Anda di halaman 1dari 2

Muhamad Aiman Bin Muhamad

PISMP Pemulihan 2 S7
PT 1157 Taman Paya Kenali,
Lorong Pulau Hilir, Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon: 014-5230342/018-9034200
Melalui dan salinan:
En. Aswadi Bin Md Amin
Mentor Pendidikan Pemulihan 2
Ketua Jabatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar ( JHEP )
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
( U/P: Tuan Haji Mohamad Fauzi Bin Hamid )

Tarikh: 8/5/2016.

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK PULANG KE KAMPUNG AWAL
TARIKH: 20 5 2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Saya, Muhamad Aiman Bin Muhamad dari kumpulan PISMP Pendidikan Pemulihan 2
Semester 7 memohon keizinan pihak tuan agar membenarkan saya untuk pulang awal pada
tarikh 20 Mei 2016.
3.
Untuk makluman Tuan/Puan, saya dikehendaki pulang ke kampung awal untuk
menggalas tanggungjawab saya untuk menolong ibu bapa saya menjaga adik kandung saya
yang terlantar hampir 9 bulan di Hospital Universiti Sains Malaysia akibat kemalangan jalan raya
pada tahun lepas.
4.
Selain itu, saya ada melampirkan beberapa keping gambar adik kandung saya yang
terlantar di hospital sebagai bahan bukti untuk pihak tuan/puan.
5.
Saya amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan saya ini dan meluluskan
permohonan saya. Saya bertanggungjawab atas keputusan untuk pulang awal dengan risiko
sendiri. Segala kerjasama dan jasa baik amat saya hargai dan didahului dengan jutaan terima
kasih.
Sekian.

Yang Benar,
_______________
( MUHAMAD AIMAN BIN MUHAMAD )
PISMP PENDIDIKAN PEMULIHAN 2
SEMESTER 7

Anda mungkin juga menyukai