Anda di halaman 1dari 7

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

MSS DAERAH KULIM BANDAR BAHARU


KALI KE – 18, 2019

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Peraturan-
peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan Pertandingan Merentas Desa
Majlis Sukan Sekolah Daerah Kulim Bandar Baharu.

2. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 26 Januari 2019 ( Sabtu )


Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Lubok Buntar

3. JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan secara individu dan berpasukan:

4. KATEGORI DAN JARAK LARIAN

Kategori Peringkat Umur Jarak


A Lelaki bawah 18 tahun 8 km
B Perempuan bawah 18 tahun 6 km
C Lelaki bawah 15 tahun 6 km
D Perempuan bawah 15 tahun 6 km
E Lelaki bawah 12 tahun 4 km
F Perempuan bawah 12 tahun 4 km

5. PENDAFTARAN PESERTA

5.1 Setiap sekolah dikehendaki mendaftar satu pasukan sahaja bagi setiap kategori.

5.2 Setiap sekolah menengah hanya dibenarkan mendaftar tidak melebihi enam ( 6 ) orang peserta bagi
setiap kategori.

5.3 Setiap sekolah rendah hanya dibenarkan mendaftar tidak melebihi tiga ( 3 ) orang peserta bagi
setiap kategori.

5.4 Pendaftaran peserta hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Rasmi yang disediakan dan
disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan sekolah masing-masing. ( Sila muat turun dari emel
yang dikirim ke sekolah masing-masing ).

5.5 Setiap penyertaan akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 10 seorang.

5.6 Setiap sekolah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap peserta yang didaftarkan sihat
dan berkemampuan untuk menyertai pertandingan ini.

5.7 Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat emel berikut :

merentasdesa.kbb@gmail.com

1
atau

Jawatankuasa Pertandingan
Merentas Desa MSSDKBB 2019,
d/a SMK Lubok Buntar

5.8 Tarikh tutup penyertaan ialah pada jam 5 petang, 22 Januari 2019.

5.9 Salinan kad pengenalan / sijil lahir yang disahkan hendaklah diserahkan kepada JK Pertandingan
semasa pendaftaran hari pertandingan.

6. KELAYAKAN PESERTA

6.1 Kelayakan Am.

6.1.1 Pelajar-pelajar adalah warganegara Malaysia.

6.1.2 Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM tidak layak menyertai
pertandingan ini.

7. HAD UMUR PESERTA

7.1 Had umur peserta-peserta bagi pertandingan MSSDKBB adalah seperti berikut:

7.1.1 18 tahun dan ke bawah ( Lahir pada tahun 2001 ,2002 dan 2003 )

7.1.2 15 tahun dan ke bawah ( Lahir pada tahun 2004, 2005 dan 2006)

7.1.3 12 tahun dan ke bawah ( Lahir pada tahun 2007 dan selepas )

7.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.

7.3 Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umurnya sahaja.

7.4 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan atau salinan sijil kelahiran yang
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan jika ada
bantahan.

8. PUNGUTAN MATA BAGI ACARA BERPASUKAN ( SEKOLAH MENENGAH SAHAJA )

8.1 Pencapaian terbaik LIMA (5) peserta bagi setiap kategori sekolah menengah yang menamatkan
larian akan menentukan pungutan mata pasukan..

8.2 Pasukan yang mendapat agregat terendah akan diisytiharkan sebagai pemenang.

8.3 Jika berlaku seri, kedudukan peserta tempat kelima akan diambil kira bagi menentukan pasukan
pemenang

2
9. PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN

9.1 Johan keseluruhan adalah berdasarkan kepada jumlah agregat terendah yang dikumpulkan
daripada keempat-empat kategori.

9.2 Sekiranya seri sekolah yang mendapat kedudukan pertama terbanyak akan dikira sebagai
pemenang.

9.3 Jika masih seri, tempat kedua dan seterusnya akan dikira bagi menentukan pemenang.

10. HADIAH

10.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang individu tempat pertama hingga ke lima belas bagi
setiap kategori yang dipertandingkan.

11. NOMBOR PESERTA


11.1 Setiap peserta hendaklah memakai sepasang nombor yang ditentukan oleh jawatankuasa
pengelola. Nombor mestilah dipakai di depan dan di belakang serta disematkan dengan pin pada
setiap penjuru kain.

11.2 Nombor peserta disediakan oleh pasukan masing-masing (berserta pin). Nombor peserta
bagi setiap sekolah adalah seperti berikut:

a) Sekolah Menengah

BIL SEKOLAH NOMBOR ABJAD


1 SMK St. Anne’s Convent 001-099 A
2 SMK Sultan Badlishah 100-199 B
3 SMK Chio Min 200-299 C
4 SMK St Patrick 300-399 D
5 SMK Padang Serai 400-499 E
6 SMK Tunku Panglima Besar 500-599 F
7 SMK Serdang 600-699 H
8 SMK Taman Hi Tech 700-799 HT
9 SMK Taman Jelutong 800-899 TJ
10 SMK Sultan Ahmad Tajudin 1000-1099 J
11 SMK Sungai Kob 1100-1199 G
12 SMK Lubuk Buntar 1200-1299 U
13 SM Vokasional 1300-1399 V
14 SMK Junjung 1400-1499 Y
15 SMK Keladi 1500-1599 T
16 SMK Taman Kenari 1600-1699 TK
17 SMK Taman Selasih 1700-1799 TS
18 SMK Jalan Paya Besar 1800-1899 PB
19 SMK Air Merah 1900-1999 AM
20 SMK Kulim 2000-2099 K
21 SMK Mahang 3000-3099 M
22 SMK Labu Besar 4000-4099 W
23 Mak. Ren. Sains MARA PDRM 5000-5099 S
24 SMK Lunas 6000-6099 L
25 SMK Sungai Karangan 7000-7099 P
26 SMK Dato’ Lela Pahlawan 8000-8099 R
27 SMK Selama 9000-9099 N
28 SMK Serdang Baru 2100- 2199 SB
29 SABK Islahiah 900-999 SA
30 SMK Taman Mutiara 2200 - 2299 TM
31 Maktab Mahmud Kulim 2300 - 2399 KL
32 Maktab Mahmud Bandar Baharu 2400 - 2499 BB
b)

3
b) Sekolah Rendah

BIL SEKOLAH NOMBOR ABJAD


1 SK. St. Anne’s Convent 0001 – 0040 A SAC
2 SK. Tunku Abdul Malik 0041 – 0080 A TAM
3 SK. Bukit Selarong 0081 – 0120 A BS
4 SK. Ladang Bukit Sedim 0121 – 0160 A LBS
5 SK. Ladang Dublin 0161 – 0200 A LD
6 SK. Guar Lobak 0201 – 0240 A GL
7 SK. Junjong 0241 – 0280 AJ
8 SK. Keladi 0281 – 0320 A KL
9 SK. Kulim 0321 – 0360 AK
10 SK. Sri Kulim 0361 – 0400 A SK
11 SK. Labu Besar 0401 – 0440 A LB
12 SK. Sri Limau 0441 – 0480 A SL
13 SK. Lunas Jaya 0481 – 0520 A LJ
14 SK. Merbau Pulas 0521 – 0560 A MP
15 SK. Mahang 0561 – 0600 AM
16 SK. Sungai Karangan 0601 – 0640 A SGK
17 SK. Permatang Tok Dik 0641 – 0680 A PTD
18 SK. Sungai Kob 0681 – 0720 A SKOB
19 SK. Sungai Seluang 0721 – 0760 A SSL
20 SK. Sungai Ular 0761 – 0800 A SU
21 SK. Seri Lindungan Raja 0801 – 0840 A SM
22 SK. Terap 0841 – 0880 AT
23 SK. Gunong Bongsu 0881 – 0920 A GB
24 SK. Pagar Museh 0921 – 0960 A PM
25 SK. Kulim Bandar 0961 – 1000 A KB
26 SK. Taman Selasih 1001 – 1040 A TS
27 SK. Permatang Tiong 1041 – 1080 A PT
28 SK. Taman Ria 1081 – 1120 A TR
29 SK. Jalan Paya Besar 1121 – 1160 A PB
30 SK. Permatang Pasir 1161 – 1200 A PP
31 SK. Jalan Selama 1201 – 1240 A JS
32 SK. Air Puteh 1241 – 1280 A AP
33 SK. Bandar Baharu 1281 – 1320 A BB
34 SK. Sungai Saleh 1321 – 1340 A SS
35 SK. Lubuk Buntar 1341 – 1380 A LB
36 SK. Permatang Kerat Telunjuk 1381 – 1420 A PKT
37 SK. Relau 1421 – 1460 AR
38 SK. Selama 1461 – 1500 AS
39 SK. Dato’ Haji Zainuddin 1501 – 1540 A DHZ
40 SK. Sungai Batu 1541 – 1580 A SB
41 SK. Sungai Kechil Ilir 1581 – 1620 A SKI
42 SK. Sungai Kechil Ulu 1621 – 1660 A SKU
43 SK. Sungai Taka 1661 – 1700 A ST
44 SK. Sungai Tengas 1701 – 1740 A STS
45 SK. Taman Kenari 1741 – 1780 A TK
46 SK. Air Merah 1781 – 1820 A AM
47 SK. Taman Hi-Tech 1821 – 1860 A TH
48 SK. Taman Jelutong 1861 – 1900 A TJ
49 SJKC Aik Chee 1901 – 1940 B AC
50 SJKC Chio Min A 1941 – 1980 B CMA
51 SJKC Chio Min B 1981 – 2020 B CMB
52 SJKC Chong Cheng 2021 – 2060 B CC
53 SJKC Hua Min 2061 – 2100 B HMSK
54 SJKC Hwa Min 2101 – 2140 B HML
55 SJKC Khai Min 2141 – 2180 B KM
56 SJKC Kong Min 2181 – 2220 B KMSK
57 SJKC Sin Min 2221 – 2260 B SM
58 SJKC Sin Teong 2261 – 2300 B ST

4
59 SJKC Shang Cheng 2301 – 2340 B SC
60 SJKC Kelang Lama 2341 – 2380 B KL
61 SJKC Cheong Chen 2381 – 2420 B CCBS
62 SJKC Kwang Hwa 2421 – 2460 B KH
63 SJKC Kwang Hwa Bandar Baharu 2461 – 2500 B KHBB
64 SJKC Poay Chai 2501 – 2540 B PC
65 SJKC Serdang 2541 – 2580 BS
66 SJKC Yeok Keong 2581 – 2620 B YK
67 SJKT Ladang Bukit Selarong 2621 – 2660 C LBSG
68 SJKT Ladang Henrietta 2661 – 2700 C LH
69 SJKT Ladang Padang Meiha 2701 – 2740 C LPM
70 SJKT Ladang Victoria 2741 – 2780 C LV
71 SJKT Ladang Wellesley 2781 – 2820 C LW
72 SJKT Ladang Anak Kulim 2821 – 2860 C LAK
73 SJKT Ladang Bagan Sena 2861 – 2900 C LBS
74 SJKT Ladang Bukit Mertajam 2901 – 2940 C LBM
75 SJKT Ladang Bukit Sedim 2941 – 2980 C LBSM
76 SJKT Kulim 2981 – 3020 CK
77 SJKT Ladang Sungai Ular 3021 – 3060 C LSU
78 SJKT Ladang Sungai Dingin 3061 – 3100 C LSD
79 SJKT Ladang Dublin Bahagian 5 3101 – 3140 C LD5
80 SJKT Ladang Dublin Bahagian 7 3141 – 3180 C LD7
81 SJKT Ladang Somne 3181 – 3220 C LS
82 SJKT Ladang Buntar 3221 – 3260 C LB
83 SJKT Ganesar 3261 – 3300 CG
84 SK Taman Mutiara 3301 – 3340 A TM
85 SABK Nurul Hidayah 3341 – 3380 A NH
86 SK Taman Mahsuri 3381 - 3420 A TMS
87 SJKT Jalan Paya Besar 3421 - 3260 C JPB

12. PAKAIAN

Peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan kemas ketika bertanding dan DIWAJIBKAN
berkasut semasa upacara penyampaian hadiah.

13. PEMBATALAN PESERTA

Peserta-peserta yang tidak lengkap tanda-tanda pengenalan dan pengesahan larian yang dinyatakan
semasa taklimat akan dibatalkan penyertaannya.

14. BANTAHAN

14.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mematuhi prosedur Peraturan 146 KOAM.

14.2 Bantahan tentang keputusan pertandingan hendaklah dilakukan tidak lewat dari lima belas (15)
minit selepas keputusan rasmi diumumkan.

14.3 Sebarang bantahan bertulis oleh pengurus pasukan yang bertanggungjawab kepada Juri Rayuan
mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 tunai (Ringgit Malaysia Dua
Ratus sahaja).

5
15. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

15.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik berhak memutuskan
sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia
(KOM), Peraturan-peraturan Am MSSM dan Peraturan Pertandingan Merentas Desa MSSDKBB.
Segala keputusan adalah muktamad.

15.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda
peribadi peserta dan pegawai atau kemalangan, kematian, kecatatan anggota, kehilangan
anggota badan atau sebarang kecederaan lain berlaku sebelum, semasa dan selepas
pertandingan ini.

15.3 Walau bagaimanapun, pihak pengelola tetap berusaha untuk mengambil langkah-langkah yang
perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin semasa
pertandingan ini dijalankan setakat mana yang munasabah.

Disediakan oleh;
PTPS Balapan dan Padang
Majlis Sukan Sekolah Daerah
Kulim Bandar Baharu

6
ATURCARA KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KULIM BANDAR BAHARU 2019

MASA PERISTIWA

8.30 pagi Semua peserta melapor diri / pendaftaran peserta

8.45 pagi Memanaskan badan

9.00 pagi Semua peserta berkumpul untuk Taklimat Larian oleh Pegawai Kejohanan
9.15 pagi Peserta bawah 12 tahun Lelaki dilepaskan

9.20 pagi Peserta bawah 12 tahun Perempuan dilepaskan


9.25 pagi Peserta bawah 15 tahun Lelaki dilepaskan

9.30 pagi Peserta bawah 15 tahun Perempuan dilepaskan

9.35 pagi Peserta bawah 18 tahun Perempuan dilepaskan

9.40 pagi Peserta bawah 18 tahun Lelaki dilepaskan


10.45 pagi Semua peserta dijangka telah menamatkan larian
11.45 pagi Keputusan dipamerkan untuk semakan

11.55 pagi Semua peserta berkumpul untuk majlis penyampaian hadiah


12.00 t/hari Upacara Penyampaian Hadiah dan Penutup

Anda mungkin juga menyukai