Anda di halaman 1dari 4

KUIZ SAINS 2012 ANJURAN JAWATANKUASA PANITIA SAINS

PENDAHULUAN Program ini adalah antara aktiviti yang telah dirancang oleh jawatankuasa panitia Mata Pelajaran Sains untuk tahun 2012. Pihak kami mendapati programprogram sebegini mampu untuk memupuk semangat murid untuk bersaing secara sihat. Murid-murid juga dapat mengembangkan potensi diri serta menonjolkan bakat sedia ada mereka. Penglibatan murid dalam pertandingan seperti ini juga turut menggalakkan nilai daya usaha dan kreativiti murid bagi menghasilkan sesuatu yang baru seiring dengan dunia teknologi sekarang. OBJEKTIF Antara objektif kuiz ini ialah : Memupuk minat murid terhadap mata pelajaran sains Memupuk semangat bersaing secara sihat dikalangan murid Meningkatkan penguasaan pengetahuan berkaitan dengan mata pelajaran Sains Memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar

SASARAN Program ini melibatkan murid Tahun 1 sehingga Tahun 6. Pilih seorang murid dari setiap tahun untuk mewakili rumah sukan masing-masing. Terdapat 3 buah rumah sukan iaitu Biru, Merah dan Oren. Wakil setiap rumah mestilah terdiri daripada seorang murid Tahun 1, seorang dari tahun 2, seorang dari tahun 3, seorang dari Tahun 4, seorang dari Tahun 5 dan seorang lagi dari Tahun 6. PERLAKSANAAN Program ini akan dijalankan pada : Tarikh Hari Masa Tempat : 28 September 2012 : Jumaat : 0730 - 0900 : Kelas Tahun 3

SKOP PENGETAHUAN

Kuiz Sains Pihak penganjur akan menyediakan soalan untuk Tahun 1 sebanyak 4 soalan, Tahun 2 4 soalan, tahun 3 4 soalan, tahun 4 4 soalan, tahun 5 4 soalan dan Tahun 6 pun 4 soalan. Satu soalan untuk diajukan apabila berlakunya markah sama pada akhir kuiz tersebut. Soalan tersebut dibacakan dan murid-murid diharap dapat menjawab dengan betul dan tepat

HADIAH Pihak pengelola akan menyediakan hadiah bagi kumpulan yang memenangi kuiz tersebut. Hadiah adalah berupa alat tulis. Dengan hadiah seperti ini, murid lebih bermotivasi untuk member tumpuan mereka terhadap pelajaran serta lebih berminat untuk mengikuti program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Hadiah akan disampaikan kepada murid pada hari penyampaian hadiah dan sijil 2012.

PERATURAN KUIZ 1. Soalan akan diajukan kepada murid Tahun 1 terlebih dahulu. Dimulakan dengan rumah Biru terlebih dahulu, kemudian rumah merah dan akhirnya murid tahun 1 di rumah Oren. 2. Sekiranya murid tersebut dapat menjawab soalan dengan betul, 3 markah akan diberikan. Tetapi sekiranya murid tersebut tidak dapat menjawab soalan tersebut, akan dibuka kepada ahli kumpulan untuk menjawab. 3. Sekiaranya ahli kumpulan lain dapat menjawab dengan betul 1 markah akan diberikan. Tetapi sekiranya ahli kumpulan lain pun tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan betul, soalan tersebut akan dibukakan kepada ahli kumpulan lain. 4. Murid yang paling awal mengangkat tangan akan diberi peluang untuk menjawab soalan tersebut dengan 1 markah juga diberikan. 5. Diteruskan pula kepada murid tahun dua dan sampaikan murid Tahun 6. 6. Pemberian markah adalah bergantung kepada hakim yang telah dilantik. 7. Keputusan hakim adalah muktamad.

BANTAHAN Sebarang bantahan adalah tidak dilayan. Keputusan hakim adalah muktamad

SKALA PEMARKAHAN

Jawapan betul 3 markah Menjawab soalan untuk murid lain 1 markah

JAWATANKUASA KUIZ

PENASIHAT En Rabaee Bin Lazim PENGERUSI BERSAMA En. Jabau Anak Bala Pn. Ling Siew Chieng En. Abdul Aziz Bin Samsudin

PENGELOLA KUIZ MATA PELAJARAN Pn. Jamaayah Binti Bolhassan Cik Halita Binti Hamid

HAKIM KUIZ En. Jabau Anak Bala

PENJAGA MASA Cik Nur Aqidah Binti Osman

PENCATAT MARKAH En. Abbe Mutallib Bin Mazeni

SIARAYA DAN PERALATAN En. Abdul Aziz Bin Samsudin

PENGERUSI MAJLIS Pn Dayang Nurulekhsan Binti Abang Daud

PEMERHATI En Rabaee Bin Lazim

Anda mungkin juga menyukai