Anda di halaman 1dari 4

KURSUS KEPEMIMPINAN PELAJAR 2018

(Tingkahlaku Bertanggungjawab : Sikap, Peranan Dan Tanggungjawab)

ANJURAN

Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin & Badan Pengawas
SK Rompin 2018

1. PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Rompin merupakan salah sebuah sekolah yang


terletak di Daerah Jempol dan mempunyai murid seramai 377 orang. Bagi
membentuk sahsiah dan kepimpinan murid yang baik suatu Program harus
dirangka bagi melahirkan satu generasi pelapis yang mempunyai daya kepimpinan
yang baik . Untuk tujuan itu Program Kepimpinan Pelajar 2018 telah dirangka
khusus bagi memperbaiki sikap , kemahiran memimpin , tanggungjawab serta
sahsiah yang unggul. Program yang dirangka ini adalah bertujuan untuk
membentuk pemimpin yang berwibawa di masa akan datang.

2. RASIONAL

1. Sekolah Kebangsaan Rompin mempunyai Pengawas Sekolah, Pengawas


PSS, Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah yang dilantik
secara rasmi. Ianya bertujuan untuk membantu guru-guru
menguatkuasakan semua peraturan sekolah dan peraturan PSS, SPBT di
samping memupuk nilai kepimpinan di kalangan pelajar yang berbakat dan
berpotensi.

2. Sekolah Keebangsaan Rompin berharap dapat melahirkan para pemimpin


yang bepotensi di masa akan datang serta dapat menjadi pemimpin pelapis
pada masa kini dengan berbekalkan tenggungjawab serta pengalaman yang
diberikan.
3. MATLAMAT

1. Memantapkan lagi kecekapan diri dan rasa tanggungjawab di dalam diri


setiap peserta kursus semasa menjalankan tugas sebenar yang
diamanahkan kepada mereka.

2. Melengkapkan diri setiap peserta kursus dengan ilmu mengenai peranan


dan tanggungjawab agar mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan
penuh cemerlang dan penuh keyakinan.

4. OBJEKTIF

1. Membimbing para peserta kursus mengenali , mengetahui dan memahami


kekuatan dan kelemahan diri yang boleh di tambah baik serta di
pertingkatkan lagi.

2. Memupuk sikap positif dalam diri dan membentuk keyakinan yang jitu bagi
melahirkan pemimpin kecil yang berwibawa.

3. Memahami peranan dan tanggungjawab sebenar harus dilaksanakan di


sekolah secara lebih spesifik.

4. Menyuntik dan menjana semangat dan tenaga para peserta kursus agar
lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan
lebih mantap.

5. TARIKH

12 Mei 2018 (Sabtu)

6. MASA

8.00 pagi - 2.00 petang

7. TEMPAT

Dewan Sekolah Rompin.


8. POPULASI (KUMPULAN SASARAN)

32 orang Pengawas Sekolah dan 24 orang Pengawas PSS, 18 orang pengawas


SPBT dan 12 orang Ketua Darjah dan penolong Ketua Darjah

9. PERSONALIA

1. Guru-guru SK Rompin
2. 1 orang penceramah jemputan

10. INPUT

1. Ceramah
2. Bengkel dan Latihan Dalam Kumpulan

11. TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi Para peserta kursus berkumpul di Dewan SK Rompin

8.00 pagi Ucapan Pengerusi Majlis

Ceramah :

8.00 pagi “(Tingkahlaku Bertanggungjawab : Sikap , Peranan Dan Tanggungjawab)


Disampaikan oleh :
En. Kamaruzaman Bin Kassim , Kaunselor SK Triang.

10.30 pagi Ceramah tamat. Jamuan Ringan

11.30 tgh Bengkel / Permainan Kepimpinan dan Latihan Dalam Kumpulan

Majlis Penyampaian Sijil dan Perasmian Penutup


12.30 tgh oleh YDP PIBG SK Rompin

1.00 ptg Majlis bersurai.

12. KOS PERBELANJAAN


Harga Jumlah
BIL Perkara Kuantiti
(RM) (RM)
1 Makan & minum peserta 90 2.50 240
2 Jamuan Guru & Perasmi 20 3 60
3 Sijil 90 1 90
4 Cenderahati fasilitator 9 30 270
5 Cenderahati Perasmi 1 60 60
6 Cenderahati Penceramah 1 250 250
7 Fail & Alat Tulis 9 2 180
8 Runcit 100

Jumlah Keseluruhan RM 1250

13. HARAPAN

Diharapkan semoga Kursus Kepemimpinan Pelajar ini dapat membantu


para Pengawas Sekolah, Pengawas PSS bersikap lebih peka, memahami peranan
dan tanggungjawab mereka serta tugas yang harus dilaksanakan.

14. PENGHARGAAN

Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh ; Disemak oleh;

……………………………………. ……………………………………………..
(En. Shahibol Bin Mazlan) ( Hajah Halijah Binti Ab Manap )
Guru Penolong Kanan HEM Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Rompin Sekolah Kebangsaan Rompin

Anda mungkin juga menyukai