Anda di halaman 1dari 1

Omar Bin Haji Ramli

No.39, Lot 2224, Batu 9,


Jalan Kebun Baru, 42500,
Telok Panglima Garang,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Kepada,
Bahagian Penyelaras Asrama
Unit Hal Ehwal Pelajar,
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail, 50480, KUALA LUMPUR 14 Januari 2010
Tuan/Puan,
RAYUAN MEMOHON UNTUK TINGGAL DI ASRAMA ASWARA BAGI PIHAK
ANAK SAYA ; RABIATULADAWIYAH OMAR
Merujuk kepada perkara tersebut, saya merupakan penjaga kepada Rabiatuladawiyah Omar
memohon kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk membenarkan anak saya seperti nama
yang disebut yang bernombor matrik 28091075 dari Fakulti Penulisan untuk tinggal di
asrama ASWARA sepanjang tempoh pembelajaran anak saya bagi sesi akademik 2009/2010
semester 2 ini.
2 Permohonan saya untuk anak saya tinggal di asrama ini adalah kerana
memandangkan tempat pembelajaran anak saya yang jauh dari tempat tinggal serta ia dapat
menggurangkan bebanan yang saya tanggung jika anak saya dapat tinggal di asrama
memandangkan kesihatan ibunya yang sedang menjalani rawatan Dialisis di hospital.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, kemudahan pengangkutan yang saya sediakan
kepada anak saya bukan sahaja untuk kecemasan tetapi juga adalah untuk kemudahan dia dan
rakannya jika terpaksa bergerak untuk keluar dari aswara pada lewat malam bagi
menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya.
4. Oleh yang demikian, saya merayu daripada pihak tuan/puan untuk
mempertimbangkan permohonan saya ini, sekaligus membenarkan anak saya untuk tinggal
diasrama ASWARA agar anak saya dapat meneruskan pembelajaran saya bagi sesi akademik
2009/2010 semester 2 ini.
6. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
.............................................................
(OMAR HAJI RAMLI)

Anda mungkin juga menyukai