Anda di halaman 1dari 2

JAIJ SRAS/JB/012

SEKOLAH RENDAH ISLAM & TAHFIZ AL-


QURAN WAWASAN AL-IRFAN
No. 56 & 58, Jalan Cantik 5, Taman Pelangi Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor.

07-8710476 tahfizirfan@gmail.com 010-7607737 / 012-7555525

“ Menjana Generasi Berilmu dan


Berakhlak Mulia ”

Ruj. Kami : SRITIF/JJJ1012/30 092018


Tarikh : 23 Oktober 2019

Kepada,
Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor
Tingkat 4, Blok A, Wisma Persekutuan
Jalan Ayer Molek
80000 Johor Bahru

Tuan / Puan

PERMOHONAN MENJALANKAN PROGRAM KHIDMAT BAKTI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,

2. Saya Nur Najah Binti Mohd Halid, Setiausaha Program Khidmat Bakti & Tadabbur Alam
SRITIF mewakili sekolah saya ingin memohon kebenaran dari pihak tuan bagi menjalankan program
khidmat bakti bersama warga emas di Desa Bina Diri (DBD), Mersing.

3. Kami telah memilih Desa Bina Diri (DBD) di Mersing untuk menjalankan Program Khidmat
Bakti ini kerana kami ingin mendedahkan kepada para pelajar kami kemahiran bersosial dan
berkomunikasi terhadap komuniti luar terutamanya warga emas.Selain itu, kami ingin menyantuni
warga emas di sana di samping menyuntik kesedaran serta keinsafan kepada para pelajar akan
kepentingan menghargai warga emas terutama ibu bapa mereka sendiri. Malah, matlamat program ini
sejajar dengan dasar warga emas Negara dengan menghargai warga emas.

4. Butiran lanjut tentang program ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 12 November 2019


Hari : Selasa
Tempat : Desa Bina Diri(DBD), Mersing
Bil. Perserta : 25 orang pelajar & 5 orang guru

6. Kami amat berharap agar permohonan ini diluluskan dan kerjasama dari pihak tuan amatlah
kami hargai.Kami merakam jutaan terima kasih atas sokongan dan keprihatian pihak tuan.
Sekian,

BERSAMA MEMBINA GENERASI AL-QURAN

Yang menjalankan tugas,

….……………………………
(NUR NAJAH BINTI MOHD HALID)
Setiausaha,
Program Khidmat Bakti &Tadabbur Alam,
Sekolah Rendah Islam dan Tahfiz Al-Quran Wawasan Al-Irfan (SRITIF)

Anda mungkin juga menyukai