi;
TUAN MOHAMAD Tampillah Yang Berhormat kami merayu,
ASMIRUL BIN Bersama amanat bekalan kami
(NABILA)
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berhormat Tuan Muhamad Asmirul Anuar bin Aris ,
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan
Pembangunan Usahawan Negeri Kedah Darul Aman,
mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar
Negeri Kedah Darul Aman untuk menyampaikan ucapan
dan amanat. Dipersilakan.
UCAPAN YB MUHAMAD ASMIRUL ANUAR BIN ARIS

Demikianlah tadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


ucapan dan amanat oleh Yang Amat Berhormat dato’ Seri
Menteri Negeri Kedah yang telah disampaikan oleh Yang
Berhormat Tuan Mohamad Asmirul Anuar bin Aris. Terima
kasih YB.
9.25 PERTANDINGAN HUJAN GERIMIS DI KUALA KEDAH
TEATER NELAYAN PULANG KE PINTU KUALA;
(SHARRAN) BERDOA SUDAH, AMANAT PUN SUDAH
TANDA PERTANDINGAN AKAN BERMULA

Baiklah para hadirin sekalian,


sebelum pertandingan bermula, suka saya memaklumkan
bahawa masa persembahan bagi setiap pasukan ialah 10
minit sahaja. Selepas 9 minit pertama, loceng akan
dibunyikan menandakan setiap pasukan mempunyai 1
minit baki persembahan. Setiap pasukan diberikan masa 4
minit untuk menyusun peralatan pentas dan 3 minit untuk
mengemaskan kembali peralatan pasukan di atas pentas.

Untuk makluman para hadirin sekalian, pertandingan ini


akan dihakimi oleh 3 orang panel hakim professional yang
terdiri daripada:

1. En. Abdul Wahab bin Hamzah,


Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara
yang bertindak sebagai Ketua Hakim. Beliau
merupakan ilmuan dalam bidang teater di Malaysia.

2. En. Yaakob bin Abd Aziz


Mantan Guru dan seorang aktivitis teater paling
berwibawa di negeri Perlis dan utara tanah air. Beliau
merupakan pelakon drama TV dan filem. Sekarang
masih bergiat aktif dalam lakonan filem dan drama di
utara tanah air.

3. En. Noreddy bin Norbain


Artis Budaya, Jabatan kebudayaan dan kesenian
Negara, Pulau Pinang.
Beliau merupakan seorang jurulatih teater Program
Seni Budaya Negara dan salah seorang ahli panel
penilai kelayakan Festival Teater Kebangsaan.

9.30 PESERTA 1 Baiklah tuan-tuan dan puan-puan,


(NABILA) Tanpa melangahkan masa lagi, sekarang kita persilakan
kumpulan pertama yang akan mempersembahkan sebuah
teater yang bertajuk:…………………………………………………….
Silakan.

PERSEMBAHAN KUMPULAN 1:
Demikianlah tadi persembahan oleh kumpulan Teater :
…………………………………………………………………..dari ……………
………………………………………………………….
Untuk makluman hadirin sekalian, teater tadi dibawah
arahan :…………………………………………………
Berikan tepukan gemuruh sekali lagi.
9.40 PERSEMBAHAN Sidang hadirin, sementara menunggu persembahan oleh
SELINGAN 1 kumpulan yang kedua, marilah sama-sama kita
(SHARRAN) menghayati bait-bait puisi yang akan dideklamasikan
oleh :…………………………………………………………….

DEKLAMASI SAJAK
Terima kasih ………………………………………………………. Atas
persembahan sajak sebentar tadi.

9.45 PESERTA 2 Sidang hadirin yang dimuliakan, kini tibalah pula


(NABILA) persembahan teater yang kedua. Marilah kita saksikan
kisah yang akan dipaparkan melalui teater yang bertajuk:
…………………………………………
…………………………………………………………………………..
Silakan

PERSEMBAHAN KUMPULAN 2

Terima kasih kepada kumpulan ………………………..


…………………………………. Dari……………………………………………..
Berikan tepukan gemuruh kepada mereka.
Untuk makluman tuan-tuan,
Penulis skrip teater tadi ialah :………………………..
………………………………………………………………………...
Manakala Pengarahan oleh:…………………………..
……………………………………………………………………….

9.55 PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati sekalian, sementara menunggu ICT -minus
SELINGAN 2 persiapan oleh kumpulan seterusnya, marilah kita one
(SHARRAN) bersama-sama menikmati persembahan nyanyian oleh:
……………………………..
………………………………………………. Dengan lagunya..
………………………………. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN NYANYIAN

Terima kasih saudara ………………………………………..


………………………………………….. atas persembahan sebentar
tadi.
10.00 PESERTA 3 Baiklah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pertandingan
(NABILA) diteruskan lagi dengan persembahan teater daripada
kumpulan yang ketiga:…………………………………………………
yang akan membawa kisah yang bertajuk ..
………………………………………………………………. ………..
Saksikan kisahnya. Silakan.

PERSEMBAHAN KUMPULAN KETIGA

Demikian tadi persembahan teater di bawah arahan:


……………………………………. Dari…………………..

10.15 SELINGAN 3 Seperti biasa, sementara kita menunggu persiapan untuk


(SHARRAN) persembahan yang ke 4, marilah kita berhibur dahulu
dengan persembahan Instrumental biola oleh saudari
…………………… dan ……………………….. dengan
lagunya……………………….
Dipersilakan.
PERSEMBAHAN BIOLA DAN KEYBOARDIST
Berikan tepukan gemuruh kepada ………………… dan
…………………………….. atas persembahan sebentar tadi.

10.20 PESERTA 4 Rancak sungguh gendang dipalu


(NABILA) Kalau menari janganlah rapat;
Tiga kumpulan sudahpun berlalu,
Kini tibalah kumpulan yang keempat.

Hadirin sekalian,
kali ini kita tampilkan persembahan teater yang di bawah
arahan :………………………………………………..
Dipersilakan.
PERSEMBAHAN KUMPULAN KEEMPAT

Demikianlah tadi persembahan oleh kumpulan : ..


……………………………………………….. Dari :……………………………
Berikan tepukan gemuruh sekali lagi .
Terima kasih kepada kumpulan:……………………

10.25 PERSEMBAHAN Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


SELINGAN 4 Kita teruskan agenda pada malam ini dengan
(SHARRAN) persembahan selingan yang ke empat. Kali ini kita
tampilkan saudara :………………………………….. untuk
mendeklamasikan sebuah sajak yang berjudul :..
…………………………………………………………. Hasil nukilan:
……………………………………………… dipersilakan.

PERSEMBAHAN SAJAK

Terima kasih saudara :…………………………………… atas


persembahan sajak sebentar tadi. Semoga para penonton
sekalian dapat menghayati bait-bait sajak itu tadi.

10.30 PESERTA KELIMA Hadirin sekalian,


(NABILA) Empat kumpulan sudah pun membuat persembahan
mereka. Kini tinggal satu lagi kumpulan yang akan
membuat persembahan. Persembahan terakhir ini kita
tampilkan kumpulan :…………………………………………….
daripada:………………………………….
Dengan tajuknya :………………………………………………
Dipersilakan..

PERSEMBAHAN KUMPULAN KELIMA (TERAKHIR)

Para penonton sekalian, demikianlah tadi persembahan


terakhir sebuah teater di bawah arahan :
…………………………….. dengan skripnya ditulis oleh :
……………………………………………………….
Tepukan gemuruh kepada kumpulan:……………….
………………………….. daripada:……………………………..
1040 PERSEMBAHAN Tuan-tuan dan puan-puan para hadiri sekalian. Kelima-
SELINGAN 6 lima kumpulan telah selesai mempertaruhkan
(SHARRAN) persembahan mereka untuk dinilai sepenuhnya oleh panel
hakim pada malam ini.
Suka saya maklumkan bahawa hadiah-hadiah kepada
pemenang TEATER KEMERDEKAAN sempenan SAMBUTAN
BULAN KEBANGSAAN ini dibahagikan kepada 4 kategori,
iaitu persembahan keseluruhan, pelakon terbaik, pelakon
pembantu terbaik dan pengarah terbaik.
Apa pun keputusannya, ia adalah tertakluk kepada
penilaian panel hakim yang arif lagi bijaksana. Sementara
kita menunggu keputusannya, biarlah panel hakim
bersidang terlebih dahulu untuk memberikan keputusan
yang muktamad.

(NABILA) Para penonton sekalian ,


Sementara kita menunggu keputusan panel hakim,
marilah kita sama-sama berhibur dahulu dengan
persembahan nyanyian oleh :……………………. Dengan
lagunya :………………………………………….. , diikuti
persembahan deklamasi sajak oleh: ………………
……………………………………. ……………..Dan tarian oleh ahli
kelab seni budaya IPG Kampus darulaman.
dipersilakan.

PERSEMBAHAN SELINGAN
 NYANYIAN
 SAJAK
 TARIAN
Terima kasih kepada ahli-ahli kelab Seni Budaya IPG
kampus Darulaman atas persembahan sebentar tadi.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, persembahan


nyanyian tadi telah disampaikan oleh saudara:
………………………… dan deklamasi sajak oleh :
…………………………………………………….. di bawah kelolaan
saudara Azrai Abdul Aziz, dan jabatan Kajian Sosial,
manakala persembahan tarian Joget Malaysia dibawah
bimbingan Puan Fatahiyah Mohd Ishak.
Terima kasih sekali lagi.

10.50 PENYAMPAIAN
HADIAH
(SHARRAN) Hadirin sekalian,
Nampaknya debaran kita kian terasa untuk mengetahui
pemenang pada malam ini.
Keputusan hakim sudah berada di tangan saya.

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah,


majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Puan Hajah Nor Azian Mohd Darus, Timbalan
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dan
Yang Berusaha En. Muhamad Rafiq Abdul Rahman untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Tuan Mohd
Asmirul Anuar bin Aris Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Kedah Darul Aman untuk bersama-sama tampil ke
atas pentas bagi menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

(NABILA) Sebagai tanda penghargaan kepada barisan panel hakim,


majlis dengan segala hormatnya mempersilakan untuk
menerima cenderahati dan sijil penghargaan :

1. En. Abdul Wahab bin Hamzah,


Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah utara
selaku Ketua hakim,
Dijemput
2. Encik Yaakob bin Abd Aziz dan
3. Encik Noreddy bin Norbain….
Seterusnya, sebagai tanda penghargaan kepada pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka selaku penaja pertandingan
pada malam ini, majlis dengan hormatnya mempersilakan
En Muhamad Rafiq bin Abd. Rahman mewakili YBhg Dato’
Ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
menerima cenderahati. Dipersilakan

(SHARRAN) Seterusnya dipersilakan ketua-ketua kumpulan untuk


menerima sijil-sijil penyertaan.
Dipersilakan
Ketua Kumpulan…………………………………………….
Dari……………………………………….
Ketua Kumpulan……………………………….. dari ………
……………………………………..
Ketua Kumpulan ………………………………. Dari ……..
…………………………………………………………..
Ketua Kumpulan ……………………………… dari …..
……………………………………………………… dan
Ketua Kumpulan ……………………………….. dari ……..
……………………………………………………………………….
PELAKON Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
PEMBANTU Pada malam ini, pihak hakim sebulat suara telah memilih
TERBAIK Pelakon Pembantu Terbaik adalah
(NABILA) pemegang watak :……………………………………………
daripada kumpulan……………………………………….
………………………………………………… dipersilakan…

PELAKON Seterusnya adalah anugerah Pelakon Lelaki Terbaik……


TERBAIK dimenangi oleh Pemegang watak ….
(SHARRAN) ……………………. Daripada kisah ……………………….
Dipersilakan kumpulan:………………………………… daripada :
…………………………………………………

PENGARAH Anugerah Pengarah Terbaik,


TERBAIK Panel hakim telah bersetuju bahawa Pengarah Terbaik
(NABILA) Pementasan pada malam ini diangerahkan kepada
pengarah teater berjudul ………………………………………… dari
kumpulan ……….
………………………………………… dipersilakan.
TEMPAT KETIGA Berikut ini adalah anugerah untuk persembahan
(SHARRAN) keseluruhan. Panel hakim telah memutuskan
Tempat ketiga disandang oleh kumpulan ………..
……………………………………………. Daripada…………..
…………………………………………
Dipersilakan

NAIB JOHAN Naib Johan …………… Jatuh kepada kumpulan……


(NABILA) …………………………………………………….. daripada….
…………………………………… dipersilakan.
JOHAN Para penonton sekalian ……. Muzik…
(SHARRAN) Johan Pementasan Teater Kemerdekaan Peringkat Institut kuat…
Pengajian Tinggi Negeri kedah , sempena Sambutan Bulan
Kebangsaan bagi tahun 2018…… Dinobatkan kepada
kumpulan yang mementaskan teater bertajuk ………………….
Daripada kumpulan…………………………………………
…………………………………………………………………………
Dipersilakan……

(SHARRAN) Tahniah kepada pemenang-pemenang….. kepada yang


gagal,bukan bererti gagal selamanya….. InsyaAllah Tahun
hadapan kita cuba lagi.
(NABILA) Mohon Yang Berhormat terus kekal berada di atas pentas
untuk kita sama-sama menyanyikan lagu tema Sambutan
Bulan Kebangsaan .
Dipersilakan juga semua peserta naik ke pentas untuk
sama-sama kita nyanyi lagu “Sayangi Malaysiku”.
11.00 LAGU SAYANGI MALAYSIKU
(SHARRAN) Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Yang berhormat Tuan
Muhamad Asmirul Abuar bin Aris, Ahli Majlis mesyuarat
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman kerana sudi
menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Terima kasih juga kepada pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka atas sumbangan untuk menjayakan pertandingan
Teater kemerdekaan IPT negeri Kedah sempena sambutan
Bulan kebangsaan 2018.
Dan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak
yang turut membantu sama ada secara langsung mahu
pun tidak langsung dalam menjayakan pertandingan pada
malam ini.
(NABILA)
Akhir kata, saya Sharran dan Nabila… kami memohon
ampun dan maaf atas segala kekhilafan sepanjang
mengendalikan pertandingan pada malam ini
(NABILA)
Sekian, selamat malam,
Jumpa lagi

11.05 (SHARRAN) Mengumumkan Yang berhormat Tuan Muhamad Asmirul Lagu


Anuar bin Aris meninggalkan dewan aladung

Anda mungkin juga menyukai