Anda di halaman 1dari 2

No.

Ruj : KK/PTJPK/BHEPP/APP85
Tarikh : 9 FEBRUARI 2020

Kepada,
Rizal Safari Mahamud
Managing Director
Pioneer Groups Sdn Bhd
Taman Desa Permai 2,
41050,Meru
KLANG

Melalui,
Pn. Noordini binti Ghazali,
Ketua Penolong Pendaftar,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar & Alumni,
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian,
Kelantan.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI JURI PERTANDINGAN DEBAT TERBUKA USM KAMPUS KESIHATAN


2020

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekreteriat Debat & Pidato dengan kerjasama Bahagian Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni Kampus Kesihatan USM akan menganjurkan Pertandingan Debat Terbuka
USM Kampus Kesihatan 2020. Program ini diadakan bagi mendedahkan penganjuran pertandingan
debat berskala besar dalam kalangan pelajar Kampus Kesihatan. Sehubungan dengan itu, pihak kami
berbesar hati menjemput pegawai tuan, CHE KHAIRUL AZHAN BIN CHE AHMAD Pegawai Tadbir
Kanan sebagai juri pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 17 - 19 April 2020


Masa : 8.00 pagi – 6.30 petang
Tempat : Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

3. Program ini diadakan bertujuan melakukan libatsama dengan komuniti terutama para pelajar
dari sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi yang akan diundang sebagai peserta
pertandingan ini. Dianggarkan seramai 120 orang pelajar akan menyertai program ini.

4. Pihak penganjur akan menyediakan penginapan dan makanan sepanjang program ini
berlangsung. Bayaran saguhati juri juga dibawah tanggungan pihak penganjur. Disertakan bersama
adalah tentatif program seperti di Lampiran.

5. Sebarang pertanyaan berhubung program ini, pihak tuan boleh menghubungi saudari
Syarifah Yasmin Noor Bt. Syed Hatim Noor di talian 011-17984839. Segala perhatian dan
pertimbangan yang diberikan oleh pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian.
YANG MENJALANKAN TUGAS

‘’Pencetus Generasi Berintelektual Tinggi’’

Yang Benar,

.............................................……
(Nurul Nadia binti Rostam Affandy)
Pengarah,
Debat Terbuka USM 2020.

Anda mungkin juga menyukai