Anda di halaman 1dari 1

Nurulsyakirin binti Bahrin.

Kolej Kediaman Aman,


IPG Kampus Ilmu Khas,
Jalan Yaacob Latif,
56000 Kuala Lumpur.
Pensyarah.
IPG Kampus Ilmu Khas,
Jalan Yaacob Latif,
56000 Kuala Lumpur.

22 OGOS 2014

Tuan/Puan/Cik
Kegagalan Menghadirkan Diri ke Kuliah
Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk,
2.
Saya Nurulsyakirin binti Bahrin dari kumpulan G4.4 ingin menyatakan sebab-sebab
gagal menghadirkan diri ke kuliah pada hari Sabtu dan Isnin yang bertarikh 23 Julai 2014 dan
25 Julai 2014.
3.
Untuk pengetahuan pihak tuan/puan/cik, saya tidak dapat menghadirkan diri ke kuliah adalah
kerana saya mempunyai janji temu bersama doktor pada 25 Julai 2014 di Hospital Sultanah Nur Zahirah,
Kuala Terengganu atas sebab-sebab yang tertentu.
4.
Selain itu, sebab saya tidak dapat hadir bagi kuliah ganti yang dijalankan pada 23 Julai 2014 pula
adalah kerana tiada ahli keluarga yang dapat mengambil saya di terminal bas sekiranya saya pulang
pada malam hari tersebut dan sampai pada waktu pagi hari Ahad. Hal ini adalah kerana hari Ahad
merupakan hari bekerja bagi rakyat Terengganu.
6.
Akhir kata, saya meminta maaf dan berharap pihak tuan/puan/cik dapat memahami sebab saya
tidak dapat menghadirkan diri ke kuliah adalah bukan atas dasar suka-suka tetapi kerana mempunyai
urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sekian,terima kasih.
Yang benar,

_________________________
(NURULSYAKIRIN BINTI BAHRIN)
Guru Pelatih
IPG Kampus Ilmu Khas.

Anda mungkin juga menyukai