Anda di halaman 1dari 11

FORMAT PENULISAN PROPOSAL

KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)


1. Tajuk kajian
2. Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap.
3. Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian
5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian
6. Kumpulan Sasaran
7. Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan
8. Bahan-Bahan Yang Di Perlukan
9. Jadual Pelaksanaan Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN


FORMULA
PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS
Oleh:
Suhaili Binti Rahmat
SK Taman Perling,
Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,
81200 Johor Bahru, Johor

1.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi

pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang
lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu
menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab
2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan
lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah yang
perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.
Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi soalan
berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk
mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri mereka
soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid yang tahu tetapi
majoritinya tidak pasti.
Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih keliru.
Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan
semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4
Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu.
Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkahlangkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya
terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya
tidak difahami oleh mereka.
Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara yang
mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan pendaraban 2
digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak
mahu hafal sifir.
Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat dan lemah
dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang
senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan
kemerosotan markah mereka.

2.

FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit adalah

kerana :
(a) murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.
(b) Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.
(c)
Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas menghafal sifir,
keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa
langkah-langkahnya disebabkan tidak membuat latihan yang diberikan guru.
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa langkahlangkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana
soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan dalam
pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah Pistol dan Hammer on the
stairs. Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula
hasil darab 2 digit.

3.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
(i)

Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula pendaraban 2 digit bagi
murid tahap 2.

(ii)

Objektif khusus
Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul menggunakan bentuk
Pistol dan Hammer.
Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit.
Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.

4.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada :
3 orang pelajar India
1 orang pelajar Cina
6 orang pelajar Melayu

5.

PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah


Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti berikut:
(i)

Pemeriksaan buku sifir.

(ii)

Ujian Pra
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
(i) Pemeriksaan buku sifir

Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit. Antara soalan yang
diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada 30.
Contoh soalan yang diberikan ialah:
a.

2321 X 12

d.

5241 X 65

b. 1245 X 24

e.

3282 X 97

c.

1437 X 38
Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut :
Peratus markah murid dalam soalan sifir

(ii) Ujian Pra

Markah

Bil murid

Peratus

Lulus (3-5 markah )

20

67%

Gagal (0-2 markah )

10

33%

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa mendapat 0-2 markah di
dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam
mengira hasil darab 2 digit.
Analisis daripada ujian Pra.
Bil soalan betul

Bil muird

6 ( 60%)

4 (40%)

Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:


(a)

penguasaan sifir yang kurang cekap.

(b)

Mendarab angka puluh dahulu contohnya 305 x 24 (mereka mendarab 2 dahulu)

(c)

Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan kedua


Contohnya :

365

Kesilapan ditemui

X 24
1460
730
2190
(d)

Pengumpulan semula nombor yang salah.

5.3 Tindakan yang dicadangkan


Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya untuk
memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik pistol dan hammer on the stairs untuk
mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:
(i)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer.

(ii)

Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor

dan menyesesaikannya)
5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan
(i)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer


Bahan : gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas
transparent yang berlainan warna.
Langkah 1
Setiap murid akan menggunakan 4 kertas transparent yang berlainan warna.
Murid akan membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
Murid melakar pistol dan hammer menggunakan 2 kertas transparent yang berlainan warna.
Kemudian gunting.

Langkah 2
Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

Langkah 3
Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan stairs dan answer box.
Lubangkan bahagian tengah kotak.

(ii)

Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan


menyelesaikannya).
Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan menembak dan memahat
pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkahlangkahnya ialah :
Langkah 1
Guru akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics sentences) untuk
diselesaikan oleh murid.
contoh:

342 x 12 = ?
Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.
Cara dan pengisian nombor :
Letakkan pistol di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak pistol .
Kemudian selesaikan jawapan.

Langkah 2
Seterusnya, letakkan bentuk hammer pada kertas yang sama, bertindan dengan pistol .
Mula mengisi nombor.
Selesaikan jawapan.

Nota:
Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama
telah diisi oleh bentuk pistol.

Langkah 3
Setelah jawapan pistol dan hammer dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk stairs
untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.
contoh :

jawapan pistol

= 684

jawapan hammer = 342

Langkah 4
Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).
Cari hasil tambah bagi jawapan pistol dan hammer.
Isikan di dalam kotak jawapan.

6.

Bahan yang digunakan


Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

Gunting,
pisau lipat ,
pembaris ,
magik pen / pensil
kertas A 4
transparent yang berlainan warna

7.

Jadual Pelaksanaan Kajian

Bi
l
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
Menulis proposal kajian
Merancang tindakan individu/kumpulan
Melaksanakan tindakan aktiviti 1
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
Melaksanakan tindakan aktiviti 2
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
Ujian untuk mengesan perubahan murid
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah.

Tempoh
Pelaksanaan
1 minggu
2 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
1 minggu
2 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
1 minggu

Anda mungkin juga menyukai