Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KELAS TAMBAHAN INTENSIF


( TAHUN 5 & 6 )

SEK. KEB. FELDA JENGKA 22


26400 BANDAR JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
( CBA 9149 )
TAJUK : Kelas Tambahan Intensif
Tahun 5 dan 6, 2011

MATLAMAT : Mempertingkatkan pencapaian murid ke arah 30% cemerlang (5A) dan 100% menguasai

semua matapelajaran.

OBJEKTIF : 1. Membimbing murid dalam teknik belajar dan menjawab soalan UPSR.

2. Membantu murid untuk mengatasi kelemahan dalam setiap matapelajaran UPSR.

3. Memastikan pencapaian murid meningkat dalam setiap penilaian.

4. Membentuk murid agar mahir menjawab soalan dengan cepat, cekap, tepat dan betul.

RASIONAL : Untuk mengatasi kelemahan murid yang ketara dalam semua matapelajaran UPSR supaya

dapat mempertingkatkan pencapaian kualiti 5A dan kuantiti ke arah 100% lulus.

LATAR BELAKANG :

Kemerosotan dalam peperiksaan UPSR telah berlaku dengan begitu ketara pada

tahun 2008 iaitu dengan hanya 1 orang murid yang mendapat 5A dan peratus

menguasai semua matapelajaran ialah 48.71% sahaja. GPS pula 2.7.

Hal ini adalah disebabkan beberapa masalah yang melibatkan hal-hal di dalam

kawalan dan di luar kawalan pihak pengurusan sekolah. Bilangan murid yang tidak

menguasai kemahiran membaca dan menulis serta mengira dari peringkat awal

menyebabkan asas pembelajaran mereka sangat lemah. Pemulihan yang dilaksanakan

hanya dapat menyelesaikan masalah kuantiti menguasai semua matapelajaran tetapi

untuk kualiti 5A, masih lagi belum tercapai.


Walau bagaimanapun keputusan UPSR pada tahun 2009 mencatatkan bilangan

murid yang mendapat 5A adalah 2 orang dan menguasai semua matapelajaran ialah

73.91% seta GPS 2.10. Keputusan ini telah menunjukkan peningkatan dari semua

bahagian.

Kemudian pada tahun 2010 bilangan murid yang mendapat keputusan 5A

hanyalah 1 orang, manakala peratus lulus ialah 80.77%. GPS pula 2.14.

Ini jelas apabila peratus lulus (kuantiti) semakin meningkat dari tahun demi tahun,

tetapi dari segi kualiti 5A masih lemah.

Secara keseluruhannya keputusan ini menunjukkan bahawa kami perlu

melakukan sesuatu selain dari yang telah kami lakukan seperti kelas STF dan program

sampingan yang lain. Keputusan telah dibuat dalam mesyuarat Kurikulum Kali Pertama

pada 18 Januari 2011 bahawa program kelas tambahan perlu dijalankan bukan sahaja

kepada murid tahun 6 tetapi juga tahun 5.

Kelas tambahan intensif ini akan dijalankan pada waktu selepas persekolahan dan

juga pada hari Sabtu bermula Februari 2011 hingga akhir tahun bagi kelas Tahun 5 dan

bulan Ogos bagi kelas Tahun 6.

Adalah menjadi harapan kami warga SK LKTP Jengka 22 agar pihak tuan dapat

menyumbangkan sedikit bantuan demi kecemerlangan pendidikan anak-anak di sekolah

ini.

SASARAN : Murid Tahun 5 dan 6

( 47 orang )

JANGKA MASA : Bermula Februari 2011.


ANGGARAN KOS : RM 3000.00 ( Ganjaran tenaga pengajar dan bahan P&P untuk kelas tambahan )

SUMBER TENAGA : Guru-guru SK. LKTP Jengka 22

STRATEGI PELAKSANAAN : 1) Menyediakan mesyuarat kecemerlangan UPSR

2) Menyediakan kertas kerja

3) Menyediakan jadual tenaga pengajar dan guru bertugas

4) Mengumpul bahan dan peralatan yang diperlukan

5) Membentuk kumpulan pelajar

6) Kelas tambahan dijalankan

RANCANGAN AKTIVITI : 1) Taklimat kepada guru dan murid tentang program ini

2) Tumpuan guru kepada keadah-kaedah yang boleh membantu pelajar

untuk mengatasi kelemahan dan masalah murid

3) Memberi latihan yang mencabar, mengandungi latihan berfikir,

kemahiran yang kurang dikuasai oleh murid dan soalan mirip UPSR

4) Mempelbagaikan bentuk, cara dan teknik penyoalan

5) Menekankan tempoh masa menjawab soalan mengikut bilangan soalan

6) Mengenalpasti kemahiran yang selalu keluar dalam UPSR dengan

mengumpul soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas

7) Latih tubi menjawab soalan

PENYELIAAN / KAWALAN : Guru Besar

GPK Kurikulum
PENILAIAN : Keputusan UPSR 2011

Keputusan UPSR 2012

Disediakan oleh:- Disahkan oleh:-

………………………………….. ………………………………….

(SALMI SUHANA BT ABDULLAH SANI ) (SUHAINI BIN SAMAD)


SETIAUSAHA PIBG YDP
PIBG SEK. KEB. LKTP JENGKA 22 SEK.
KEB. LKTP JENGKA 22 BANDAR JENGKA, PAHANG
BANDAR JENGKA, PAHANG

Anda mungkin juga menyukai