Anda di halaman 1dari 21

PERJUMPAAN GURU GURU TAHUN ENAM. HARI TARIKH MASA TEMPAT : Jumaat : 08.07.2011 : 11.15 12.

2.00 Tengah hari : Bilik Gerakan

UCAPAN GURU BESAR. 1. DIALOG B - SMAT B - Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris S - Sains A - Matematik T -Terancang 2. PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR Ikut jadual peribadi guru.Ini bermakna ada 4 orang guru di dalam dewan. Semua guru mesti main peranan mengambil kertas peperiksaan , mengutip kertas peperiksaan dan membuat pemantauan agar peperiksaan berjalan dengan lancar. Pemeriksaan Kertas Matematik kertas 2 akan disemak oleh Guru Besar Bahasa Inggeris kertas 2 serah pada Guru Besar. Setiausaha peperiksaan akan menjaga soalan.Guru guru tidak dibenarkan melihat soalan terlebih dahulu. Hari Sabtu dan Ahad waktu untuk menyemak kertas.Markah perlu ada pada hari Isnin.Pada hari Selasa 19.07.2011 serah semua markah kepada penyelaras. Pada tahun hadapan meja meja yang akan digunakan oleh calon calon UPSR mestilah sesuai , tidak goyang dan tidak rosak.Ini bertujuan untuk keselesaan dan menaikkan semangat calon peperiksaan.

3. KEWANGAN Sumbangan PIBG RM1000 untuk persediaan UPSR RM800 untuk membeli kertas dan RM200 sebagai ganjaran kepada murid yang lulus dalam UPSR ( kelas Amanah ) dan murid yang berpotensi untuk mendapat 5A . Duit Tahun 6 berjumlah RM 2055 Tiap tiap kelas akan diperuntukkan sebanyak RM300.Wang ini akan digunakan untuk meningkatkan prestasi murid murid.

4. BACAAN YASIN Setiap pagi Jumaat guru guru lelaki perlu ada sama dalam majlis bacaan Yasin. Guru guru yang free waktu pertama dan guru guru perempuan juga dijemput hadir. Murid murid moral bersama dengan Puan Nor Hazliza.

Disediakan oleh, ---------------------------------( ROHAIME BT ABDUL HAMID) SETIAUSAHA TAHUN 6

Disahkan oleh, --------------------------( ABDUL HABIB B ALAPITCHAY) GURU BESAR SK PENGKALAN AUR.

PERJUMPAAN GURU GURU TAHUN ENAM. HARI TARIKH MASA TEMPAT : Jumaat : 01.07.2011 : 11.15 12.00 Tengah hari : Bilik Gerakan

UCAPAN GURU BESAR. 1. MASALAH DALAM KELAS Keluarkan murid murid yang mengganggu kelas mengganggu kawan yang ingin belajar dan proses pengajaran dan pembelajaran. 2. LEMBARAN KERJA TIADA HAD Guru guru boleh menyediakan lembaran lembaran kerja kepada murid murid tanpa batasan. Guna kembali atau ulang latihan itu semula untuk meningkatkan kefahaman murid murid dan membantu mereka mengesan kesilapan. Kertas soalan percubaan ulang kembali selepas seminggu peperiksaan berlalu. Galakkan murid buat latihan berulang kali pada kertas soalan yang sama.

3. SKIM GANJARAN RM100 untuk murid yang berjaya memperoleh 5A Murid kelas hujung (Amanah ) akan menerima RM20 bagi yang lulus semua mata pelajaran. Setiap mata pelajaran bernilai RM5.

4. DATA Setiap guru perlu mengetahui data murid murid kelasnya.Mengetahui murid murid yang lemah , sederhana dan berpencapaian tinggi. Kenal pasti kelemahan setiap orang murid dalam mata pelajaran yang di ajar.Topik mana yang mereka lemah dan buat sesuatu untuk murid tersebut agar mereka boleh menguasai sesuatu kemahiran. 5. KELAS TAMBAHAN Selepas peperiksaan percubaan, murid murid akan diasingkan mengikut mata pelajaran yang lemah ketika mengikuti kelas tambahan. Hari Rabu tiada kokurikulum untuk murid murid tahun enam.Akan digantikan dengan kelas tambahan. Selepas bulan puasa akan wujudkan prep malam.

DISEDIAKAN OLEH, .. (ROHAIME BT ABDUL HAMID) SETIAUSAHA TAHUN 6

DISAHKAN OLEH, ( ABDUL HABIB B ALAPITCHAY) GURU BESAR SK PENGKALAN AUR

ISI KANDUNGAN Muka surat Penghargaan Pengenalan Soal selidik dan penilaian sumatif terhadap kekuatan dan kelemahan Perbandingan sebelum dan selepas menggunakan perisian Klasifikasi kategori perisian kursus Pembangunan perisian kursus PPBK Kesimpulan Brosur Rujukan Lampiran Borang soal selidik 8 13 15 3 7 1

RUJUKAN Azman Abdullah, Hassan Ahmad, Shaifol Bahary, Omar Zakaria. ( 2011 ). Teknologi Maklumat dalam Pendidikan .Seri Kembangan,Kuala Lumpur: Open University Malaysia

http://skmelatitawau.wordpress.com/2010/peranan komputer dalam pendidikan http://asnizamusa.tripod.com/ge663tug 1.html

DIALOG B - SMAT
HARI TARIKH MASA TEMPAT : JUMAAT : 15.07.2011 : 11:15 12:00 TENGAH HARI : BILIK MESYUARAT GURU BESAR

UCAPAN GURU BESAR. 1. PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas pengurusan peperiksaan percubaan baru baru ini kerana semuanya berjalan dengan lancar. Peperiksaan Pra UPSR akan menyusul dalam bulan Ogos nanti. Guru guru diminta melihat keputusan peperiksaan percubaan sama ada tercapai atau tidak sasaran yang telah dibuat pada awal tahun. Guru guru diminta menyiapkan semakan kertas peperiksaan sehingga hari Isnin kerana pada hari Selasa semua markah perlu diserahkan kepada penyelaras Tahun 6 iaitu Ustazah Haliza. Berpandukan kepada keputusan peperiksaan percubaan itu nanti beberapa strategi akan dibuat iaitu: i).murid murid akan diasingkan mengikut keputusan yang mereka peroleh. ii).Beberapa buah kelas akan dipecahkan kepada dua iaitu kelas 6 Intelek dan 6 Pintar atau 6 Amanah. iv). Jadual guru guru akan berubah. v) Guru guru kaunseling akan masuk kelas untuk menggantikan guru yang masuk ke kelas yang dipecahkan. 2. KERTAS PEPERIKSAAN - Pada minggu hadapan buat ulang kaji secara terperinci dengan mengulang kembali menjawab soalan soalan peperiksaan percubaan UPSR.

- Ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam jiwa murid murid. - Cikgu Hamzah akan mencetak kembali soalan soalan peperiksaan percubaan untuk dijawab oleh murid murid kali ke dua di dalam kelas masing masing. 3. PERUBAHAN KELAS. 4. POST MORTEM 5. PREP MALAM Mulai 25.07.2011 prep malam akan dilaksanakan. Bermula pada pukul 8:00 malam sehingga 10:00 malam. Untuk minggu pertama ini akan dinilai kelemahan dan akan perbaiki kelemahan tersebut. Disediakan oleh, ---------------------------------( ROHAIME BT ABDUL HAMID) SETIAUSAHA TAHUN 6 Disahkan oleh, --------------------------( ABDUL HABIB B ALAPITCHAY) GURU BESAR SK PENGKALAN AUR. Buat post mortem ikut mata pelajaran Kesan apa kelemahan dalam peperiksaan percubaan ini seperti dari segi menguasai atau tidak mengusai dan juga sikap murid. Murid yang mendapat keputusan yang baik ( meningkat ) akan dinaikkan kelas. Sepanjang minggu hadapan murid murid tahun enam akan duduk dalam bilik khas iaitu: 6 Intelek Bilik Gerakan. 6 Bestari Makmal Sains 6 Pintar dan 6 Amanah di dalam kelas masing masing.

JUMLAH MARKAH BAHAGIAN A DAN B BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 NAMA PELAJAR AFIQ NABIL AFIQ HAIKAL ALIF SHAFIQ AIZAD NAIM SHAHRUL AIMAN AQIL FARIZ OSMAN ARIFFIN SHAFIQ SYAHMI ISMA HAFIZ MAS AINA AMYLIA ATHIRAH NADHIRAH SOLEHA NURIN AFIQAH PUVENESWARI SITI HAJAR AZREEN ZAHRA SYAFINA SYAHIRAH MARKAH BAHAGIAN A 34 32 36 54 28 48 34 36 42 40 36 34 48 38 44 34 40 22 34 52 40 42 34 38 44 36 34 52 30 MARKAH BAHAGIAN B 34 16 13 32 12 17 28 19 14 12 22 23 23 16 21 24 22 10 32 27 30 34 14 9 25 20 25 34 15 JUMLAH 68 48 49 86 40 65 62 55 56 42 58 57 71 54 65 58 62 32 66 79 70 76 48 47 69 56 59 86 45

DIALOG B - SMAT
HARI TARIKH MASA TEMPAT : SABTU : 23.07.2011 : 12:10 1:00 TENGAH HARI : BILIK GERAKAN

UCAPAN GURU BESAR.

1.AGIHAN MURID DAN KELAS. - Berpandukan kepada keputusan percubaan UPSR baru baru ini kelas kelas Tahun 6 akan dipecahkan kepada 6 kelas.Murid mruid akan ditempatkan di dalam kelas berdasarkan keputusan yang diperoleh. Kelas pertama iaitu Kumpulan 1 mengandungi seramai 21 orang murid dan merupakan harapan sekolah atau murid target untuk mendapat 5A.Rata rata murid di dalam kelas ini lulus semua mata pelajaran dengan baik dan seramai tiga orang murid telah berjaya mendapat 5 A dalam peperiksaan percubaan UPSR baru baru ini. Kumpulan 2 mengandungi seramai 28 orang murid.Keseluruhan murid murid ini lulus semua mata pelajaran.Harapan dan target sekolah terhadap kumpulan ini ialah lulus semua mata pelajaran dengan baik dan sekurang kurangnya dapat membantu menambah bilangan 5 A. Kumpulan 3 pula yang seramai 35 orang telah menempatkan murid murid yang gagal dalam mata pelajaran matematik.Murid murid ini hanya gagal satu mata pelajaran sahaja iaitu matematik.Adalah diharapkan agar murid-murid ini akan lulus dengan baik dalam mata pelajaran matematik. Kumpulan 4 ialah murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran sains dan matematik.Besarlah harapan sekolah agar murid murid ini dapat membantu menaikkan bilangan peratus lulus dan seterusnya membantu meningkatkan peratus lulus sekolah dalam UPSR yang sebenar. Kumpulan 5 dan kumpulan 6 menempatkan murid murid yang agak lemah dan kritikal dalam semua mata pelajaran. 2. TEMPAT / KELAS KUMPULAN Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3 Kumpulan 4 Kumpulan 5 TEMPAT Makmal Komputer Kelas 6 Intelek Kelas 6 Bestari Kelas 6 Pintar Kelas 6 Amanah

Kumpulan 6 4. GURU -

Kelas kosong ( sebelah kelas 6 Amanah )

Guru guru asal yang mengajar Tahun 6 akan masuk ke kumpulan 1 hingga kumpulan 4.Manakala untuk kumpulan 5 dan 6 akan dibantu oleh guru-guru lain seperti Puan Zaitun,Puan Zuraidah,Puan Saraswaty dan Puan Noriza untuk mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Sains.

5. PREP MALAM Prep malam akan bermula hari Isnin pada 25.07.2011 ini.Jadual bertugas guru untuk prep malam telah diedarkan.Guru guru akan menunggu murid-murid mengulangkaji pelajaran.Kelas- kelas yang akan digunakan ialah Bilik Gerakan,kelas 1 Bestari,kelas 1 Pintar,kelas 1 Amanah dan kelas 2 Cekal.

6. POST TEST Pada minggu hadapan murid- murid akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR kali ke dua bermula pada hari Selasa hingga hari Khamis.Jadual peperiksaan adalah sama seperti peperiksaan yang lalu. Guru guru akan menerima jadual baru dan kelas akan bermula pada hari Jumaat. ( ikut jadual baru yang diedarkan ) Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana telah meluangkan masa pada hari ini untuk sama sama sertai sesi Majlis Ramah Mesra dengan ibu bapa dan juga kerana dapat menghadirkan diri untuk Dialog B SMAT ini.

Disediakan oleh, ---------------------------------( ROHAIME BT ABDUL HAMID) SETIAUSAHA TAHUN 6

Disahkan oleh, --------------------------( ABDUL HABIB B ALAPITCHAY) GURU BESAR SK PENGKALAN AUR.

DIALOG B - SMAT
HARI TARIKH MASA TEMPAT : JUMAAT : 05.08.2011 : 12:10 1:00 TENGAH HARI : BILIK GERAKAN

UCAPAN GURU BESAR.

Mengucapkan tahniah kepada guru guru kerana telah berjaya menghasilkan enam kelas murid murid tahun 6 ekoran daripada keputusan peperiksaan percubaan UPSR.

Berusaha mencari penambah baikan kelas kelas atau kumpulan yang telah dipecahkan. Terdapat beberapa masalah yang timbul daripada guru guru iaitu:

1. Tidak cukup dengan masa yang diperuntukkan. Guru guru diminta tukar suka sama suka tentang masa yang mereka inginkan. Antara guru guru yang inginkan lebihan masa ialah Puan Hasnida, Puan Mazlipah dan En Mustapa. 2. Sikap murid yang sering tidak hadir ke sekolah. Guru Besar akan mengambil tindakan kepada murid murid tersebut. 3. Murid dari kumpulan 6 masih lagi tidak mahu menyiapkan kerja kerja atau latihan yang diberikan oleh guru. 4. Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Puan Pang dan Encik Hairol masih lagi memberi rangka jawapan sebagai panduan untuk murid murid menulis jawapan. Guru Besar mengharapkan guru guru berkerja keras kerana SKPA masih akhir di LMS. Berusaha dan selebihnya berserah kepada Allah. Meminta guru guru lebih dekat dengan murid. Guru Besar akan membuat kelas tambahan matematik untuk kumpun 4 pada setiap hari Sabtu. Prep petang akan bermula pada minggu hadapan.Surat edaran kepada ibu bapa telah diedarkan. Guru guru diminta menyediakan bahan kepada murid murid untuk cuti Hari Raya.

Perjumpaan ibu bapa bersama Guru Besar untuk murid murid kumpulan 1 akan diadakan pada hari Rabu depan.

Selepas Hari Raya beberapa kumpulan akan dipecahkan kepada 2 untuk prep malam.

Untuk soalan soalan yang mempunyai aneka pilihan, murid murid diminta menjawab dalam kertas jawapan objektif. Ini sebagai latihan, persediaan dan pembiasaan diri untuk menghadapai peperiksaan UPSR.

Disediakan oleh, ---------------------------------( ROHAIME BT ABDUL HAMID) SETIAUSAHA TAHUN 6

Disahkan oleh, --------------------------( ABDUL HABIB B ALAPITCHAY) GURU BESAR SK PENGKALAN AUR.

DIALOG B - SMAT
HARI TARIKH MASA TEMPAT : JUMAAT : 12.08.2011 : 11:20 12 :00 TENGAH HARI : BILIK GERAKAN

UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN Mengucapkan ribuan terima kasih kerana hadir pada majlis dialog B SMAT pada kali ini.

Dialog B SMAT tetap berjalan seperti biasa walau pun Guru Besar tidak ada. Guru Besar tidak ada kerana ke Ipoh.

Jika masih ada lagi soalan soalan untuk direzo, guru guru boleh uruskan sendiri dan minta duit daripada bendahari tahun 6 iaitu Ustazah Wan Suriyani.

Memaklumkan bahawa ada guru guru yang ditambah bilangan waktunya iaitu guru guru sains.

Jadual waktu terkini ( baru ) telah diedarkan kepada semua guru guru yang terlibat.

Mengharapkan agar bahan bahan untuk cuti raya telah siap disediakan. Pada minggu hadapan ujian selaras akan diadakan. Cikgu Hazliza menyatakan bahawa bagi kumpulan satu,untuk subjek matematik ada 3 orang murid yang markahnya masih dalam lingkungan 30 untuk kertas satu.

Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula,Cikgu Pang memaklumkan bahawa tidak cukup masa utnuk buat ulangkaji.

Bagi mata pelajaran sains Cikgu Mazlipah menyatakan bahawa kumpulan 3 masih belum mantap untuk skor A,hanya setakat lulus sahaja.Cikgu Mazlipah turut menyatakan bahawa beliau memerlukan masa untuk mengenali murid murid dari kumpulan 3.

Cikgu Mustapa memberitahu guru guru Bahasa Melayu boleh menggunakan soalan JUSA yang boleh diperoleh melalui komputer.Kedua- dua makmal boleh digunakan oleh murid untuk menjawab set soalan JUSA.

DISEDIAKAN OLEH, .. (ROHAIME BT ABDUL HAMID) SETIAUSAHA TAHUN 6

DISAHKAN OLEH, ( EN ZAKARIA B MOHAMMAD) PK PENTADBIRAN SK PENGKALAN AUR

DIALOG B - SMAT
HARI TARIKH MASA TEMPAT : JUMAAT : 19.08.2011 : 11:15 12 :00 TENGAH HARI : BILIK GERAKAN

UCAPAN GURU BESAR

meminta guru guru sentiasa mewujudkan sikap belajar ke dalam diri murid murid.

Selepas UPSR , tumpuan akan diberikan kepada murid - murid Tahun 5. Sepanjang pemerhatian Guru Besar, murid murid kita masih lagi banyak yang tidak serius dalam belajar dan bermain main. Memerlukan beberapa langkah peningkatan.

Pada tahun hadapan akan ada Zoom A untuk murid murid SK Pengkalan Aur. Meminta guru guru memberi latihan kepada murid semasa cuti Hari Raya Aidilfitri ini. Satu taklimat telah diberikan kepada ibu bapa oleh Guru Besar mengenai satu rangka jadual belajar untuk murid murid tahun 6 .Murid murid mula bercuti pada 27.08.2011 sehingga 04.09.2011. Murid murid akan belajar sendiri di rumah dengan bimbingan dan perhatian daripada ibu bapa mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penyusunan jadual belajar adalah seperti berikut:

27.08.2011 Jadual hari Isnin 28.08.2011 Jadual hari Selasa 29.08.2011,30.08.2011 dan 31.08.2011 Rehat 01.09.2011 Jadual hari Rabu 02.09.2011 Jadual hari Khamis 03.09.2011 Jadual hari Jumaat

Guru Besar turut menyarankan kepada ibu bapa agar menubuhkan kumpulan belajar untuk anak anak mereka. Setiap kumpulan mengandungi 3 atau 4 orang murid yang tinggal berdekatan antara satu sama lain. Mereka ini akan belajar dari pagi hingga tengah hari.

Pastikan bahan bahan mencukupi. Minta murid murid buat latihan mengikut tarikh tarikh yang telah ditetapkan.

Tidak galakkan guru guru membuat kelas tambahan pada masa cuti raya ini. Guru besar akan membuat rondaan mulai raya ke 3 untuk memantau murid murid .

Ibu bapa boleh menelefon Guru Besar jika anak anak mereka tidak membuat kerja sekolah. Ini bermakna betapa besar peranan ibu bapa bagi memastikan anak anak mereka menyiapkan segala kerja yang dibekalkan.

Wujudkan suasana yang berbeza selepas cuti hari raya iaitu demam peperiksaan. Beberapa kata kata hikmat akan ditampalkan di sepanjang laluan yang ruangnya kosong agar murid murid lebih memberikan tumpuan pada setiap kata kata tersebut. Cikgu Hamzah akan uruskannya.

Beberapa buah sepanduk akan ditempah khusus untuk murid murid Tahun 6 sempena peperiksaan UPSR ini. Guru guru diminta berbincang untuk menyelitkan kata kata yang boleh memberi semangat kepada anak anak murid dalam sepanduk tersebut.

Cikgu Mustapa menyarankan agar merakamkan gambar murid murid Kumpulan Satu dalam sepanduk. Mana kala Guru Besar menyatakan agar turut masukkan juga gambar gambar murid dari Kumpulan 6 dalam satu sepanduk yang lain

untuk menaikkan semangat mereka dan menunjukkan betapa muird murid dari kumpulan ini juga punya peranan yang penting. Selepas cuti dewan akan mula disusun dan murid murid akan bergerak ke kelas atau bilik bilik khas yang ditetapkan.Antara bilik bilik yang terlibat ialah : Bilik pemulihan J-Qaf Makmal sains Makmal Komputer ( A dan B ) Bilik Gerakan Bilik pemulihan. ( Guru pemulihan akan membawa murid muridnya belajar dalam Bilik Menyuarat Guru Besar )

Disediakan oleh, ---------------------------------( ROHAIME BT ABDUL HAMID) SETIAUSAHA TAHUN 6

Disahkan oleh, --------------------------( ABDUL HABIB B ALAPITCHAY) GURU BESAR SK PENGKALAN AUR.

Anda mungkin juga menyukai