Anda di halaman 1dari 7

CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR

Nak sulam nametag sekolah ??


90sen sekeping untuk borong nametag

RM1.50 sekeping untuk tempahan individu (1set)

Temui kami di
www.instagram.com/ecraft_embroidery

www.twitter.com/eyangdcraft

www.facebook.com/eyangdcraft

www.servissulam.com

1.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana urusan keluarga

Aulia Darwisya Binti Amiruddin

Tingkatan 1A

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang

Guru Kelas

Tingkatan 1A

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang 19 Mei 2016

Tuan/ Puan;
Perkara: Memohon Cuti Untuk Tidak Hadir Ke Sekolah

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. Saya ibu kepada Aulia Darwisya Binti Amiruddin ingin memohon cuti bagi anak saya untuk tidak hadir ke
sekolah mulai 27 Jun hingga 30 Jun 2016.

3. Hal demikian kerana kami sekeluarga mempunyai urusan keluarga yang harus di selesaikan di Sabah. Di
mana ianya tidak dapat diterangkan melalui surat ini.

4. Anak saya berjanji akan mengulang kaji pelajaran dan menghubungi rakan-rakan untuk bertanya dan
menyiapkan kerja-kerja sekolah ketika berada di sana nanti.

5. Saya berharap agar pihak tuan/puan dapat memahami situasi kami sekeluarga. Kerjasama daripada pihak
tuan/ puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Terima kasih.

Yang benar,

(Azriza Binti Abdul Ghani)

Ic:..........................................

Ini adalah contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah

2.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarga

Md Azlan Bin Md Rahim

Tingkatan 1 Bestari

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang

Guru Kelas Tingkatan 1 Bestari


Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong

28600 Karak

Pahang Tarikh : 19 Mei 2016

Tuan/ Puan;

Tidak Hadir Ke Sekolah

Dimaklumkan saya nama tersebut di atas adalah bapa kepada Mazlan Bin Md Azlan yang menuntut di
Tingkatan 1 Bestari.

2. Anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 16 Jun 2016 kerana masalah keluarga.

3. Saya memohon kemaafan sekiranya ketidakhadiran anak saya telah menimbulkan masalah kepada pihak
tuan/puan. Segala kesulitan amat dikesali.

4. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dari pihak tuan/puan.

Sekian. Terima Kasih.

Yang benar,

..................................

(MD AZLAN BIN MD RAHIM)

Bape Pelajar
3.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana demam panas

Tahun Lima Dahlia,

Sekolah Kebangsaan Kepayan,

Peti Surat, 130, 89108,

Kota Mandu,

Sabah.

Cikgu Noor Anita Binti Awang,

Sekolah Kebangsaan Kepayan,

Peti surat 395,

88858 Tanjung Aru,

Kota Kinabalu,

Sabah 9 Mei 2016

Cikgu,

Tidak Hadir Ke Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya ................................................, murid Tahun Lima Dahlia tidak dapat hadir ke sekolah pada 4 Mei 2016
kerana diserang demam panas.

3 Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Hospital Queen Elizabeth. Doktor menasihatkan saya
supaya berehat selamat tiga hari.
4. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya
berjanji akan mengulang kaji mana-mana pelajaran yang saya tertinggal pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

......................................... {HURUF BESAR}

( ) {HURUF BESAR}

Ini adalah contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah

4.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana pergi kenduri (kahwin/majlis)

Ahmad Hamizi bin Mansor

No.1 Jalan Sena 6,

Taman Sena Indah

01000 Kangar,

Perlis.

Pengetua,

Sekolah Menengah Kebangsaan Derma,

Jalan Penjara,

01000 Kangar,

Perlis 12 Mei 2016


Tuan,

Tidak Hadir Ke Sekolah

Berhubung dengan perkara di atas, saya Ahmad Hamizi Bin Mansor bapa kepada Aliya Safiya Binti Ahmad Hamizi
dari Tingkatan 5 Dinamik ingin menjelaskan sebab anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 11 Mei 2016.

2 Anak saya tidak menghadirkan diri ke sekolah kerana pergi ke kenduri ibu saudaranya di Terengganu bermula
10 Mei 2016.

3. Saya ingnin meminta maaf diatas kejadian ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

............................................

(AHMAD HAMIZI BIN MANSOR)

5.Contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah kerana sakit teruk

Suppiah a/l Ayahoo,

16, Lebuh Batu Maung 7,

11960, Bayan Lepas,

Pulau Pinang

Cikgu Harfizi Bin Muhammad Zain,

Guru Kelas Tingkatan 3 Elit (2014),,

Penang Free School,


11600, Jalan Masjid Negeri,

Pulau Pinang 30 JUN 2016

Tuan,

Sebab Anak Saya Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah.

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku ayah kepada anak saya, iaitu Sarveen a/l Suppiah, ingin memohon
maaf kerana anak saya tidak dapat hadir ke sekolahpada 30 Jun 2016, iaitu pada hari Khamis.

2. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana dia telah jatuh sakit sejak dua hari yang
lepas, iaitu pada 28 Jun 2016 dan 29 Jun 2016, pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas. Dia juga didapati
mengalami demam pada pagi hari ini, maka dia telah mengambil keputusan untuk tidak hadir sekolah.

3. Untuk makluman Tuan, saya tidak mempunyai sebarang Medical Certificate (MC) untuk disampaikan kepada
Tuan. Hal ini demikian kerana anak saya tidak dibawa ke klinik untuk berjumpa dengan doktor pada hari tersebut
kerana demam anak saya pada pagi itu tidak begitu serius.

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap bahawa ketiadaan anak saya di sekolah pada hari Isnin akan dapat
diampunkan oleh Tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

.................................

(SUPPIAH A/L AYAHOO)

Sedia menerima tempahan sulaman berkomputer pada baju, tuala hantaran,


hari guru, door gift! Moto kami "Mudahkan Urusan Pelanggan!" Lawati
www.servissulam.com Tempahan akan ditutup pada bila-bila masa!

Anda mungkin juga menyukai