Anda di halaman 1dari 2

Ketua Unit Perhubungan Dan Latihan Industri,

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah,

09000, Kulim Hi-Tech Park,

Kedah Darul Aman

No 44, Jalan Taiping Masjid Tinggi,

34300, Bagan Serai,

Perak Darul Ridzuan 12 NOVEMBER 2010

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

Seperti yang dinyatakan diatas, saya bernama Nurhuda Farhani bernombor kad pelajar 16DUT09F1077

Pelajar jurusan Diploma Ukur Tanah dari kelas DUT3B Jabatan K. Awam merupakan pelajar yang

sedang menjalani Latihan Industri sesi November 2010 ingin memohon untuk bertukar tempat latihan

industri.

2. Saya ingin memohon untuk bertukar tempat latihan industri atas sebab-sebab berikut:

a) Bimbang akan keselamatan diri sendiri berikutan hanya seorang sahaja pekerja

perempuan di syarikat juga kawasan kerja yang terdapat banyak pekerja asing yang bekerja

di estet ( Sime Darby) berdekatan.

b) Tiada keluarga terdekat untuk dirujuk jika berlaku apa-apa.

c) Kekurangan kemudahan pengangkutan dan menyukarkan pergerakan sehari-hari.


3. Saya juga khuatir gagal memberi fokus dalam kerja berikutan masalah-masalah yang telah
dinyatakan dan seterusnya mempengaruhi prestasi pelajaran saya.

4. Bersama dengan surat permohonan ini saya sertakan bersama surat pelepasan dari NZ Survey
Consultant Sdn. Bhd. dan surat jawapan dari Fourmate Survey License Land Surveyor.

5. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan memberi pertimbangan sewajarnya mengenai
permohonan saya. Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai. Harap maklum. Sekian terima kasih.

Yang Benar,

…………………

(NURHUDA FARHANI BINTI SALLEH)

Anda mungkin juga menyukai