Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG MARANG 21600 MARANG, TERENGGANU

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI CUBIT-CUBIT SAYANG

TARIKH
05 MAC 2009 ( KHAMIS )

TEMPAT TAPAK PERHIMPUNAN


SK SEBERANG MARANG

PENGENALAN Program Motivasi ini secara khususnya dirancang untuk memberi galakan dan pendedahan awal kepada calon-calon UPSR 2009 bagi menghadapi situasi Peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. Dalam program ini, calon-calon didedahkan dengan sikap Yakin diri dan yakin boleh serta menanam sikap untuk berjaya dalam peperiksaan dan hidupnya umumnya.

RASIONAL

Pada kebiasaannya, calon-calon UPSR masih lagi berada diawang-awangan dan tidak mempunyai semangat kendiri untuk belajar dan sikap yakin kepada kebolehan diri sendiri. Ada juga di kalangan mereka ini yang masih berada dalam suasana selesa dengan bermain dan menonton rancangan televisyen yang tidak bermanfaat dan seterusnya mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.Anggapan mereka, peperiksaan UPSR masih jauh. Bagi mengatasi masalah ini dari menular, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah bersetuju untuk menganjurkan program ini.

OBJEKTIF

Objektif program ini dianjurkan adalah sebagaimana berikut :

1. Dapat meningkatkan jati diri dan menyedarkan calon-calon UPSR 2009 mengenai cabarancabaran dalaman serta luaran yang sentiasa mengganggu gugat kestabilan psikologi pelajar.. 2. Dapat membina sikap dan ketrampilan diri yang wajar sebagai seorang calon UPSR 2009. 2

3. Dapat membina keyakinan diri calon UPSR agar memiliki konsep kendiri yang positif. 4. Menaikkan semangat untuk berdaya saing sesama sendiri dalam memajukan diri. 5. Mewujudkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar terhadap para guru, ibu bapa dan rakan sekelas. 6. Berusaha mewujudkan hubungan yang mesra antara pelajar dengan ibu bapa dan hubungan baik antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa.

KUMPULAN SASAR

Program Cubit-Cubit sayang ini dirancang untuk dilaksanakan kepada semua Pelajar Tahun 6 ( Calon UPSR 2009 ) Sekolah Kebangsaan Seberang Marang dan kepada semua ibu bapa / penjaga mereka. Butiran lengkap adalah seperti berikut :

Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan

: 64 Orang : 52 Orang

JUMLAH PESERTA

: 116 ORANG

TARIKH PELAKSANAAN

Program ini dicadangkan akan dilaksanakan seperti butiran berikut : Tarikh Tempat Masa : 05 Mac 2009 ( Khamis ) : Tapak Perhimpunan SK. Seberang Marang : 6.45 petang hingga 11.15 malam 3

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi

: En.Mansor bin Muktar Guru Besar SK Seberang Marang

Timbalan Pengerusi : En.Awang Ngah bin Ismail Guru Penolong Kanan Pentadbiran Penyelaras : En.Zunaidi bin Daud Penyelaras Tahun 6 Setiausaha : En Abdul Munim bin Abdullah Setiausaha Peningkatan UPSR AJK : Cik Gayah bt Aris : En.Mohd Lotffi bin Che Man : En.Khamarul Azwan bin Mohd Nawi : Pn.Mafazah bt Zakaria : En.Mohd Nazri bin Azizuddin : En.Rozlan bin Awang : En.Yushaimey bin A.rashid : Pn.Noraini bt Haji Anuar : Pn.Zainun bt A Ghani : Pn.Nur Azilam bt A Rahim : Pn.Noor Saliza bt Hasanuddin : Pn.sarimah bt A.Aziz : Pn.Zailiah bt Hambali 4

: En.Che Omar bin Jaafar

JAWATANKUASA KERJA

Urus Setia / Pendaftaran

: Pn.Nur Azilam bt A rahim Pn.Norizan bt Jusoh Pn.Nor Hazlin bt M Razali Pn.Yah bt Sulong

Makan / Minum

: Pn. Zainun bt Abd Ghani Pn Zaleha bt Abd Aziz Pn.Gayah bt Aris Pn.Zailiah bt Hambali

Siaraya

: En.Rozlan bin Awang En.Yushaimey bin A.Rashid

Ibadah

: Ust. Abdul Rashid bin Mustaffa Pn.Yah bt Sulong

Keselamatan Murid

: En.Yushaimey bin A Rashid En.Che Omar bin Jaafar Pn.Fatimah bt Abdillah

Pengerusi Majlis Jamuan VIP

: En.Mohd Lotffi bin Che Man : Pn.Noraini bt Haji Anuar Pn.zanariah bt Mat Ali Pn.Zunukillah bt Abdul Rashid Pn.Salbeh bt Mohamad

Persiapan Tempat

: En.Mohd Nazri bin Azizuddin 5

En.Mohd Zawawi bin Mohamed Nor

ANGGARAN KOS

A. PERBELANJAAN 1. Makan dan Minum Pelajar 2. Sewa Khemah ( 4 Set X RM 80.00 ) 3. Imbuhan Penceramah RM 406.00 RM 320.00 RM 200.00

JUMLAH PERBELANJAAN

RM 926.00

( Ringgit Malaysia : Sembilan Ratus Dua Pulah Enam Sahaja )

B. SUMBER KEWANGAN

Peruntukkan Kewangan Sekolah i. Wang Kantin ii. Motivasi RM 406.00 RM 520.00

JUMLAH BESAR

RM 926.00

( Ringgit Malaysia : Sembilan Ratus Dua Pulah Enam Sahaja )

TENTATIF PROGRAM

6.45 Petang

- Pendaftaran Pelajar

7.00 Malam

- Taklimat Program - Sembahyang Maghrib / Sembahyang Hajat - Bacaan Yassin - Jamuan ( Makan Malam ) - Sembahyang Isyak Berjemaah

9.00 Malam

- Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga - Program Ceramah Motivasi Cubit-Cubit Sayang - Penyampaian Cenderahati

11.15 Malam

- Minum Malam - Majlis Bersurai

PENILAIAN

Kursus ini akan dinilai keberkesanannya melalui beberapa metodologi iaitu : a. Pemerhatian dan pemantauan sepanjang kursus b. Pernyataan secara lisan oleh peserta kursus c. Pernyataan lisan oleh Fasilitator d. Pencapaian Ujian OTI 1

PENUTUP

Kejayaan program ini tidak akan berjalan dengan jayanya tanpa komitmen yang bersepadu daripada guru-guru SK Seberang Marang serta para Ibu Bapa dan indidivu-individu tertentu.Semoga kita semua akan dirahmati oleh Allah swt dan segala kebaikan yang dicurahkan hanya Dia yang dapat membalasnya dan seterusnya memberikan kejayaan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang kepada pelajar-pelajar kita dalam UPSR 2009 nanti. Insya Allah. Sesungguhnya Kita Hanya Mampu Merancang, Manakala Tuhanlah Yang Menentukan Segalanya..

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

( ZUNAIDI BIN DAUD ) Penyelaras, Peningkatan UPSR 2009, SK.Seberang Marang.

( MANSOR BIN MUKTAR ) Guru Besar, SK.Seberang Marang.

Anda mungkin juga menyukai