Anda di halaman 1dari 2

Mohd Ziqrul Fhahmie Bin Deraman,

Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail,

21030, Kuala Terengganu.

Terengganu.

Penyelia Asrama,

Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail,

21030, Kuala Terengganu.

Terengganu.

Melalui,

Encik Mohd Asri bin Harun,

Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail,

21030, Kuala Terengganu.

Terengganu. 6 JANUARI 2011.

Tuan,

Permohonan Untuk Tinggal di Luar

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.


2. Saya dengan ini memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk memberikan saya
kebenaran untuk tinggal di luar asrama bagi semester ini. Saya juga telah mendapatkan
rumah untuk disewa iaitu rumah yang telah disewa oleh 2 orang ahli unit saya iaitu Mason
Maur Anak Changan dan Wan Mohd Syafiq bin Wan Johari. Kos sewa rumah ini juga tidaklah
terlalu tinggi hingga akan membebankan kami .

3. Saya dengan ini juga sanggup untuk member jaminan sekiranya saya diberikan kebenaran
untuk tinggal di luar, keadaan ini tidak akan mengganggu kuliah dan aktiviti akademik saya di
kampus. Hal ini disebabkan kerana saya mempunyai kenderaan untuk ke kampus dan ini akan
memudahkan saya untuk ke kampus.

4. Tambahan pula, mereka berdua ini adalah daripada unit saya. Hal ini kerana, jika mereka
tinggal berasingan dengan saya, hal ini akan menyulitkan kami untuk menyelesaikan tugasan
yang diberikan kepada kami. Kawasan ini pula amatlah sesuai untuk kami sewa kerana
kedudukannya yang strategik dan jaraknya yang dekat dengan kampus. Bersama ini, telah
saya lampirkan peta kedudukan rumah sewa dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

5. Sehubungan dengan ini, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk meluluskan dan
memberikan saya kebenaran untuk permohonan ini. Segala kerjasama dan jasa baik pihak
tuan amatlah saya hargai dan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………………………………

(MOHD ZIQRUL FHAHMIE BIN DERAMAN)

NO. KAD PENGENALAN : 901216-03-5295

UNIT ( AMBILAN ) : PENGAJIAN SOSIAL 2 ( AMBILAN JANUARI 2010 )

Anda mungkin juga menyukai