Anda di halaman 1dari 2

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Chembong, 71300 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mohd.

WalialAshikin bin Halim No. 31, Jalan TTJ S/G, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Seremban, NSDK. Tuan, TUNJUK SEBAB TIDAK DAPAT MENGHADIRI KURSUS ANJURAN JPNS

Tarikh : 16hb. Mei 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas ingin merujuk kepada surat yang bernombor rujukan JPNS.SPA.KUR 700-5/2 Jld.03 ( )bertarikh 13 Mei 2013 yang bertajuk Kursus Pemantapan Tatabahasa Untuk Sekolah Rendah Negeri Sembilan 2013 yang saya terima pada 15hb. Mei 2013. 2. Saya amat berbesar hati kerana nama saya tersenarai dan terpilih untuk mengikuti kursus tersebut selama 3 hari 2 malam di Hotel Naza Talyya, Melaka pada 19 21hb. Mei 2013. 3. Dengan Dukacitanya saya TIDAK dapat untuk menghadiri kursus tersebut kerana sebab-sebab seperti berikut; i. Tiada orang untuk menghantar dan menjemput anak saya ke sekolah.(Tahun 1 dan Pra Sekolah) ii. Pada 20-24hb. Ada peperiksaan KAFA untuk kelas kafa anak sulung saya jam 2.30 5.00 ptg di kelas Kafa As-Solihin. (masalah menghantar dan menjemput balik) iii. Saya terpaksa membeli makanan di kedai selama tempoh ibu mertua saya berpantang selepas pembedahan mata (Katarak) kerana ibu mertua saya masih belum dapat memulakan aktiviti memasak dalam tempoh tersebut. iv. Isteri saya bertugas di agak jauh dari Rembau (MPN Nilai) dan sukar untuk mendapat pelepasan cuti kerana cuti terhad. v. Saya guru opsyen Bahasa Melayu tetapi di luar norma kerana menyandang jawatan sebagai GPB (Guru Penyelaras Bestari) 4. Saya berharap agar pihak tuan dapat memahami masalah yang saya hadapi kerana ianya nampak kecil tetapi memberi kesan yang tersendiri terhadap masalah pengurusan harian saya buat masa ini. 5. Sehubungan itu, di harap pihak tuan dapat mengantikan saya dengan guru lain untuk tujuan kursus ini dengan menguhubungi pihak yang berkenaan. Sekian, Harap maklum dan terima kasih. Saya yang menjalankan tugas,

. (MOHD. WALIALASHIKIN HALIM)

Anda mungkin juga menyukai