Anda di halaman 1dari 1

Praktikum fasa 3

sk gong bayor

03 Februari 2015
_________________________________________________________________________
Hari ini, saya ke pejabat sekolah bagi tujuan menulis kedatangan awal pagi. saya
dan rakan guru pelatih disambut mesra oleh guru-guru lain. Kami sempat bercakap-cakap
mengenai sekolah dan memberikan sedikit sebanyak idea berkaitan dengan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Perkongsian ilmu ini memberikan saya rasa ingin meneroka
lebih lagi teknik mengajar dan memberikan sepenuh tenaga dan ilmu kepada murid untuk
mendidik mereka.
Sepanjang hari ini, saya dan rakan guru pelatih tidak banyak mengajar kelas masingmasing kerana kekosongan jadual waktu. Namun demikian, kami diberikan tugas untuk
menggantikan kelas beberapa orang yang berkhusus mahupun tidak dapat datang ke
sekolah. Oleh kerana kekosongan waktu, kami secara berpasangan masuk ke kelas yang
akan diganti dan bercadang untuk mengadakan kuiz dan aktiviti pembelajaran yang
menarik. Saya dan pasangan mengadakan kuiz teka teki dalam kumpulan. Aktiviti yang kami
jalankan bertujuan untuk mengisi masa yang ada selama satu jam. Luangan masa ini, kami
turut mengawal keadaan kelas supaya tidak mengganggu kelas yang lain yang sedang
belajar. Tujuan kuiz ringkas adalah untuk menilai tahap pengetahuan sedia ada murid. Saya
mungkin tidak mengenali sejauh mana tahap pencapaian murid namun dengan kuiz ringkas
membolehkan saya mengetahui beberapa kaedah yang akan saya gunakan kelak semasa
mengajar.
Selesai ganti kelas, saya dan rakan guru pelatih rehat ke kantin sekolah. Kami
bersama-sama dengan guru lain makan tengahari sambil menyediakan peluang untuk
berkomunikasi serta mengenali satu sama lain. sikap peramah guru-guru di sini menjadikan
saya bersemangat untuk menimba lebih ilmu mengajar dan belajar disini. Selesai makan
tengahari, saya kembali ke bilik guru untuk menyediakan laporan bagi hari ini. Sekolah
tamat pada pukul 1.15 petang, manakala aktiviti unit beruniform terpaksa ditangguhkan atas
faktor cuaca yang tidak menentu. Kami kembali ke maktab selepas habis tugasan di
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai