Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU 17

EN KUMARAN A/L PERUMAL


PN ROSLINDA BTE MOHD SALLEH
PN SALHANA BTE MUSA
4 MEI 2014 ( AHAD )
l. LAPORAN GURU BERTUGAS ( EN WAN MOHD AZHA BlN WAN MUDA )
A.Kedatangan pelajar ke sekolah
- masih ramai pelajar datang lewat ke sekolah. Walaupun pelajar datang awal tetapi masuk
lewat ke dalam kawasan sekolah dan duduk di kawasan meletak motosikal atau di hadapan
kedai. Guru bertugas telah membuka dewan dan sepatutnya pelajar boleh masuk ke dalam
dewan mengikut waktu yang ditetapkan.
B. Kebersihan Kantin
- Tahniah kepada pelajar kerana dapat memasukkkan pinggan dan cawan ke dalam besen
yang disediakan. Namun masih terdapat segelintir pelajar yang tidak membuang plastik
pembungkus makanan ke dalam tong sampah dan membiarkannya bertabur di bawah meja dan
lantai.
C. Disiplin
- Disiplin adalah terkawal. Namun terdapat sebilangan pelajar yang tidak keluar dari kelas
semasa waktu rehat dan makan di dalam kelas. Terdapat juga pelajar yang makan di tepi
longkang kantin dan membuang sampah merata-rata.
D. Program Jati Diri Kokurikulum telah Berjaya dilaksanakan pada 30 April hingga 3Mei 20l4.
E. Aktiviti kokurikulum dan lMlS berjalan seperti biasa.
F. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas:
l. Tingkatan 4M
2. Tingkatan 5M
3. Tingkatan lB
Kelas terkotor : Tingkatan 2D
2. PN RASYlDAH BTE RAHMAT
A. Pelajar baru Tingkatan Enam Bawah akan mula mendaftar pada 5 Mei 20l4( lsnin ).
Orientasi Tingkatan Bawah akan dijalankan bermula 5 Mei 20l4 sehingga l5 Mei 20l4.
B. Pelajar Tingkatan 6 Bawah akan berpakaian 'Smart Kasual" seperti pelajar lPTA/lPTS.
C. Pelajar SPM 20l3 yang ditawarkan Tingkatan 6 Bawah adalah seramai 98 orang. Senarai
nama pelajar akan ditampal di papan kenyataan pentadbir. Sila semak.
D. Cara pelajar Tingkatan 6 Bawah adal sangat mudah kerana berdasarkan sistem semester.
3. TN HJ ZAlNl BlN KASBANl
A. Kehadiran
- setiap hari guru bertugas akan maklumkan dewan telah dibuka awal dan meminta pelajar
untuk masuk ke dalam dewan tetapi pelajar masih tidak mematuhi arahan guru bertugas.
Pelajar perlu berada di dalam dewan pada jam 7.20 pagi dan kedatangan pelajar akan diambil
oleh guru kelas. Selepas jam 7.30 pagi, sekiranya pelajar tidak memaklumkan kehadiran,
kehadiran pelajar akan ditanda L (lewat).
B. Budaya Pelajar
- Ramai pelajar tidak hadir pada hari Ahad
- Ramai pelajar tidak hadir jika ada persekolahan ganti pada hari Sabtu
-Pada hari Selasa,ada aktiviti lMlS, ramai pelajar yang akan minta kebenaran balik dan
memanggil ibubapa datang dengan alasan sakit.
3. EN RAHlM BlN ROSDl
A. Kejohanan Sepak Takraw MSSD
- bermula 6 hingga 8 Mei 20l4, SMK Paloh akan menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw
MSSD Kluang. Dewan Bayu Sri dan Dewan SJKC akan digunakan. Bagi kelas yang dibawa
oleh guru sahaja boleh masuk untuk memberikan sokongan.
B. lMlS ditangguhkan.
C. Aktiviti Kokurikulum berjalan seperti biasa.
4. TN HJ OMAR BlN PM MOHAMAD
A. Peperiksaan
- Pada 5 Mei 20l4, peperiksaan setara Bahasa Melayu akan dijalankan serentak seluruh
Negara.Pastikan pelajar bersedia dan dapat jawab dengan baik.
B. Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula pada 8 Mei 20l4.
C. Semua slip peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 3 dan 5 akan diedarkan oleh PK
l.pastikan pelajar siap sedia untuk memberikan sebab sekiranya gagal dalam matapelajaran.
D. Pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan pertengahan tahun, pihak sekolah tidak akan
menjalankan peperiksaan khas kecuali bagi pelajar yang mewakili sekolah.
E.Peperiksaan pertengahan tahun perlu dijalankan dengan leih baik dan tertib kerana ada
pelawat yang akan datang untu melihat perjalanan pelajar menjalani peperiksaan. Mana-mana
pelajar yang tido, gambarnya akan diambil dan ibubapa akan dipanggil.
F. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar perlu memakai uniform sekolah sahaja.
Pakaian PJK tidak dibenarkan.
G. Kejohanan Sepak Takraw MSSD
- Pelajar tidak dibenarkan pergi ke dewan tanpa kebenaran PK l dan Pengetua. PDP perlu
diutamakan selain pelajar yang menjadi urusetia di bawah EN Rahim dan telah dibekalkan
tanda nama khas.
5. PENGETUA
A. Ucap tahniah kepada pelajar yang mengikuti Perkhemahan Jatidiri Kokurikulum kerana hadir
ke sekolah dan bersemangat untuk belajar. Kehadiran ke sekolah adalah sangat penting.
Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat.
B. Peperiksaan Pertengahan Tahun
- harap tiada pelajar yang tidur semasa peperiksaan berjalan. Guru diminta mengejutkan pelajar
yang tidur.
C. Lawatan Jemaah Nazir
- Jemaah nazir akan datang ke sekolah untuk Tawaran Baru (New Deal). Para pelajar perlu
menunjukkan disiplin dan penampilan sebagai pelajar SMKPaloh yang baik. Budaya member
salam kepada pelawat dengan panggilan Puan, Cikgu, Tuan dan sebagainya.
5 MEI 2014 ( ISNIN )
l. EN. RAHlMBlN ROSDl
A. Pemakaian Uniform
- Mengikut surat pekeliling guru-guru adalah digalakkan memakai baju beruniform dan
digalakkan memakai uniform pada hari Rabu.
B. lMlS ditangguhkan pada minggu ini disebabkan penganjuran Kejohanan Sepak Takraw
MSSD.
C. Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini adalah badan beruniform. Kehadiran kokurikuum dan
register diambil pada waktu pagi ( perhimpunan pagi ). Hanya pelajar yang terlibat dengan
pertandingan kawad kaki sahaja datang pada waktu petang. Manakala pelajar lain dibenarkan
balik.
2. PN. RASYlDAH BTE RAHMAT
A. Pelajar tingkatan 6 bawah akan mendaftar pada hari ini dengan berpakaian "Smart Casual".
Aktiviti minggu orientasi juga akan bermula pada minggu ini. Guru yang terlibat dengan slot
diharapkan dapat bersedia.
3. TN HJ OMAR BlN PM MOHAMAD
A. Mesyuarat semua guru akan diadakan pada jam 2 petang ini.
B. Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 pada pagi ini adalah mengikut SOP sebenar.
4. PN. MARDYANA BTE MAHBOB
A. Kerjasama daripada panitia PJPK, Bl, Sains Pertanian, Sains Sukan, Pend. Agama lslam,
Bahasa Tamil, Ekonomi Asas, dan Fizik:
- dapat mengemaskini fail dengan lebih baik
- dapat menyemak semula maklumat tahun 20l3
- status ketua panitia dan setiausaha ketua panitia perlu ditandatangani oleh guru kanan
pelajaran.
- ketua dan setiausaha ketua panitia akan mengeluarkan failinduk 20l3, surat iringan, minit
mesyuarat dan surat lantikan dan semakan.
5. PENGETUA
A. Guru-guru diseur untuk bersama-sama bekerjasama untuk pemeriksaan jemaah nazir.
B. Guru-gur diharapkan dapat melakukan sesuatu untuk menaikkan nama SMK Paloh.
6. EN ASFAlFAL
A. Bagi pelajar Tingkatan l,2 dan 3 yang masih belum menjelaskan bayaran PAJSK diharapkan
dapat memuat pembayaran dengan kadar segera.
B. Pada 2l Mei 20l4, sesi bergambar bersama Pengetua. Guru-guru diharapkan dapat
memakai pakaian unit beruniform.
-
6 MEI 2014 ( SELASA )
l. TN. HJ.OMAR BlN PM MOHAMAD
A. Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Pelajar yang didapati tidur semasa peperiksaan, gambarnya akan diambil dan akan ditampal
di papan kenyataan di hadapan bilik pentadbir. lbubapa pelajar akan dipanggil ke sekolah.
2. EN KUMARAN A/L PERUMAL
A. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran pelajar tingkatan 6
bawah.
B. Kejohanan sepak takraw MSSD bermula pada hari ini. Pelajar yang tidak terlibat dengan
kejohanan sepak takram diminta untuk tidak datang ke gelanggang kejohanan.
C. Sekiranya pelawat/jemaah nazir datang, pelajar diminta memberikan salam, ucapan selamat
sejahtera, selamat pagi dan senyum kepada pelawat. Jika diajukan soalan, cuba jawab dengan
baik.
D. Aktiviti lMlS pada petang ini ditangguhkan.
E. Aktiviti kokurikulum pada hari Rabu (esok ) adalah unit beruniform. Pelajar yang terlibat
dengan kawad kaki sahaja perlu berkumpul bersama guru penasihat masing-masing pada jam
2.30 petang.
F. Perhimpunan pagi pada hari esok di dataran kejat.
7 MEI 2014 ( RABU )
l. PENGUMUMAN
A. Semua pelajar yang disebutkan, sila berjumpa dengan Tn Hj Zaini.
B. Semua ahli Pandu Puteri, sila tnggu di dataran kejat untuk berjumpa dengan Pn Gan.
C. Semua ahli Silat yang menyertai pertandingan silat tempoh hari, sila berjumpa dengan
CikSiti Khalimah selepas perhimpunan.
D. Semua pengawas diminta berkumpul di Balai Pengetua Cemerlang selepas perhimpunan.
E. Semua guru pengawas, guru disiplin dan guru-guru baru, sila berkumpul di Balai Jasa Murni
selepas perhimpunan.
F. Semua ahli kadet polis, sila berjumpa dengan En Nathan selepas perhimpunan ini.
G. Ahli PBSM yang disebutkan adalah terlibat dengan pertandingan kawad kaki dan latihan
akan dijalankan pada petang ini.
2. EN YUSRl BlN LlWON
A. Perhatian kepada semua pelajar. Pada waktu akhir PDP l.l0 hingga l.50 petang, semua
kelas tingkatan l,2 dan 3 serta Peralihan, Unit 3K sudah menyediakan alas meja baru sempena
kedatangan nazir. Sila alas meja pada hari ini juga. Guru matapelaaran waktu akhir sila ambil
perhatian.
3. EN RAHlM BlN ROSDl
A. Aktiviti kokurikulum pada minggu ini ditangguhkan tetapi para pelajar yang terlibat dengan
latihan kawad kaki, sila berjumpa dengan guru penasihat masing-masing untuk sesi latihan
petang ini.
4.EN NOR HlLMl BlN ABU BAKAR
A. Pada hari Sabtu akan diadakan pertandingan kawad kakidi antara unit beruniform yang akan
bermula pada jam l0.30 pagi. Semua tingkatan akan rehat pada jam l0.00 pagi. Pada jam
l0.20 pagi, semua pelajar perlu berkumpul di dalam dewan. Kehadiran akan diambil sebagai
kehadiran badan beruniform.
8 MEI 2014 ( KHAMIS )
Perhimpunan pagi dibatalkan ekoran peperiksaan Pendidikan Moral bagi Tingkatan 4 dan 5
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
...............
.................
( Salhana Bte Musa ) ( Hjh Saloma Bte Hj Zaini )

Anda mungkin juga menyukai