Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6 2010

SKHMC.
Program perjumpaan ibu bapa murid-murid tahun 6, 2010 telah dijalankan pada 23
Januari 2010 (Sabtu). Majlis berlansung di Kantin Sekolah Kebangsaan Haji
Mahmud, Chemor. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.50 pagi.
Objektif program ini adalah untuk melahirkan kelompok pelajar yang rajin belajar di
sekolah dan di rumah. Ia juga bertujuan mewujudkan hubungan dua hala antara
guru-guru dan ibu bapa dalam memastikan kejayaan pelajar-pelajar UPSR.
Program yang melibatkan ibubapa murid-murid tahun 6 ini diharap dapat
mencapaiobjektif yang diharapkan. Pada hari tersebut seramai 132 orang ibu bapa
telah hadir untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tn. Guru Besar dan
guru-guru tahun 6 SKHMC.
Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis selaku
pengerusi pada majlis tersebut. Seterusnya majlis diteruskan oleh ucapan Tn. Guru
Besar En Mohammad Rosli b. Jaafar mengenai beberapa tip bagaimana
menghasilkan anak-anak yang berjaya dalam hidup. Beliau juga memberi beberapa
panduan yang boleh diikuti oleh para ibubapa dalam mendidik anak-anak supaya
menjadi lebih berjaya.
Beliau juga menyeru para ibu bapa supaya berbanyak berdoa antara cara yang
dapat membantu anak-anak untuk terus belajar.
Tn. Guru Besar juga telah menyentuh beberapa program yang dijanka akan
dijalankan sempena musim peperiksaan UPSR 2010 ini. Antaranya ialah:
- Pihak sekolah dengan kerjasama guru-guru tahun 6 akan menjalankan beberapa
kelas Tambahan untuk murid-murid tahun 6. Yang pertama Kelas tambahan pada
hari Sabtu. Kelas tambahan ini melibatkan semua murid tahun 6 SKHMC. Kelas
Tambahan yang kedua melibatkan hanya murid-murid dari kelas 6 Usaha, 6 Tekun, 6
Jaya dan 6 Mulia sahaja. Kelas ini akan dijalankan pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan
Khamis. Kelas ini dapat dijalankan pada 4 kelas ini sahaja kerana masalah
kekurangan kelas.
- Pihak sekolah juga akan mengadakan program kecemerlangan UPSR. Program ini
akan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang teknik pembelajaran yang
konduksif dalam menghadapi peperiksaan UPSR.
- Program teknik menjawab soalan juga akan diadakan pada bulan-bulan May dan
Jun nanti. Pihak sekolah akan menjemput penceramah dari luar yang merupakan
guru pakar dalam setiap bidang.
- Pihak sekolah juga meminta sedikit sumbangan dari pihak ibu bapa tahun 6 dalam
menampung kos-kos berupa kertas-kertas, bahan fotostat juga sedikit duit minyak

guru-guru yang akan berulang untuk datang ke kelas tambahan.


- Jumlah yang dicadangkan ialah sebanyak RM50.00 sahaja. Pihak sekolah telah
meminta RM 12.50 bagi menampung pembelian buku waja dan wang Takaful.
- Tn. Guru Besar telah mengemukakan peluang kepada pihak ibu bapa untuk
mengemukan cadangan lain atau bersetuju dengan jumlah RM50.00 itu. Semua
pihak telah memberi kata persetujuan untuk membayar wang tersebut.

Majlis seterusnya diteruskan pula dengan ucapan dari Guru Bahasa Inggeris tahun 6
SKHMC iaitu En. Lai Kehong Heong. En. Lai telah menerangkan beberapa langkah
telah dicadangkan dalam menangani masalah pembelajaran bahasa inggeris ini.
Pada tahun ini guru-guru bahasa inggeris bercadang akan megadakan kelas
tambahan, program mento mentee.
Seterusnya En. Lai juga mengingatkan para ibu bapa supaya membekalkan anakanak mereka dengan sebuah kamus. Ini penting dalam membantu mereka
memahami bahasa inggeris dengan lebih baik lagi.
Majlis seterusnya menjemput pula Pn. Norzita bt. Abdullah, guru pakar Sains untuk
memberi beberapa taklimat tentang matapelajaran sains untuk tahun 2010. Antara
lain guru-guru sains SKHMC telah bercadang untuk mengadakan :
1. Latihan Intensif
2. WAJA
3. Kelas Tambahan Intensif (Murid Cemerlang)
4. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR
5. Klinik UPSR
6. Kelas Tambahan Sabtu
7. PEKA
8. Menjawab Soalan Sains Negeri Lain
9. Pengukuhan Sains Dalam Dwibahasa (Kelas Lemah)
10. Pembelajaran Bersepadu (bedasarkan buku yang dibeli pihak sekolah)
Program yang dirancang berjalan lancar. Majlis ditamatkan jam 9.50 pagi. Sebelum
pulang semua ibu bapa dan guru dijemput menjamah sedikit jamuan ringan yang
telah di sediakan oleh PIBG Sk. Hj. Mahmud Chemor.
Diharap agar program ini dapat membuka minda ibu bapa yang hadir bagi samasama memastikan kejayaan murid-murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR nanti.

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6 2010


STRATEGI PERLAKSANAAN

Tarikh : 23 Junari 2010 (Sabtu)


Tempat : Kantin Sekolah
Masa : 8.00 pagi
Sasaran : Ibu bapa Pelajar-pelajar Tahun 6 SKHMC.
JAWATANKUASA PROGRAM
Penaung : En. Mohammad Rosli b. Jaafar
(Guru Besar)
Pengerusi : Pn. Salmah bt. Abu Amin
(PK. Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Hajah Nur Ainiah bt. Mohd. Yusof
(PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Faizulzaman b. Mohd. Ali
(Pk. Kokurikulum)
Setiausaha : Zabedah bt Mohamad
(Guru Kaunseling SKHMC)
Bendahari : Ahmad Kamil b. Saharudin
Juruacara : En. Sallehudin b. Zainan
Pembesar Suara : En. Roslan b. Mohd. Yusof
Pendaftaran Ibu bapa : Pn. Norzita bt Abdullah
Pn. Mahayu bt. Meor Aziz
Pn. Puteri Norzila bt. Mohamed
Pn. Low Fee Lee
Persediaan Tempat : En. Ismail b. Bujang
En. Lai Kheong Yoong
Pn. Mardiana bt. Jaafar

ATURCARA MAJLIS
8.00 pg. : Pendaftaran Ibu bapa
8.15 pg : Ibu bapa Mengambil Tempat di
Kantin Sekolah

8.20 pg : Ucapan Pengerusi Majlis


8.30 pg : Taklimat Guru Besar SKHMC
9.30 pg : Ucapan Guru Tahun 6 2010
11.30 pg : Majlis Bersurai

Sekian, Terima Kasih


Laporan disediakan oleh,
Pn Zabedah
Guru Bimbingan dan Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai